Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah

Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah

Pentadbiran TempatanMajlis Perbandaran Pulau Pinang


Senarai Kandungan

Bil. 1

Perkara Tajuk Kajian:Institusi pentadbiran Tempatan -Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Halaman i

2 3 4 5 6

Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian:1 Institusi Pentadbiran Tempatan: -Nama rasmi/Nama ringkas/Nama lain -Lokasi -Matlamat/Objektif/Misi/Visi penubuhan -Carta organisasi dan senarai pentadbir 2 Latar Belakang: -Sejarah penubuhan(Asal usul/Tarikh/Pengasas) -Undang-undang tubuh/Undang-undang kecil/Garis panduan penubuhan -Perincian peranan/Tanggungjawab bidang tugas pentadbir -Cara pelantikan pentadbir tempatan 3 Peranan: -Ekonomi -Pendidikan -Kemasyarakatan -Kebajikan

ii 1 2 3

4 Perkembangan -Sumber kewangan -Pembangunan prasarana/Fizikal -Pengiktirafan/Penghargaan -Saranan dan Harapan 7 8 9 Rumusan Lampiran Rujukan

Elemen 3 - Pengamalan Unsur Patriotisme Soalan Esei Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di Negara kita?

Penghargaan
y Guru Mata Pelajaran Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 saya, iaitu Puan Low Bee Leng atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang masa kajian dijalankan.

Ibu Bapa Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, Tan Choon Hin dan Wong Kean Peng. Mereka telah banyak memberi nasihat dan dorongan kepada saya.

Rakan-rakan Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Antaranya ialah Jocelyn LimWei Ling, Lim Hooi Jun, Teh Qian Wern dan Lee Jia Yi.

Objektif Kajian
Melalui kerja kursus ini, saya berkesempatan untuk memenuhi beberapa objektif kajian. Antaranya termasuklah mengetahui jenis-jenis pentadbiran yang wujud di Negara kita. Saya dapat mendedahkan diri kepada latar belakang Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Selanjutnya, saya ingin mengkaji dengan lebih mendalam tentang peranan dan perkembangan MPPP. Kerja kursus ini memberi kesedaran kepada saya tentang pentingnya menghormati institusi pentadbiran Negara.

Saya telah

mendapat pengalaman tentang cara-cara membuat kajian. Saya

berpeluang mempelajari dan menguasai teknik membuat kajian seperti kemahiran mencari, mengumpul, merekod, menganalisis maklumat dan mencatat hasil kajian.

Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat maklumat yang diperlukan. a) Kaedah Penyelidikan di perpustakaan. Saya telah melawat perpustakaan Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang untuk membuat rujukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya telah sempat mengumpul maklumat tentang MPPP yang banyak membantu saya dalam kerja kursus ini.

b) Kaedah Melayari Internet. Saya telah meluangkan masa untuk melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan MPPP. Saya telah memuat turun beberapa artikel laman web http://www.mppp.gov.com. Saya juga mencetak halaman-halaman yang mengandungi maklumat penting.

c) Kaedah Pemerhatian. Kajian ini digunakan untuk membaca dan menganalisis buku ilmiah seperti Akta Kerajaan Tempatan, internet, surat khabar dan sumber-sumber lain yang saya memperolehi untuk mengumpul maklumat tentang MPPP.

Hasil Kajian

1) Institusi Pentadbiran Tempatan Nama rasminya ialah Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Nama ringkasnya ialah MPPP. Lokasinya ialah Tingkat 4, KOMTAR, Jalan Penang, 10675, Pulau Pinang.

Perkhidmatan yang diberikan dipastikan memenuhi standard kualiti dan piagam pelanggan yang ditetapkan. Objektif MPPP ialah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui amalan urustadbir baik dan mengutamakan satu perkhidmatan, satu penyampaian dan No Wrong Door Policy, Merancang dan melaksanakan pembangunan yang seimbang dan memelihara alam sekitar yang berkualiti, Memperkukuhkan pulau sebagai hub ekonomi yang dinamik selaras dengan pembangunan NCER dalam konteks wilayah utara dan antarabangsa, Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan awam yang berkualiti, perkhidmatan masyarakat yang vibrant dan persekitaran yang bersih dan indah, Meningkatkan budaya hidup berkualiti, memulihara warisan dan menggalakkan penglibatan komuniti untuk mencapai pembangunan masa depan.

