Minit Mesyuarat Bola Sepak MSSD Kinta Selatan 2011

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Bolasepak Bawah 15&18 MSSD Kinta Selatan 2011 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 01/03/2011

: 2.30 ptg : Bilik Gerakkan SMK Tronoh : 1. Pn Hajjah Juriah Bt. Ismail,Pengetua SMK Tronoh 2. En. Rajendran A/L Subramaniam, PKKOKO SMK Tronoh 3. En. Mohd Azlan Bin Mat Isa, PTPTS Bola Sepak Daerah Kinta Selatan 4. En. Hanan Bin Mohamed Nor, S/U Pertandingan Bolasepak MSSD Kinta Selatan 2011 5. En. Pugelenthi A/ L Arvmasalam, SMK Sultan Yusuf Batu Gajah 6. En. T. Linggam , SMK Seri Teja, Gopeng 7. En. Syed Mohd Saufi, SMK TIWA Batu Gajah 8. En. Shamsul Anuar B. Mustafa Kamal, SMKDBCM Tg. Tualang 9. En. Nik Ahmad Kamal Ariffin, SMK Malim Nawar 10. En. Mansor Ali Bin Ahmad Roji,SMK Seri Kampar 11. En. Mansor Salim, SMK Idris Shah Gopeng 12. En. Mohd Nazir Khan Zainal Abidin, SMK Sentosa,Kampar 13. En. Mohd Hafizi Bin Abd. Aziz, SMK Methodist (ACS) Kampar 14. En. Muhammad Zahir Bin Mahmud,SMK Sentosa,Kampar 15. En. Amirul Adili Bin M. Zayadi, SBPI Gopeng.

Agenda : 1. Ucapan alu aluan daripada Pengetua SMK Malim Nawar,Pn. Hajjah Juriah Bt. Ismail. 2. Ucapan Pengerusi Teknik, En. Mohd Azlan Bin Mat Isa -

Menerangkan peraturan-peraturan pertandingan Pertandingan akan dijalankan pada 22/03/2011 hingga 24/03/2011 di 2 tempat iaitu di padang SMK Tronoh dan di padang SMK seri Teja. Pertandingan akan dimulakan pada jam 8.00 pagi di setiap veneu yang ditetapkan. Bilangan penyertaan bagi tahun ini ialah 12 pasukan bagi bawah 15 dan 13 pasukan bawah 18 tahun. Bilangan pemain setiap pasukan 18 orang 7 simpanan. Pertukaran pemain seramai 7 orang boleh dilakukan oleh setiap pasukan yang bertanding. Bilangan pelajar tingkatan 6 bagi satu pasukan hanya 2 orang sahaja dan mesti disertakan dengan surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam. Setiap pasukan akan meyediakan sebiji bola untuk pertandingan dan 2 set jersi.

Pendaftaran peserta hendaklah mengikut No. Jersi yang dipakai sehingga tamat pertandingan Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan bersamasama dengan salinan kad pengenalan pemain-pemain

3. Perbelanjaan seperti dilampiran 1 4.Pengagihan pasukan mengikut zon seperti dilampiran 2 5. hal-hal lain - Meminta semua pengurus dan pengiring pasukan mengawal disiplin pelajar dan Kebersihan persekitaran sepanjang pertandingan. 6. Pn. Pengetua SMK Tronoh mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang hadir dan memberi kerjasama bagi menjayakan Pertandingan Bolasepak MSSD kinta selatan 2011.

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.30 ptg

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

BOLASEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN BAWAH UMUR 18 / 15 TAHUN 2011
1. Nama Kejohanan

: Pertandingan Bolasepak Bawah Umur 18 / 15 MSS Perak Daerah Kinta Selatan Tahun 2011 : 22 Mac 24 Mac 2011 1. Bawah Umur 18 Tahun 22/03/11 (Selasa) 2. Bawah Umur 15 Tahun 23/03/11 (Rabu) 3. Separuh Akhir / Akhir / Tempat Ketiga 24/03/11 (Khamis) ( Semua pertandingan akan bermula jam 8.00 pagi) : 1. SMK Tronoh (Pusingan Awal / Separuh Akhir / Akhir / Tempat Ketiga ) 2. SMK Seri Teja (Pusingan Awal)

