02-Perbezaan Fungsi Sikap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOALAN 1 : Mendefinisikan serta membandingkan setiap fungsi yang ditampilkan.

i) Fungsi Manfaat (Utilitarian Function) Merujuk kepada kenyataan bahawa sikap pengguna terhadap sesuatu produk adalah disebabkan oleh ganjaran atau faedah yang ditawarkan oleh produk tersebut. Produk dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Pemasar perlu melaksanakan pelbagai fungsi manfaat yang baik terhadap produk dan produk tadi boleh dianggap berjasa kepada individu tersebut serta dapat membentuk sikap positif dalam diri seseorang individu. Contoh produk yang mempunyai fungsi manfaat ialah mesin basuh automatik, komputer riba Dell, PlayStationPortable (PSP), produk makanan kesihatan.

ii) Fungsi Pertahanan Ego (Ego-defensive Function) Merupakan sikap yang menyelamatkan seseorang individu itu daripada perasaan kerisauan yang melampau atau daripada sebarang gangguan ke atas penghargaan kendiri manusia. Digunakan untuk mempertahankan status atau kedudukan pengguna yang sedia ada daripada ancaman dalaman dan luaran. Kebiasaannya produk atau jenama yang dibeli oleh pengguna mementingkan imej dan status diri dalam sesebuah masyarakat. Lazimnya, pengguna yang menggunakan fungsi pertahanan ego ini beranggapan bahawa mereka akan merasa diterima. Contoh produk atau perkhidmatan yang mempunyai fungsi pertahanan ego ialah kereta BMW, jam tangan Rolex, percutian mewah ke Dubai, pakaian butik First Lady.

iii) Fungsi Penampilan Nilai (Value-expressive Function) Merupakan sikap yang mengekspresikan nilai manusia atau menggambarkan konsep kendiri manusia dan merupakan tindakbalas pengguna terhadap nilai dan gaya hidup sendiri. Sesetengah produk dibeli oleh pengguna untuk menampilkan sesuatu nilai atau gaya hidup tertentu. Contoh produk yang mempunyai fungsi penampilan nilai ialah produk makanan halal, rumah teres, pakaian Cheongsam, pakaian muslimah.

iv) Fungsi Pengetahuan (Knowledge Function)

Pemasar biasanya menawarkan produk yang memberikan pengetahuan tertentu kepada pengguna.

Kebiasaannya manusia sememangnya mempunyai sikap kecenderungan untuk mengetahui pelbagai jenis maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan.

Ia membantu manusia untuk memahami dunia sekitarnya. Seseorang individu cuba menguruskan pelbagai maklumat yang diterima untuk proses asimilasi ke dalam kehidupannya setiap hari agar boleh memproses dan meyusun maklumat dengan cekap.

Contoh produk yang mempunyai fungsi pengetahuan ialah kamus dewan, majalah mingguan wanita, buku elektronik Islamik (e-book e-Alim), telefon bimbit.

You might also like