Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

COMMUNITY NURSING II

Soalan 1 (a)
Senaraikan empat komponen yang terdapat didalam Program Kesihatan Sekolah. Jawapan :  Perkhidmatan Kesihatan Sekolah  Pendidikan Kesihatan  Keadaan Hidup Sihat di Sekolah  Kerjasama antara Sekolah dan masyarakat untuk Kesihatan.

Soalan 1 (b)
Nyatakan tiga(3) aktiviti yang dilakukan ke atas Murid Tahun 1 semasa menjalankan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Jawapan : a) Ukuran antropometri - mengambil ukuran berat dan tinggi kanakkanak bagi mengetahui status tumbesaran kanak-kanak tersebut dan mengesan masalah nutrisi jika ada.

b) Pemeriksaan Fizikal - Melakukan pemeriksaan fizikal terhadap kanakkanak bagi mengesan sebarang kecacatan kongenital dan keabnormalan. - Pemeriksaan dilakukan bermula dari kepala hingga ke kaki secara sistemik. - Perhatikan juga jika kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dari segi pertuturan dan pendengaran agar dapat dirujuk dengan segera. c) Pemberian Imunisasi - Pemberian imunisasi mengikut jadual bagi menurunkan insiden penyakit berjangkit dan pastikan konsen telah diambil daripada ibu bapa sebelum pemberian imunisasi tersebut.

Soalan 1 (c)
Senaraikan jadual imunisasi dan penyakit yang dapat dicegah melalui pemberian imunisasi mengikut peringkat persekolahan berikut : i. Tahun 1 (4M) ii. Tingkatan 3 (1M) Jawapan :
i.

ii.

Tahun 1 Vaksin DT : Penyakit Difteria dan Tetanus Vaksin Oral Polio : Penyakit Poliomyelitis Vaksin MMR : Penyakit Campak,Mumps dan Rubella Vaksin BCG : Penyakit Tuberculosis

Tingkatan 3 - Vaksin Tetanus Toxoid : Penyakit Tetanus

Soalan 2(a)
Nyatakan lima(5) perkhidmatan yang disediakan Dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. (5M) Jawapan :  -Perkhidmatan pemakanan  -Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak  -Perkhidmatan perancang keluarga  -Perkhidmatan kawalan kebersihan alam sekitar  -Komponen besar dalam program kesihtan keluarga

Soalan 2 (b)
Sebagai seorang jururawat, anda terdedah kepada beberapa jenis occupational hazard semasa bertugas. Nyatakan lima(5) occupational hazard yang terdapat di tempat kerja seorang jururawat. (5M) Jawapan : i. Fizikal - Jururawat terdedah kepada bahaya seperti elektrik jika mengendalikan mesin tertentu seperti ventilator mechine.
ii.

Ergonomik Jururawat mudah mendapat penyakit seperti varicose vein disebabkan kerap berdiri terlalu lama dan mudah mendapat sakit belakang jika tidak mengamalkan body mechanic yang betul semasa melakukan perawatan.

iii. Biologikal

Jururawat terdedah kepada jangkitan seperti Hepatitis, Tuberculosis dan sebagainya semasa menjalankan perawatan ke atas pesakit yang telah dijangkiti oleh mikroorganisma tersebut. iv. Psikososial - Jururawat sering mendapat tekanan disebabkan kerja syif dan terlalu sibuk semasa berada di wad. v. Chemical - Jururawat juga terdedah kepada ubat-ubatan yang merbahaya seperti ubat kemoterapi yang menyebabkan jururawat terdedah kepada radiasi.

Soalan 3(a)
Lawatan ke rumah merupakan satu daripada aktiviti perkhidmatan kesihatan keluarga. Nyatakan tiga(3) jenis lawatan ke rumah. (3M) Jawapan :  Primary Visit (Lawatan Pertama) - Lawatan ke rumah untuk menilai status kesihatan terhadap ibu mengandung, ibu dan anak yang masih berada dalam pantang oleh kakitangan KKM

 Revisits (Lawatan Ulangan) - Lawatan ke rumah yang seterusnya dan secara ulangan yang dilakukan berikutan selepas lawatan pertama.  Priority Visits (Lawatan Khas) - Lawatan ke rumah dibuat mengikut temujanji semasa sesi klinik ibu-ibu mengandung atau klinik kanak-kanak. - Lawatan yang dibuat juga berikutan dari permintaan keluarga atau arahan daripada doktor.