Visi MPPP adalah untuk menjadi perbandaran yang unggul dalam menyampaikan perkhidmatan dan berupaya mewujudkan perbandaran sejahtera. Misinya adalah memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan mengamalkan urustadbir baik, menyelaras dan menyediakan pembangunan mapan, rangkaian perhubungan efektif, membangunkan imej persekitaran beridentiti,berkualiti dan penyediaan kemudahan ke arah peningkatan ekonomi yang dinamik dan berdaya saing. Motonya "Memimpin Sambil Berkhidmat" adalah alusi moto Majlis Bandaraya George Town yang dahulu"Leading We Serve". Diterjemahkan ertinya "Melalui Perkhidmatan Kami Memimpin" atau "Memimpin Sambil Berkhidmat". Carta organisasi MPPP agak rumit sistemnya. Pada peringkat teratas iaitu yang paling berkuasa ialah Yang Di-Pertua yang dibantu oleh 24 ahli majlis. Pada lapisan kedua, telah pun terbahagi kepada 4 bahagian iaitu setiausaha, unit undang-undang yang berperanan

sebagaipenasiaht undang-undang, unit audit dalam dan unit pembangunan penyelarasan. Unit undang-undang bertanggungjawab dalam seksyen sivil, hal tanah, seksyen cukai, seksyen pentadbiran&am, seksyen lembaga rayuan, seksyen penasihat, seksyen pendakwaan dan seksyenpenggubalan undang-undang. Setiausaha perbandaran terbahagi kepada

Jabatan KhidmatPengurasan, Jabatan Perbendaraam, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Kesihatan Awam & Pelesenan, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuteraan, Jabatan Penilaian &Pengurusan Harta,Jabatan Perancangan Pembangunan dan Jabatan Khidmat Kemasyarakatan.

YANG DIPERTUA Ar. Patahiyah bt. Ismail DJN., KMN., AMN., BCN., PKT., PJK.

SETIAUSAHA PERBANDARAN

ARKITEK LANDSKAP KANAN Hajah Nor Rezan bt. Sulaiman

AKAUNTAN (BELANJAWAN & AKAUN)

Ir. Ang Aing Thye BCN.,

Tan Bee Luan

KETUA UNIT OSC Y.M Ku Mohd Lafdzi b. Y.M Ku Ismail

PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN Patrick Khoo Poh Aik, BCN., PKT., PJK.

PENGARAH PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

Zariah bt. Hj. Yahaya, PKT

KETUA BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT Mohd Hornain bin Abd. Wahab

PENGARAH BANGUNAN

KETUA UNIT HASIL

Ar. Yew Tung Seang, PKT

Suhaida binti Kamalul Ariffin

PEGAWAI TADBIR (Penyelarasan Pembangunan ) Rashidah bt. Jalaludin

PENGARAH PERBENDAHARAAN

Javed Ahmed bin Gulzar Ahmed,

PENGARAH KHIDMAT KEMASYARAKATAN

Hj. Mohamad Ismail bin Ibrahim, PJK.,PKT.

PENGARAH PERKHIDMATAN PERBANDARAN, Kesihatan Awam & Pelesenan Dr. Judy Shoba a/p Robert Rajah

PEGAWAI PERUBATAN

PENGARAH BAHAGIAN

Dr. S. Ramalingam

PELESENAN

Rafiah bt. Mohd. Radzi,PKT,PJK.

Yang Dipertua Ar. Hajah Patahiyah Bt. Ismail, KMN., AMN., BCN., PKT., PJK merupakan Pengerusi Pihak Berkuasa Perlantikan & Pihak Berkuasa Tatatertib, Jawatankuasa Tetap Pusat Setempat (OSC), Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan, Jawatankuasa Tetap

Infrastruktur & Lalulintas, Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Jawatankuasa Tetap Perancangan Pemajuan, dan Jawatankuasa Tetap Penguatkuasaan & Pendidikan Awam MPPP. Ahli-ahli Jawatankuasa Tetap & Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MPPP mulai 10 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011. Beliau bertanggungjawab mempengerusikan Mesyuarat Biasa Negeri dan memastikan pentadbiran negeri mengikuti peraturan dan undang-undang. Yang Berusaha Ir. Ang Aing Thye ialah setiausaha perbandaran dan antara 24 ahli majlis. Senarai pentadbir adalah berikut: Zulkifli bin Mohd. Noor, Harvindar a/l Darshan Singh, Tay Leong Seng, Lim Siew Khim, Lim Cheng Hoe, Tan Hun Wooi, En. Ong Ah Teong, Felix Ooi Keat Hin, Francis a/l Joseph , Cik Ramlah Bee Binti Asiahoo, En. Lim Boo Chang, En.

