Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

1.

0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberi sokongan moral yang tidak terhingga serta bantuan kewangan dalam kajian yang kami jalankan ini. Tidak lupa juga kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong yang telah membenarkan kami menjalankan kajian di luar kawasan sekolah. Selain itu, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru Pra Universiti Sekolah Menegah Kebangsaan Kangkong yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Terutamanya kepada Pn. Hjh. Mazenah binti Zakaria yang telah memberi tunjuk ajar dalam proses penyiapan projek penyelidikan ini kepada kami sekumpulan yang juga merupakan guru penyelaras projek penyelidikan STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal. Selain itu, terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang tidak jemu-jemu menolong kami dalam menyiapkan laporan projek penyelidikan ini. Kami juga ingin mengucapkan syabas kepada diri kami sendiri kerana dapat

menyempurnakan tugasan ini dengan lancar dan sempurna. Tugasan yang diberikan ini telah kami jalankan secara berkumpulan dan sistematik dalam pembahagian kerja berkumpulan.

2.0 PENGENALAN
Kami telah menjalankan kajian berkaitan ekosistem sawah padi memandangkan kawasan sawah padi semakin kekurangan keluasan akibat perubahan penggunaan tanah. Kawasan sawah padi merupakan kawasan yang kaya dengan tanih aluvium iaitu tanah yang sesuai untuk tanaman padi sawah dan tanah yang dapat menakung air. Kami mendapati kawasan sawah padi menyediakan ekosistem yang unik. Pelbagai hidupan dapat hidup di sekitar kawasan sawah padi seperti burung, tikus, serangga, siput, dan lain-lain. Bukan itu sahaja, ikan air tawar seperti keli, haruan, puyu, belut, dan lain-lain turut hidup dalam ekosistem ini. Penanaman padi sering mengalami masalah serangan penyakit dan haiwan ata u serangga perosak yang boleh mengurangkan hasil padi dan memusnahkan pokok-pokok padi. Kejadian banjir turut memusnahkan pokok-pokok padi kerana hujan yang terlampau banyak sehingga menenggelamkan pokok padi manakala kejadian kemarau yang berlaku juga mengurangkan hasil padi kerana padi memerlukan sumber air untuk hidup. Sejak akhir-akhir ini, banyak kawasan sawah padi telah mengalami kemusnahan. Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan penggunaan tanah di kawasan tersebut. Kawasan kawasan sawah padi mengalami perubahan yang ketara apabila banyak pembangunan dilakukan seperti membina petempatan, sekolah, pusat pentadbiran, jalan raya dan sebagainya. Perubahan yang berlaku bukan sahaja mengurangkan aktiviti penanaman padi malah turut memusnahkan ekosistem kawasan tersebut. Selain itu, akibat perkembangan teknologi dalam bidang pertanian, ekosistem kawasan sawah padi ini turut terganggu. Contohnya, penggunaan baja kimia dan racun serangga berlebihan menyebabkan tanih hilang kesuburan. Penggunaan jentera-jentera pertanian seperti traktor pembajak dan penuai menjejaskan ekosistem sawah padi kerana membunuh komponen-komponen haiwan dan rantaian makanan yang sedia wujud. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk mengekalkan ekosistem seterusnya memajukan kawasan tersebut. Kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang wujud dalam ekosistem tersebut. Antaranya ialah menyediakan kemudahan infrastruktur pertanian seperti sistem pengairan, pengangkutan dan sebagainya. Selain itu, kerajaan boleh menyediakan kemudahan kredit dan dana kepada para petani untuk mewujudkan usahawan tani yang berdaya maju. Kemudahan subsidi juga perlu diberikan kepada para petani seperti subsidi baja kimia, racun serangga dan subsidi harga hasil pertanian. 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.0 Objektif am
Kajian kami mengenai ekologi ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti ekosistem sawah padi di kawasan Kg. Telok Chengal Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

3.1 Objektif khusus


Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan menyenaraikan komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem sawah padi kawasan tersebut. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk membolehkan kami menghuraikan rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem sawah padi dalam kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, kami menjalankan kajian ini untuk menjelaskan kepentingan ekosisten sawah padi kepada alam semulajad dan manusia. i Akhir sekali, supaya kami dapat menilai ancaman dan masalah dalam ekosistem sawah padi kemudian mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

4.0 KAWASAN KAJIAN


Kami menjalankan kajian tentang ekosistem sawah padi ini di Kg. Telok Chengal, Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Kampung ini merupakan kawasan penanaman padi yang giat di Dataran Kelantan. Ini kerana ia merupakan tanah paling subur kerana bertanih aluvium yang sesuai untuk penanaman padi. Secara tepatnya Telok Chengal terletak pada Latitude. 6.0333333, Longitude. 102.2.

Kg. Telok Chengal menjadi lokasi pilihan kami untuk menjalankan kajian ini kerana tahap ketersampaian ke kawasan tersebut amat tinggi. Lokasinya begitu strategik iaitu di sepanjang jalan dari Pasir Mas menuju ke pusat bandar Kota Bharu. Hal ini demikian kerana kami mudah untuk sampai ke kawasan tersebut. Kawasan tersebut juga telah mengalami perubahan yang ketara dari segi penggunaan tanahnya. Ekosistemnya juga telah berubah dari semasa ke semasa. Keadaan ini telah menarik minat kami untuk mengkaji ekosistem dalam kawasan tersebut.

