Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT, 84900 LEDANG, JOHOR DARUL TAKZIM.

Kajian Geogarafi Tempatan 2011

Pencemaran Alam Sekitar di Taman Lagenda, 84900 Ledang Johor.

Nama

:Noor Farah Haziqah Binti Mohd Farid

Tingkatan :3A Nama Guru:Pn.Ruzana Binti Sumani

.......................
Tandatangan Murid

.......................
Tandatangan Guru

Penghargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Ruzana binti Sumani,Guru Geogarafi saya kerana banyak memberikan saya peluang untuk melaksanakan tugasan ini di samping membimbing saya sepanjang masa kerja kursus dilakukan. Selain itu,saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya,Muhd farid Bin Lip dan Noor Harliza Binti Idris kerana banyak memberikan sokongan dan galakan di samping membantu saya mengumpul maklumat yang diperlukan. Akhir sekali,saya tujukan penghargaan kepada rakan saya, Farra Azera binti Md. Razib dan Naqia Athira binti Zulkarnain kerana telah banyak mambantu saya mengumpul maklumat dan fakta yang penting dalam menyempurnakan kerja kursus yang dilaksanakan.

Pendahuluan
Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Taman Lagenda,Ledang.Kami memilih kawasan ini untuk dikaji kerana kami beranggapan bahawa terdapat banyak pencemaran yang berlaku di sekitar Taman Lagenda .Pencemaran alam sekitar jika tidak diberikan perhatian akan mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap masayrakat sekeliling. Untuk menjalankan kajian ini,guru Geogarafi kami telah memberikan kami panduan dan kami telah menjalankan kajian selepas waktu persekolahan dan semasa cuti hujung minggu.masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan laporan kajian ini adalah selasm dua bulan.Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di kawasan kajian secara berkumpulan.

Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang saya pilih ialah Taman Lagenda, di Tangkak, daerah Ledang, Johor D.T. Tangkak merupakan ibu daerah Ledang. Nama Tangkak timbul daripada tang merangkak'. Peristiwa itu berlaku ketika seorang peneroka, Long Mahmud bersama tujuh saudara yang dikatakan terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia. Kerana kebiasaan tabiat merangkak, penduduk setempat menyebut tang Merangkak bagi merujuk kawasan itu. Ungkapan tang' memang biasa digunakan orang Melayu bagi merujuk suatu tempat. Tangkak terletak berdekatan Melaka dan Jasin. Tangkak terkenal dengan Gunung Ledang, antara gunung tertinggi di Johor. Lokasi kawasan kajian saya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Peta 1.1.

Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah: (a) kaedah pemerhatian (b) kaedah temu bual (c) kaedah rujukan Kaedah pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah ini untuk memerhatikan pencemaran yang berlaku di sekitar Taman Lagenda. Kaedah soal selidik Semasa menjalankan kajian, saya telah menemu bual 20 orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaum. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti yang terdapat dalam Lampiran 1. Kaedah rujukan Saya mencari bahan rujukan di internet bagi mengenal pasti kedudukan Taman Lagenda.

Dapatan Kajian
Konsep pencemaran alam sekitar Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai pembinasaan persekitaran semula jadi hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti pembalakan, pembangunan dan penerokaan sumber. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .Pencemaran alam sekitar mengakibatkan pelbagai impak negatif kepada manusia dan habitat hidupan liar. Pencemaran terhadap alam sekitar akan menimbulkan keadaan berbahaya kepada kesihatan juga keselamatan manusia. Pencemaran boleh diklasifikasikan dalam berbagai-bagai bentuk. Antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi, pencemaran bau dan pencemaran tanih.

Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Antara jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di Taman Lagenda termasuklah pencemaran air. Terdapat sebuah parit besar di sekitar kawasan kajian yang tidak mempunyai sistem pengaliran yang baik kerana penduduk di taman berkenaan sering melupuskan bahan buangan di parit tersebut. Selain itu, saya turut mendapati bahawa terdapat pencemaran bau di Taman Lagenda. Pencemaran ini ialah hasil daripada sikap penduduk yang tidak prihatin tentang keadaan tong sampah di luar halaman rumah mereka. Sesetengah tong sampah tidak berpenutup rapat manakala sesetengahnya dikelilingi oleh sampah sarap. Bau yang dihasilkan daripada bahan buangan tersebut menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk di kawasan kajian.

Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Punca utama berlakunya pencemaran di Taman Lagenda ialah sampah sarap. Penduduk di kawasan kajian bersikap acuh tak acuh dalam sistem pelupusan sampah. Keadaan tong sampah di halaman rumah mereka tidak mencapai tahap yang memuaskan. Tong sampah yang dibiarkan tanpa sistem pengurusan yang lengkap akan menyebabkan pencemaran bau. Bahan buangan di dalam tong sampah kebanyakannya sisa makanan daripada rumah yang akan mereput lalu menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Di samping itu, petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar di Taman Lagenda. Tong sampah telah disediakan untuk penduduk di taman namun segelintir daripada penduduk di taman bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka sewenang-wenangnya mencampak sampah sarap ke dalam parit berhampiran kerana malas membuangnya ke dalam tong sampah lalu menjadi punca kepada masalah pencemaran air. Seterusnya, pencemaran alam sekitar di Taman Lagenda turut berpunca daripada kenderaan. Setiap hari, pasti ada kenderaan bermotor yang akan melalui kawasan kajian ini seperti lori, bas sekolah dan motosikal. Kenderaan-kenderaan ini melepaskan asap yang mengandungi gas karbon monoksida. Gas ini amat berbahaya kepada sesiapa yang menghelanya serta mengakibatkan pencemaran udara. Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka menjadi amalan penduduk di Taman Lagenda. Mereka mengambil jalan mudah melupuskan sampah sarap dengan membakar bahan buangan tersebut. Sampah sarap seperti plastik dan polisterina tidak sesuai dibakar kerana akan melepaskan asap yang mengandungi toksik. Pembakaran terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara. Partikel habuk hasil daripada pembakaran menjejaskan kualiti udara di kawasan tersebut. Sebagai seorang insan yang memiliki sikap bertanggungjawab, punca-punca yang sering menyebabkan pencemaran alam sekitar seharusnya dielakkan. Sampah sarap mesti dibuang secara terurus, bukan dengan cara mencampakkannya ke dalam parit atau sungai mahupun dengan melaksanakan pembakaran terbuka.

Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Pencemaran air mengancam hidupan akuatik seperti ikan yang merupakan sumber makanan manusia. Hal ini kerana hidupan akuatik yang terdedah kepada pencemaran membawa bahan toksik yang berbahaya di dalam tubuh badan mereka.. Apabila manusia memakan hidupan akuatik tersebut, pasti akan menyebabkan masalah kesihatan. Sampah sarap yang dicampakkan ke dalam parit, sungai atau laut juga akan merendahkan kualiti air lalu menimbulkan berbagai-bagai penyakit apabila manusia menjadikannya sebagai sumber minuman. Pencemaran bau yang berpunca daripada sampah sarap yang tidak dilupuskan dengan kaedah terbaik pula mencemarkan udara. Udara yang telah tercemar ini mengandungi bau yang busuk dan situasi ini sudah tentu membuatkan manusia berasa kurang selesa. Bau busuk akan menarik serangga perosak seperti lipas dan lalat ke kawasan tersebut. Akhirnya, manusia terpaksa tinggal dalam persekitaran yang kotor. Pembakaran terbuka menghasilkan partikel-partikel debu yang mengakibatkan jerebu. Masalah jerebu yang serius bukan sahaja mengurangkan tahap kebersihan udara malah memendekkan jarak penglihatan. Risiko insiden kemalangan berlaku turut akan meningkat. Berdasarkan kajian dan statistik, sebahagian nyawa yang hilang dalam kemalangan jalan raya adalah kerana penglihatan yang kabur ketika memandu. Masyarakat wajar mengambil sikap prihatin terhadap kesan-kesan negatif yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar. Kesan-kesan negatif ini jika tidak dipandang serius, akan memudaratkan lagi keadaan hinggakan mengancam nyawa manusia. Setiap individu perlu sedar bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam mengawal pencemaran yang sedang berlaku saban hari.

