Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.

1 Definisi Dadah: > Dadah adalah satu perkataan untuk sesuatu bahan kimia yang biasanya tidak terdapat dalam badan dan memberi efek terhadap badan. Ini termasuklah bahan-bahan yang tidak sah, seperti kokain dan ubat yang disahkan yang disediakan oleh doktor, contoh. Antidepresan. Lain-lain dadah yang sah termasuklah bahan-bahan seperti nikotin, kafein dan alkohol. 2.2 Dadah dan Ciri-cirinya Dadah ialah bahan kimia proaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 1) Mempunyai kesan ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). 2) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. 3) Diperolehi secara haram. 4) Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah. 5) Mendatangkan kesan-kesan buruk atau bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial. 2.3 Jenis-jenis Dadah Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut: a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein. b) Kanabis - ganja, hashish. c) Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan bukan barbiturat serta tranquilizer. d) Stimulan jenis amfetamin dan kokain. e) Halusinogen lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilobisin. Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya. 2.3.1 Dadah Perangsang

Kita mengalami perasaan seronok atau sugul kerana dirangsang oleh otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak-tawa( rasa seronok ). Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat-ubatan. Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak palsu. Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi ( dari segi kelincahan dan pertuturan ). Keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan dan mudah merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa. Pertuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar difahami. Tubuh akan menggeletar dan tidak akan ada selera untuk makan atau minum. Pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan persekitaran samada makan atau minum. Jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan sehingga mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak dapat dikawal. Kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan ginjal tidak terkawal, dan maut akan menyusul. 2.3.2 Dadah Halusinogen Contoh dadah : LSD, PCP, dadah rekaan Akibat: Persepsi si pengguna akan berubah. Tidak berpijak di bumi yang nyata. Contohnya: merasakan diri seolah-olah boleh terbang atau dapat berjumpa dengan Tuhan. Juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan. Emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk. Dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi. Contoh arak: mabuk, cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong-hayang.

Contoh rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan adalah untuk merangsang otak, oleh itu ianya tidak dirasakan serius oleh pengguna. 2.3.3 Ancaman ECSTASY dan Dadah Rekaan (Feniletilamina) Kesan Penggunaan Feniletilamina Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan dirangsang dan penagih akan mengalami keamatan warna dan tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pada dos yang besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa khayal). Apabila digunkan buat kali pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang todak menentu. Kesan fisiologi feniletilamina pula biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit psikosis ( keadaan tidak siuman) dan mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual dan auditori serta ilusi yang menakutkan. Kajian pada haiwan menunujukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang. Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti yang berikut: a) ICE ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah antara dadah designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Metamfetamina hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah terutamnya setelah mnyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia mempunyai kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan jantung berbanding amfetamina. Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang agak panjang, iaitu antara lapan sehingga dua puluh empat jam. Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia ( rasa ketakutan ), rasa terdesak dan sanggup mengambil risiko

besar melakukan sesuatu yang membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik. b) LOVE DRUG LOVE DRUG iaitu MDA ( 3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan pada tahun 1967 dan boleh membuatkan seseorang mengalami eurofia serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini. Penggunannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses pembikinan tersebut. c) ECSTACY Dadah ini adalah kumpulan feniletilamina yang paling kontroversi. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4-metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk mengenal diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Dalam kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama ECSTACY, XTC dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu didalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri halusinogen. MDEA (3,4-

metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang menpunyai kesan yang berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang. Pada dos yang rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia. Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami halusinasi visual. Selain daripada kesan ini, pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan daarh tinggi, denyutan jantung yang cepat, berpeluh seluruh anggota dan pergerakan yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri daripa tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan dan serangan depresi. Dua masalah yang ketara berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi terlalu tinggi, (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi) oleh badan,

terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering. Apabila ini berlakum suhu badan akan meningkat dicirikan dengan pening kepala, keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah. Sekiranya suhu badan meningkat kepada 40C, darah mula membeku di saluran darah dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain. Kesudahannya, ia boleh menyebabkan maut. Akibat dari ini juga, ramai yang cuba meminum air dengan banyaknnya, ada sehingga 20 liter air dalam beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-bahan galian yang telah hilang tidak turut digantikan malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di otak) menjadi kembang dan kemudiannya rosak. Secara jangka panjangnya, Ecstacy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel didalamnya serta juga mengganggu perjalanan gahan kimia semulajadi otak. Selepas menggunakn Ecstacy, seseorang itu akan merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit yang silam. Di samping itu, ia memberi beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan seakan-akan gila.

You might also like