Mohamed Yusoff Bin Mohamed Noor, Encik Iszuree Bin Ibrahim, Sr. Mohd. Zahry bin Shaikh Abdul Rahma, Encik Teh Lai Heng, Encik Gooi Seong Kin, Encik Prem Anand a/l Loganathan, Encik Tan Seng Keat, Encik Sin Kok Siang, Muhammad Sabri Bin Md Osman, Mohd Taufik Bin Sulong, Tahir Jalaluddin Bin Hussa, Dr. Lim Mah Hui.Tuan Haji Mohd Rashid Bin Hasnon.

2)Latar Belakang

MPPP mempunyai sejarah penubuhannya. Pulau Pinang adalah sebuah daripada tiga belas

negeri di Malaysia yang letaknya di sebelah utara Semenanjung. Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kerajaan Tempatan mula wujud di Pulau Pinang pada tahun 1856. Majlis Perbandaran Pulau Pinang mempunyai satu kawasan pentadbiran tempatan yang luasnya kira-kira 299.65 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang bangsa seramai lebih kurang 660,000 orang. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung. Jemaah pentadbiran Majlis terdiri daripada seorang Yang Dipertua dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis ialah selama setahun. Jabatan Undang-Undang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1985 untuk menasihati MPPP dalam semua aspek undang-undang termasuk untuk mewakil dan membela Majlis Perbandaran Pulau Pinang dalam kes-kes guaman di Mahkamah dan menggubal undang-undang bagi Majlis. Di samping itu juga menjalankan pendakwaan berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang terutama sekali Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan kesemua Undang-Undang Kecil Perbandaran.

Undang-undang tubuh terdiri daripada Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) , Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga

Pembawa Penyakit 1975, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663). Di samping itu, terdapat undang-undang kecil dan enakmen-enakmen yang berkaitan. Antara iaitu Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Enakmen Lancang Air Peribadi (Pulau Pinang) 1999. Undang-undang kecil berikut:

1. 2.

By-laws for the licensing of Bullock Cart Drivers, 1918 By-laws for the Regulation of the Transport and Storage of Petroleum and Dangerous Petroleum, 1931

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10

By-laws with respect to Places of Public Entertainment, 1933 The Prevention of Cruelty to Animals By-laws, 1947 Penang Municipal Trisha By-laws, 1948 Penang Municipal (Garages) By-laws, 1952 Penang (Municipal) Tricycle By-laws, 1953 Penang (Municipal) Fees Title By-laws, 1953 Rural District Council, Penang Island, Sewage Purification Plants By-laws, 1957 Rural District Council, Penang Island, Dangerous, Unhealthy or Offensive Trades and Garages By-laws, 1962 [Dimansuhkan: Jadual Bahagian A, B & D sahaja - Lihat Undang-Undang Kecil (Tred, Perniagaan & Industri) 1991]

11. 12.

Undang-Undang Kecil (Lembu-Kerbau) Bandaraya George Town, Pulau Pinang, 1968 Undang-Undang Kecil (Pemasangan Sistem Saluran Najis dan Alat-alat Kebersihan), 1970 Majlis Bandaraya George Town

13.

City of Georgetown, Penang, Liquefied Petroleum Gases By-laws, 1971

14. 15. 16. 17. 18.

Undang-Undang Kecil Kerja-kerja (Pembinaan) Jalan Baru Majlis Bandar Raya, 1971 Undang-Undang Kecil (Lembu-kerbau) Majlis Daerah Luar Bandar, Pulau Pinang, 1972 Undang-Undang Kecil (Kerjatanah), Pulau Pinang 1975 Undang-Undang Kecil (Pengimpotan Daging) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977

19.

Undang-Undang Kecil (Anjing-anjing) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977 [UndangUndang Kecil (Anjing-anjing)(Pindaan) 1985]

20.

Undang-Undang Kecil (Larangan Merokok Dalam Panggungwayang-panggungwayang) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1978

21.

Undang-Undang Kecil Penjaja-penjaja, 1979 [Undang-Undang Kecil (Pindaan) Penjajapenjaja, 1987] [Undang-Undang Kecil Penjaja-penjaja (Pindaan) 1991]

22. 23.

