Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TANAH SIMPANAN MELAYU Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat peruntukan untuk tanah rizab orang Melayu iaitu

Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Di dalam perkara 89 fasal (6) menjelaskan bahawa tanah rezab orang Melayu ertinya tanah yang disimpan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi negeri tempat terletaknya tanah itu; dan orang melayu termasuklah mana-mana orang yang di bawah undang-undang negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi maksud perizaban tanah. Terdapat dua (2) objektif utama tanah simpanan Melayu : Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu. Walau bagaimanapun tidak semua tanah boleh di wartakan sebagai tanah simpanan Melayu. Terdapat beberapa jenis tanah yang hanya boleh diisytiharkan sebagai rizab melayu iaitu : Tanah Kerajaan Tanah Hutan Simpan Tanah Rizab Awam Tanah Milik Di antara tujuan pengisytihatan tanah simpanan Melayu adalah untuk mengwujudkan satu kawasan Rizab Melayu. Selain itu ianya bertujuan untuk meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu. Pengisytiharan juga bertujuan untuk membatalkan Rizab Melayu.

Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti di dalam pengisytiharan tanah simpanan Melayu. Di antara syarat pengisytiharan adalah seperti berikut:1. Tanah yang belum dimajukan atau dicucuk tanam sahaja yang boleh disiytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu.[Perkara 89(2) Perlembagaan Persekutuan] 2. Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuk tanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu.[Perkara 89(2)Perlembagaan Persekutuan] 3. Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta disiytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah.[Perkara 89(3)Perlembagaan Persekutuan] 4. Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.[Perkara 89(4)Perlembagaan Persekutuan] 5. Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah Bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan Sanitary Board tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.[Sek.3(1)ERM Kedah] 6. Di bawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah Bandar atau tanah pecan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan. Rizab Orang Asli Kawasan dan Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Sek.6(2) dan 7(2) Akta Orang Asli 1954] SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN URUSNIAGA Undang-undang tanah Rizab Melayu diwujudkan dengan dua objektif utama iaitu: Melarang tanah kerajaan atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tanah Persekutuan, daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu; dan Melarang apa-apa urusniaga persendirian(Private dealings) yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Bagi mencapai maksud kedua-dua objektif itu, Enakmen Rizab Melayu (ERM) memperuntukan beberapa sekatan seperti berikut;1. Pelupusan Mana-mana tanah kerajaan atau tanah Persekutuan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu tidak boleh diberimilik, dikeluarkan TOL atau Permit kepada orang bukan Melayu.

Sekatan-sekatan dari segi urusniaga Sekatan-sekatan dari segi urusniaga pula, kedudukannya adalah seperti berikut:1. Pindahmilik Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipindahmilik kepada bukan Melayu kecuali pindahmilik bersilang dengan syarat borang-borang pindahmiliknya diserahkan serentak kepada pihak berkuasa pendaftaran yang sepatutnya. 2. Gadaian Gadaian kepada bukan Melayu juga dilarang. Walau bagaimanapun terdapat satu pengecualian di mana ianya boleh dibuat dengan memohon kebenaran Pihak berkuasa Negeri perlu dinyatakan bahawa jika tanah yang digadaikan kepada mereka ini terpaksa dilelong maka hanya orang Melayu sahaja boleh membeli atau menangkap lelongan tersebut. 3. Pajakan Tanah Rizab Melayu hanya boleh dipajakkan kepada Melayu. 4. Lien Lien 100% tidak dibenarkan, baik kepada Melayu apatah lagi kepada bukan Melayu. Sekatan-sekatan Bukan Urusniaga Selain daripada sekatan-sekatan yang melibatkan pelupusan dan urusniaga, terdapat lagi beberapa bentuk sekatan yang dikenakan. Di antaranya ialah :1. Kaveat Orang bukan melayu tidak boleh memasukkan apa-apa kaveat persendirian ataupun kaveat amanah ke atas hakmilik Pegangan Melayu, melainkan orang bukan Melayu itu bertindak sebagai ejen kepada prinsipalnya yang terdiri daripada orang

Melayu. Walau bagaimanapun tidak ada sekatan yang dikenakan sekiranya Pendaftar memasukkan satu kaveat Pendaftar ke atas mana-mana Pegangan Melayu. 2. Perletakhakkan Sekiranya seorang Melayu itu diisytiharkan dengan sempurnanya sebagai bankrap, maka tanah Pegangan Melayunya tidak boleh diletakhak kepada Ketua Pengarah Insolvensi-Pegawai Pemegang Hak(official Assignee) mengikut Akta Kebangkrapan 1967. Oleh itu jika permohonan dibuat oelh Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 349 KTN untuk meletakhak tanah Pegangan Melayu itu kepadanya, permohonan itu hendaklah ditolak. Walau bagaimanapun, Pendaftar boleh memasukkan satu kaveat Pendaftar bagi melindungi kepentingan kerajaan Persekutuan ke atas tanah pegangan Melayu itu. 3. Penahanan (Attachment) Mana-mana hakmilik Pegangan Melayu tidak boleh ditahan bagi

menyempurnakan satu dekri atau perintah oleh mana-mana Mahkamah sekiranya dekri atau perintah bermaksud untuk diberikan kepada bukan Melayu. 4. Amanah Mengikut seksyen 145 orang Melayu tidak boleh mengwujudkan apa-apa amanah yang memberi faedah kepada bukan Melayu. Sekatan ini terpakai jika ianya melibatkan hakmilik Pegangan Melayu. 5. Pemberian Probat Di bawah seksyen 15, tiada apa jua probat atau letters of administration yang melibatkan Pegangan Melayu boleh diberikan kepada bukan Melayu. 6. Surat Kuasa Wakil Apa-apa borang urusniaga yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu yang ditandatangani oleh orang bukan Melayu bagi pihak tuanpunya Melayunya dengan menggunakan surat kuasa wakil tidak boleh didaftarkan .

