Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

FASAL 1.

NAMA Badan Sukan ini dikenali dengan nama Persatuan Lompat Tali Malaysia (Malaysian Rope Skipping Association) atau ringkasnya disebut sebagai Persatuan di dalam Perlembagaan ini.

FASA 2.

ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat Berdaftar. Alamat berdaftar Persatuan Lompat Tali Malaysia ialah di d/a 31 Lorong G1, Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur Alamat Urusan. Alamat urusan Persatuan Lompat Tali Malaysia ialah di No 61, Jalan SJ 1, Taman Setia Jaya, 48000 Rawang, Selangor. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh di ubah tanpa Kelulusan Jawatankuasa induk Persatuan dan hanya boleh dikuatkuasa setelah mendapat kebenaran tertulis daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

2.2

2.3

FASAL 3.

DEFINISI 3.1 3.2 Persatuan bermakna Persatuan Lompat Tali MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan oleh Persatuan ini pada setiap tahun seperti yang disebutkan dalam fasal 12.2 Perlembangaan ini. JAWATANKUASA INDUK bermakna Jawatankuasa Induk bagi Persatuan seperti yang disebutkan dalam fasal 15 Perlembagaan ini. JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 1. PEJABAT bermakna alamat berdaftar Persatuan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2 Perlembagaan AHLI PERSATUAN bermakna ahli yang disebutkan dalam fasal 6 Perlembagaan ini. PERSURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

FASAL 4. 4.1

OBJEKTIF DAN MATLAMAT Matlamat 4.1.1 Matlamat persatuan ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung melalui aktiviti Lompat Tali.

4.2

Objektif 4.2.1 Menjayakan konsep perlaksanan dasar Sukan Untuk Semua konsep Malaysia Cergas melalui kegiatan Persatuan ini. 4.2.2 Untuk mengalak,meningkat dan menyelaraskan segala bentuk aktiviti Lompat Tali di dalam Negara. 4.2.3 Untuk mengelola dan menaja dan mengambil bahagian didalam segala bentuk kegiatan atau aktiviti Lompat Tali di peringkat kebangsaan. 4.2.4 Memupuk nilai-nilai murni dari segi rohani,jasmani dan meningkatkan akhlak dan iktisas di kalangan ahli 4.2.5 Mewujudkan semangat persahabatan dan persefahaman serta perpaduan di kalangan ahli tanpa mengira bangsa,agama serta keturunan menerusi aktiviti Lompat Tali. 4.2.6 Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili negara dalam sukan Lompat Tali adalah terbuka dan adil. 4.2.7 Untuk mewakili negara dalam mana-mana pertandingan sukan Lompat Tali. 4.2.8 Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persatuan yang sebelumnya, dikemukan kepada Pesuruhjaya Sukan beserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Persuruhjaya Sukan. 4.2.9 Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan di patuhi dan diikuti oleh semua ahli. 4.2.10 Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Pesatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

4.2.11 Semua wang keuntungan yang didapati oleh Persatuan daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan keduaduanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Persatuan. 4.2.12 Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota. FASAL 5. LOGO /LAMBANG 5.1 Logo / lambang Persatuan Lompat Tali Malaysia ini adalah mempunyai objek yang melambangkan orang yang sedang melompat tali. Logo berbentuk hati melambangkan jantung yang sihat dengan warna merah pada hati mewakili darah yang mengalir dari jantung. Di bawah kaki, objek orang tersebut, terdapat reben merah yang mempunyai tulisan Persatuan Lompat Tali Malaysia berwarna hitam yang melambangkan kerjasama di antara ahli-ahli persatuan. Reben ini menunjukkan semangat kerjasama dan bersatu padu di kalangan ahli-ahli Persatuan dalam menjayakan program Persatuan.

FASAL 6.

