Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Contoh karangan sambutan hari guru Pada 16 mei yang lalu, sekolah saya iaitu Sekolah kebangsaan Ulu

Yong, Kapit telah mengadakan majlis sambutan Hari guru peringkat sekolah dengan meriah sekali. Majlis telah diadakan di dewan sekolah. Saya sangat gembira apabila bangun pada awal pagi itu untuk meraikan bersama-sama rakan-rakan yang lain. Majlis pada pagi itu bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Adam. Selepas itu, guru besar memberikan ucapan serta membacakan perutusan hari guru pada tahun ini yang bertajuk Guru Transformasi Pendidikan Negara. Sebaik sahaja guru besar selesai berucap, semua guru di minta tampil ke atas pentas untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Kemudian acara memotong kek beramai-ramai telah berlangsung dengan lucu sekali. Selepas acara tersebut, acara sukaneka diadakan di padang sekolah. Acara ini disertai oleh murid-murid dan guru-guru. Antara acara yang diadakan seperti berlari di di dalam guni, meniup belon sehingga pecah, mengisi air di dalam botol dan merebut kerusi. Kami murid-murid tahun 6 telah dibahagibahagikan kumpulan beserta guru-guru dan saya dan Amin bersama-sama dengan cikgu Fazli di dalam satu kumpulan. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam acara sukaneka. Beliau melahirkan rasa gembira kerana sambutan Hari Guru pada kali ini disambut dengan meriah. Majlis ini tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai, muridmurid mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman dengan guru-guru sambil memberikan hadiah dan berpelukan. Hadiah yang saya berikan sebagai tanda terima kasih dan mengenang jasa guru saya.

You might also like