Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ujian Formatif Jun Pengajian Am 2 Tingkatan 6 Atas Tahun 2011 Nama Kelas : : _________________________________________ _________________________________________

Pilih mana-mana SATU SOALAN sahaja. 1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan, lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan murid sekolah rendah bantuan kerajaan mengikut negeri pada tahun 2000, 2003 dan 2005 antara sekolah rendah dan sekolah menengah.

Daripada data kementerian pelajaran, seramai 152.1 ribu murid telah mendaftar di sekolah rendah bantuan kerajaan di Pahang pada tahun 2000 berbanding dengan 128.3 ribu murid sekolah menengah. Bilangan sekolah rendah yang lebih banyak dan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Perak telah menyebabkan bilangan muridnya lebih ramai. Daripada 429.9 ribu murid, 49.1% ialah murid sekolah menengah manakala yang selebihnya ialah murid sekolah rendah. Bilangan penduduk negeri Melaka yang sedikit berbanding negeri-negeri yang lain mempengaruhi bilangan murid di negeri tersebut. Pada tahun 2000, bilangan murid yang berdaftar di sekolah rendah kerajaan hanya seramai 69.1 ribu murid daripada keseluruhan 123.1 ribu murid yang berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu, manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah. Kepadatan penduduk yang tinggi di Pulau Pinang telah mempengaruhi bilangan murid yang berdaftar di sekolah batuan kerajaan di negeri tersebut. Daripada 254.8 ribu murid yang berdaftar, 60.75% ialah murid sekolah rendah manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah. Pada tahun 2003,di negeri Pahang bilangan murid sekolah rendah telah bertambah sebanyak 4.73% berbanding dengan tahun 2000. Murid di sekolah menengah pula turut menokok sebanyak 2.7 ribu murid berbanding dengan tahun 2000. Dua tahun berikutnya, bilangan murid sekolah rednah di negeri ini telah bertambah kepada 171.0 ribu murid. Namun demikian, bilangan murid sekolah menengah berkurangan sebanyak 400 orang berbanding tahun 2003. Di perak pula, bilangan murid turut bertambah kepada 487.8 ribu murid pada tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 54.92% ialah murid sekolah rendah dan selebihnya ialah murid sekolah menengah. Bilangan murid sekolah rendah pada tahun 2005 telah meningkat sebanyak 7.4 ribu sementara murid sekolah menengah pula merosot kepada hanya 218.1 ribu murid. Di Melaka pula, pada tahun 2003 bilangan murid sekolah rendah telah bertambah kepada 79.8 ribu orang sedangkan sekolah menengah telah berkurangan sebanyak 4.07% berbanding tahun 2000. Pada atahun 2005, bilangan murid telah bertambah menjadi 154.7 ribu murid. Dan 43.05% daripada jumlah tersebut ialah murid sekolah menengah manakala bakinya ialah murid sekolah rendah. Pada tahun 2005, jumlah murid di pulau mutiara telah bertambah sebanyak 8,200 murid kepada 264.2 ribu murid berbanding tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 152.9 ribu orang ialah murid sekolah rendah manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah. Pada tahun 2003 pula, 40.58% murid sekolah menengah dan selebihnya ialah murid sekolah rendah.

Sulit/UjianFormatifJun2011

2.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah carta yang sesuai untuk menunjukkan import pelbagai barangan dan keperluan Malaysia daripada pelbagai haluan pada tahun yang dinyatakan..

Mengikut perangkaan ekonomi tahun 2006, import Malaysia meliputi pelbagai barangan dan keperluan seperti jentera dan kelengkapan pengangkutan, barang keluaran kilang, bahan kimia, bahan api galian dan pelincir serta lain-lain lagi. Import pelbagai barangan dan keperluan Malaysia pada tahun 2004 telah menunjukkan peningkatan kepada RM400,077 juta pada anggaran tahun 2005. Dalam hal ini, antara import yang besar adalah jentera dan kelengkapan pengangkutan. Nilai importnya ialah sehingga mencecah kira-kira RM229,244.12 juta atau 57.3%. Negara Malaysia juga mengimport barang keluaran komoditi kilang yang bernilai RM44,408.55 juta atau 11.1% pada tahun itu. Manakala bahan kimia yang diimport pula adalah bernilai RM31 ,606.08 juta serta bahan api galian dan pelincir adalah melebihi sebanyak 0.2% berbanding bahan kimia. Selain itu, bahan-bahan mentah tidak boleh dimakan dan makanan adalah masing-masing sebanyak RM9,601.85 juta dan RM16,403.16 juta. Dalam konteks ini, negara terpaksa juga mengimport bahan ini demi permintaan domsetik. Manakala selebihnya adalah lain-lain yang mencecah 9.1%. Malaysia mempelbagaikan import sesuatu barangan dan tidak hanya bergantung kepada sesebuah negara sahaja. Keadaan ini ada kaitannya dengan iltizam pihak kerajaan yang ingin memperluaskan aktiviti eksport dan import daripada pelbagai negara. Daripada nilai RM58,011.17 juta adalah import dari Jepun yang juga telah menyumbang sebanyak 14.5%. Amerika Syarikat telah mengeksport ke Malaysia sebanyak 12.9%. Bagi negaranegara ASEAN lain, Malaysia telah mengimport sebanyak 13.8% manakala negara-negara E.U adalah sebanyak 11.6%. Import dari negara di selatan tambak Johor hanya 0.1% melebihi Negara-negara E.U. Manakala China pula berkurang 0.2% berbanding import daripada negara di selatan tambak Johor. Republik Korea juga tidak ketinggalan mengeksport barangan ke Malaysia selaras dengan peranan negara ini sebagai negara Asia yang aktif dalam aktiviti ekonomi. Peratusan yang dicatatkan untuk negara ini ialah dengan kadar 5.0% dan selebihnya adalah dari negara-negara lain. (Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2006, Kementerian Kewangan Malaysia, Kuala Lumpur)