Undang-Undang Kecil (Gadi-Gadi) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1979 Undang-Undang Kecil (Rumah-Rumah Sembelih) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1979

24. 25.

Undang-Undang Kecil (Rumah Urut) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980 Undang-Undang Kecil (Kebersihan dan Keselamatan Awam) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980

26. 27.

Undang-Undang Kecil Pasar-Pasar, 1980, Majlis Perbandaran Pulau Pinang Undang-Undang Kecil (Balai Rakyat Padang Tembak) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980

28.

Undang-Undang Kecil (Larangan Merokok Di Dalam Kenderaan-Kenderaan Perkhidmatan Awam) 1980

29.

Undang-Undang Kecil (Rumah Bantai Perbandaran) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980 [Undang-Undang Kecil (Rumah Bantai Perbandaran) Majlis Perbandaran Pulau

Pinang (Pindaan) 1997] 30. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Jalan, Parit dan Bangunan, 1980 31. 32. 33. 34. Undang-Undang Kecil Bayaran Pelan, 1981 Undang-Undang Kecil (Pengendali Makanan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1983 Undang-Undang Kecil (Bangunan Seragam) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1984 Undang-Undang Kecil (Bayaran-bayaran Stadium) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1986 [Undang-Undang Kecil (Pindaan) (Bayaran-Bayaran Stadium) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1988] 35. 36. Undang-Undang Kecil (Memelihara Babi) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1987 Undang-Undang Kecil (Tempat Letak Kereta Persendirian) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1988 37. 38. 39. Undang-Undang Kecil (Iklan Pilihanraya) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1990 Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1991 Undang-Undang Kecil (Tred, Perniagaan dan Perindustrian) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1991 40. 41. 42. 43. Undang-Undang Kecil (Taman) (Majlis Perbandaran Pulau Pinang), 1993 Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Tandas Awam) 1993 Undang-Undang Kecil (Ski Jet Dan Skuter Air) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1995 Undang-Undang Kecil (Iklan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 2000

Perincian peranan dan tanggungjawab MPPP adalah mewujudkan kecemerlangan dalam pengurusan dan pentadbiran Majlis, menentukan semua urusan Mesyuarat-mesyuarat Majlis berjalan dengan teratur dan mengikut jadual. MPPP juga mewujudkan tenaga kerja yang mahir dan berdisiplin serta penggunaan personel secara optima.Mereka menjamin keselamatan hartabenda Majlis serta kawalan keselamatan dalam kawasan pentadbiran Majlis. Di samping memberi perkhidmatan kaunter dan penerangan awam kepada orang ramai serta melayani aduanaduan secara berkesan. Selain itu, MPPP mengendali dan mempertingkatkan Sistem Maklumat Majlis.MPPP juga memberi tumpuan dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan serta kerjasama bagi mendidik orang awam melalui proses penguatkuasaan. Bagi setiap institut pentadbiran tempatan, pastilah ada cara pelantikan pentadbir tempatan masing-masing. Jemaah pentadbiran Majlis Perbandaran Pulau Pinang terdiri daripada seorang Yang Dipertua dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ada juga pentadbir tempatan yang dilantik melalui mesyuarat. Pegawai dan kakitangan MPPP dilantik berdasarkan Perintah Am Bab A.

3) Peranan Antara peranan MPPP dalam pembangunan ekonomi Negara ialah mengeluarkan lesen yang sah dan meluluskan lesen yang dimohon oleh pihak masyarakat. Dengan melaksanakan tugas mereka dengan sempurna, mereka membolehkan peniaga menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

Terdapat beberapa

aktiviti yang memerlukan lesen sah MPPP, antaranya merangkumi

establishymen makanan, tred dan perniagaaan, kilang, rumah urut, hotel, kandang lembu/kuda, memeliharaan khinzir, pasar prebet, tempat letak kereta, iklan, garaj, tempat hiburan awam, penjaja, gerai pasar, tapak penjaja sememtara dan kompleks, gerai jalan awam/tanah pesendirian, gerai bermusim/perayaan, kenderaan tanpa motor, lessen anjing, lessen baca awam, lessen pengayuh baca awam.

