Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TOKOH PENDIDIKAN

Zainal Abidin Bin Ahmad ( ZABA ) Pendeta Yang Bersemangat Waja.

Zaba atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik -beradik dan ayah beliau yang bernama Ahmad bin Ibrahim berketuruna n Bugis manakala ibunya yang bernama Intan binti Awaluddin berketurunan Minangkabau. Ketika berusia 12 tahun, Zaba tidak berpeluang untuk menerima pelajaran secara formal berikutan di kampung kelahirannya tidak ada sekolah. Biarpun begitu, Zaba bernasib baik ekoran bapanya seorang yang berpelajaran. Justeru, beliau diberikan didikan agama yang secukupnya sehingga membolehkan Zaba khatam Al Quran sebanyak empat kali ketika berumur tujuh tahun.

Zaba memulakan sesi persekolahannya di sekolah Melayu di L inggi dan menyambung pelajaran di St Pauls Institution, Seremban. Kebijaksanaan Zaba sememangnya terbukti apabila menjadi anak Melayu yang pertama menduduki dan lulus Peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1915. Seterusnya, bermulalah episod Zaba mence burkan dirinya dalam bidang pendidikan yang pada mulanya dirasakan tidak sesuai dengan kehendak beliau. Namun, sekeras -keras besi akan lebur dicucuh api, begitulah juga dengan Zaba. Akhirnya, beliau mula merasakan yang jiwanya serasi dengan kerjaya yang dilakukannya sebagai guru Bahasa Melayu dan tidak ketinggalan, beliau mula menulis dan berjaya hasilkan rencana pertama yang berjudul Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling.

Pada tahun 1917, beliau ditukarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan masih memegang jawatan guru dan juga penterjemah serta meneruskan aktiviti penulisannya yang semakin diminati. Memandangkan Zaba seorang yang bijak dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu, tidak hairanlah untuk beliau menjadi seorang penterjemah pada tahun 1945 dan 1946. Kredibilitinya sebagai seorang pendidik disanjung sehingga membolehkan beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti London pada 1947 dan sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1954 di Singapura.

Begitu banyak pengorbanan dan sumbangan yang telah dilakukan oleh Zaba sepanjang hayatnya terhadap bangsa dan negara. Antara karya beliau yang popular dalam perkembangan bahasa Melayu adalah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu,

Falsafah Takdir Penggal 1 dan sebagainya. Selain daripada itu, beliau merupakan seorang
perancang kurikulum sekolah serta seorang penulis buku teks yang digunakan di Tanah Melayu dan juga Sumatera ketika era zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Selain aktif dalam bidang penulisan yang boleh dikatakan sebagai nadi hidupnya, keaktifan beliau dalam program khidmat masyarakat tidak boleh dipertikaikan apabila dilantik sebagai Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937 dan tidak lama selepas itu, beliau diberikan keperca yaan untuk memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, beliau terlibat sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Piagam UMNO menentang pembentukan Malayan Union.

Masyarakat menghargai segala sumbangan Zaba

dalam bidang bahasa dan

persuratan Melayu yang dilihat banyak membangunkan bangsa Melayu itu sendiri. Justeru terdapat beberapa anugerah yang diterimanya sebagai menghargai segala pengorbanan yang diperjuangkan oleh beliau. Beliau menerima gelaran Pendita dalam bentuk songkok pada tahun 1956 semasa diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru. Universiti Malaya menganugerahi beliau sebagai Doktor Persuratan pada tahun 1959 dan pada tahun 1962, Zaba menerima anugerah Bintang Panglima Mangku Negara yang

bergelar sebagai Datuk oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di -Pertuan Agung .

Sebelum Zaba menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 78 tahun, Universiti Kebangsaan Malaysia menganugerahkan beliau dengan anugerah Doktor Persuratan pada tahun 1973 sebagai menghargai segala jasa dan sumbangannya yang benar -benar berharga dan mustahil untuk menemui insan seperti beliau di era yang moden ini.

ISL MINGGU 9 CIRI-CIRI INSAN GURU YANG TERDAPAT DALAM DIRI PENDITA ZABA
Memotivasikan pemikiran masyarakat dalam menjana kemajuan bangsa

Sentiasa berwaswasan dalam meningkatkan daya pemikiran masyarakat serta nak bangsanya

Berfikiran jauh dalam membawa dan mencetuskan idea-idea dalam bidang pendidikan

Tiada perkataan putus asa dalam kamus hidup beliau

Ciri-ciri Insan Guru dalam Diri Za'ba

Menyesuaikan diri dengan kerjaya

Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan

Pendidik yang bertindak berdasarkan landasan etika dan tatasusila profesion keguruan

Mengamalkan amalan kerohanian yang tinggi

Sayangkan para pelajarnya

Berkhidmat dengan penuh dedikasi

You might also like