Soalan 3 (b)
Nyatakan persediaan yang perlu dilakukan oleh jururawat sebelum menjalankan lawatan ke rumah. (4M) Jawapan :
 Mengumpul Data

- Jururawat perlulah mengumpul data klien sebanyak yang mungkin bagi memudahkan jururawat itu sendiri dan lawatan ke rumah berjalan dengan lebih lancar. - Data berkenaan diperolehi melalui temubual dengan klien, pemerhatian semasa lawatan ke klinik dan catatan rekod serta maklumat dari badan-badan tertentu seperti Badan Kebajikan.

 Menetapkan Objektif Lawatan ke Rumah

- menetapkan objektif lawatan ke rumah agar memudahkan jururawat untuk merancang aktiviti yang akan dilakukan semasa berada di rumah klien bagi membantu menyelesaikan masalah.
 Merancang aktiviti/intervensi

- Merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan semasa berada di rumah klien seperti melakukan pemeriksaan fizikal, memberi pendidikan kesihatan dan sebagainya.
 Persediaan untuk lawatan

- Meyediakan segala keperluan dan peralatan yang di perlukan bagi menjayakan aktiviti yang akan dilakukan dan memastikan pengangkutan untuk ke rumah klien telah disediakan.

Soalan 3 (c)
Terangkan dengan ringkas tanggungjawab jururawat selepas melakukan lawatan ke rumah. (3M) Jawapan :
i.

Penilaian semula Menilai semula lawatan ke rumah yang telah dibuat dari segi pencapaian objektif lawatan, kekuatan dan kelemahan lawatan serta respon klien dan keluarga terhadap lawatan yang dilakukan.

ii. Rekod dan dokumentasi

- melakukan dokumentasi di dalam buku-buku rekod yang berkenaan mengenai perkhidmatan yang telah diberikan sebagai rujukan dan bukti

Soalan 4 (a)
Nyatakan lima(5) perubahan fisiologikal yang mungkin dialami oleh warga emas dalam proses penuaan. (5M) Jawapan :
 Sistem Kardiovaskular - Warga emas mudah mendapat penyakit seperti hypertension, congestive cardiac failure, myocardial infarction dan sebagainya disebabkan fisilogikal jantung yang semakin lemah.  Sistem alimentari - warga emas juga terdedah kepada penyakit seperti peptic ulcer, kanser kolon, achyclorida, sembelit dan lain-lain lagi disebabkan fungsi organ-organ dalam sistem alimentari semakin merosot.

 Sistem Pernafasan

- Sistem pernafasan warga emas juga akan terganggu disebabkan proses penuaan yang dialami seperti paru-paru menjadi kurang elastik, otot-otot pernafasan semakin lemah dan saiz alveoli yang semakin kecil.
 Sistem Musculoskeletal

- Warga emas lebih kerap menghidap osteoporesis, osteomyelitism, gout dan penyakit-penyakit tulang dan sendi yang lain disebabkan hilangnya kalsium dari tulang dan kurang keupayaan dalam menghasilkan matriks tulang.
 Sistem Genitourinari

- Warga emas sering mengalami stress inkontinens, kekerapan membuang air kecil dan nokturia disebabkan fungsi ginjal yang semakin menurun dan kawalan otot-otot pada sistem ini juga semakin merosot.

Soalan 4 (b)
Terangkan lima(5) langkah yang boleh diambil oleh jururawat bagi mengelakkan warga emas jatuh semasa berada di wad. (5M) Jawapan :
 Pagar

- Jururawat hendaklah pastikan pagar sentiasa di pasang pada katil pesakit untuk mengelakkan warga emas terjatuh semasa berada di katil.
 Persekitaran

- Pastikan lantai sentiasa kering dan tidak licin untuk mengelakkan warga emas tergelincir serta pastikan juga wad mempunyai sumber pencahayaan yang cukup terang

 Bantu ADL

- Bantu warga emas dalam memenuhi keperluan seharian seperti mandi dan eliminasi untuk mengurangkan pergerakan serta mengurangkan risiko terjatuh.
 Libatkan Ahli keluarga

- Galakkan ahli keluarga untuk sentiasa menemani warga emas semasa berada di wad.