KEAHLIAN Keahlian peserta ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada 5 kategori seperti berikut : -

6.1

AHLI GABUNGAN 6.1.1 Terdiri dari persatuan-persatuan Lompat Tali di peringkat negeri yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan boleh mengundi serta di undi. 6.1.2 Terdiri dari gabungan kelab-kelab sukan Lompat Tali di peringkat negeri yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan boleh mengundi dan diundi

6.2

AHLI INDIVIDU

6.2.1 Ahli Individu adalah ahli yang berumur 18 tahun ke atas dan terbuka kepada rakyat Malaysia. Jawatankuasa Induk Persatuan akan memilih Ahli-ahli Individu yang tidak melebihi (5) orang yang boleh mengundi dan diundi. 6.3 AHLI REMAJA 6.3.1 Ahli remaja terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 13 tahun hingga 17 tahun yang tinggal di Malaysia dengan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang berkenaan terlebih dahulu. Ahli Remaja tidak boleh mengundi dan diundi

6.4 AHLI BERSEKUTU 6.4.1 Ahli Bersekutu terdiri dari persatuan, kelab dan pertubuhan yang menjalankan berbagai kegiatan sukan selain sukan Lompat Tali dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.

6.5

AHLI KEHORMAT 6.5.1 Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persatuan atau Individuindividu yang boleh memberi sumbangan kepada persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.

FASAL 7.

YURAN KEAHLIAN 7.1 Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persatuan seperti berikut : BIL 1. 2. 3. 4. 5. 7.2 Jenis Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Gabungan Individu Remaja Bersekutu Kehormat Yuran Pendaftaran RM5.00 RM5.00 RM5.00 RM5.00 RM5.00 Yuran tahunan RM 150.00 RM 10.00 RM 5.00 RM 100.00 RM 150.00

Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang

berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi. 7.3 Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah, Jawankuasa Induk berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan. Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran yuran tahunan dan penalty sebanyak RM5.00. Permohonan ini tertakluk kepada Jaawatankuasa Induk.

7.4

FASAL 8.

PERMOHONAN MENJADI AHLI 8.1 Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi alasan. Pemegang kad pengenalan merah adalah tidak dibenarkan untuk menjadi ahli persatuan. Untuk menjadi ahli persatuan ini pemohon perlu mengisi borang yang disediakan oleh persatuan. Beliau hendaklah mengemukakan seorang pencadang dan penyokong dari ahli-ahli yang telah berdaftar. Beliau hanya akan diterima sebagai ahli apabila telah membayar yuran yang dikenakan. Jawatankuasa berhak menolak mana-mana permohonan tanpa menyatakan sebab. Ahli Individu ( Kecuali 5 Orang ), Ahli Remaja, Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat tidak diberikan hak untuk mengundi dan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam Persatuan. Seorang pelajar Universiti atau Kolej tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

8.2

8.3

8.4

8.5

FASAL 9.

KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI 9.1 Tiap-tiap ahli Persatuan dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Persatuan ini. Setiap Persatuan berhak menerima dengan percuma satu salinan perlembagaan Persatuan sekali sahaja semasa pendaftaran.

9.2

FASAL 10. 10.1

HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG AHLI GABUNGAN 10.1.1 Semua ahli gabungan yang membayar yuran sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan berhad menghantar 2 orang wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan dan juga boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.

10.2

AHLI INDIVIDU 10.2.1 Semua Ahli Individu yang membayar yuran tahuan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi kecuali 5 orang yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Persatuan.

10.2

AHLI REMAJA 102.1 Ahli Remaja kehadiran adalah di izinkan tetapi tidak berhak mengundi dan diundi.

10.3

AHLI BERSEKUTU 103.1 Ahli Bersekutu tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghantar 3 orang wakil bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.

10.4

AHLI KORPORAT 10.4.1 Ahli Korporat tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.

FASAL 11.

PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 11.1 Mana-mana ahli Persatuan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli permohonannya itu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Persatuan adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Persatuan. Setiap ahli Persatuan yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persatuan bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sebelum tindakan

11.2

sedemikian ahli itu hendaklah diberikan surat tunjuk sebab pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Ahli yang berkenaan boleh memgemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa sama ada untuk menerima menolak atau membuat apa-apa keputusan yang lain berhubung dengan rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa induk adalah muktamad. FASAL 12. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 12.1 Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang tertinggi dan menyeluruh bagi Persatuan ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 31 Mac tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk. Sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis hendaklah diberikan secara bertulis oleh Setiausaha kepada semua ahli Persatuan. Notis itu hendaklah disertakan dengan agenda mesyuarat bersama-sama dengan semua salinan dokumen yang dinyatakan dalam agenda tersebut. Korum mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri oleh tidak kurang dari satu pertiga (1/3) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan,maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak berkuasa untuk meminda perlembagaan. Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli dan pesuruhjaya Sukan salinan Penyata Tahunan Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesai mesyuarat itu.

12.2

12.3

12.4

FASAL 13

TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 13.1 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung Tahunan mestilah mengandungi antara lain agenda-agenda berikut : -

i)

Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lepas. Menerima dan meluluskan laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan persatuan dalam sepanjang tahun yang lalu. Menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu. Menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat Agung Tahunan dan Memilih Jawatankuasa Induk yang baru mengikut fasal 15.1 Perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut fasal 21.1 Perlembagaan ini setiap dua (2) tahun sekali.

ii)

iii)

iv)

v)

FASAL 14.

MESYUARAT AGUNG KHAS 14.1 i) Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan : Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau dengan kehendak Presiden; atau atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada separuh (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan mengurangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.

ii)

14.2

Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada suatu tarikh di dalam tempoh satu bulan (1) dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah ( ) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

14.3

14.4

14.5

Tidak Boleh diadakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Khas

FASAL 15.

JAWATANKUASA INDUK 15.1 Satu Jawatankuasa Induk Persatuan hendaklah terdiri daripada :i) ii) iii) iv) Seorang ( 1 ) Presiden Seorang (1) Timbalan Presiden Seorang ( 1 ) Naib Presiden Dan Sembilan (9) Ahli Jawankuasa

15.2

Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari dan seorang (1) wakil setiap negeri adalah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Induk dalam Mesyuarat pertama Jawankuasa Induk selepas Mesyuarat Agung Tahunan tetapi kesemua mereka tidak mempunyai hak mengundi dan diundi Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa asal Induk dan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah i. berumur lapan belas (18) tahun ke atas

15.3

ii.

bukan seorang yang muflis

iii.

tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh manamana badan sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu

iv.

tidak disabitkan kesalahan jenayah dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu; dan sempurna akal.

v. 15.4

Mana-mana pemegang jawatan yang di dakwa di Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.

15.5

Sekiranya terdapat kekosongan jawatan disebabkan penjawat jawatan telah melepaskan jawatan ataupun telah menigggal dunia maka calon yang mendapat undi kedua terbanyak dalam Mesyuarat pemilihan yang lepas adalah dengan tersendiri layak untuk memegang jawatan tersebut serta di persetujui oleh persatuan. Jika calon yang demikian tidak ada ataupun menolak tawaran jwatan itu, maka pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung yang akan datang.

FASAL 16.

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK 16.1 16.2 Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa. Menguatkan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau khas. Mengurus dan mentadbir Persatuan dan menjalankan programprogram Persatuan . Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan programprogram yang diluluskan. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas Menimbang rayuan keputusan Jawankuasa Tatatertib bagi ahli-ahli Persatuan Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan pengurusan yang bergaji. Menimbang permohonan menjadi ahli Persatuan.

16.3

16.4

16.5

16.6

16.7

16.8 FASAL 17.

JAWATANKUASA JAWATANKUASA 17.1 17.2 17.3 17.4 17.5 17.6 Jawatankuasa Kewangan Jawatankuasa Pembangunan Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Pemilihan Jawatankuasa Pertandingan Jawatankuasa Tatatertib

10

FASAL 18.

TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK 18.1 Presiden Pengerusi, dalam tempoh jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta displin ahli-ahlinya. 18.2. Timbalan Presiden Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Persatuan. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden. Naib Presiden Naib Presiden hendaklah membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam menguruskan pentadbiran Persatuan. Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden yang kanan hendaklah memangku jawatan tersebut. 18.4 Setiusaha Setiausaha bertanggunjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran Persatuan mengikut Perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung Tahunan atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai surat-menyurat menyimpan semua buku-buku,surat-surat dan kertas-kerts kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat setiusaha hendaklah di dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan menghantar penyata-penyata tahunan serta dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. 18.5 Bendahari Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran pendaftaran dan keahlian, menyimpan semua rekod dan buku kira-kira. Beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan ketetapan butiran di dalam semua rekod dan buku kira-kira. 18.6 Ahli Jawantkuasa

18.3

11

Ahli Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah fasal 17 dan menjalankan tugasseperti yang diarahkan oleh Presiden. 18.6 Tugas Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa i. Jawatankuasa Kewangan Pengerusi Jawankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan Persatuan seperti tajaan, bantuan dari kerajaan, derma atau cara-cara lain yangsah dari segi undang-undang Persatuan dan undang-undang negara. ii. Jawatankuasa Pembangunan Pengerusi Jawankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah menganjurkan program-program pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih. iii. Jawatankuasa Teknikal Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menyemak, menyelaras dan menguatkuasakan kaedah-kaedah dan peraturan peraturan sukan. iv. Jawatankuasa Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah memilih pemain-pemain untuk diperakukan kepada Jawatankuasa Induk bagi mewakili Persatuan dalam sukan Lompat Tali dalam pertandingan-pertandingan iv. Jawatankuasa Pertandingan

12

Pengerusi Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan pertandingan di peringkat Kebangsaan. v. Jawatankuasa Tatatertib Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawantankuasa ini ialah untuk ahli dan menjauhkan hukuman terhadap ahli berkenaan.

FASAL 19.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK 19.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh ( 7) hari terlebih dahulu Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya lima (5) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

19.2

FASAL 20.

KEWANGAN 20.1. Sumber kewangan Persatuan boleh di perolehi melalui :i. ii. iii. iv. v. yuran tahunan dan penalti kemaskan semula. derma dan tajaan. bantuan dari kerajaan atau badan-badan berkanun. hasil-hasil perniagaan Persatuan dan. sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

13

20.2

Pendapatan Persatuan yang di peroleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Persatuan dan ahli-ahlinya seperti yang disebut dalam Perlembagaan ini.

20.3

Semua cek Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha. Perbelanjaan yang lebih daripada 50,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk. Manakala Perbelanjaan Lebih RM 80,000.00 ( Ringgit : Lapan Puluh Ribu Sahaja ) tidak boleh di bayar tanpa mendapat kelulusan mesyuarat agung. Perbelanjaan kurang daripada RM50,000 bagi sesuatu masa boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk. Bendahari boleh menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM1,000.00 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti dimasukkan ke dalam akaun Persatuan. Penyata dari hal wang diterima dan dibelanjakan beserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut Perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung yang berikutnya dan salinan-salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli Persatuan. Tahun kewangan Persatuan ini ialah dari Januari hingga 31hb. Disember pada tiap-tiap tahun.

20.4

20.5

20.4

20.5

20.6

FASAL 21.

JURUAUDIT
21.1 Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di

22.2

14

dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa FASAL 22. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 22.1 Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkaraperkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

22.2

FASAL 23.

PERTIKAIAN DALAMAN 23.1 Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, bankers game, permainan video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib; Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barangbarang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959; Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawaipegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;

23.2

23.3

FASAL 24.

PENAUNG / PENASIHAT 24.1 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. Penaung / Penasihat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi dan membuat keputusan bagi pihak persatuan.

24.2

15

FASAL 25.

PINDAAN PERLEMBAGAAN 25.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung atau Mesyuarat Agung Khas. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

FASAL 26.

PEMBUBARAN PERSATUAN 26.1 Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

26.2

26.3

Disahkan Oleh :

----------------------------------------------------------PN FAUZIAH BT HUSSAIN PRESIDEN

---------------------------------------------------------------SYAIFUL ANWAR BIN ISHAK SETIAUSAHA KEHORMAT

Tarikh : 21/10/2002

Tarikh: 21/10/2002

16

You might also like