2. Tarikh dan Masa

3. Tempat

4. Yuran Penyertaan 4.1 Yuran penyertaan RM210.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sepuluh ringgit shj) untuk setiap pasukan. 4.2 Semua cek yuran penyertaan mesti sampai kepada Pengetua SMK tronoh selewatlewatnya pada 11/03/2011(selasa) 4.3 Semua cek ditulis atas nama : PIBG SMK Tronoh 5. Peraturan Am 5.1 Selain peraturan-peraturan yang terkandung pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik MSS Perak, Peraturan-peraturan Am MSS Perak dan MSSM serta Undang-undang FIFA.

6. Pendaftaran Pemain: 6.1 Semua pasukan mesti mendaftarkan pemain dalam borang pendaftaran yang disediakan a. Nama Pemain b. No. Kad Pengenalan c. Umur pada 01/01/2011 ( 1hb Januari) d. Nombor jersi ( 1 hingga 18 tidak boleh ditukar sehingga tamat pertandingan) 6.2 Pendaftaran pemain seramai 18 orang pemain dalam satu pasukan.

6.3 Borang pendaftaran dan salinan kad pengenalan ( kertas A4) mesti dihantar kepada pihak Penganjur pada hari pertandingan. 6.4 Borang pendaftaran mesti disahkan oleh pengetua atau pentadbir sekolah. 6.5 Semua pasukan diminta mengisytiharkan warna jersi, seluar, stoking dan warna jersi penjaga gol yang dipakai semasa menjadi tuan rumah (di dalam pertandingan ini nama pasukan yang disebut dahulu adalah tuan rumah dan yang kedua adalah pasukan pelawat). Jika terdapat persamaan warna jersi setelah disahkan oleh Pengadil perlawanan pasukan pelawat hendaklah menukar jersi. Walau bagaimanapun pasukan diminta membawa dua set jersi yang berlainan warna semasa perlawanan. 7. Undang-Undang Permainan: 7.1 Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini yang berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa dan diterbitkan oleh FIFA. 7.2 Sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap pasukan hendaklah mengemukakan nama sebelas (11) pemain dan tujuh (7) pemain sstart list yang disediakan oleh urus setia. 7.3 Hanya 7 pertukaran pemain dari 7 orang pemain simpanan dibenarkan semasa perlawanan. 7.4 Pertukaran pemain mesti menggunakan borang pertukaran yang disediakan 7.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya ketua pasukan diganti, maka lilitan lengan tersebut hendaklah diberi kepada ketua pasukan yang dilantik. 8. Sistem Pertandingan 8.1 Pertandingan dijalankan secara pesta dan jumlah kumpulan akan diputuskan dalam mesyuarat pengurusan. 8.2 Pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara round robin 8.3 Dua pasukan dalam kumpulan akan masuk ke peringkat separuh akhir 8.4 Tempat ketiga dan keempat akan dipertandingkan 8.5 Tempat pertama dan kedua dalam kumpulan akan ditentukan secara berikut : a. jumlah mata ( menang (3) Tiga Mata, seri (1) Satu Mata) b. perbezaan jaringan gol c. jumlah jaringan gol tertinggi d. Tendangan penalti ( 5 kali ) e. Tos - coin 9. Masa Perlawanan 9.1 Masa perlawanan akan dimainkan selama 45 minit terbahagi kepada dua bahagian dimana setiap bahagian adalah 20 minit seperti yang diperuntukkan dalam

undang minit dari

-undang permainan. Masa rehat yang dibenarkan semasa perlawanan 5 wisel ke wisel.