Terdapat beberapa langkah yang perlu dijalankan untuk memohon lesen. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: dapatkan borang pemohonan (borang komposit) di kaunter bahagian pelesenan, isikan borang dengan lengkap, sertakan dokumen yang dikehendaki, kemukakan borang di kaunter bahagian perlesenan, surat akaun terima akan dihantarkan kepada pemohon, pegawai-pegawai majlis akan membuat pemeriksaan ke atas premis berkenaaan, pemohon akan dihubungi melalui surat sama ada pemohonan ditolak atau diluluskan dengan syarat-syarat tertentu.

Pihak MPPP juga memainkan peranan yang penting dalam aspek pendidikan. Pihak Jabatan Hal Ehwal Luar MPPP telah menyediakan maklumat dan informasi yang penting lagi

tepat untuk rujukan warga masyarakt yang terdiri daripada murid-murid sekolah dan golongan pekerja. Selain itu, pihak mppp juga mengadakan pelbagai ceramah dan pameran yang berkaitan tentang gejala social yang kian berleluasa di kalangan masyarakat. Pameran-pameran dan ceramah-ceramah tersebut dapat mendidik warga masyarakat dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam minda seseorang tersebut. Penubuhan Kadet Alam Sekitar yang melibatkan beberapa buah sekolah di Pulau dan Seberang Perai telah dilancarkan pada 25-10-97. Program perintis penubuhan Kadet untuk sekolah di Pulau melibatkan: Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Bunga, Sekolah Menengah Chung Ling, Sekolah Menengah Penang Free, Sekolah Menengah Abdullah Munshi, Sekolah Menengah Seri Balik Pulau dan Sekolah Menengah St. George. Pasukan beruniform ini bertujuan: memberi bimbingan dan kesedaran mengenai alam sekitar kepada para pelajar, memberi maklumat dan mendidik para pelajar agar prihatin terhadap alam sekitar, memberi kefahaman kepada para pelajar akan usaha kerajaan dalam mengawal dan mencegah pencemaran alam sekitar dan menyemai rasa kasih serta sayang terhadap persekitaran dan keindahan yang dikurniakan Tuhan. Aktiviti Kadet Alam Sekitar dipergiatkan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Pendidikan awam juga disalurkan kepada penduduk masyarakat melalui ceramah kesihatan kepada pengendali makanan dan lawatan pemeriksaan serta pendidikan awam. Pada setiap hari Rabu dan Khamis, 2 sesi ceramah untuk Pengendali Makanan dianjurkan. Pada sebelah pagi, sesi bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 pagi manakala sesi petang bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Ceramah ini merupakan taklimat mengenai

isu-isu kebersihan makanan yang diwajibkan ke atas pengendali makanan sebelum lesen dikeluarkan.dibaharui.

Tempat Ceramah : Bilik Taklimat Bhg Kesihatan Awam, Paras 4, KOMTAR Lawatan Pemeriksaan dan Pendidikan Awam dianjurkan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Lawatan ini diadakan bertujuan memberi nasihat kepada pengendali makanan supaya lebih peka kepada tahap kebersihan diri dan kebersihan makanan. Lawatan ini melibatkan wakil-wakil daripada pelbagai agensi yang berkaitan.

Pihak MPPP juga perlu melaksanakan tugas mereka dalam aspek kemasyarakatan. Tanggungjawab utama MPPP ialah menjaga kebersihan dan keceriaan bandar. Slogan yang diperkenalkan oleh MPPP Cleaner, Greener Penang. telah meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat Pulau Pinang tentang kitar semula dan mendidik serta mendekati masyarakat bagi memastikan alam sekitar kita dipelihara dan dipulihara serta dilindungi untuk kepentingan semua. MPPP telah mengutip sampah sarap setiap awal pagi di kawasan petempatan untuk memeliharaan kebersihan kawasan tersebut. Semburan nyamuk aedes telah dijalankan oleh pihak MPPP di petempatan untuk mengatasi masalah demam denggi yang berpotensi meragutkan nyawa-nyawa manusia . Pihak mppp juga menjalankan penyiraman pokok bunga yang ditanam oleh kerajaan untuk menceriakan bandar kita selanjutnya mengekalkan keseimbangan ekosistem. Pelonggokan sampah secara haram terus berlaku di atas simpanan jalan, kawasan-kawasan lapang di sepanjang jalan, kawasan-kawasan berbukit terpencil dan tanah kosong prebet. Jenis-

jenis sisa pepejal yang dilonggok secara haram adalah sampah domestik, sampah kebun, sampah binaan dan runtuhan, sampah pukal, sisa perindustrian dan lain- lain. Tindakan seperti berikut telah diambil untuk menghapuskan masalah ini: Membersih tapak melonggok sampah haram, Mendirikan papan tanda "Dilarang Melonggok Sampah", Memberi pendidikan awam dengan risalah mengenai cara pelupusan sampah yang betul termasuk penggunaan beg plastik dan penggunaan tong sampah yang 'standard' dengan penutup yang ketat.

