Model Assure Addie

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pembangunan Perisian Kursus Pendidikan

1.2.1 Definisi

Perisian kursus pendidikan ialah bahan atau modul pembelajan yang dihasilkan menggunakan program komputer tertentu. Pada masa kini ia telah dihasilkan dalam bentuk cd dan dvd agar mudah digunakan oleh guru dan pelajar.

Contoh Kandungan yang terdapat dalam perisian pendidikan yang dihasilkan oleh BTP adalah seperti berikut :

Matapelajaran : Sains Judul : Daya Dan Gerakan Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah (Tahun Enam) Sinopsis : Perisian ini memuatkan kandungan mata pelajaran sains sekolah rendah, tahun enam tentang tema menyiasat alam fizikal. Isi kandungannya mencakupi konsep daya, kesan daya, daya geseran, dan kelajuan. Unsur-unsur kemahiran proses sains serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga diserapkan dalam perisian ini. Perisian kursus multimedia interaktif mula dibangunkan pada tahun 1977 oleh BTP. Semua perisian yang dibangunkan adalah bersifat recourse based berdasarkan kurikulum dan bertujuan membantu pelajar dalam aspek pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, Pendidikan Agama Islam, dan Kajian Tempatan. Pada tahun 2000, penerbitan 100 judul CDRI meliputi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Sains Kemasyarakatan. Bagi kategori Perisian Pendidikan, PRODUK YANG DIHASILKAN ialah : Perisian Kursus Pendidikan (CDRI) 2. Cakera Padat Video Pendidikan (VCD) 3. Cakera Padat Audio Pendidikan (CD Audio) 4. Bahan Bercetak : 1. Buku Sumber Maklumat Perisian Kursus Pendidikan 2. Buku Panduan Guru 3. Direktori Perisian Kursus Pendidikan
1.

1.2.2 Proses reka bentuk pengajaran (Instructional Technology) Apakah Reka bentuk Pengajan (RP)? Menurut Dick dan Reiser (1989), RP ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

Richey (1986) pula medefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.

Keseluruhannya model Rekabentuk Pengajaran mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu :

a) menentukan keperluan pelajar

b) menentukan matlamat dan objektif

c) membina prosedur penilaian

d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

e) mencuba sistem pengajaran

f) menilai keseluruhan sistem

Model ASSURE

Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada P&P di bilik darjah dan ditujukan khas kepada setiap pengajar.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :

A - Analisis pelajar (analyse learner)

S - Nyatakan objektif ( state objective)

S - Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media and materials)

U - Gunakan media dan bahan ( utilise media dan materials)

R - Galakkan penglibatan murid ( required learner participation)

E - Penilaian dan semak ( evaluatioan and revise)

Model ADDIE

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:

Analisis Rekabentuk Pembangunan Pelaksanaan Penilaian


Rajah : Model ADDIE Sumber : Sistem Multimedia (2007), Venton Publishing
Analisis Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu : Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud? Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran? Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Reka bentuk Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah : Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentuk Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Membangunkan papan cerita Mereka bentuk antara muka Membangunkan prototaip

Menggunakan reka bentuk visual

Pembangunan Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

Pelaksanaan Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan. Penilaian Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian. Definisi Multimedia

Menurut Rosenberg (1993) multimedia adalah gabungan imej statik, bunyi, grafik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan teknologi komputer.

You might also like