Is 4 Ecs 3032

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah


INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SESSION : CODE/COURSE : LECTURER : TOPIC : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR JUL - DIS 2011 ECS 3032 EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN 2.0 2.3 SUB-TOPIC : TENDER Tender Terms and Conditions 2.3.1 2.3.2 LEARNING OUTCOME : Instructions To Tenderer Conditions of Tendering SEMESTER : SHEET NO : WEEK : 3A & 3B IS 4 4

After completing the unit, students should be able to : 2.3.1 2.3.2 describe the instruction to tenderer explain the conditions of tendering

2.3.1

ARAHAN KEPADA PENENDER (INSTRUCTIONS TO TENDERER) Arahan kepada penender ialah arahan-arahan bertulis daripada pihak

klien/majikan kepada kontraktor, mengenai panduan dan maklumat latar belakang kewangan serta prestasi penender, biasanya terdapat dalam Dokumen Tender dan Dokumen Meja Tender. Arahan kepada penender yang lazim dikeluarkan oleh pihak klien antaranya, meminta pihak kontraktor :
a. Membeli dokumen tender mengikut jumlah bayaran yang ditetapkan. b. Memastikan memasuki tender jika borang tender diambil, kerana

tindakan akan diambil jika tidak menyertai tawaran tersebut.


c. Mengambil borang tender di tempat seperti yang ditetapkan dalam

Notis Tender sebelum tarikh tender ditutup.


d.

Memastikan borang tender yang telah diisi dimasukkan ke dalam

sampul surat yang bertajuk dihantar ke Peti Tender, sebelum masa dan
Page 1 of 7

DPP B2(b)

tarikh tutup.
e.

Memahami bahawa pihak klien/majikan tidak akan terikat dirinya

untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau mana-mana tawaran dan tiada sebab akan diberi ke atas penolakan mana-mana tender.
f.

Memastikan penender tidak menarik diri dari tender ini sebelum

sesuatu keputusan dibuat atau enggan menandatangani kontrak setelah tawarannya diterima kelak sedangkan tempoh sah tender masih berkuatkuasa, jika tidak tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya iaitu :
g.

Kesalahan (1) - Pendaftarannya akan digantung selama dua (2) Kesalahan (2) Pendaftarannya akan digantung selama lima (5) Kesalahan (3) Pendaftarannya akan dipotong Membuat bayaran pendahuluan selaras dengan peruntukan yang Membuat bayaran bagi kenaikan harga mengikut lampiran Memahami jika sebarang butiran kerja tidak diisi harga oleh Menawarkan julat tempoh penyiapan kerja yang dianggap sesuai Memastikan Lampiran F (Senarai Bahan Berserta Kuantiti dan

tahun tahun

sedia ada.
h.

didalam Dokumen Tender. i.


j.

penender akan dianggap termasuk dalam harga untuk butiran kerja lain. dan munasabah bagi pihaknya.
k.

Kos Unit Asas Untuk Tujuan Penilaian Tender) mesti dipenuhi dan dilampirkan bersama tender, jika tidak tender tidak akan dipertimbangkan. l. m. n. Mengisi dan mengembalikan Borang-Borang Maklumat dan Memastikan tidak menarik diri dalam Tempoh Sah Tender (90 hari Memastikan pelaksanaan kerja hendaklah mengikut Dokumen-Dokumen Sokongan, bermula dari tarikh tender ditutup) program/carta kerja CPM, jika gagal mematuhi CPM, penamatan pengambilan kerja kontraktor akan diambil. Arahan-arahan tambahan kepada penender antaranya, meminta pihak
Page 2 of 7

DPP B2(b)

kontraktor : a. Merujuk senarai semakan mengemukakan tender sebagai panduan, b. Mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan :
i. ii.

akaun syarikat (wajib), penyata bulanan bank akaun wang dalam tangan bagi 3 bulan laporan bank, perakuan siap kerja, v. vi. borang KWSP (bulan caruman terakhir kakitangan teknikal), sijil kelayakan setiap kakitangan teknikal kategori A dan B, laporan Penyelia Projek mengenai prestasi semasa penender b. Melengkapkan borang-borang yang berkaitan dengan dokumen borang pengakuan kebenaran maklumat dan kesahihan dokumen, borang maklumat dan latar belakang penender, borang data-data kewangan penender, borang rekod pengalaman kerja, borang kakitangan teknikal, borang senarai kerja kontrak semasa
c.

terakhir (wajib), iii. iv.

vii.

(wajib), tender, antaranya : i. ii. iii. iv. v. vi.

Menyerahkan semua maklumat dan dokumen bersama tendernya Mengisi borang-borang dengan maklumat yang benar dan data-

sebelum tarikh tutup tender, d. data yang tepat menggunakan sama ada menggunakan tulisan berdakwat (pen) atau cetakan komputer, e. Menawarkan julat tempoh penyiapan kerja yang dianggap sesuai dan munasabah bagi pihaknya. Tujuan arahan kepada penender dikeluarkan adalah untuk memaklumkan kepada penender/kontraktor bahawa penilaian tender akan :
a. mengambil kira dan mementingkan keupayaan penender untuk

melaksanakan projek yang tender, b. mengambil kira kemunasabahan harga tender yang ditawarkan. Keupayaan penender bermaksud keupayaan dari segi :
Page 3 of 7

DPP B2(b)

kedudukan kewangan, pengalaman kerja, kakitangan teknikal, dan prestasi kerja semasa penender