5.0 KAEDAH KAJIAN


5.1 Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan, beberapa kawasan didapati berpotensi untuk diperkembangkan lagi. Kami telah memerhatikan keluasan tanah pertanian yang ada di kawasan tersebut kira-kira 1-1.5 hektar. Kami juga memerhatikan kegiatan pertanian yang dijalankan dan ternyata majoriti penduduk sekitar mengusahakan pertanian padi sawah.

5.2 Temu bual


Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan keatas sepuluh orang responden, kami menemu bual untuk mengetahui pendapatan yang diperolehi, guna tenaga, kegiatan pertanian selain mengusahakan aktiviti penanaman padi serta perubahan yang berlaku di kawasan sekitarnya.

5.3 Soal selidik


Kami telah mengedarkan beberapa helaian borang kaji selidik kepada sepuluh orang responden untuk mendapatkan kepastian yang lebih teperinci tentang pendatapatan per kapita yang diperolehi oleh para petani. Selain itu, kami juga memperolehi maklumat tentang masalah yang telah mengganggu ekosistem sawah padi.

5.4 Maklumat sekunder


Berdasarkan maklumat sekunder yang telah kami, perolehi kami telah mendapat pelbagai maklumat terutamanya dari sumber Peladang (LPP). Selain itu, kami memperolehi maklumat daripada internet dan buku-buku rujukan.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Konsep ekologi dan ekosistem


Ekologi merupakan kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitarannya. Semua hidupan saling bergantungan sesama sendiri dan perlu bergantung kepada persekitaran dalam komuniti masing-masing atau komuniti lain. Ernst Haeckel (1869) telah mengemukakan istilah ekologi. Menurutnya, perkataan ekologi berasal daripada pekataan Yunani oikos, yang bermaksud rumah atau tempat tinggal. Ini bermakna, ekologi adalah satu bidang yang mengkaji tentang rumah atau tempattempat tinggal organisma. Menurut AG Tansley (1935), ekosistem wujud daripada kombinasi antara konsep ekologi dan sistem ekosistem adalah saling kaitan antara organisma. Organisma yang menghuni rumah dan ekosistem membawa maksud pecahan unit-unit terkecil yang dikaji dalam sistem ekologi.

6.2 Komponen asas ekosistem


Komponen ekosistem diperkenalkan oleh seorang ahli ekologi Britain, Sir Author Tansley (1935). Istilah ekosistem berasal daripada perkataan oikos dalam bahasa Yunani yang bermaksud rumah atau tempat tinggal. Ekosistem merujuk kepada suatu sistem dimana komponen hidup dan komponen bukan hidup saling bertindak balas. Komponen hidup terdiri daripada manusia, haiwan dan tumbuhan termasuk juga hidupan -hidupan seni. Komponen bukan hidup pula terdiri daripada unsur-unsur udara, cahaya, air dan tanih. Kesemua komponen hidup dan komponen bukan hidup dalam persekitaran itu mempunyai fungsi tertentu. Setiap unsur bagi kedua-dua komponen adalah saling bergantungan untuk mewujudkan keadaan yang seimbang. Kajian ekosistem adalah berkaitan dengan pola interaksi antara komponen hidup dan komponen bukan hidup dalam sesuatu kawasan. Bagi komponen hidup dalam ekositem, sesuatu proses yang berkumpul dikenali sebagai populasi. Populasi spesies yang berlainan mewujudkan kelompok komuniti seperti padang rumput, burung dan ikan yang merupakan unit organisasi komponen hidup yang berbagai-bagai dalam sesuatu ekosistem yang meliputi udara, air, cahaya matahari dan tanih yang merupakan alam sekitar fizikal yang dikenali sebagai habitat.

Ekosistem adalah satu sistem yang unik. Sekiranya satu unsur dalam ekosistem berubah, maka keseluruhan ekosistem akan terganggu. Sebagai contoh, jika hujan di sesuatu kawasan semakin berkurang dalam jangka masa panjang, keadaan tumbuh -tumbuhan dan hidupan liar dikawasan tersebut juga akan berubah. Ini disebabkan sesuatu ekosistem sentiasa cuba menyesuaikan dan mengekalkan keseimbangannya.

6.3 Komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem


Terdapat dua komponen utama dalam ekosistem iaitu komponen biotik (unsur hidup) dan abiotik (unsur bukan hidup). Unsur biotik melibatkan organisma hidup seperti flora dan fauna manakala komponen abiotik melibatkan elemen persekitaran seperti hidrosfera, litosfera dan atmosfera yang terdapat cahaya matahari, udara, air dan tanih.

6.3.1 Komponen biotik


Setiap spesies flora dan fauna mempunyai habitat yang berbeza umpamanya tumbuhan seperti pokok keladi dan kiambang yang hanya boleh hidup di kawasan berpaya. Begitu juga dengan beruang kutub dan polar hanya sesuai di persekitaran yang sejuk iaitu di kawasan Artik dan Antartik. Manakala di kawasan ekosistem sawah padi pula, ekosistemnya berbeza kerana komponen biotik dikawal oleh tindakan manusia. Dalam ekosistem, setiap komponen biotik memainkan peranan yang berbeza. Misalnya tumbuhan yang merupakan pengeluar dan sumber makanan kepada haiwan yang bertindak sebagai konsumer (pengguna). Apabila haiwan ini mati, mikroorganisma akan bertindak sebagai pengurai kepada haiwan tersebut. Komponen biotik boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu individu,populasi dan komuniti.

