Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Oleh, En Oong Bon Hok Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah Diharap koleksi soalan tahun lepas BM ini

dapat digunakan oleh para guru dan pelajar sebagai rujukan. Pelajar-pelajar dapat menggunakan koleksi soalan ini dalam mengkaji bentuk-bentuk soalan yang kerap disoal dalam PMR. Selamat menghadapi peperiksaan PMR 2009.

PMR 2001

1. Di tempat tinggal anda, kemudahan awams sering dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda sebagai wakil penduduk kawasan itu dikehendaki menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengamabil tindakan terhadap perkara itu. Tuliskan surat anda itu selengkapnya.

2. Anda tealah mewakili sekolah anda ke Program Bina Semangat dan Motivasi yang dianjurkan oleh pejabat pendidikan daerah anda. Pelbagai pengalaman yang menarik telah anda tempuhi. Ceritakan pengalaman anda itu.

3.Teknologi maklumat telah berkembang pesat di negara kita sejak beberapa tahun kebelangkangan ini. Sebagai pelajar, bagaimana perkara ini dapat dimanfaatkan ?

4. Anda telah berpeluang menemukan seorang tokoh sukan untuk mengetahui penglibatan, kejayaan dan perancangan beliau dalam sukan yang diceburinya. Tuliskan temu ramah itu selengkapnya.

5 Pemuliharaan alam sekitar di negara kita menjadikan tanggungjawab pihak berkuasa. Bincangkan pernyataan di atas.

PMR 2002

1.Pasukan rumah sukan anda telah berjaya menjadi jiohan dalam temasya suakan tahunan sekolah. Tuliskan langkah-langkah yang telah dibuat oleh pasukan rumah sukan anda sehingga berjaya dalam pertandingan tersebut.

2. Sejak akhir-akhir ini permaianan tradisional kian dilupakan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu diambil bagi mempopularkan permainan ini semula ?

3. Baru-baru ini anda telah terbaca berita di sebuah akhbar tempatan tenatng kejayaan seorang rakan anda yang memenangi pertandingan menulis cerpen peringkat negeri. Tuliskan sepucuk surat mengucapkan tahniah kepada kawan anda itu.

4. Pihak sekolah anda akan mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan seorang guru yang akan bersara. Dalam majlis tersebut, anda diminta menyampaikan ucapan. Sediakan teks ucapan anda itu.

5. Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagu , sering kali disebut dalam masyarakat kita. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu. PMR 2003

1. Setiap orang mempunyai impian dalam hidupnya. Nyatakan impian anda itu dan usaha-usaha yang akan anda lakukan untuk mencapainya.

2. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.

3. Sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia , anda diberi peluang untuk melancong dalam negara. Nyatakan tempat pilihan anda dan jelaskan beberapa keistiewaan tempat tersebut.

4. Sebagai setiausaha sebuag persatuan di sekolah, anda diminta untuk menyiapkan laporan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun. Sediakan laporan itu selengkapnya.

5. Sekolah anda akan menganjurkan Minggu Keselamatan Jalan Raya. Pada hari perasmian, anda diminta untuk menyampaikan syarahan yangbertajuk, Keselamatan di Jalan Raya Tanggungjawab bersama. Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

PMR 2004 1. Hari-hari perayaan di Malaysia biasa diraikan dengan meriah. Gambarkan kemeriahan satu daripada sambutan perayaan tersebut.

2. Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bincangkan faedah-faedah yang diperolehi melalui amalan menabung ini.

3. Hidup tolong-menolong dapat digambarkan dalam peribahasa, seperti aur dengan tebing . Tuliskan sebuah cerita berdasarakan peribahasa tersebut.

4. Anda telah berbual dengan rakan anda tentang kegiatan yang berfaedah yang dilakukan selepas peperiksaan PMR. Sediakan dialog tersebut dengan selengkapnya.

5. Pusat sumber sekolah anda kurang dikunjungi oleh pelajar walaupun mempunyai pelbagai kemudahan. Tuliskan sepucuk surat kepada pengetua untuk mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah itu.

PMR 2005

1. Pada musim buah-buahan yang lalu, satu pameran Makan Buah-Buahan Tempatan telah diadakan. Ceritakan kebaikan pemeran tersebut.