Kesan-kesan jika arahan kepada penender ini diambil ringan atau tidak dititikberatkan, antaranya adalah :
Bil 1 Perkara Yang Diabaikan Jika gagal mengemukakan dokumen akaun syarikat, penyata bulanan bank dan laporan penyelia projek Jika gagal mengemukakan salah satu atau sebahagian daripada dokumen laporan bank, perakuan siap kerja, borang KWSP dan sijil kelayakan kakitangan teknikal Jika gagal mengemukakan maklumat dan dokumen yang dikehendaki sebelum tarikh tutup tender Jika gagal mengemukakan maklumat tepat dan betul (beri maklumat palsu atau menyorok maklumat) Tindakan Yang Diambil Tender penender akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan Tender penender tidak dapat disemak kerana dokumen tidak lengkap dan dianggap tidak sah

Tender penender tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan penender Tender penender akan ditolak dan tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap penender

2.3.2

SYARAT-SYARAT MENENDER (CONDITIONS OF TENDERING) Syarat-syarat menender ialah terma-terma bertulis yang ditetapkan oleh pihak klien/majikan agar pihak penender/kontraktor dapat mematuhi sepenuhnya tanpa mengenakan sebarang syarat. Biasanya syarat-syarat ini juga terkandung dalam Dokumen Tender dan Dokumen Meja Tender. Syarat-syarat menender ini antaranya, menjelaskan kepada pihak penender/kontraktor untuk melaksanakan perkara-perkara berikut :
a.

Menyerahkan Borang Tender bersama Senarai Kuantiti

yang telah diisi dan ditandatangani dalam suatu sampul surat bertutup dan bermeterai ke alamat yang ditetapkan (seperti dalam notis tender). b. Mencatitkan masa penyiapan kerja dalam ruang yang diperuntukkan dalam Borang Tender. c. Meletakkan harga dalam Senarai Kuantiti menggunakan

Page 4 of 7

DPP B2(b)

dakwat dan ditandatangani oleh penender. d. Memastikan tidak berlaku penarikan balik tendernya

sebelum tamat Tempoh Sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan. e. Memastikan tidak berlaku pengenaan had, syarat atau

janjian tambahan selepas tarikh akhir penyerahan tender.


f.

Memastikan tidak berlaku keengganan melaksanakan

Perjanjian Kontrak yang formal atau tidak mendeposit Bon Pelaksanaan atau tidak meneruskan kerja-kerja seperti yang ditetapkan. g. Memastikan Borang Tender tidak dibuat perubahan atau

tambahan yang tidak dibenarkan.


h.

Menyerahkan tender dan dokumen yang berkaitan di

tempat dan pada atau sebelum masa yang ditetapkan dalam Notis Tender.
i.

Memastikan sesuatu tender diserahkan dengan tangan

atau diposkan supaya sempat sampai di tempat yang ditetapkan tidak lewat dari masa yang ditetapkan.
j.

Memahami bahawa segala perbelanjaan yang dikeluarkan

bagi menyediakan tender ini adalah di bawah tanggungan penender itu sendiri.
k.

Memastikan salinan Dokumen Tender yang diberikan

kepada penender adalah sama dengan salinan Dokumen Meja Tender, jika ada percanggahan laporkan secara bertulis kepada P.P. tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum tarikh tutup tender.
l.

Memeriksa, meneliti dan mendapatkan sendiri segala

maklumat yang perlu tentang Tapakbina dan sekitarnya sebelum menyerahkan tendernya.
m.

Memastikan tender-tender ini terus sah selama sembilan

puluh (90) hari dari tarikh akhir/tutup penyerahan tender.

Page 5 of 7

DPP B2(b)

n.

Memahami bahawa klien/majikan tidak boleh terikat

menyetujuterima tender yang rendah sekali dan juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tender. o. Memahami bahawa Surat Setujuterima Tender (SST) akan

dikeluarkan kepada penender yang berjaya dalam Tempoh Sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan.
p.

Sebaik

sahaja

menerima

SST,

penender

perlu

menyegerakan tindakan berikut, iaitu :

Membayar Bon Pelaksanaan/Jaminan Bank/Insurans berjumlah 5% daripada Jumlah Harga Kontrak sebelum atau pada tarikh pemilikan tapak.

Menyerahkan Polisi Insurans Tanggungan Awam berserta resit bayaran premium. Menyerahkan Polisi Insurans Kerja berserta resit bayaran premium. Menyerahkan nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO).

q.

Mengisi semua jadual butir-butir yang dilampirkan dalam

Dokumen Tender dan diserahkan oleh penender berserta dengan tendernya.


r.

Memahami bahawa jika penender tidak mematuhi syarat-

syarat menender dalam apa jua hal, maka tendernya akan ditolak.
s.

Memahami bahawa syarat-syarat menender ini adalah

merupakan sebahagian daripada Kontrak.

Page 6 of 7

DPP B2(b)

EXERCISE 4.0 1. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan arahan kepada penender? Nyatakan dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan dalam arahan kepada penender? 3. Berikan lima (5) jenis borang yang perlu dilengkapkan sepertimana yang dikehendaki dalam arahan kepada penender? 4. 5. 6. 7. 8. Apakah tujuan arahan kepada penender dikeluarkan? Apakah yang dimaksudkan dengan keupayaan penender? Jelaskan kesan-kesan pelanggaran arahan kepada penender? Terangkan maksud syarat-syarat menender ? Nyatakan lima (5) perkara sahaja yang terkandung dalam syarat-syarat tersebut?

REFERENCE : 1. Teachers handout 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul Aziz Abu Bakar (DBP) 3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM) 4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS) 5. Nota JKR (IKRAM)

Page 7 of 7

You might also like