6.3.1.1 Individu Pada peringkat individu, komponen biotik terdiri daripada organisma tunggal. Contohnya seekor ular dalam persekitaran habitatnya, katak, pokok kiambang, pokok padi dan sebagainya. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, individu biotik memerlukan penyesuaian sama ada dari segi fizikalnya atau perilakunya. Keadaan ini disebut sebagai adaptasi biotik terhadap persekitarannya.

Misalnya, dalam sesebuah sawah padi yang berminggu-minggu lamanya kering pada musim kemarau, tiba-tiba masih lagi dihuni oleh spesies ikan keli, ikan haruan, ikan puyu dan belut apabila tibanya musim hujan. Dalam keadaan ini spesies ikan ini telah diadaptasi dengan persekitaran yang ekstrem dengan mengorek lubang sedalam yang mungkin di dasar tanah sehinggalah ke dasar tanah yang persekitarannya yang lembap. Maka, ikan-ikan tersebut berupaya hidup sementara menuggu hujan berikutnya tiba.

6.3.1.2 Populasi Peringkat populasi merupakan kumpulan individu daripada spesies yang sama dalam suatu ekosistem. Dalam satu populasi, setiap individu perlu bersaing untuk meneruskan kelangsungan hidup. Disebabkan oleh individu biotik mempunyai sifat fizikal yang berbeza (kuat, lemah,kecil, besar). Maka hanya individu yang berupaya dan dominan sahaja yang boleh hidup. Selain itu, pertambahan populasi juga dipengaruhi oleh faktor semula jadi umpamanya kebakaran hutan, banjir dan serangan penyakit. Contohnya, serangan selesema burung yang melanda Malaysia dan Thailand pada tahun 2006 menyebabkan banyak haiwan ternakan seperti ayam dan itik dimusnahkan bagi mangawal penyakit tersebut. Akibatnya populasi ayam dan itik di sesuatu kawasan berkurangan pada satu-satu masa. Tindakan manusia di kawasan sawah padi juga mempengaruhi populasi sesuatu komponen biotik flora dan fauna dikawasan tersebut. Misalnya penggunaan racun serangga yang berlebihan ke atas serangga perosak dan belalang mengakibatkan haiwan pemakan serangga ini berkurangan di kawasan tersebut.

6.3.1.4 Komuniti Kumpulan populasi yang lebih besar akan membentuk komuniti di dalam sesuatu ekosistem. Komuniti bermula di suatu kawasan yang mati. Pada peringkat awal, didapati hanya dihuni oleh tumbuhan seperti alga dan lumut. Lama-kelamaan ia akan diganti oleh tumbuhan lain sehingga ia mencapai tahap komuniti klimaks. Peralihan satu spesies kepada suatu spesies lain disebut sebagai sesaran. Proses untuk mencapai komuniti klimaks ini memerlukan beberapa peringkat komuniti yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Peringkat ini melibatkan pengeluar, pengguna dan pengurai. Pengeluar merupakan tumbuhan hijau yang membuat makanan melalui proses fotosintesis. Ia merupakan peringkat komuniti asas kepada semua komponen biotik untuk hidup.

Pengguna merupakan organisma hidup yang memperolehi makanan atau tenaga daripada organisma lain. Pengguna boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier. Pengguna primer merupakan organisma yang mendapatkan sumber makanan darip ada tumbuhan hijau (pengeluar). Pengguna sekunder merupakan organisma yang memperolehi makanannya daripada pengguna primer. Pengguna tertier pula merupakan organisma yang mendapat makanan daripada pengguna sekunder.

6.3.2 Komponen abiotik


Komponen abiotik adalah unsur bukan hidup yang terdiri daripada elemen persekitaran. Umumnya, komponen abiotik boleh dibahagikan kepada tiga iaitu hidrosfera, litosfera dan atmosfera.

6.3.2.1 Hidrosfera Unsur utama di dalam hidrosfera ialah air. Air merupakan unsur penting bagi setiap organisma untuk hidup. Air membentuk hampir 71% daripada keseluruhan komposisi bumi. Air juga merupakan agen kepada proses luluhawa fizikal dan hakisan tanah. Dari segi kimia, air merupakan medium terpenting untuk sesuatu bahan melarut. Dengan itu membolehkan sesuatu bahan kimia itu dipindahkan dari satu ekosistem ke satu ekosistem yang lain.

6.3.2.2 Litosfera Secara Umumnya, litosfera boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu batuan, mendakan dan tanih. Batuan merupakan sumber mineral yang terhasil daripada proses luluhawa fizikal, kimia dan biologi. Mendakan pula merupakan bahagian batuan yang mengalami proses luluhawa dan dimendapkan di sesuatu kawasan melalui agen pengangkutan seperti air dan angin. Di kawasan dataran banjir, misalnya di kawasan sawah padi, pemendapan sedimen membolehkan spesies baru hidup lazimnya spesies tumbuhan seperti rumput, rumpai dan tumbuhan mangambil alih sawah padi. Tanih sebagai unsur biotik merupakan struktur batuan yang telah terlerai membentuk bahan mendak yang lebih halus. Tanih merupakan campuran ba tuan, mineral, humus dan organik. Lazimnya, tanih boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya pasir, kelodak dan tanah liat.

