Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

GANTIAN CUTI REHAT ( GCR )

OLEH : CAWANGAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

GANTIAN CUTI REHAT




Gantian Cuit Rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Kelayakan


Award Gantian Cuti Rehat diberikan kepada anggota tetap termasuk anggota dalam tempoh percubaan dan anggota sementara dalam perkhidmatan awam. Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada anggota kontrak dan yang meletak jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib.

Cara Pengumpulan Cuti




Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti Rehat adalah mengikut peruntukkan pada 21(1) Peraturan Pencen 1980 Pekeliling dan Perintah Am Bab ~C~ yang ditetapkan seperti beikut :: P.P.Bil.1/1974 (Konsep Cuti Luput)


Cuti Luput sahaja yang boleh dikumpulkan bagi faedah GCR dimana baki cuti hendaklah melebihi kelayakan tahun semasa.

Perintah Am Bab ~C~ Tahun 1956 Kelayakan cuti mengikut bahagian/kumpulan.




Pengiraaan CGR bermula daripada tarikh pegawai itu dilantik ke perkhidmatan awam. Bagi Jawatan Kump. IV, baki cuti tidak dibenarkan dibawa ke hadapan tetapi boleh dbawa terus ke faedah GCR sehingga 31/12/1969. Bagi jawatan Kump. I, II dan III, baki cuti dibawa ke hadapan mengikut kelayakan cuti tahunan dan sekiranya ada cuti luput boleh dikumpul untuk faedah GCR tertakluk kpd daripada kelayakan cuti sebelumnya.

Pek. Pekhid. Bil. 6/70 dan 7/70 (01/01/1971)


- Pengumpulan cuti bagi Kump. IV adalah

sama dengan Kump. I, II dan III. - Pek. Perkhid. Bil. 2/1977(01/07/1977)


Kelayakan Mengikut Kumpulan/Bahagian.

- Pek. Perkhid. Bil. 3/1983(01/01/1984) - Baki cuti boleh terus dikumpul untuk GCR atau dibawa kehadapan dengan syarat jumlah cuti kedua-duanya tidak keduamelebihi kelayakan tahunan semasa.

Pek. Perkhid Bil. 9/1991 dan Pek. Perkhid. Bil.4/1993 (01/01/1992)




Boleh mengumpul baki cuti rehat yang berkelayakkan dalam tempoh 2 tahun perkhidmatan ke tahun ke 3. Cuti tahun pertama yang tidak dapat dihabiskan akan hangus pada akhir tahun ke 3. Cuti yang dikumpul untuk GCR adalah cuti rehat tahun semasa. Kelayakan maksimum GCR setahun adalah dihadkan kepada 15 hari atau setengah daripada kelayakan cuti rehat.

Pek. Perkhid Bil. 7/2003 (01/08/2003)




Maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah berjumlah 120 hari. Jumlah cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR sehingga 31/12/2002 berjumlah 90 hari sahaja. Pada tahun akhir perkhidmatan, dibenarkan mengumpul GCR sebanyak kelayakan pada tahun tersebut.

Formula ::

1/30 X Gaji Akhir diterima X jumlah hari yang dikumpulkan Tertakluk kepada had maksimum 120 hari

Kelulusan


Pejabat SUK Kedah bertanggungjawab meluluskan Award GCR Pejabat SUK Kedah berhak untuk menyemak, membetulkan kesilapan didalam Kenyataan Cuti anggota. Sebarang cuti rehat yang terlebih ambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul (GCR).

Bayaran


Bayaran GCR adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri. Bayaran akan dibuat pada hari terakhir anggota sebelum bersara. Bagi anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggunggan anggota dibuat sebaik sahaja notis kematian diterima.

Dokumen Yang Diperlukan




Dokumen berikut hendaklah dikemukakan ke SUK Kedah dalam tempoh 3 bulan sebelum bersara
3 salinan Borang Kiraan Cuti Rehat (JPA.BP.UMUM.B02.Pin) Kenyataan Cuti (Buku Asal) Lampran /Kebenaran Ketua Jabatan

You might also like