Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Karangan Ucapan / Syarahan/ Ceramah !.

Karangan jenis ucapan/ syarahan/ ceramah tidak mempunyai banyak perbezaan kecuali pada bahagian pendahuluan. 2.Ucapan lebih mirip kepada soalan yang berkaitan dengan sesuatu majlis keraian, perpisahan dan perasmian. 3.Ceramah pula berkisar tentang sesuatu isu semasa seperti masalah kesihatan, pencemaran alam sekitar, kerjaya dan sebagainya. 4.Syarahan mempunyai nada yang lebih serius dan berfokus kepada sesuatu fakta. 5.Penggunaan bahasa hendaklah tepat, meyakinkan dan huraian yang jelas. 6.Unsur peribahasa, kiasan, pantun, kata-kata hikmat dan sebagainya boleh dimasukkan. 7.Format penulisan ketiga-tiga jenis karangan hamper sama iaitu: (i) Kata alu-aluan yang disusun mengikut protocol. Terdapat ungkapan para hakim bagi menunjukkan karangan yang berbentuk pertandingan. (ii) Panggilan hormat kepada audien seperti hadirin yang dihirmati atau tuan tuan dan puan-puan untuk menunjukkan suasana syarahan atau ceramah. (iii) Ucapan terima kasih pada akhir ucapan dan berharap pendengar faham akan apa-apa yang telah diperkatakan.

Karangan Laporan 1. Karangan laporan merupakan karangan berformat dan bahasa yang digunakan harus ringkas, tepat dan berkesan. 2. Karangan jenis ini biasanya bertujuan untuk melaporkan kegiatan persatuan, perkhemahan, hari sukan, majlis rasmi dan sebagainya. 3. Format karangan adalah seperti yang berikut: (i) Tajuk laporan. (ii) Isi-isi laporan. (iii) Pengakuan pelapor (iv) Tarikh (v) Tandatangan pelapor. (vi) Nama pelapor (vii) Jawatan pelapor.

You might also like