Kelab Komputer SMK Seri Mulia

Pengerusi Setiausaha Bendahari 2.

: Mohamad Radzuan Zaini : Ain Najihah Ahmad : Nur Shahiral Ramlan

Sebagai setiausaha kelab tersebut, anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Tuliskan laporan selengkap

3. Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar ke pohon kelapa;

Hidup di dunia buatlah budi, Kepada saudara ibu dan bapa.

Tuliskan sebuah karangan berdasarkan maksud pantun di atas.

4. Masyarakat mempunyai peranan penting menangani pelbagai gejala negatif dalam kalangan masyarakat. Berikan pendapat anda.

5. Anda akan menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut sukan Menyatupadukan Rakyat . Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

PMR 2006 1. Anda telah berpeluang mengikuti Program Kecemerlangan PMR anjuran pihak sekolah. Huraikan faedah-faedah yang anda perolehi daripada program tersebut.

2. Berikut ialah petikan surat yang anda terima daripada seorang rakan. Tahniah saya ucapkan kerana awak telah memenangi beberapa pingat emas dalam kejohanan sukan tahunan sekolah. Saya berminat untuk mengetahui usaha-usaha yang telah awak lakukan sehingga mencapai kejayaan tersebut .

Berdasarkan petikan di atas balas surat rakan anda itu.

3. Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang diadakan pada peringkat sekolah. Tajuk syarahan yang dipilih ialah Pembentukan Disiplin Anak-Anak Bermula dari Rumah . Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

4. Kamal tersedar daripada pengsan. Perlahan-lahan Kamal membuka mata. Terlihat ibunya sedang duduk di sisi sambil memegang tangannya. Mata ibunya berkaca. Kamal tidak dapat menahan sebak di dada lantas memeluk ibunya sambil menangis. Dalam hatinya, dia berjanji bahawa pisang tidak akan berbuah dua kali . Tulis sebuah cerita berakhir dengan perenggan di atas.

5. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT) mempercepatkan kemajuan negara. Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut? Berikan hujah-hujah anda.

PMR 2007 1. Anda telah menyertai suatu perkhemahan unit beruniform pada hujung minggu. Dalam perkhemahan itu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kelemahan-kelamahan tersebut.

2. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan

3. Program Keceriaan Kawasan akan dilaksanakan di kawsan tempat anda. Selaku wakil penduduk , anda diminta supaya menulis sepucuk surat kepada wakil rakyat bagi memaklumkan tujuan program dan memohon bantuan untuk menjayakan program tersebut.

4. Sistem pengangkutan yang baik membantu pembangunan negara. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

5. Peribahasa, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, membawa makud kita mesti menurut perintah dan mematuhi di seseuta temapat yang kita diami. Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

PMR 2008

1. Anda akan menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah Akademik dan Kokurikulum Penting untuk Melahirkan Pelajar Cemerlang . Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

2. Ibu bapa mempunyai peranan penting memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Berikan pendapat anda.

Amalan Berbudi Bahasa Banyak Faedahnya. 3.

Jelaskan faedah-faedah yang diperolehi daripada amalan tersebut.

4. Kempen memerangi nyamuk aedes telah diadakan di tempat tinggal anda. Tuliskan pengalaman anda semasa menyertai kempen tersebut.

5.Peribahasa Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna sering digunakan untuk menasihati rakan supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.

Soalan Karangan Bergambar ( 20 Markah) PMR 2005 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kitar semula. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

PMR 2006

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan bergotong-royong. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mengerat perpaduan / / / Persekitaran ____ KEBAIKAN BERGOTONG- ______Mudah dan membersih ROYONG percepatkan kerja / / / Memperkukuh semangat kejiranan PMR 2007 Gambar di bawah menunukkan sebahagian daripada aktiviti yang diadakan sempena pesta flora. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti sempena pesta flora. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

PMR 2008

Kesan Banjir

/ / / Kemusnahan harta benda

I I I Kerosakan sistem perhubungan

I I I Kehilangan punca pendapatan

\ \ \ Gangguan aktiviti harian

You might also like