FELDA Maju

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

FELDA Maju

ELDA Bukit Bading berada di dalam Daerah Hulu Terengganu dan terletak lebih kurang 44 km dari selatan Bandar Kuala Terengganu. Pekan yang paling hampir dengan FELDA Bukit Bading ialah Ajil iaitu kira-kira 12 km dan Kuala Berang iaitu 20 km. Keluasan FELDA Bukit Bading ialah 111 hektar dengan tanaman utamanya adalah kelapa sawit yang diusahakan oleh peneroka di bawah pengurusan pihak Federal Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Sejak awal penubuhan FELDA ini sehingga kini, pelbagai kemajuan dicapai terutamanya dalam aspek kemudahan prasarana yang serba lengkap. Ini secara tidak langsung membantu penduduk menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa. Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) FELDA Bukit Bading terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Desa FELDA Bukit Bading serta berdekatan dengan masjid. Lokasi PPIK, FELDA Bukit Bading adalah begitu strategik kerana berdekatan dengan kemudahan-kemudahan awam yang lain. Ini memudahkan pengunjung datang ke pusat ini serta menggunakan segala kemudahan yang disediakan.

Aman Dan Harmoni

ELDA Bukit Bading mempunyai jumlah penduduk yang dianggarkan seramai 3,540 orang. Jumlah peneroka pula ialah 585 orang yang datang dari merata tempat. Peneroka-peneroka ini mula ditempatkan di FELDA Bukit Bading sejak bulan Oktober tahun 1967. Seramai 532 orang peneroka berasal dari Terengganu manakala selebihnya berasal dari Kelantan, Kedah, Johor dan Selangor.

Jalan raya merupakan sistem perhubungan utama bagi penduduk FELDA Bukit Bading. Kebanyakan rumah penduduk kampung di bina berderetan di sepanjang jalan utama FELDA Bukit Bading manakala selebihnya tinggal secara bertaburan memenuhi kawasan perkampungan. Amalan warisan seperti ziarah-menziarahi dan kenduri-kendera masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Umpamanya jika ada kematian, penduduk kampung akan keluar bersama-sama menguruskan jenazah si mati sehingga dikebumikan Justeru tidak hairanlah penduduk FELDA Bukit Bading dapat mengacapi kehidupan yang lebih aman dan harmoni.

Ibarat Satu Keluarga

ELDA Bukit Bading dikelilingi oleh beberapa buah kampung antaranya termasuklah Kampung Pela, Kampung Tok Dor, Kampung Bukit Diman dan sebuah tanah rancangan yang berdekatan iaitu FELDA Chador. Hubungan penduduk FELDA Bukit Bading dengan penduduk kampung sekitar adalah begitu erat. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada saudara mara dan juga sahabat handai.

Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), FELDA Bukit Bading juga tidak pernah memandang remeh soal hubungan antara penduduk kampung. Ini bagi memastikan kesejahteraan dan juga keharmonian penduduk kampung terus terpelihara. Antara aktiviti yang sering dianjurkan oleh JKKR, FELDA Bukit Bading dengan JKKK kampung berhampiran ialah pertandingan sukan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw dan Sukan Komuniti. Ada juga aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti pertandingan kompang dan juga pertandingan nasyid. Antara faktor yang mewujudkan kesinambungan di antara kampung-kampung ini adalah kemudahan awam utama yang terdapat di kampung masing-masing dikongsi bersama. Misalnya kemudahan stesen minyak yang terdapat di Kampung Pela manakala perpustakaan desa yang terletak di FELDA Bukit Bading. Bagi tujuan riadah pula, terdapat kawasan perkelahan air terjun di Kampung Tok Dor yang sesuai dikunjungi seisi keluarga.

Sosioekonimi

Hasil Buah Sawit

Selain tanaman kelapa sawit, segelintir penduduk turut bekerja di sektor awam dan swasta sebagai sumber pendapatan isi rumah. Bagi yang lebih berminat untuk bekerja sendiri pula, mereka lebih gemar memilih untuk membuka kedai sama ada kedai makan, kedai runcit dan sebagainya. Purata pendapatan penduduk FELDA Bukit Bading ialah RM1,000 ke atas dan bagi penduduk yang mengusahakan kebun kelapa sawit pula ia bergantung kepada kutipan hasil buah sawit yang di peroleh dan juga harga pasaran.

umber ekonomi utama bagi penduduk Felda Bukit Banding ialah dengan mengusahakan kebun kelapa sawit. Setiap peneroka di FELDA ini menerima kira-kira tiga hektar tanah untuk tujuan tersebut.