6.3.2.3 Atmosfera Atmosfera ialah udara yang merupakan unsur abiotik yang terdapat di atmosfera yang terletak dalam lingkungan 100 km di atas permukaan bumi. Umumnya, atmosfera boleh dibahagikan kepada empat lapisan udara mengikut perbezaan suhu iaitu troposfera,

stratosfera, mesosfera dan termosfera. Dalam konsep ekosistem, organisma hidup lazimnya tinggal di kawasan troposfera iaitu lapisan atmosfera yang paling hampir dengan permukaan bumi.

6.4. Fungsi ekosistem


Ekosistem memainkan peranan penting kepada setiap organisma hidup. Perbezaan dari satu ekosistem ke satu ekosistem lain membolehkan sesuatu organisma itu beradaptasi dan seterusnya meneruskan kehidupan. Keupayaan organisma untuk beradaptasi merupakan satu proses penting kerana dari sinilah organisma itu akan berkembang membentuk populasi dan seterusnya komuniti. Ekosistem juga penting kerana di sinilah interaksi di antara komponen biotik dan abiotik berlaku. Sebagai contoh, tumbuhan hijau iaitu padi sawah menerima cahaya matahari sebagai tenaga dengan bantuan karbon dioksida (CO2 ) dan air, tumbuhan akan menghasilkan karbohidrat. Keadaan ini boleh dilihat berdasarkan tindak balas dibawah: CH2 O +H2 O CH2O+O2

Tenaga yang dihasilkan oleh tumbuhan akan digunakan untuk respirasi dan tumbesaran. Seterusnya haiwan herbivor akan mendapatkan tenaga dengan memakan tumbuhan tersebut. Proses ini membantu pemindahan tenaga daripada satu tingkat organisma ke tingkat organisma yang lain.

6.5 Aliran tenaga dalam ekosistem


Merujuk kepada peringkat-peringkat atau sirkit pemindahan tenaga yang berlaku dalam rantaian makanan atau siratan makanan sesebuah ekosistem. Aliran tenaga mestilah bermula dari tenaga matahari yang seterusnya tenaga ini akan bergerak dan berubah bentuk dalam aras trofik yang berbeza. 10

Matahari 8% drp cahaya matahari sampai ke bumi digunakan oleh tumbuhan hijau

Aras trofik pertama (pengeluar) - tumbuhan hijau Daripada 8% daripada cahaya tersebut 2% daripadanya digunakan untuk proses fotosintesis. Tenaga lain digunakan untuk proses metabolisma, transpirasi dan pertumbuhan

Aras trofik kedua - pengguna primer Apabila haiwan memakan tumbuhan, kira-kira 10% daripada biojisim tumbuhan ditukarkan menjadi tisu haiwan (herbi or). Sebahagian besar tenaga (90%) hilang semasa proses-proses respirasi, metabolisme dan pertumbuhan

Aras trofik ketiga - pengguna sekunder (karni or kecil) kira-kira 10% daripada biojisim mangsa ditukar menjadi daging badannya. Sebahagian besar (90%) tenaga terhilang dalam proses-proses respirasi, metabolisme dan pertumbuhan

Aras trofik ke empat pengguna tertier (karni or besar) kira-kira 10% sahaja dalam kecekapan pemindahan tenaga. Sebahagian besar (90%) tenaga hilang dalam proses -proses respirasi dan metabolisme dan pertumbuhan

Tenaga semakin berkurangan

6.5.1 Konsep rantaian makanan


Rantaian makanan ialah proses pemindahan atau aliran tenaga y ang berlaku dalam konteks hubungan mangsa-pemangsa bersi at sehala. Organisma dalam kelompok ekologi 11

dalam rantaian makanan mempunyai aras tertentu dinamakan sebagai peringkat trofik. Tingkat trofik yang paling atas ialah tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan merupakan organisma jenis autotrof dimana ianya mampu untuk membuat makanannya sendiri denagan bantuan cahaya matahari. Tumbuhan yang menghasilkan glukosa melalui proses fotosintesis hanya

menggunakan tenaga matahari dan karbon dioksida daripada udara. Oleh sebab itulah tumbuhan dianggap sebagai aras trofik pertama sebagai contoh, wadah rantaian makanan, tumbuhan akan dimakan oleh ulat, ulat dimakan oleh burung, manakala burung pula dimakan oleh ular.

Contoh: Padi ulat burung ular

Proses makan dan memakan ini akan membentuk rantaian makanan. Sekiranya rantaian makanan ini bercabang, maka ia akan dinamakan sebagai siratan makanan. Namun apabila sesuatu organisma itu mati, tenaga tidak akan terhenti di situ sahaja. Ianya akan diuraikan oleh agen pengurai seperti bakteria, parasit dan protozool. Bahan yang terurai ini akan diambil oleh tumbuhan sebagai bahan makanan. Tenaga tersebut akhirnya akan kembali kepada rantaian makanan. Tenaga tersebut akan kembali kepada rantaian makanan yang asal. Rantaian makanan berfungsi sebagai:
y y y

Menerangkan jumlah tenaga yang dipindahkan Pemindahan tenaga daripada satu paras trofik ke paras trofik yang lain Bilangan tenaga yang hilang daripada rantaian makanan sama ada respirasi atau proses pereputan.

Secara umumnya, rantaian makanan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu rantaian pemangsa, rantaian parasit dan rantaian saprofit.

