Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

( PJM 3102)

Kemahiran Pergerakan Asas


( Permainan Bola Jaring )

AHLI KUMPULAN : NURSYAMIN BT MOHAMMAD NAZAR HAYATUN SYAMILA BT MANSOR KUMPULAN KOD KURSUS PENSYARAH TARIKH HANTAR : PISMP PEN. SENI VISUAL : PJM 3102 ( PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN) : MR. KALISVARAN NARAYANASAMY : 4 JULAI 2011

1.0

Pengenalan Pergerakan Asas

Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu: Kemahiran Pergerakan Asas Kemahiran Manipulatif Kemahiran Asas Sukan Kemahiran Asas Fizikal

Kemahiran pergerakan asas Kemahiran ini dibahagi kepada dua iaitu :Kemahiran Lokomotor Kemahiran Bukan Lokomotor.

1.1

Kemahiran Lokomotor

Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Lokomotor beritma sekata 1. Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. 2. Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi. 3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.

4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli) 6. Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. 7. Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

Lokomotor Beritma Tidak Sekata. 1. Skip 2. Melongsor 3. Galop

1.2

Kemahiran Bukan Lokomotor

Kernahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang. 1. Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.

2. Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'. 3. Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. 4. Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. 5. Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul. 6. Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. 7. Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap 8. Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan

9. Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. 10. Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

1.3

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :1. Memberi tenaga kepada objek. ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul ) 2. Menguasai objek. ( menangkap dan menyambut ) 3. Mengawal objek. ( menggelecek dan memantul bola )

2.0 Pengenalan Permainan Bola Jaring


Perkembangan Bola Jaring di Malaysia Persatuan bola jaring Malaysia telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah naungan Almarhum Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Sehingga tahun 1990, PBJM telah mempunyai 16 Ahli Gabungan yang terdiri daripada 13 Ahli Gabungan dari negeri-negeri dan 3 Ahli Gabungan bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad. Kini PBJM mempunyai 17 Ahli Gabungan iaitu terdiri daripada 14 buah negeri di seluruh Malaysia dan 2 Ahli Gabungan bukan negeri. Mulai 18 Jun 2003, keahlian PBJM semakin meningkat dengan terlaksananya perlembagaan terkini yang membenarkan persatuan-persatuan peringkat kebangsaan yang berdaftar menjadi Ahli Bersekutu PBJM. Dengan penambahan ahli ini, ia memberi peluang kepada PBJM meningkatkan lagi usahanya untuk memperkasakan sukan bola jaring di Malaysia serta meningkatkan lagi prestasi permainan ini ke peringkat antarabangsa. Berlandaskan kepada salah satu objektif penubuhan PBJM iaitu untuk memajukan dan mengembang sukan bola jaring di seluruh negara, maka

persatuan ini telah memperkenalkan Kejohanan

Peringkat Kebangsaan pada

tahun 1979 iaitu setahun selepas ianya ditubuhkan. Kejohanan tahunan ini diadakan khas bagi Ahli Gabungan PBJM sahaja. Sehingga kini, sebanyak 26 kejohanan telah diadakan. Menyedari akan perlunya usaha untuk melahirkan

golongan pelapis, maka

PBJM telah menganjurkan

satu lagi kejohanan iaitu

kejohanan bola jaring remaja kebangsaan pada tahun 1984. Permainan bola jaring terdiri daripada 7 pemain bagi setiap pasukan, setiap seorang mempunyai posisi yang menyekat pergerakan dalam kawasan yang khusus. Huruf-huruf yang dipakai pada bib pemain mengenal pasti posisi mereka. Ini membantu dua pengadil yang mengawal permainan untuk melihat pemain yang terkeluar dari kawasan permainan. Tujuan permainan ini adalah untuk menjaring gol yang lebih banyak daripada pihak lawan. Gol dijaringkan dengan menghantar bola masuk ke

gelung yang diletakkan dihujung tiang gol. Gol hanya boleh dijaringkan oleh salah seorang daripada 2 penjaring yang terdiri dalam lingkaran gol pasukannya. Ketinggian gol adalah 3.05 meter dan gelung dihujungnya dipasang dengan jaring bagi memudahkan penglihatan pemain sewaktu hendak menjaring. Setiap gol diberi 1 markah. Gelanggang bola jaring berukuran 30.5 meter panjang dan 15.25 meter lebar. Ia dibahagi dengan garisan yang dikenali sebagai garisan lintang kepada 3 bahagian: 2 bahagian gold an 1 bahagian tengah. Bahagian tengah mengandungi bulatan dengan garis pusat 0.9 meter. Lingkaran gol dengan jejari berukuran 4.9 meter terletak di kedua-dua hujung gelanggang dan tiang gol diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Kesemua garisan gelanggang bola jaring berukuran 50 mm lebar adalah sebahagian daripada kawasan permainan. Untuk tujuan penglihatan, gelanggang dibahagikan kepada dua bahagian untuk dikawal selia bahagian dua secara dari 1 garisan tepi ke garisan tepi yang lain. Seorang pengadil dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan memberi arahan untuk setengah gelanggang permainan dari bulatan tengah ke garisan gol serta sepanjang garisan tepi. Kedua-duanya berkerjasama bagi memastikan permainan berjalan lancar dan pemain menerima keputusan yang terang dan tepat. Pada awal permainan pengadil akan mengundi untuk menentukan bahagian mana yang akan diadili.