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Bagi mengurangkan masalah pencemaran air, saya mencadangkan agar sistem rawatan air kumbahan dipertingkatkan. Sistem rawatan air kumbahan ini berfungsi untuk merawat air dari sungai, tasik, dan sumber air yang lain sebelum disalurkan ke rumahrumah dan digunakan oleh manusia. Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman serta melakukan berbagai-bagai aktiviti harian. Jika sistem rawatan air kumbahan yang sedia ada boleh dipertingkatkan, kualiti air yang diperoleh manusia juga akan meningkat. Kita akan terhindar daripada dijangkiti penyakit disebabkan sumber air yang tidak bersih. Penguatkuasaan undang-undang juga berupaya mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan yang tegas sekiranya hendak mengatasi masalah pencemaran dengan lebih efektif. Individu-individu yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekitar wajar dikenakan hukuman agar mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Pemeriksaan dan pemantauan yang lebih kerap adalah perlu di kawasan yang mengalami pencemaran supaya pencemaran tersebut tidak menjadi lebih serius. Saya menggalakkan masyarakat bergiat aktif dengan menyertai kempen-kempen cintai alam sekitar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Antara pihak yang mengambil inisiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar menerusi anjuran kempen termasuklah Tabung Alam Malaysia (WWF Malaysia). Melalui kempen dan program yang dijalankan, orang ramai diberikan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar daripada sebarang pencemaran. Pendidikan alam sekitar pula wajib diterapkan serta diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan formal untuk pendidikan alam sekitar dianggap penting dalam menyokong usaha-usaha bagi mengatasi masalah persekitaran dan isu-isu yang berkaitan. Proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika murid mendapat pengalaman menerusi penglibatan diri secara langsung. Pendidikan alam sekitar mampu melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Saya berpendapat masyarakat mesti bekerjasama seandainya cadangan-cadangan yang saya nyatakan untuk mengurangkan kesan pencemaran ingin direalisasikan. Kita tidak harus bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sebaliknya, kita perlu berganding bahu dan bersama-sama bertindak sebelum terlambat.

Jadual 1.1: Komposisi penduduk Taman Lagenda mengikut kaum, jantina, dan keadaan tong sampah di luar rumah.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Nama En. Fuad En. Razib Pn.Lee Pn. Aliah En. Fauzi En. Kim En. Krish Cik. Aqilah Cik Lim Pn. Tan Pn. Nadia Pn. Shanti Cik Aisya Pn. Soh En. Hairi Pn. Kajol En. Thye En. Danny En. Narainan En. Vijay

Kaum M M M M M C I M C C M I M C M I C C I I

Jantina L L P P L L L P P P P P P P L P L L L L

Keadaan Tong Sampah di Luar Rumah Tong sampah tidak berpenutup Tong sampah dikelilingi sampah sarap Tong sampah tidak berpenutup Tong sampah tidak berpenutup Tiada tong sampah Tong sampah dikelilingi sampah sarap Tiada tong sampah Tong sampah tidak berpenutup Tiada tong sampah Tong sampah dikelilingi sampah sarap Tong sampah tidak berpenutup Tong sampah tidak berpenutup Tiada tong sampah Tong sampah dikelilingi sampah sarap Tong sampah dikelilingi sampah sarap Tong sampah tidak berpenutup Tiada tong sampah Tiada tong sampah Tong sampah tidak berpenutup Tong sampah tidak berpenutup

Jadual 1.2: Borang akuran mennujukkan komposisi penduduk Taman Lagenda mengikut kaum, jantina, dan keadaan tong sampah di luar rumah.

Kaum

Tong sampah tidak berpenutup

Tiada tong sampah

Tong sampah dikelilingi sampah sarap

Jumlah

P L P

Melayu Cina India

9 6 5

Jadual 1.3: Komposisi penduduk Taman Lagenda mengikut kaum, jantina, dan keadaan tong sampah di luar rumah.

Kaum

Tong sampah tidak berpenutup L P 4 2 6 9

Tiada tong sampah

Tong sampah dikelilingi sampah sarap L 2 1 3 5 P 2 2

Jumlah

Peratus

L 1 2 1 4 6

P 1 1 2

Melayu Cina India

1 2 3

9 6 5

45% 30% 25%

Jumlah

20

100%

Jadual 1.3 menunjukkan komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi kaum, jantina, dan pekerjaan mengikut kaum. Daripada 20 orang responden, terdapat 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan kaum Melayu, 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan kaum Cina, 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan kaum India manakala bagi kaum-kaum lain pula 0. Jadual di atas boleh ditukar kepada graf bar berganda. (Lihat Graf 1.1) Dapatan kajian daripada Graf 1.1 menunjukkan bahawa kawasan kajian saya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan India. Daripada 20 orang 5 responden, kaum Melayu 9 orang (45%), kaum Cina 6 orang (30%), kaum India 5 orang 4 (25%), dan kaum lain tiada (0%). Kebanyakan penduduk di kawasan ini terdiri daripada Tong sampah tidak orang Melayu, diikuti orang Cina, dan India. berpenutup 3
2 1 0 Melayu Cina India Tiada tong sampah Tong sampah dikelilingi sampah sarap