Pemeliharaan kebajikan semua lapisan masyarakat merupakan tanggungjawab MPPP. Pihak MPPP telah menghulurkan bantuan kepada ahli masyarakat yang memerlukan. Pengurusan bandar yang sistematik dan berdaya maju sudah pasti mengunjurkan peningkatan aktiviti pembangunan perumahan, pembangunan industri dan penyediaan kemudahan infrastruktur yang efisen. Secara langsung dengan adanya penyediaan perbandaran yang terancang maka ia akan meningkat kemakmuran, kualiti hidup dan keselesaan komuniti di bahagian pulau. Tandas awam telah disediakan di tempat tertentu untuk kegunaan masyarakat. Selain itu, MPPP telah meluluskan pemberian stiker letak kereta percuma kepada OKU(Orang Kurang Upaya).

Tempat-tempat letak kereta juga disediakan untuk kemudahan semua. Projek-Projek Infrastruktur Di Bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Projek-projek infrastruktur oleh Majlis di bawah RMK-9 setakat 30 September 2008 meliputi projek-projek berikut: menaik taraf dan melebar jalan sedia ada, menaik taraf sistem saliran, pembinaan sistem pengawalan banjir, menaik taraf lampu jalan, menambah dan menyusun semula tempat letak kenderaan serta menaik taraf pondok keselamatan dan pejabat kastam.

4) Perkembangan Sumber kewangan MPPP terbahagi kepada tiga, iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Sumber utama kewangan diperoleh daripada pembayaran cukai dan lesen masyarakat. Perbelanjaan MPPP meningkat setiap tahun disebabkan kenaikan harga barang dan pertambahan fungsi jabatan sedangkan sumber hasil yang diterima adalah terhad.Oleh hal yang demikian, MPPP sedang mengambil beberapa langkah-langkah bagi memperkukuhkan kedudukan kewangannya antaranya dengan mempertingkatkan kutipan hasil, tuntutan tunggakan cukai pintu dan tunggakan sewa. Selain itu, MPPP juga telah menubuhkan jawatankuasa kerja untuk mencari sumber hasil yang baru, melaksanakan strategi penjimatan dengan mengurangkan perbelanjaan kos operasi dan pentadbiran serta memohon bantuan kerajaan persekutuan untuk membiayai projek pembangunan infrastruktur. Peranan MPPP amat penting dalam pembangunan frasarana dan fizikal yang sempurna dalam negeri kita.Semua sisa pepejal dikutip dan diangkat mengikut jadual iaitu setiap hari untuk premis komersial dan 3 hari seminggu untuk premis kediaman.Semua parit dan jalan juga dibersihkan mengikut jadual. Pasar awam dipastikan sentiasa berasa dalam keadaan bersih sewaktu ianya dibuka kepada orang ramai. Tandas awam kepunyaan MPPP dibersihkan sekurang-kurangnya sekali sehari.Acara-acara pelancongan bertaraf antarabangsa dianjurkan secara professional sesuai dengan hubungan organisasi dan peserta-peserta dari luar Negara. Balai-balai rakyat,padang-padang awam, taman-taman awam rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandaraya juga boleh ditempah melaui permohoman terhadap MPPP. MPPP telah diiktiraf dan diberi Penganugerahan Bandar Lestari(Anugerah Alam Sekitar 03/04) . MPPP telah berjaya memenangi Anugerah Kategori Khas, Insiatif Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar. Kriteria penilaian adalah merangkumi aspek pendidikan atau