Soalan 5 (a)
Anda ditugaskan di Unit Pasukan Kesihatan Sekolah. Pada minggu hadapan, anda merancang untuk melaksanakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi murid-murid darjah satu di salah sebuah sekolah di kawasan operasi anda. Nyatakan tiga(3) objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. (3M) Jawapan :
 Membina kesedaran dan fahaman pada kanak-kanak sekolah terhadap taraf kesihatan diri sendiri.  Menentukan murid adalah dalam keadaan kesihatan yang paling baik untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan sekolah  Mengawal penyakit berjangkit.

Soalan 5 (b)
Terangkan dengan ringkas persediaan yang anda perlu lakukan sebelum melaksanakan perkhidmatan kesihatan sekolah. (5M) Jawapan :
i.

Mengenal pasti bilangan murid yang akan dilaksanakan dan lokasi sekolah yang bakal dikunjungi. Menyimpan semua buku-buku rekod maklumat yang telah diperolehi dari sekolah untuk dibawa bersama semasa melakukan perkhidmatan tersebut.

ii.

iii. Menyediakan segala keperluan untuk menjayakan program perkhidmatan tersebut pemberian seperti vaksin, ubat-ubatan dan peralatan lain. iv. Memastikan borang kebenaran(konsen), borang rujukan, buku rekod kesihatan juga telah disediakan. v.

Menyediakan raga perkakas perkhidmatan kesihatan sekolah.

vi. Memastikan tarikh lawatan doktor pakar ke hospital yang berhampiran. vii. Mengatur jumlah staf yang terlibat serta tanggungjawab masing-masing semasa program tersebut.

viii. Mengatur dan membuat temujanji dengan pemandu

kenderaan dan pastikan kenderaan berfungsi dengan baik dan mempunyai minyak yang mencukupi. ix. Berbincang dengan Guru Besar atau HEM berkenaan dengan penyediaan bilik yang sesuai, peralatan seperti meja dan kerusi, catitan butir-butir dalam buku kesihatan sekolah, memastikan semua murid telah mendapat kebenaran daripada ibubapa mereka dan borang kenbenaran telah ditandatangani. x. Menerangkan kepentingan kehadiran guru bersama murid sepanjang masa membuat perkhidmatan kesihatan sekolah kepada pihak sekolah. xi. Menghantar surat peringatan pada sekolah satu minggu sebelum melawat sekolah.

Soalan 5 (c)
Nyatakan enam(6) aktiviti yang akan dijalankan semasa melaksanakan perkhidmatan kesihatan sekolah. (6M) Jawapan :
a) Penilaian Kesihatan - Mengkaji kad kesihatan sekolah untuk memasyikan semua maklumat yang diperlukan adalah di rekod seperti sejarah peribadi, sosial, perubatan, rekod imunisasi. b) Perkhidmatan Rujukan dan tindak susul - Melakukan lawatan sekolah semula ke sekolah untuk mendapatkan maklumbalas daripada guru berkenaan progres murid.

c) Lawatan ke rumah -

Melakukan lawatan ke rumah bagi kes prioriti dan kes rujukan.

d) Pertolongan Cemas -

Memastikan setiap sekolah mempunyai kotak rawatan kecemasan yang lengkap dan mempunyai guru yang terlatih dalam pertolongan cemas serta memberikan penjagaan kecemasan.

e) Perkhidmatan Kesihatan untuk Kanak-kanak Luarbiasa

Menyediakan perkhidmatan bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan tertentu dan kanak-kanak tersebut perlula di rujuk kepada badan-badan yang terlibat.

Soalan 5 (d)
Semasa perkhidmatan kesihatan sekolah,anda mendapati ramai murid tersebut menunjukkan infestasi cacing. Terangkan dengan ringkas langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah infestasi caing di kalangan murid-murid tersebut. (6m) Jawapan : #Nasihat 1)Umum -gunakan tandas yang sempurna seperti sistem perkumbahan yang sempurna dan baik. -kebersihan alam sekitar contohnya bebas dari najis binatang. -Pakai selipar/kasut semasa berada diluar halaman atau luar rumah.

-Cuci semua bahan makanan dengan air mengalir dan bersih. -Cuci tangan selepas menggunakan tandas. 2)Spesifik -Rawatan zeentel 10 mg diberi 6 bulan sekali.

You might also like