6.5.2 Konsep siratan makanan


Merujuk kepada pemindahan tenaga secara bersilang dan kompleks. Aliran tenaga yang berlaku adalah dari dan ke pelbagai arah dalam hubungan mangsa dan pemangsa. Ia berlaku 12

atau bergerak secara silang-menyilang antara organisma-organisma yang hidup dalam sesebuah ekosistem. Suatu organisma itu boleh menjadi mangsa atau pemangsa bukan kepa a d satu organisma sahaja tetapi kepada banyak organisma. Malah peluang untuk sesuatu organisma itu menjadikan dirinya pemangsa atau mangsa adalah sama banyak. Pada ketika ia memakan organisma yang lain ia juga boleh dimakan oleh organisma yang lebih besar,malah organisma yang dimakan olehnya itu juga boleh dimakan olehnya itu juga boleh dimakan oleh organisma lain. Oleh kerana siratan makanan ini adalah bertindan lapis dan pelbagai arah serta bersifat rencam ia juga dipanggil sebagai jaringan makanan.

Padi

ayam

belalang

kumbang

tikus

Burung pemakan biji

Burung pemakan serangga

ular

helang

Rajah Siratan Makanan

6.5.3 Aras trofik


Aras trofik merujuk kepada kedudukan organisma -organisma yang dihubungkaitkan oleh tenaga dalam rantai makanan di mana pengeluar pada aras pertama, herbi or (pengguna primer) aras kedua, karni or (pengguna sekunder) pada aras ketiga dan omvivor (pengguna tertier) pada aras keempat.

13

6.5.3.1 Piramid ekologi (piramid aliran) Piramid aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian makanan dengan bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat. Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat dalam bentuk piramid kerana bilangan di setiap peringkat adalah tidak sama. Bilangan pengeluar adalah bilangan yang paling banyak dan berada di peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan pengeluar ini tidak menggnakan tenaga yang terlalu banyak untuk terus hidup. Selepas pengeluar pengguna primer pula berada di lapisan yang kedua. Ini kerana bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebih berbanding dengan pengguna sekunder. Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid menunjukkan pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya. Pada peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang semakin mengecil ke atas mengambarkan bilangan pengguna sekunder lebih sedikit berbanding dengan pengguna primer. Dan ia berada di atas pengguna primer menggambarkan pengguna sekunder memerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan pengguna primer. Bilangan pengguna sekunder sedikit berbanding dengan pengguna primer penting untuk memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang secukupnya. Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang runcing dan kecil menunjukkan bilangan pengguna ini adalah sangat sedikit. Ini penting untuk memastikan pengguna tertier ini mendapat makanan yang secukupnya.

14

Helang (pengguna tertier)

Ular (pengguna sekunder)

Tikus (pengguna primer)

Padi (pengeluar)

Rajah Piramid aras trofik

6.5.4 Proses aliran tenaga dalam ekosistem sawah padi


Merujuk kepada peringkat-peringkat atau sirkit pemindahan tenaga yang berlaku dalam rantaian makanan atau siratan makanan sesebuah ekosistem. Aliran tenaga mestilah bermula dari tenaga matahari yang seterusnya tenaga ini akan bergerak dan berubah bentuk dalam aras trofik yang berbeza. Dalam ekosistem sawah padi, aliran tenaga boleh diterangkan melalui rantaian makanan. Ianya melalui beberapa aras trofik berikut:

6.5.4.1 Tahap Pertama Aliran tenaga berlaku dari matahari terus kepada pengeluar yang terdiri daripada tanaman atau pokok padi dan juga tumbuh -tumbuhan lain biasanya hidup bersama dengan pokok padi seperti rumpai air, keladi, telipot, kiambang d sebagainya. Pokok padi dan an tumbuhan ini akan menggunakan tenaga matahari untuk membuat makananya sendiri melalui proses fotosintesis. Dalam konteks ini, tenaga suria ditukarkan kepada tenaga kimia yang disimpan dalam klorofil ( sel-sel daun), bunga, buah dan sebagainya.

15

6.5.4.2 Tahap Kedua Aliran tenaga berlaku daripada pengguna pertama yang memakan pengeluar. Antara pengguna pertama yang berada dalam ekosistem ini adalah seperti belalang, pelbagai jenis serangga perosak seperti kumbang, api-api dan tikus. Bagi hidupan liar pula pelbagai jenis siput seperti gondang yang mungkin menggunakan tumbuhan (pokok padi) sebagai makanannnya. Antara contohnya, siput gondang emas yang dianggap antara perosak utama tanaman padi. Apabila pengguna primer ini memakan tumbuhan (pokok padi) maka tenaga kimia yang disimpan dalam tumbuhan (pokok padi) berkenaan akan berpindah ke sel-sel badan haiwan tersebut yang membolehkan haiwan berkenaan memiliki tenaga untuk membesar, bergerak dan membiak.

6.5.4.3 Tahap Ketiga Aliran tenaga seterusnya akan berpindah dari pengguna primer ke pengguna sekunder yang menjadikan pengguna primer sebagai makanannya. Antara contohnya ialah pengguna sekunder dalam ekosistem sawah padi ialah pelbagai jenis burung seperti burung pucung, wak-wak dan ayam-ayam yang memakan belalang dan serangga perosak. Haiwan turut termasuk dalam pengguna sekunder ini juga ialah ular yang memakan tikus. Seperti juga dalam tahap kedua, tenaga kimia dalam badan pengguna primer akan berpindah ke sel-sel badan pengguna sekunder untuk membolehkan haiwan tersebut membesar, bergerak dan membiak.