komnunikasi yang menyumbang kepada insiatif alam sekitar. Elemen yang berkaitan termasuk impak dan kerelavanan komunikasi, kumpulan sasaran dan keberkesanan mekanisme komunikasi, sama ada secara bersendirian atau melalui kerjasama dengan organisasi lain. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri kepada Setiausaha Perbandaran MPPP En.Ooi Chin Loo disaksikan oleh YAB Dato Seri Haji Adenan bin Haji Satem. MPPP juga ada pengiktirafa dan anugerah bagi pencapaian mereka. Antaranya, MPPP berjaya mendapat Naib Johan dalam K-ICT KETUA MENTERI PULAU PINANG pada tahun 2007 (KATEGORI e-kHIDMAT). Anugerah K-ICT Ketua Menteri Pulau Pinang adalah salah satu program berterusan untuk mencerminkan peranan kritikal ICT sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang. Anugerah ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis K-ICT Pulau Pinang. MPPP telah mencalonkan Sistem Pengurusan Maklumat Lesen dalam kategori Anugerah e-khidmat dan berjaya meraih Naib Johan. Selain itu, MPPP mencapai anugerah bagi Laman Web Terbaik 2007 Peringkat Pulau Pinang Tempat Pertama, Anugerah Taman Paling Kreatif Laman 2006 Peringkat Kebangsaan dan sebagainya. MPPP juga telah menyertai Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan Tahun 2005 dan Taman Perbandaran Persiaran Kuari, MPPP terpilih sebagai Naib Johan Taman Bandar dalam pertandingan tersebut. Majlis penyerahan sijil dan piala yang berlangsung di Jabatan Landskap Negara dihadiri oleh bekas Yang Dipertua Dato Haji Ahmad Phesal bin Haji Talib dan Tuan Haji Mohd Ismail Ibrahim serta beberapa kakitangan Majlis. Selanjutnya, kecemerlangan pentadbiran dan penerangan MPPP semakin tersrlah apabila ia menerima Anugerah Peringkat Kebangsaan pada 17 November 2005 untuk Kategori Pembangunan Semula, Pemulihan dan Pemuliharaan. Anugerah tersebut telah dipertontonkan

pertama kalinya kepada ahli majlis-majlis sebelum mesyuarat Majlis MPPP diadakan di Dewan Bandaraya, Pulau Pinang. Menurut bekas Yang Dipertua MPPP, Dato Haji Ahmad Phesal bin Haji Talib pengiktirafan itu telah menyuntik semagat pihak MPPP untuk member servis yang lebih baik kepada penduduk Pulau Pinang. Antara saranan dan harapannya ialah masalah kesesakan jalan raya dapat diatasi secara efektifnya. Selain itu, masalah pelonggokan sampah sarap di merata tempat semakin membimbangkan. Penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata tempat telah mengakibatkan keindahan dan kebersihan terjejas,di samping imej terhadap Bandar juga akan terjejas. Oleh hal yang demikian, MPPP sepatutunya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengekalkan keceriaan Bandar. Tambahan pula, warga Pulau Pinang harus bekerjasama dengan MPPP dalam menjadikan Pulau Pinang bersih dan indah serta menjadi sebuah Bandar yang sejahtera. Di samping meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memenuhi kehendak penduduk yang kian meningkat.

Rumusan
Saya berasa bersyukur kerana dapat menyempurnakan kerja kursus sejarah PMR dengan jayanya dalam masa yang ditetapkan. Dalam proses melaksanakan kerja kursus, saya telah mendapat pengetahuan lanjut tentang pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang, saya berasa bersyukur kerana terdapat sesuatu Institut Pentadbiran Tempatan yang sedang menjaga prasana, kebajikan dan kesihatan penduduk-penduduk di Pulau Pinang. Saya telah mempelajari cara mengumpul maklumat tentang Institusi Pentadbiran Tempatan. Saya juga lebih memahami peranan pihak-pihak yang bertanggungjawab membangunkan kesejahteraan hidup. Di samping itu, kajian ini juga memberi iktibar terhadap bangsa. Hal ini demikian, institut sebegini dapat melahirkan perasaan jati diri yang tinggi serta membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia. Kerajaan amat memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak ke arah mencapai Wawasan 2020. Seterusnya,saya mendapati bahawa kajian ini turut memberi iktibar kepada negara kita. Institusi Pentadbiran Tempatan memainkan peranan penting dalam membangunkan Negara demi kepentingan bangsa dan Negara. Semua pihak bertanggungjawab menjadikan Pulau Pinang lebih ceria,bersih dan maju serta menjadi sebuah bandar yang sejahtera. Peranan penting yang dimainkan oleh pihak MPPP mampu memberi sumbangan yang besar yang mengakibatkan Pulau Pinang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Hal ini membangunkan imej negara di mata dunia. Pada masa yang sama, saya berasa bangga akan MPPP. Hal ini demikian, tanpa pihak berkuasa sebegini, tidak tentulah negeri kami akan begitu maju dalam semua aspek dan bertaraf bangsa.

