Triffle

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bahan-Bahan: (Bahan A).

300ml susu sejat 500ml air 3 biji telur 5 sudu besar gula pasir 1 sudu besar mentega 1 sudu kecil esen vanila 1 peket agar-agar 6 sudu besar tepung kastard Cara: Potong kek gulung dan penuhkan bekas loyang sebagai lapisan pertama. Ketepikan bekas loyang. Untuk bahan (A), masakkan agar-agar sehingga kesemuanya cair. Masukkan gula dan biarkan di atas dapur dengan api kecil. Sementara itu pukul telur sehingga kembang dan masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air sejuk teruskan pukul sehingga kembang. Masukkan susu sejat,mentega dan esen vanila kedalam agar-agar. Kacau sebati dan masukkan adunan telur dan kastard yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit. Adunan hendaklah sentiasa dikacau sehingga masak. Setelah masak, tuangkan ke atas kek yang telah disusun tadi sebagai lapisan kedua dan biarkan sejuk. Setelah sejuk dan mengental, taburkan buah-buahan campuran (yang telah diasingkan dari sirapnya terlebih dahulu).Ketepikan. Seterusnya bancuh serbuk jelly dengan sirap dari buah-buahan dalam tin tadi. masakkan atas dapur dan masukkan semua bahan B. Selepas mendidih, tuangkan ke dalam loyang sebagai lapisan ke tiga. Biarkan sejuk dan mengental. Sedia untuk dihidang. (Bahan B). 1 peket serbuk jelly(perisa pilihan) 200ml air 2 sudu besar gula 2 sudu serbuk agar-agar (Bahan C). 1 Kek gulung 1 tin buahan campuran

Cadangan Hidangan: Adunan puding ini adalah untuk acuan loyang berukuran 25-30cm. Untuk hidangan lebih menarik, anda boleh cuba terus tuangkan bahan kedalam beberapa mangkuk kaca yang boleh dihidangkan terus. Tambahan: Buah-buahan campuran dalam tin bolehlah ditukar mengikut citarasa. Saya cadangkan buah-buahan kegemaran segar seperti strawberi atau mangga dipotong kecil dan disusun bagi menggantikan buah-buahan dalam tin tadi. Variasi rasa kek gulung juga adalah mengikut citarasa anda masing-masing. Hidangan puding ini nampak meriah dan begitu menarik sesuai juga untuk hidangan majlis keraian.

You might also like