Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penghargaan

Sejuta rasa terima kasih diucapkan kepada rakan kumpulan yang telah banyak membantu terutamanya dalam kaedah mencari maklumat, mengolah informasiinformasi, menjalankan aktiviti dan menyusun maklumat yang ada untuk dijadikan satu kerja kursus seadanya seperti ini. Turut diucapkan rasa terhutang budi kepada Encik Abdul Latif bin Ahmad yang telah memberikan taklimat serta penerangan dan langkah-langkah memulakan kerja dengan khusus dan terperinci. Selain itu juga, beliau juga memberi panduan yang betul kepada kami tentang cara-cara pengiraan dan maklumat yang kritikal terhadap kajian ini agar hasil dapatan adalah tepat menurut arahan soalan. Turut sama dihargai adalah rakan-rakan dari kumpulan yang berlainan yang sudi berkongsi rujukan dan sumber maklumat bagi mengetahui format, maklumat-maklumat penting serta bahan-bahan rujukan. Tanpa bantuan saudara dan saudari, maka mungkin kajian kami akan menjadi ala kadar sahaja. Tidak lupa juga kepada warga Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat yang telah banyak membantu kami dalam mencari bahan rujukan serta bacaan bagi kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI
Alhamdulillah Akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi Anatomi dan Fisiologi secara berkumpulan seramai empat orang ini. Sebelum saya berjaya menyiapkan tugasan kami ini, saya melalui pelbagai dugaan sebelum itu. Setelah saya menerima tugasan ini daripada pensyarah saya iaitu Encik Abdul Latif bin Ahmad, kami sekumpulan bersama-sama terus mencari maklumat mengenai pengiraan dan teknik untuk mengadakan kajian yang telah ditetapkan iaitu lari ulang-alik. Namun, saya bersyukur kerana penerangan dari pensyarah adalah jelas serta difahami dengan baik serta banyak membantu melicinkan proses kajian yang dijalankan. Sumber maklumat utama yang saya tuju ialah Pusat Sumber IPTHO. Saya berjaya menemui beberapa buah buku mengenai anatomi dan pergerakana manusia, teori-teori kesihatan dan pergerakan tubuh. Saya juga bertukar buku rujukan dengan rakan-rakan kami yang lain di asrama serta mencari maklumat di internet bagi mempelbagaikan sumber rujukan. Segala alamat internet cuba kami masuk dan lawati untuk mendapatkan maklumat. Saya menggunakan kemudahan yang ada di perpustakaan untuk mencari seberapa banyak maklumat untuk tugasan ini. Tugasan ini telah mengajar saya mengenai struktur tubuh manusia secara meluas terutamnya di dalam pergerakan yang dilakukan setiap hari. Ini memberikan lebih pemahaman kepada saya mengenai kawasan yang berisiko serta cara untuk mengurangkan risiko kecederaan kekal terhadap tubuh. Melalui kajian ini juga, saya mendapati pendedahan yang diterima adalah sangat baik dan akan membantu didalam proses pembelajaran di sekolah kelak. Sekian, terima kasih.

You might also like