10. Bantahan 10.1 Hanya bantahan berkaitan kelayakkan pemain boleh dilakukan seperti berikut:a. Menghantar surat bantahan kepada setiausaha pertandingan melalui pengerusi pertandingan tiga puluh (30) minit selepas pertandingan. b. Wang tunai RM300.00 sebagai deposit bantahan dan akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya. 11. Juri Bantahan 11.1 Juri Bantahan terdiri daripada:a. Pengetua SMK Tronoh b. Pengerusi Teknik Bolasepak Kinta Selatan c. Setiausaha Jawatankuasa d. Pengetua SMK TIWA atau wakilnya e. Pengetua SMK Sultan Yusuf Batu Gajah atau wakilnya 12. Perlawanan yang ditunda atau dihentikan/menarik diri/memberi kemenangan Percuma 12.1 Sekiranya Perlawanan sudah dimulakan dan dihentikan disebabkan hujan maka masa perlawanan tidak akan dihentikan sehingga tamat masa yang sebenarnya dan jaringan gol yang dilakukan sebelum permainan dihentikan akan dikira pasukan yang menang.Jika permainan tidak dapat dijalankan disebabkan hujan atau permainan dijalankan dalam beberapa minit,permainan telah dihentikan tanpa sebarang jaringan gol,maka lima sepakan penalti akan diambil oleh kedua-dua pasukan bagi menentukan pasukan yang menang. 12.2 Sekiranya Pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada pasukan yang lain dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 3 -0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan, jika ianya lebih. 12.3 Denda 12.4 Sekiranya pasukan menarik diri daripada perlawanan, pasukan tersebut akan dikenakan tindakan seperti berikut: a. Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan kecuali dalam hal bencana alam dan sebab-sebabnya kemudian diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan atau jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan padang sebelum tamatnya perlawanan, maka pasukan yang engkar itu dianggap telah kalah dan kemenangan diberikan kepada lawannya dengan jaringan gol 2-0 atau lebih kiranya itulah jaringan gol pada saat meninggalkan

padang. Pasukan tersebut boleh disekat daripada terus mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. 12.5 Dalam apa jua keadaan sesekali pun memberi kemenangan percuma tidak dibenarkan. Jika terdapat mana-mana pasukan melakukan kesalahan ini maka tindakan yang sama dalam para 10.2, 10.3 dan 10.4(a) akan digunakan. 12.6 Mana-mana pasukan yang gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa Pertandingan, maka pasukan tersebut dikira terkeluar daripada pertandingan dan keputusan perlawanan - perlawanan yang terdahulu dikira batal dan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan. 12.7 Sekiranya kurang daripada 10 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka pasukan yang mempunyai 10 pemain atau lebih di padang hendaklah diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol 3-0. Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 10 orang pemain atau lebih apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk tindakkan seterusnya. 12.8 Pasukan yang lewat 20 minit dari masa dalam jadual pertandingan akan dikira walk Over,namun kelewatan pasukan boleh dipertimbangkan dengan persetujuan JawatanKuasa Pertandingan dan kedua-dua pasukan yang bertanding (Budibicara) 13 Keselamatan 13.1 Pihak Pengelola bertanggungjawab atas penyediaan dan kelengkapan peralatan untuk pemain-pemain semasa permainan seperti di dalam jadual. 13.2 Pihak Pengelola tidak bertanggungjawab atas kehilangan peralatan, barang, wang tunai atau lain-lain peralatan kepunyaan pasukan semasa latihan dan semasa perlawanan. 13.3 Pengurus pasukan dan jurulatih bertanggungjawab terhadap disiplin pasukan berkenaan. 13.4 Jika ada penyokong yang diiringi pengurus / jurulatih,pengurus / jurulatih bertanggungjawab terhadap disiplin penyokong. Penyokong yang datang perlu mendapat kebenaran dari pengetua. 14 Hadiah 14.1 Hadiah disediakan seperti berikut:EMAS PERAK GANGSA GANGSA 1 2 3 4 Hadiah yang disediakan adalah berupa medal untuk 20 orang 15 Bola 15.1 Setiap pasukan mesti menyediakan sebiji bola baru untuk pertandingan 15.2 Bola akan dijaga dan disimpan oleh pihak penganjur 15.3 Bola yang hilang adalah tanggungjawab bersama

16. Minuman 16.1 Minuman pemain adalah tanggungjawab setiap pasukan 16.2 Pihak penganjur akan menyediakan satu beg air batu untuk setiap pasukan.(Sila ambil dari Pihak penganjur apabila dimaklumkan semasa pertandingan nanti) 17.0 Hal-hal yang tidak diperuntukkan 17.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusan ini adalah muktamad.

You might also like