Sumbangan JKKR
ecara umumnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) ditubuhkan untuk membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. Antara tugas JKKR ialah membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan terutama dalam membasmi kemiskinan. JKKR, FELDA Bukit Bading diketuai oleh Ruzuki Mat Hasan dengan dibantu oleh beberapa ahli setiap biro seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan dan Biro Kebajikan.

JKKR juga ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKR, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Antara sumbangan JKKR FELDA Bukit Bading terhadap penduduk ialah seperti menyalurkan bantuan yang diterima daripada jabatan-jabatan tertentu kepada penduduk yang memerlukan. JKKR turut merangka pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan dan sebagainya sebagai agenda tahunan penduduk. Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi dan pembangunan kampung.

Sejarah Bading

ama Bukit Bading dikatakan di ambil sempena nama seorang bangsa Cina yang bernama Bading. Beliau merupakan orang pertama yang bertanggungjawab meneroka kawasan FELDA Bukit Bading.

Menurut cerita lisan, Bading meneroka kawasan FELDA Bukit Bading dengan mengusahakan tanaman lada hitam. Beliau meninggal dunia di FELDA Bukit Bading dan antara peninggalan yang ditinggalkan ialah lesung batu yang digunakannya ketika hayatnya. Lesung batu tersebut dikatakan di simpan di Pejabat FELDA Bukit Bading. Dalam usaha mengenang jasa beliau yang menerokai kawasan ini dan bentuk muka buminya yang berbukit maka penduduk sepakat memberikan nama Bukit Bading. Nama ini kekal sehingga kini.

Pendidikan

Menjadi Insan Berguna

eberapa institusi pendidikan di dirikan di FELDA Bukit Bading. Ini menunjukkan usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan pendidikan kepada penduduk luar bandar. Antara sekolah yang dibina ialah Sekolah Agama Rakyat, sekolah rendah dan juga Tadika KEMAS. Menariknya terdapat juga sebuah institusi untuk mendidik orang kurang upaya di FELDA ini.

Pusat Harian Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), FELDA Bukit Bading yang mula beroperasi sejak tahun 2006 adalah merupakan program Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu orang kurang upaya di FELDA Bukit Bading, Kampung Pela dan juga kawasan sekitar. Tiada had umur yang dikenakan kepada mereka yang ingin mengikuti program ini.

Antara aktiviti yang dianjurkan di PDK ini ialah seperti aktiviti memasak, membuat kraf tangan dan juga pengurusan diri bagi murid yang tidak tahu untuk menguruskan diri sendiri. Bagi murid yang terlantar di rumah dan tidak berupaya untuk datang ke pusat ini perkhidmatan lawatan ke rumah-rumah turut diadakan. Kini pusat ini mempunyai 25 orang murid kesemuanya dengan pelbagai masalah atau kecacatan yang dihadapi. Selain mendapat latihan kemahiran hidup mereka turut mendapat bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu RM150.00 seorang setiap bulan.

agi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan golongan wanita yang berdaya saing dan produktif, pelbagai aktiviti direncanakan oleh Perkumpulan Wanita FELDA Bukit Bading khusus untuk kaum wanita. Antara aktiviti tersebut ialah kursus membuat kraf tangan, kursus menjahit pakaian, menganyam tikar dan sebagainya. Kebiasaannya kursus seperti bengkel jahitan yang dianjurkan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dijalankan pada setiap hari Ahad dan Isnin. Aktiviti-aktiviti yang berunsurkan keagamaan turut diadakan di FELDA Bukit Bading yang bertujuan melahirkan golongan wanita yang soleh dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Di antara aktiviti keagamaan yang menjadi tumpuan ialah majlis bacaan Yasin, kelas Tadarus Al-Quran, kelas fardu ain, ceramah agama dan marhaban.

You might also like