Sulit/UjianFormatifJun2011

3.

Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan nilai import makanan yang terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi.

Menerusi Dasar Pertanian Negara (DPN), kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk mengurangkan import makanan. Namun, masih ada beberapa jenis makanan yang terpilih perlu diimport dari negara-negara rakan dagangan kita. Nilai import makanan negara kita adalah tinggi dan sebahagian besar daripada pendapatan negara telah mengalir keluar untuk pembiayaan tersebut. Langkah pengurangan import yang dilaksanakan oleh kerajaan telah mengurangkan nilai import makanan dari tahun 1999 hingga anggaran 2002. Pada tahun 1999 nilai import makanan yang terpilih adalah sebanyak RM 4 396.1 juta dan telah berkurangan kepada RM 4 322.3 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001 telah berkurang sebanyak RM 27.6 juta berbanding tahun sebelumnya dan nilai import ini terus menurun kepada RM 4 107.2 juta pada tahun 2002. Komoditi jagung merupakan import makanan terbesar pada tahun 1999 iaitu lebih kurang 25.35% daripada jumlah keseluruhan. Namun nilai import jagung telah menurun kepada RM 1 088.6 juta pada tahun 2002. Nilai import pada tahun 2001 berkurang sebanyak RM 132.3 juta berbanding tahun 2002, manakala nilai import jagung pada tahun 2000 adalah sebanyak RM 1 088.5 juta. Seterusnya nilai import susu krim dan tepung pula ialah sebanyak RM 772.4 juta pada tahun 1999. Nilai ini telah meningkat kepada RM 869.8 juta pada tahun berikutnya. Permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna menyebabkan nilai import telah meningkat kepada RM 938.2 juta pada tahun 2001. Usaha kerajaan untuk mengurangkan import telah menunjukkan kesan apabila nilai import pada tahun 2002 hanya mencatat sebanyak RM 765.2 juta. Gandum merupakan salah satu import makanan yang tinggi berbanding makanan lain. Pada tahun 1999 import gandum adalah sebanyak RM 818.2 juta tetapi pada tahun berikutnya telah menampakkan penurunan sebanyak RM 107.3 juta. Import gandum masing-masing sebanyak RM 783.3 juta dan RM 766.4 juta bagi tahun 2001 dan 2002. Makanan rakyat Malaysia kebanyakannya berasaskan gula seperti kuih-muih yang menjadi salah satu hidangan utama. Justeru tidak hairanlah, menjelang tahun 1999 sahaja, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 972.3 juta untuk import gula. Nilai import gula menurun sedikit pada tahun 2000 iaitu kepada RM 963.8 juta. Namun, pada tahun 2001 import gula telah meningkat kepada RM 1 087.2 juta. Nilai import gula dianggarkan kembali menurun kepada RM 976.9 juta pada tahun berikutnya. Kerajaan masih bergantung kepada import dari negara luar untuk menampung bekalan beras negara. Pada tahun 1999 sebanyak RM 718.9 juta beras telah dimport dan nilai ini menurun pada tahun 2000 iaitu hanya mencatat sebanyak RM 689.3 juta. Kerajaan telah berjaya mengurangkan import beras kerana pada tahun 2001 hanya sebanyak RM 529.7 juta sahaja yang diimport. Nilai import ini berkurang lagi sebanyak RM 19.6 juta pada tahun 2002 berbanding import pada tahun sebelumnya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003)

Sulit/UjianFormatifJun2011

You might also like