6.5.4.4 Tahap Keempat Tahap keempat ini melibatkan pemindahan tenaga dari pengguna sekunder ke pengguna tertier yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan pemangsa yang terdiri daripada burung helang atau burung pungguk yang menjadikan ular dan tikus sebagai makanan. Di sesetengah kawasan sawah padi, burung pungguk dipelihara khas sebagai pemangsa kepada tikus dan ular. Dengan itu, tenaga kimia dari haiwan sebagai pemangsa kepada tikus dan ular. Dengan itu, tenaga suria dari haiwan sekunder akan berpindah ke haiwan tertier.

6.5.4.5 Tahap Akhir Pada tahap ini, semua tenaga yang disimpan oleh pengeluar dan pengguna tersebut akan berpindah kepada pereput dan pengurai apabila pengeluar dan pengguna tersebut mati, reput dan terurai untuk menjadi mineral dan tanih. Pengurai terdiri daripada pelbagai jenis 16

bakteria dan protozool. Misalnya, bakteria nitro somia yang bertanggungjawab menguraikan bahan organik dan menukarkannya kepada mineral nitrogen. Semua mineral akan dikembalikan kepada tanih sawah untuk digunakan semula dan pengeluar (padi sawah) bagi memulakan rantaian makanan yang baru serta aliran tenaga yang baru.

6.6 Aktiviti manusia yang menganggu persekitaran fizikal dan ekosistem kawasan tersebut.

Pelbagai aktiviti manusia di kawasan sawah padi yang boleh menganggu keseimbangan ekosistem sawah padi. Kegiatan pertanian di sawah padi menentukan

penggunaan racun serangga dan racun rumpai. Penggunaan baja kimia yang berlebihan dan berterusan boleh mencemarkan sumber air seperti air bawah tanah, air kolam, air tasik d an sungai. Bahan kimia ini berupaya membunuh pelbagai hidupan biotik. Tanih juga akan hilang kesuburan. Malahan agen pengurai seperti cacing tanah turut musnah. Penggunaan baja kimia seperti baja urea yang berlebihan dan berterusan akan merosakkan struktur tanah. Bahan kimia dalam baja akan menyebabkan tanah menjadi keras sehingga hilang keupayaan untuk menyerap air. Penggunaan baja kimia juga terhadap kawasan sawah padi juga boleh mencemarkan udara dan sumber air kawasan setempat. Penggunaan jentera-jetera pertanian seperti traktor pembajak dan menuai sekiranya digunakan secara meluas turut manjejaskan ekosistem sawah padi. Pergerakan jentera-jentera ini akan membunuh komponen-komponen haiwan dari jaringan makanan yang sedia wujud dalam ekosistem sawah. Dimana, tindakan ular sebagai pengguna tertier yang mengawal tikus juga akan turut terbunuh. Cacing tanah yang berperanan sebagai agen pengurai bahan bahan organik juga akan turut termusnah. Selepas kerja-kerja menuai padi, jerami dan harpas padi biasanya akan dibakar. Pembakaran secara besar-besaran akan turut mencemarkan udara dan meningkatkan suhu mikro udara persekitaran ekosistem pertanian sawah di kawasan setempat. Tindakan pembakaran ini akan turut memusnahkan kepelbagaian komponen hidupan serperti tikus, katak dan ular yang berfungsi sebagai pengguna tertier dalam siratan makanan ekosistem pertanian sawah.

17

Kebiasaannya, aktiviti penanaman padi dilakukan sebagai tanaman yang giat dijalankan secara turun temurun dan diwarisi. Aktiviti penanaman padi dalam jangka masa yang panjang akan menyebabakan tanah kehilangan kesuburan iaitu zat galian yang semakin berkurangan dan turut mempengaruhi daya pengeluaran pertanian dan menyebabkan tanah di kawasan tersebut tidak sesuai untuk diusahakan dan digiatkan. Selain itu, ekosistem di kawasan tersebut akan turut terganggu apabila adanya kegiatan manusia seperti aktiviti pembangunan dan petempatan. Pembinaan rumah dan sebagainya sudah tentu memerlukan kawasan yang rata, landai, bersih dan teratur. Dengan penggunaan tanah untuk membina kawasan petempatan, ianya akan mengakibatkan ekosistem asal di kawasan penanaman padi akan turut terganggu dan menyebabkan habitat haiwan yang asal akan lari ke kawasan yang baru. Seterusnya persekitaran fizikal dan ekosistem juga turut terganggu denagan adanya kegiatan manusia seperti aktiviti pembinaan dalam menyediakan infrastruktur jalan perhubungan dan pengangkutan. Biasanya kawasan yang berhampiran jalan utama akan digunakan terutama kawasan yang luas seperti kawasan penanaman padi bagi menyediakan jalan-jalan dan tempat yang sesuai untuk pembinaan pusat-pusat perhubungan. Kawasan lembah yang berair akan dikambus dan diratakan bagi memudahkan jalan perhubungan. Tindakan seperti ini boleh menyebabkan pelbagai habitat haiwan terganggu dan berpindah ke kawasan baru untuk meneruskan kelangsungan kehidupannya.

6.7 Langkah-langkah pemeliharaan dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar.


Langkah yang perlu dilakukan untuk menjamin sumber air di kawasan berkenaan sentiasa bersih dan berterusan ialah:
y

Menyediakan sistem perangkap sampah untuk mengurangkan pencemaran di sungai Kelantan dari pembinaan bangunan di kawasan pinggir sungai.Sistem ini amat berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap dan melancarkan kadar aliran. Sampah yang terperangkap mesti diselenggara dengan sempurna dan berjadual.

