Pengajian Am Kertas 2: Peperiksaan Akhir Tahun 2009

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SULIT*

900/2

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

PENGAJIAN AM KERTAS 2
(Tiga jam)

JAWATANKUASA PENGGUBALAN SOALAN PANITIA PENGAJIAN AM SEK. MEN. KEB. TAMAN TASIK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN ENAM BAWAH SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab lima soalan sahaja. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,B,C,D dan E. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

NOTA Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat sebelah] SULIT*

SULIT*

2 Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 1.
Salah satu kesan yang timbul akibat pencemaran alam sekitar ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi perlu dikawal agar kehidupan manusia pada zaman moden ini aman dan sejahtera. Bincangkan.

2.

Perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti telefon bimbit telah membolehkan pelajar turut menikmati kemudahannya. Namun begitu, terdapat juga masalah yang timbul di sebalik penggunaannya. Bincangkan.

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 3.
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa rakyat Malaysia mengambil kira-kira 125 gram sehari atau 875 gram seminggu gula seminggu, lebih dua kali ganda daripada had yang disarankan iaitu hanya 50 gram atau tidak melebihi 10 camca teh. Kajian ini mendapati gula menjejaskan kesihatan pengguna itu sendiri. Bincangkan.

4.

Hakisan lapisan ozon telah mengancam kesejahteraan hidup manusia dan memberi kesan kepada segala hidupan di bumi. Bincangkan penyataan ini.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat sebelah] SULIT*

SULIT*

3 Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada soalan 6. [20]
5 (a) Sejarah telah membuktikan bahawa buku-buku dan akhbar adalah dua medium yang berhasil dalam membentuk tamadun lantas mencorakkan gerak landas sesebuah masyarakat. Seseorang boleh menguasai ilmu dan mendalami kemahiran dengan pergi menuntut ilmu sehingga memperoleh bergulung-gulung ijazah , tetapi selepas tamat pengajian , tanpa diteruskan dengan tradisi membaca buku dan akhbar, pemikiran sudah tentu akan statik, beku dan tidak berkembang. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku dan Akhbar Sebagai Universiti Terbuka Dewan Masyarakat, Mei 2002) i. ii. Apakah peranan buku dan akhbar dalam sesebuah masyarakat? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat membaca buku dan akhbar. ATAU 5 (b) Pakar bahasa sering dipandang sebagai penentu sesuatu bentuk bagi bahasa. Namun hakikatnya, pengguna bahasa adalah unsur utama pembentukan suatu bentuk bahasa. Oleh itu, pakar bahasa perlu menerima perubahan ini tanpa meletakkan hukum yang menyulitkan penutur bahasa.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, 2005)

i)
ii)

Siapakah sebenarnya yang menentukan bentuk sesuatu bahasa? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkahlangkah memartabatkan bahasa Melayu?

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat sebelah] SULIT*

SULIT*

6 (a) Bekas plastik apabila terkena suhu yang tinggi, bahan pewarna yang digunakan pada bekas plastik tersebut akan meresap ke dalam makanan.Tambahan pula bekas plastik mengandungi dioetyl phthalate (DOP) suatu larutan kimia yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan (Sumber:dipetik diubahsuaikan, Awasi Penggunaan Plastik dan Gabus, Pengguna, Jun 2005) i) ii) Apakah yang berlaku apabila bekas plastik terkena suhu yang panas? Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan bahaya-bahaya penggunaan bahan DOP kepada manusia. ATAU

6 (b) .Ketagihan akibat meminum alkohol bergantung pada jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Kesan jangka pendek kepada penagih alkohol ialah kurang daya koordinasi dan hangover. Tanda-tanda hangover adalah sakit kepala ,loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8-12 jam kemudian. (Dipetik daripada Buletin Pengguna Jun 2005) i. ii. Apakah yang anda faham tentang kesan ketagihan alkohol? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat sebelah] SULIT*

SULIT*

5 Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15]
7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahuntahun yang dinyatakannya. Sumbangan dan penglibatan golongan wanita dalam pelbagai kegiatan ekonomi di negara ini harus diberi perhatian yang sewajarnya. Pada tahun 1995, golongan wanita menyumbang sebanyak 36.0% tenaga mereka dalam sektor pertanian dan perhutanan. Sementara itu, sebanyak 30.1% terlibat dalam sektor pembuatan. Penglibatan kaum wanita pada tahun 2000 pula, merupakan 37.0% dalam sektor pertanian dan perhutanan dan kadar ini menurun ke paras 32.4% pada tahun 2005, dan dijangka merosot kepada 28.4% pada lima tahun berikutnya. Penglibatan kaum wanita dalam sektor pembuatan menjadi semakin penting. Misalnya, dalam bancian pada tahun 2000, didapati sebanyak 42.1% daripada tenaga kerja terdiri daripada wanita. Kadar ini telah meningkat ke paras 48.4% pada tahun 2005, dan terus meningkat ke paras 46.4% menjelang tahun 2010. Demikian juga dalam bidang perdagangan dan borong, runcit, hotel dan restoran. Terdapat pertambahan tertentu penglibatan mereka daripada paras 17.2% pada tahun 1995 telah meningkat kepada 28.2% pada tahun 2000, meningkat lagi kepada ke paras 38.6% pada tahun 2005 dan dijangka merosot sebanyak 1% dalam jangkaan pada tahun 2010. Peratusan tenaga wanita dalam sektor pembinaan masih kurang diceburi iaitu berada di paras 6.7% pada tahun 1995, manakala 7.1% pada tahun 2000 dan merosot sebanyak 2.8% pada tahun 2005, tetapi meningkat ke paras 13.4% pada sepuluh tahun kemudian. Sektor perlombongan dan kuari juga menunjukkan penglibatan kaum wanita yang tidak stabil iaitun12.6% pada tahun 1995 dan merosot kepada 10.3% pada tahun 2000 dan meningkat sebanyak sebanyak 2.6% pada tahun 2005 dan dijangka berlaku sedikit kemerosotan ke paras 11.9% pada tahun 2010. Sementara itu, dalam sektor perkhidmatan elektrik, gas dan air, tenaga kerja wanita meningkat sebanyak 2.2% pada tahun 2000 berbanding dengan kadar 5.3% pada tahun 1995. Tetapi kadar ini merosot sebanyak 0.6% pada tahun 2005 dan dijangka meningkat semula ke paras 8.8% pada tahun 2010. Peratusan yang semakin bertambah tetapi masih rendah penglibatan tenaga kerja wanita ialah dalam urusan pengangkutan dan komunikasi yang melibatkan sebanyak 4.3% pada tahun 1995, meningkat sebanyak 2.0% pada tahun 2000 dan meningkat ke paras 11.1% pada tahun 2005 dan meningkat sedikit dengan kadar 0.5% pada tahun 2010. (Sumber: Rancangan Malaysia Ketiga, 1976-1980, Rancangan Malaysian Keenam 1991-1995 dan Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000)