PERMULAAN SUATU SISTEM TANAH YANG SAMA Undang-undang tanah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah Kanun Tanah Negara (KTN). Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1.1.1996. dari tarikh ini sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Sebelum 1.1.1996 semua negeri ini mempunyai dua system pemegangan tanah yang agak berlainan. Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang khusus terdapat di negeri-negeri Selat sebelum perang(yang di contohi daripada undang-undang harta dan panda hak Inggeris) yang dengannya surat ikatan yang disempurnakan secara persendirian adalah asas hak milik bagi tanah. Secara perbandingan sembilan buah negeri-negeri Melayu itu menggunakan suatu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh diperolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. atau sistem pendaftaran hak milik. KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undangundang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor sebelum 1.1.1966). Untuk menghapuskan system di pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara (hak milik-hak milik Pulau Pinang dan Melaka) telah diperbuat dalam tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada 1.1.1996. Oleh itu dengan adanya KTN dan Akta Kanun Tanah Negara (Hak milik-hak milik Pulau Pinang dan Melaka), 1963, kesemua sebelas buah negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1.1.1996. ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas negeri di Semenanjung memakai system Torrens. Walau bagaimanapun Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri. Sistem yang diamalkan di sembilan buah negeri Melayu adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens

CIRI-CIRI SISTEM TANAH SEBAGAIMANA YANG DIAMALKAN Sistem Torrens menetapkan dan memperakui, di bawah kuasa kerajaan, kepunyaan hak milik tanah yang tidak boleh disangkal dan memudahkan, Tujuan-tujuan mempercepatkan dan merendahkan perbelanjaan segala urusan tanah.

sistem Torrens ialah untuk memberi jaminan dan kesenangan kepada segala urusan tanah. Hak milik adalah bukti muktamad bahawa orang yang disebutkan di dalamnya adalah tuan punya tanah yang dinyatakan di dalamnya. Hak milik-hak milik tanah yang sah memerlukan perihal sempadan-sempadan yang tepat. Ini bererti bahawa pengukuran tanah yang cekap mestilah dibuat. Suatu hak milik boleh dikeluarkan bagi tanah dengan apa-apa perihal sempadan yang munasabah, tetapi jika sempadan-sempadan itu tidak tepat sedangkan hak milik itu masih lagi tidak boleh disangkal, ia mungkin akan menjadi terdedah kepada pertikaian sempadan adalah dihapuskan dan dengan itu hak milik itu sebenarnya menjadi tidak boleh disangkal dari segala segi. Di antara kebaikan-kebaikan Sistem Torrens ialah seberti berikut:1. Tiap-tiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hak milik

yang jelas, dijamin oleh kerajaan, membentangkan bukan sahaja untuk pengetahuannya tetapi juga pengetahuan semua orang berkenaan mengenai segala syarat-syarat dan kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan tanah itu. 2. Tiap-tiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum

stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu. Hak milik bagi tanah itu dan hak-hak semua orang memegang pajakan atau gadaian akan tidak boleh disangkal. Hendaklah diketahui bahawa Sistem torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan pengambil sempena Sir Roberts Torrens yang

memperkenalkannya di Autralia Selatan dalam tahun 1858. kemudiannya ia berkembang ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian-bahagian lain dalam dunia. Perkara 89. Tanah simpanan Melayu. (1) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu, iaitu suatu Enakmen-(a) yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan Undangan dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi; dan (b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi. (1A) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (1) yang membuat peruntukan bagi pelucuthakan atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi pelucutan, pemunyaan mana-mana tanah simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau kepentingan mengenainya, disebabkan mana-mana orang, atau mana-mana perbadanan, syarikat atau badan lain (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan) yang memegangnya tidak lagi layak atau berwibawa di bawah undang-undang yang berkaitan yang berhubungan dengan tanah simpanan Melayu untuk memegangnya, tidaklah menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan Perkara 13. (2) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mengikut undangundang itu: Dengan syarat bahawa-(a) jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah yang sama dengan luas tanah itu di dalam Negeri itu yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan bagi pemberian hakmilik umum; dan

(b) jumlah keluasan tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa melebihi jumlah keluasan tanah di Negeri itu yang telah diadakan bagi pemberian hakmilik umum menurut perenggan (a). (3) Tertakluk kepada Fasal (4), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undangundang yang sedia ada, mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu-(a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud itu; (b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan dengan persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya, dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu. (4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu dipunyai atau diduduki oleh seseorang yang bukan seorang Melayu atau yang mengenainya atau ke atasnya orang itu ketika itu mempunyai apa-apa hak atau kepentingan. (5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undangundang, mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum lain, dan mewujudkan amanah bagi maksud itu. (6) Dalam Perkara ini "tanah simpanan Melayu" ertinya tanah yang disimpan untuk diberi hakmilik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi Negeri tempat terletaknya tanah itu; dan "orang Melayu" termasuklah mana-mana orang yang, di bawah undangundang Negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi maksud perizaban tanah. (7) Tertakluk kepada Perkara 161A, Perkara ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam perlembagaan ini; tetapi (tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain yang sedemikian) tiada tanah boleh dikekalkan atau diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini dan Perkara 90.

(8) Peruntukan Perkara ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan Perkara ini terpakai bagi sesuatu Negeri, kecuali bahawa Fasal (1) dalam pemakaiannya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendaklah diubahsuaikan supaya dibaca bahawa mana-mana tanah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Akta Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli setiap Majlis Parlimen dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi di dalam setiap Majlis Parlimen.

10

You might also like