Tonggak Dua Belas

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TONGGAK DUA BELAS Tonggak Dua Belas adalah cetusan idea Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji

Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara semasa merasmikan Seminar Nilai dan Etika pada 2 Mac1992. Menurut beliau, intipati masalah nilai dan etika dalam perkhidmatan awam ialah bagaimana penjawat awam menanam tabiat dan amalan yang baik dalam semua aspek kehidupan secara fizikal, kognitif dan kerohanian. Tonggak Dua Belas merupakan panduan-panduan,contoh-contoh nilai murni dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan bagi mengelakkan unsur-unsur yang negatif. Tonggak dua belas menekankan kepada aspek-aspek peribadi seseorang. Ini didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu dan peribadi ini seterusnya akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi. . Melalui penghayatan dan praktis Tonggak Dua Belas, diharapkan Perkhidmatan Awam akan menjadi badan yang cekap dan berkualiti.

TONGGAK NIKMAT MENCIPTA Kepuasan ialah tujuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itumendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai. Sir Wilfred Grenfell ada mengatakan: Real joy comes not from ease or riches or from the praise of men, but from doing something worthwhile.

EMPAT (4) AMALAN POSITIF 1) Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. 2) Senang bermain dengan idea dan berani mencuba 3) Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan. 4) Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran.

EMPAT (4) AMALAN NEGATIF 1) Takut menemui kegagalan 2) Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada. 3) Pemikiran tidak dinamik 4) Tidak sabar dalam penciptaan baru.

TIGA (3) CONTOH BAGI SETIAP AMALAN POSITIF 1) Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah:i) mengadakan projek tertentu seperti projek Aim The Stars dalam masalah penguasaan Bahasa Inggeris. Murid-murid akan diberi peluang untuk mencari dan menyalin lagu-lagu Bahasa Inggeris yang mereka minat. Mereka akan menghiaskan buku lagu mereka dengan seberapa cantik dan kreatifnya. Kemudian buku-buku lagu tersebut akan dipamerkan pada Hari Anugerah Cemerlang. Ini akan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam projek tersebut. Bukan saja hasil kerja mereka akan dipamerkan, bahkan mereka akan lebih berminat untuk belajar Bahasa Inggeris . Secara tak langsung muridmurid akan dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Sebagai 2

ganjaran dan pengukuhan atas penglibatan murid-murid, mereka juga boleh diberi hadiah untuk hasil kerja mereka yang cemerlang. ii) projek LINUS merupakan kaedah yang baru untuk memberi pemulihan kepada murid-murid yang lemah supaya mereka dapat menguasai kemahiran -kemahiran yang dipelajari oleh mereka. iii) pinjaman bank dimana kini, ada bank yang menghantarkan pegawainya untuk mendapatkan tanda tangan peminjam yang sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang. Ini dapat menyelesaikan urusan pinjaman dengan lebih cepat dan mudah.

2) Senang bermain dengan idea dan berani mencuba:i) contohnya konsep sekolah dalam taman. Idea ini pada mulanya dianggap pelik atau nampak janggal tapi apabila dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan, ianya diterima dengan baik dan hasilnya dapat menggembirakan semua orang. Konsep ini menunjukkan suasana sekolah yang ceria dan nyaman di mana terdapat taman bunga, taman herba, pondok-pondok bacaan dilengkapi dengan bahan bacaan dan meja kerusi taman yang sesuai dan memudahkan murid-murid untuk membaca atau mengulangkaji pelajaran mereka. Suasana sekolah yang ceria dan kondusif akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. ii) idea menghasilkan kereta nasional kita (Proton Saga), apabila dicadangkan pada masa mula-mula dahulu telah ditertawakan oleh sesetengah pihak. Tetapi apabila dilaksanakan dengan baik, kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat. iii) idea memainkan piped music di pejabat-pejabat pada mulanya dianggap 3

canggung dan mengganggu, tetapi bila dilaksanakan dengan betul, ianya boleh menghilangkan rasa jemu bekerja atau jemu menunggu dan menimbulkan suasana gembira.

3) Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaaatkan; i) idea mewujudkan pungutan hasil setempat di pejabat pos pada mulanya diragui dan ditentang kerana ianya berbeza daripada cara yang biasa. Apabila dilaksanakan cara ini didapati sangat baik dan memudahkan orang ramai membuat bayaran dan pungutan hasil. ii) idea membina jambatan Pulau Pinang yang hebat binaannya telah dapat dilaksanakan dan amat memudahkan orangramai berulang-alik ke Pulau Pinang. iii) demikian juga dengan idea membina lebuhraya.Ini mengelakkan kesesakan jalan raya dan lalu lintas di samping mempercepatkan perjalanan untuk sampai ke suatu destinasi.

4) Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran:i) sistem layan diri di stesen-stesen petrol pam di mana orangramai dibenarkan untuk megepam petrol kereta sendiri. ii) kaedah transaksi wang yang menggunakan mesin ATM di mana ia memudahkan orangramai mengeluar atau mendeposit wang mereka. Ini juga dapat menjimatkan kos pekerja. iii) kaedah mengisi borang cukai pendapatan menggunakan cara online melalui

sistem e-filing. Ini memudahkan orangramai dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh yang ditetapkan.

TIGA (3) CONTOH BAGI SETIAP AMALAN NEGATIF 1) Takut menemui kegagalan:i) apabila menganjurkan Hari Kantin, ianya mendapat banyak bantahan kerana takut aktiviti jualan tersebut akan mengalami kerugian maka aktiviti tersebut tidak dijalankan. ii) tidak berani mengadakan kelas tambahan UPSR pada waktu malam kerana takut akan keselamatan murid-murid tapi jika pelaksanaannya dijalankan dengan baik dan teratur, komitmen sepenuhnya dari guru, ibubapa dan murid, ia akan membawa kejayaan. iii) tidak mahu mengadakan Kem Motivasi Murid di tempat lain selain dari sekolah kerana takut ketidakhadiran murid atas alasan jauh padahal jika diadakan di suatu tempat dengan suasana yang berlainan, ia akan memberi motivasi kepada murid ditambah pula dengan ceramah-ceramah dari pakar motivasi. Sifat takut menemui kegagalan sedemikian akan melemahkan organisasi, menghalang peningkatan produktiviti dan juga kualiti.

2). Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada:i) berpuashati dengan pencapaian sasaran headcount dan tidak mahu membuat perubahan baru dalam peningkatan prestasi murid. ii) berpuashati dengan pengetahuan ilmu yang sedia ada dan tidak mahu meningkatkan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih tinggi. 5

iii) berpuashati apabila berada di tahap yang selesa dan tidak mahu memegang jawatan yang lebih mencabar apabila diberi peluang, contohnya Ketua Panitia, Setiausaha Kurikulum sekolah dan sebagainya.

3). Pemikiran tidak dinamik:i) idea mengadakan perkhemahan anjuran unit beruniform adalah idea yang baik tapi telah diketepikan cadangan itu sebelum diteliti dengan sebaik-baiknya. ii) cadangan mengadakan Seminar Keibubapaan anjuran pihak sekolah dan PIBG merupakan cadangan yang sesuai untuk menimbulkan kesedaran di kalangan ibubapa tetapi idea itu telah diketepikan atas alasan ibubapa tidak berminat untuk menghadirinya. iii) idea mengadakan Program Motivasi Waris dianggap tidak perlu kerana telahpun diadakan motivasi murid. Suatu idea atau cadangan yang baik akan mengakibatkan kerugian sekiranya cadangan tersebut adalah bagus tetapi tidak dikaji dan digunapakaikan.

4) Tidak sabar dalam penciptaan baru:i) kehadiran menggunakan sistem komputer. ii) penandaan kertas jawapan objektif menggunakan sistem komputer. iii) sistem pemarkahan menggunakan komputer. Setiap idea baru ada tempoh percubaannya yang mungkin menimbulkan sedikit masalah tapi kita haruslah bekerjasama dan sabar dengan pelaksanaannya untuk mendapatkan hasil kejayaan; bukannya mendapat hasil yang baik dalam sekelip mata. Jika tak sabar mencuba perkara baru, maka tidak akan lahir kejayaannya. 6

RUJUKAN

1. TONGGAK DUA BELAS, Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan 2. Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan. Sesi Pembelajaran dan Persediaan PTK Tahun 2010 3. PTK: Kompetensi Umum Bagi Pegawai Kerajaan Malaysia/ tonggak dua belas- ptkumum.blogspot.com. 4. Nota Ulangkaji Terkini KISSM 5. Perbincangan dengan Rakan Guru-guru SK Sungai Petani.

You might also like