Lampiran

Peta MPPP- Tingkat 4, KOMTAR, Jalan Penang,10675, Pulau Pinang.

Jata MPPP

Resit rasmi

RUJUKAN Akhbar StarMetro, 7 Frebruari 2011, halaman M3.

Majalah Penduduk Budiman Majilis Perbandaran Pulau Pinang, tahun 2007.

Orang Sumber Encik Tanwir Bin Misbah, Pembantu Penerbitan Kanan Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang. 82, Lintang Pekaka, Sungai Dua, 11700 Pulau Pinang.

Melawat Tempat Kajian Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tingkat 4, KOMTAR, Jalan Penang,10675 Pulau Pinang.

Internet http://www.mppp.gov.my

Sumber lain Risalah, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tingkat 4, KOMTAR, Jalan Penang, 10675 Pulau Pinang.

Elemen 3 Penerapan Unsur Patriotisme

Elemen 3 : Penerapan Unsur Patriotisme


Tajuk Esei : Bagaimanakah institusi pentadbiran dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita ? Institusi pentadbiran tempatan seperti pihak berkuasa tempatan dan pentadbiran komuniti setempat dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita. Institusi pentadbiran tempatan alamat memupuk nilai menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa(UP1) dalam kalangan rakyat Malaysia. Contohnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang menceriakan jalan raya dengan bergantung lampu yang berwarna-warni semasa sambutan perayaan. Pentadbiran komuniti setempat menganjurkan pelbagai aktiviti sempena sambutan perayaan. Contohnya rumah terbuka yang dianjurkan dihadiri oleh rakyat pelbagai lapisan. Hal ini dapat memupuk perpaduan kaum dan seterusnya mengekalkan tradisi, budaya dan warisan di Malaysia. Di samping itu, rakyat haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia(UP2). Hal ini demikian kerana di Negara kita terdapat pelbagai IT yang memainkan peranan memperkukuh integrasi nasional. Pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan pelbagai dasar pentadbiran secara berkesan demi kesejahteraan rakyat. Oleh itu, rakyat pelbagai kaum dan agama dapat hidup dengan aman dan damai. iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menangani segala masalah yang timbul di bandar Georgetown dan juga bekerja keras untuk memodenkan bandar ini. Sebagai penduduk Pulau Pinang, kita perlu bersyukur dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada bahagian pentadbiran kerajaan Malaysia.

Selain itu, Institusi pentadbiran tempatan member peluang kepada rakyat untuk memupuk nilai bekerjasama dan tolong-menolong(UP3). Penduduk di Pulau Pinang dan juga seluruh Malaysia harulsah mengamalkan sikap ini untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian yang wujud di negara ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat. Contohnya, aktiviti gotong-royong membersihkan sesuatu kawasan telah disertai oleh rakyat pelbagai lapisan. Gotong-royong membersihkan dan mengutip sampah-sarap menjadikan sesuatu kawasan bersih dan ceria di samping mengeratkan hubungan antara masyarakat majmuk di negara kita. Di samping itu, kita juga haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang ( UP 4 ) yang ditetapkan oleh institusi pentadbiran tempatan. Dalam hal ini , penduduk bandar Georgetown haruslah sentiasa mengikuti dan tidak melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Akhir sekali , kita haruslah mengamalkan sikap tabah menghadapi cabaran( UP 5 ) seperti mana yang diamalkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang sentiasa tabah dan tidak berputus-asa dengan masalah yang timbul di bandar Pulau Pinang, sebaliknya sabar dan berusaha untuk menangani masalah tersebut. Hal ini amat penting bagi kita untuk dijadikan panduan hidup. Rumusannya, sebagai rakyat yang berpengetahuan dan dan berdisiplin, segala unsur patriotisme yang tersenarai haruslah dihayati dan dijadikan sebagai panduan hidup untuk memastikan agar penduduk Malaysia sentiasa hidup aman dan damai tanpa sebarang kekacauan. Dengan ini, segala masalah dapat ditangani bersama-sama, tidak kira kaum atau bangsa.

You might also like