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat sebelah] SULIT*

SULIT*

8 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan sebuah pertubuhan yang mentadbir skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian. Pada tahun 2000, jumlah penerima faedah ialah 222,350 pencarum, telah meningkat kepada 223,845 pencarum pada tahun 2001. Data ini terus meningkat bagi tahun 2002, 2003 dan 2004 iaitu masing-masing 232,327 pencarum, 239,004 pencarum dan 255,381 pencarum. Sepanjang tahun 2000, sebanyak 76,004 pencarum berinsurans telah menerima bayaran faedah hilang upaya sementara. Sebanyak 20,009 pencarum pula telah menerima faedah hilang upaya kekal. 25,900 pencarum telah menerima faedah orang tanggungan, sekiranya pencarum berinsurans meninggal dunia akibat bencana kerja, orang-orang tanggungannya berhak menerima faedah ini. Sementara itu, seramai 18,324 pencarum telah menerima pencen ilat. Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada orang berinsurans terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Manakala bagi faedah pencen penakat keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan adalah seramai 82,113 pencarum. Pada tahun 2001, pencarum yang menerima faedah hilangupaya sementara menurun sebanyak 8715 orang dan pada tahun 2002 menurun lagi kepada 62881 pencarum. Pada tahun 2003 dan 2004, bilangan pencarum yang menerima faedah hilangupaya sementara terus menurun kepada 56766 pencarum dan 56309 pencarum. Faedah hilangupaya kekal pula telah membuat pembayaran kepada seramai 19707 pencarum pada tahun 2001. Bilangan pencarum yang menerima faedah ini telah mengalami peningkatan sebanyak 2253 orang bagi tahun 2002 berbanding tahun sebelumnya dan pada tahun 2004 terdapat seramai 22505 pencarum. Tetapi bagi tahun 2003 hanya seramai 19542 pencarum sahaja yang menerima faedah ini. Faedah orang-orang tanggungan pula telah diterima oleh seramai 27485 pencarum pada tahun 2001, meningkat kepada 29097 pencarum pada tahun 2002, dan terus meningkat pada tahun 2003 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak 31123 pencarum dan 32836 pencarum. Manakala bagi faedah pencen ilat pula, seramai 21083 pencarum telah menerima pada tahun 2001, 23499 pencarum pada tahun 2002. Bilangan pencarum terus meningkat sebanyak 1543 pencarum dan pada tahun 2004 berjumlah 29385 pencarum PERKESO juga telah membuat pembayaran faedah pencen penakat kepada pencarumpencarumnya yang berinsurans. Pada tahun 2001, seramai 88281 pencarum telah menerima faedah ini. Bilangan pencarum yang menerima faedah ini terus meningkat untuk tahun 2002, 2003 dan 2004 iaitu 94890 pencarum, 106531pencarum dan 114346 pencarum. (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Tahunan, Jabatan Statistik, 2004)

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat sebelah] SULIT*

SULIT*

7 Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 9. Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan pola bandingan kes diabetes di negara-negara terpilih pada tahun 2000 dan 2020. Jelaskan punca-punca peningkatan kes diabetes di seluruh dunia. Jumlah Kes Diabetes di Negara-negara Terpilih pada Tahun 2000 dan 2020 Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tahun 2000 Negara India China U.S Indonesia Jepun Pakistan Rusia Brazil Itali Bangladesh JUMLAH Jumlaj Kes (juta) 31.7 20.8 17.7 8.4 6.8 5.2 4.6 4.6 4.3 3.2 107.3 Tahun 2020 * Negara India China U.S Indonesia Pakistan Brazil Bangladesh Jepun Filipina Mesir Jumlah Kes (juta) 79.4 42.3 30.3 21.3 13.9 11.3 11.1 8.9 7.8 6.7 233.0

* Aanggaran ( Dipetik dan diubahsuaikan Daripada Diabetes Care,WHO Ad Hoc Diabetes Reporting Group.1998)

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat sebelah] SULIT*

SULIT*

10. Berdasarkan gambar rajah di bawah, terangkan pengaruh teknologi maklumat dalam kehidupan manusia.

BUDAYA FITNAH PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM KEMAHIRAN MANUSIA

PENGETAHUAN

URUSAN

KESIHATAN

KIEHIDUPAN HARIAN

PERNIAGAAN

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Andrew Jenissen, 2003, Information Technology Impact, USA)

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Lihat sebelah] SULIT*

You might also like