18

Menyediakan kemudahan infrastruktur pertanian

 Kemudahan infrastruktur pertanian seperti sistem pengairan, pengangkutan, pusat pengumpulan dan pusat penyimpanan, pengedaran serta pemasaran hasil-hasil pertanian dibangunkan dan diperlengkapkan.  Menyediakan sistem pengairan yang cekap bagi membekalkan air sepanjang tahun kepada pertanian padi sawah di sini akan membolehkan padi ditanam sekurang kurangnya dua kali setahun atau lima kali dalam tempoh dua tahun.  Sistem pengairan yang cekap perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan air terutama pada musim kemarau untuk membekalkan air kepada sawah padi di kawasan ini.  Selain itu, sistem pengangkutan yang sempurna khususnya jalan raya perlu disediakan bagi memudahkan pengangkutan input serta output pertanian dengan cepat, pantas dan segera bagi menjamin hasil-hasil pertanian diproses atau dipasarkan.

Menyediakan dana atau kemudahan kredit

 Dana atau kemudahan kredit kepada petani seperti skim kredit mikro yang dilaksanakan oleh Agrobank Malaysia disediakan bertujuan untuk membantu para petani miskin di samping mewujudkan usahawan tani yang berdaya maju .  Oleh itu, kerajaan mestilah tampil membantu petani dengan memberikan skim pinjaman kewangan yang mudah serta kadr faedah yang rendah.  Selain agrobank, dana pinjaman modal juga disediakan oleh lembaga pertubuhan peladang, koperasi dan lain-lain institusi kewangan.

Memberi kemudahan subsidi kepada petani

 Kemudahan subsidi diberikan kepada para petani seprti subsidi baja kimia, racun serangga dan subsidi harga hasil pertanian diberikan.  Contohnya, petani yang menjual hasil padi kepada BERNAS akan diberi tambahan harga sekali ganda daripada harga hasil yang dijual.  Bantuan subsidi baja kimia, racun serangga dan jentera dibekalkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Para petani boleh memiliki kemudahan yang disediakan ini dengan harga yang lebih murah disamping mendapat tunjuk ajar dari kakitangan LPP untuk mengendalikannya.

19

Mewujudkan sistem pemasaran hasil pertanian

 Sistem pemasaran hasil pertanian yang cekap seperti FAMA, MARDEL dan BERNAS diwujudkan bagi mengawal harga hasil pertanian melalui mekanisma harga yang stabil agar petani tidak dibelenggu dan ditindas oleh orang tengah.  Contohnya, FAMA bertindak membeli terus segala hasil pertanian padi daripada para petani.

Kawalan perosak dan penyakit tanaman padi secara mesra alam (kawalan biologi) Kawalan tikus Penggunaan Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba) telah diadaptasikan dari penggunaannya di ladang kelapa sawit sebagai agen kawalan biologi tikus sawah. Kotak sarang burung yang digunakan diperbuat dari gentian kaca/kayu dan diletakkan di setiap 40 hektar. Kerja-kerja membanci penghunian burung pungguk jelapang dijalankan setiap musim. Kebaikan kaedah ini ialah mengurangkan populasi tikus di sawah padi persekitaran yang sihat, bebas daripada pencemaran racun tikus, meningkatkan hasil padi dan pendapatan petani serta mengurangkan penggunaan racun tikus.

 Kawalan siput gondang Kawalan

Siput

Gondang

Tanah sawah diratakan. Sawah dialirkan ke paras kurang dari 1 sm ketika umur padi kurang dari 6 minggu. Itik Jawa/Cambell/Mallard, ayam dipelihara dan dilepaskan di sawah selepas menuai supaya memakan anak-anak siput. Kemudian, menjalankan bajak dan menabur kering bagi kawasan yang terdapat siput. Jentera pembajak dan menuai perlu dibersihkan slepas digunakan sebagai langkah menghalang merebak pembiakan siput. Pintu-pintu masuk/keluar air diletakkan jaring bagi menghalang siput-siput memasuki sawah dan merebak ke tempat lain.

 Kawalan penyakit merah padi (Tugro) Penyakit Merah Padi (Tugro) disebabkan oleh virus yang dibawa oleh Bena hijau. Pengesahan awal penyakit ini dijalankan menggunakan semaian bergerak dan kaedah ujian ELISA supaya tindakan kawalan dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan. Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu diamalkan dengan memusnahkan sumber penyakit dan mengawal Bena hijau.

20

 Penyakit Reput Perang Seludang dan Karah  dapat dikawal dengan sentiasa melaksanakan amalan pertanian baik, seperti:    

Bakar jerami dan tunggul padi secara terkawal dan menyeluruh. Penyediaan tanah yang sempurna. Tanam padi yang rintang terhadap penyakit. Guna biji benih sihat pada kadar yang disyorkan (120 kg biji benih/ha). Penggunaan baja unsur N dikurangkan (kadar disyorkan 120 N/ha) dan diberi secara berperingat-peringkat.

Digalakkan mengguna baja berunsur silika (kadar disyorkan 50-75 kg baja bersilika/ha) sebagai baja asas untuk mengurangkan jangkitan penyakit.