2.1

Kemahiran Asas dalam Permainan Bola Jaring


Kemahiran menangkap bola Kemahiran membaling bola Kemahiran gerak kaki Kemahiran melompat Kemahiran melakukan putaran kaki Kemahiran menjaring Kemahiran menghadang bola

3.0 Kemahiran Menjaring


Kemahiran menjaring merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh penjaring. Kemahiran ini amat penting bagi mengumpul mata setiap pasukan. Hanya 2 orang pemain dalam 1 pasukan bola jaring yang dibolehkan untuk menjaring : penjaring gol dan penyerang gol. Ke semua jaringan sesebuah pasukan datangnya dari 2 pemain ini, oleh itu adalah penting pemain yang bermain pada posisi ini menjaring dengan tepat. Apabila bola smpai ke tangan penjaring focus kesemua pemain lain akan tertumpu pada keputusannya. Menjadi pemain penjaring bukan hanya 1 posisi yang penuh tanggungjawab, tetapi ia juga paling menyeronokkan kerana tumpuan yang diberi pada penjaring semasa tempoh pertandingan.

3.1

Aktiviti Pergerakkan Asas bagi Latihan Kemahiran Menjaring

Aktiviti 1 Menuju sasaran Bahan yang digunakan di dalam aktiviti ini ialah bakul plastik dan bola. Bakul plastik diletakkan 5m jauh dari arah pemain berdiri. Pemain dikehendaki menjaringkan bola ke dalam bakul. Aktiviti ini diulang menggunakan jarak bakul yang berlainan. Aktiviti ini adalah bagi melatih pemain untuk menganggar jarak sasaran dengan tepat.

5m 4m 3m 2m

Rajah 1

Aktiviti 2 Jatuhkan skital Bahan yang digunakan di dalam aktiviti ini ialah skital dan bola. Pemain dikehendaki membaling bola ke sasaran (jatuhkan skital). Pemain membaling bola dengan sebelah tangan ke sasaran. Pemain yang telah membuat balingan berlari ke barisan belakang. Aktiviti ini dilakukan bagi melatih pemain membaling bola ke arah sasaran (jaring).

Rajah 2

Aktiviti 3 Tekan tubi

Tiada alatan yang digunakan di dalam aktiviti ini. Mula dengan kedudukan meniarap dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada hampir mencecah lantai. Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun ke bawah dan naik semula ke kedudukan asal. Aktiviti ini dapat melatih daya tahan otot tangan dan juga kaki pemain semasa ingin melakukan jaringan.

Rajah 3

Aktiviti 4 Lompat Sarjan ( Vertical Jump ) Aktiviti ini memerlukan pemain untuk melompat setinggi yang mereka mampu. Dinding digunakan sebagai tempat untuk mengukur tahap ketinggian lompatan pemain. Dengan menggunakan bahan yang boleh melekat pada dinding tersebut, pemain akan melompat setinggi yang boleh disamping melekatkan bahan tersebut di dinding. Ketinggian lompatan mereka akan diukur dengan ketinggian bahan lekatan itu. Aktiviti ini memerlukan kekuatan kuasa kaki bagi menghasilkan lompatan yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung dapat melatih pemain ketika membuat lompatan jaringan.

Rajah 4

Refleksi
Kemahiran pergerakan asas merupakan salah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikuasai oleh setiap pemain tidak kira melalui apa jua bidang permainan yang diceburi. Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap pemainan menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Hal ini boleh dicapai dengan mendorong pemain untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan yang melibatkan ruang, masa, dan kuasa. Pada pandangan kami, pergerakan asas amat penting kepada setiap pemain. Sekiranya pemain tidak dapat menguasai sesuatu pergerakan asas seperti berlari atau melompat, hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan pemain tersebut tidak dapat memahirkan diri dalam sesuatu permainan. Melalui tugasan ini, kami dapat mengenali dengan lebih terperinci lagi mengenai pergerakan asas dan kemahiran-kemahiran dalam permainan bola jaring. Selain itu, kami juga dapat mencari aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi memantapkan kemahiran menjaring bola. Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh kami jika dilakukan secara berterusan pasti dapat membantu pemain bermain dengan lebih baik dan merancang strategi permainan yang mantap. Selaku seorang bakal guru, tugasan ini sedikit sebanyak telah memberi kami gambaran awal tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bagi memantapkan sesuatu kemahiran permainan. Di samping itu, dengan ilmu yang diperolehi ini, dapat digunakan semasa mengajar di sekolah kelak.

Penghargaan
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Kalisvaran selaku pensyarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan tugasan ini.

Pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa saya tempuh bagi menyiapkan tugasan ini. Saya bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini agar saya mempunyai masa untuk menyiapkan pelbagai tugasan lain yang masih menanti, dan saya berjaya juga menghasilkan tugasan ini walaupun hasilnya tidak seberapa.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada keluarga saya yang amat disayangi diatas segala sokongan dan bimbingan yang diberikan. Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea ketika menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekalung budi.

ISI KANDUNGAN

Bil 1 Penghargaan 1.0 2

Perkara

Muka Surat

Pengenalan pergerakan asas 1.1 Kemahiran lokomotor 1.2 Kemahiran bukan lokomotor 1.3 Kemahiran manipulatif Pengenalan Permainan Bola Jaring 2.1 Kemahiran Permainan Bola Jaring Kemahiran Menjaring 3.1 Aktiviti Pergerakan Asas

2.0

3.0

Refleksi

You might also like