Graf 1.1: Keadaan tong sampah di luar rumah penduduk Taman Lagenda mengikut kaum

Graf 1.1 menunjukkan kaum Melayu yang mempunyai tong sampah tidak berpenutup seramai 5 orang, 2 lagi tiada tong sampah dan 2 lagi mempunyai tong sampah yang dikelilingi sampah sarap. Kaum Cina pula tiada yang mempunyai tong sampah tidak berpenutup tetapi terdapat 3 orang yang tiada tong sampah dan tong sampah dikelilingi sampah sarap. Dalam kalangan kaum India pula 4 orang mempunyai tong sampah tidak berpenutup, seorang tiada tong sampah dan tidak ada antara mereka yang mempunyai tong sampah yang dikelilingi sampah sarap.
6 5 4 3 2 1 0 Lelaki Tong sampah tidak berpenutup Tiada tong sampah Tong sampah dikelilingi sampah sarap

Graf 1.2: Keadaan tong sampah di luar rumah penduduk Taman Lagenda mengikut jantina

Graf 1.2 menunjukkan keadaan tong sampah mengikut jantina. Kaum lelaki yang mempunyai tong sampah tidak berpenutup adalah seramai 3 orang, 4 orang tiada tong sampah manakala3 orang lagi mempunyai tong sampah yang dikelilingi sampah sarap. Kaum perempuan yang mempunyai tong sampah tidak berpenutup pula seramai 6 orang, 2 orang tiada tong sampah dan 2 orang lagi mempunyai tong sampah yang dikelilingi sampah sarap.

Rumusan
Hasil daripada kajian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan Taman Lagenda mempunyai komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka terlibat dalam punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Kebanyakan terlibat dalam pencemaran bau dan pencemaran air. Pencemaran bau di Taman Lagenda berpunca daripada keadaan tong sampah di luar rumah penduduk yang tidak terurus. Terdapat penduduk taman yang mempunyai tong sampah yang tidak berpenutup, sesetengahnya pula tiada tong sampah manakala sebahagian mempunyai tong sampah yang dikelilingi sampah sarap. Situasi yang berlaku di kawasan kajian boleh diperbaiki sekiranya penduduk di taman berkenaan bekerjasama dan berganding bahu mengurangkan punca-punca pencemaran. Mereka pasti berpeluang menetap dalam persekitaran yang lebih bersih, selesa dan nyaman. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Nilai bekerjasama ini juga seharusnya diterapkan dalam masyarakat Malaysia agar masing-masing sedar akan tanggungjawab yang wajar dipikul oleh seorang warganegara. Jika Malaysia mempunyai persekitaran yang terhindar daripada pencemaran bukan sahaja dapat memelihara imej baik Malaysia malah menarik minat pelancong lalu meningkatkan ekonomi negara.

Senarai Kandungan
Tajuk kajian....................................................................................................................1 Senarai kandungan..........................................................................................................2 Penghargaan...................................................................................................................3 Pendahuluan...................................................................................................................3 Objektif kajian................................................................................................................4 Kawasan kajian..............................................................................................................5 Kaedah kajian.................................................................................................................7 Dapatan kajian................................................................................................................8 Rumusan........................................................................................................................15 Lampiran........................................................................................................................16 Rujukan..........................................................................................................................20

Rujukan
Internet: http://www.travelblog.org/Asia/Malaysia/Johor/Tangkak/map-tangkak.html http://wikimapia.org/#lat=2.2759422&lon=102.5519443&z=18&l=0&m=b http://lp.moe.gov.my/files/kerjakursus/2011/PMR/232%202011/2011%20232%20KK.pdf

Buku Teks: Mohd Jamil bin Mohamed, Hj. Rodzli bin Hj. Hashim, Hjh. Mahani binti Hj. Mahbar,2004, Geografi Tingkatan 3, Percetakan Jiwabaru Sdn. Bhd.

Orang sumber: 1. En. Jamal Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Lagenda 2. Pn. Norlina AJK Penduduk Taman Lagenda 3. En. Hassan AJK Penduduk Taman Lagenda

You might also like