Buat rawatan biji benih padi dengan racun kulat seperti Benomyl (4 gm/kg biji benih) atau Captan (2 gm/kg. biji benih)

  

Bersihkan kawasan dari rumpai dengan cara menebas. Jalankan pemantauan penyakit dengan kerap dan berterusan. Bagi penyakit Karah, gunakan racun kimia yang disyorkan seperti Benomyl, Isoprothiolane dan Carbendazim, gunakan racun mengikut label

21

7.0

RUMUSAN
Adalah menjadi satu kerugian jika sawah padi ini ini dibiarkan begitu sahaja, namun

begitu jika eksploitasi berlebihan dilakukan terhadap sawah padi untuk pembinaan petempatan atau jalan raya ekosistem kawsan ini akan musnah. Memandangkan terdapat berbagai hasilan yang boleh didapati dari kawasan sawah padi buk hanya padi sahaja dan an berlakunya perubahan daripada penggunaan secara tradisional kepada aktiviti-aktiviti pembangunan besar-besaran yang mengakibatkan perbalahan dalam penggunaan sumber oleh sektor-sektor yang berbeza maka satu sistem pengurusan yang lebih meluas dan disokong oleh rangka perundangan dan peraturan-peraturan tambahan adalah

diperlukan. Kepentingan kawsan sawah padi ini kepada semua seharusnya dihargai dan usaha-usaha memeliharanya perlu dijalankan. Sawah padi ini perlu dijaga dengan baik kerana perubahan yang berlaku memberi kesan kepada alam sekitar sekiranya ekosistem ini diubah. Jika ekosistem dapat dijaga sepenuhnya, penghasilan padi yang berterusan akan meningkat dari masa ke masa. Hal ini membolehkan negara kita mengeksport beras ke luar seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara kerana pegaliran masuk mata wang asing dan mengurangkan kebergantungan sumber padi dari negara luar.

22

LAMPIRAN

Kawasan kajian Kawasan kajian

Siput dan gondang bertelur pada pokok padi

Tanah dibajak menggunakan jentera pembajak untuk penanaman padi

Gondang menghisap nutrien pada pokok padi

Selepas padi ditanam

Kawasan tanaman padi yang musnah akibat serangan siput dan gondang

23

Itik diguna dalam kawalan biologi untuk menghapuskan siput dan gondang

Serangga penggerek batang padi

Padi disembur racun serangga

Padi yang telah sedia untuk dituai

Padi ditabur dengan baja

Padi dituai menggunakan jentera penuai

24

Sumber pengairan bagi sawah padi

Premis perniagaan yang baru siap dibina di kawasan sawah padi

Keadaan sawah padi selepas padi dituai

Projek pembinaan yang sedang dijalankan di kawasan sawah padi

Sawah padi dibajak untuk penanaman padi kali kedua

Pemancar dibina di kawasan sawah padi untuk kemudahan perhubungan dan telekomunikasi

25

Premis perniagaan dibina di kawasan sawah padi

Jalan raya dibina di kawasan sawah padi untuk memudahan pengangkutan dan perhubungan

Pusat pentadbiran yang dibina di kawasan sawah padi

26

Kg. Telok Chengal, Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan

PRA UNIVERSITI
UNGGUL LESTARI
SMK KANGKONG
17040 PASIR MAS KELANTAN
Tel : 09 7942330 Faks : 09 - 7941149

PROJEK PENYELIDIKAN ALAM SEKITAR FIZIKAL Borang soal selidik 1. Anda penduduk tempatan? 2. Telah lama menetap di sini? 3. Anda mengusahakan tanaman padi? 4. Pekerjaan tersebut kegiatan ekonomi utama anda? 5. Pendapatan anda lumayan? 6. Padi ditanam dua kali setahun? . Haiwan perosak menjadi maslah utama? 8. Padi sering diserang penyakit? 9. Anda menggunakan racun serangga dan baja kimia? 10. Anda menggunakan kawalan biologi? 11. Anda menggunakan baja organik? 12. Mendapat bantuan subsidi daripada kerajaan? 13. Hasil tanaman untuk keperluan sendiri dan sebahagian dijual? 14. Hasil tanaman dijual sepenuhnya? 15. Sawah tersebut dijadikan kolam akuakultur atau ditanam tanaman lain selain padi? 16. Kawasan ini sedang giat dibangunkan? 1 . Kawasan ini mengalami perubahan infrastruktur? 18. Perubahan yang berlaku memneri kegan kepada kegiatan ekonomi anda? 19. Kawasan sawah padi ini mengalami kerosakan yang teruk apabila banjir? 20. Adakah aktiviti ekonomi ini akan diteruskan oleh generasi anda yang akan datang? Ya Tidak

28

Carta pai menunjukkan guna tanah di Kg. Telok Chengal, Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2010.

premis perniagaan 7%

lain-lain 4%

projek pembangunan 29%

petempatan 17%

sawah padi 15%

jalan raya 28%

29

SENARAI RUJUKAN

Hj. Rusly Musa dan Hjh Nurashikin Abdullah, 2009. Longman Teks Pra-U STPM Alam Sekitar Fizikal : Pearson Malaysia Sdn. Bhd html-pdf-convert.com/cari/ciri-ciri-ekosistem-sawah.html ms.wikipedia.org/wiki/Ekosistem ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi www.lpp.gov.my/ smrpanjang.blogspot.com/2010/05/sistem-ekologi.html www.cikgunikmie.blogspot.com/ ms.wikipedia.org/wiki/Padi http://maps.google.com.my/

30

31

You might also like