Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah


INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SESSION : CODE/COURSE : LECTURER : TOPIC : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR JUL DIS 2011 ECS 3032 EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN 3.0 3.1 SUB-TOPIC : 3.2 3.3 CONTRACT Purpose/need of contract Basic principle of contract Communicate using contractual procedures SEMESTER : SHEET NO : WEEK : 3A & 3B IS 7 7

After completing the unit, students should be able to : LEARNING OUTCOME : 3.1 3.2 3.3
3.0

describe the purpose/need of contract explain the basic principle of contract identify all parties involved in contract procedures

TAKRIF KONTRAK (DEFINITION OF CONTRACT) Kontrak ialah suatu perjanjian yang dimeterai apabila satu pihak bersetuju menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. Kontrak akan dimeterai apabila kedua-dua belah pihak, klien/majikan dan kontraktor mengikat perjanjian. a. Pihak kontraktor berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya menyiapkan projek yang diberikan kepadanya dengan sempurna sepertimana yang ditetapkan. b. Pihak klien/majikan pula berjanji untuk menunaikan pembayarannya kepada pihak kontraktor apabila sesuatu kerja atau projek itu siap dengan sempurna sepertimana yang ditetapkan.

3.1

TUJUAN DAN KEPERLUAN KONTRAK (THE PURPOSE AND NEED OF CONTRACT)


Page 1 of 6

DPP B2(b)

a.

Tujuan Kontrak i. Untuk menjalin perhubungan antara klien dengan kontraktor supaya lebih jelas dalam bentuk kenyataan dan syarat serta dinyatakan hadnya. ii. Untuk memudahkan kontraktor menurut arahan, rekabentuk dan atur cara kerja pembinaan yang disediakan oleh pihak klien itu sendiri. b. Keperluan Kontrak

i. ii. iii.
iv.

Menjelaskan spesifikasi/skop kerja yang diperlukan Menetapkan harga kontrak dan tempoh siap Menjelaskan tanggungjawab setiap pihak Menjelaskan tindakan yang perlu diambil jika terdapat perubahan dari Memenuhi kehendak klien dan pada masa yang sama menjaga

segi skop kerja, masa dan harga v. kepentingan kedua-dua belah pihak 3.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS KONTRAK (BASIC PRINCIPLES OF CONTRACT) Kontrak dikira sah apabila wujud tawaran daripada klien dan wujud penerimaan tawaran oleh kontraktor. Apabila kontraktor bersetuju menerima tawaran, tindakan hendaklah dibuat tanpa sebarang syarat. Tawaran boleh berakhir apabila : i. tempoh tawaran sudah tamat, atau ii. iii. klien membatalkan tawaran, atau tawaran ditolak oleh kontraktor Prinsip kontrak dibuat berdasarkan kepada Akta Kontrak 1950 (Pindaan 1974). Prinsip-prinsip kontrak melibatkan beberapa perkara berikut, iaitu : i. Tawaran ii. iii. iv. v. vi. vii. Penerimaan Balasan Niat Persetujuan yang sah dari segi undang-undang Ikatan kontrak boleh dilaksanakan Tiada rekod kecacatan pada kedua-dua pihak
Page 2 of 6

DPP B2(b)

a.

TAWARAN Klien menyatakan hasratnya serta mempelawa kontraktor melaksanakan projek yang telah dirancang.

b.

PENERIMAAN Cadangan oleh klien diterima oleh kontraktor tanpa dikenakan syaratsyarat selain yang dinyatakan dalam kontrak.

c.

BALASAN Tindakan yang diambil secara lisan atau bertulis oleh kontraktor terhadap tawaran yang dibuat oleh klien.

d.

NIAT Klien dan kontraktor mempunyai niat mewujudkan perhubungan secara jujur, amanah dan ikhlas serta tidak akan melanggar segala syarat yang dikenakan dalam kontrak.

e.

PERSETUJUAN YANG SAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG Perjanjian antara kontraktor dan klien tidak menyalahi undang-undang kerajaan.

f.

IKATAN KONTRAK BOLEH DILAKSANAKAN Ikatan kontrak tidak membebankan klien dan kontraktor serta tidak akan mendatangkan masalah semasa menyiapkan projek.

g.

TIADA REKOD KECACATAN PADA KEDUA-DUA PIHAK Tiada rekod atau prestasi buruk pada masa yang lalu seperti kelalaian kerja, pecah kontrak atau melebihi tempoh had masa penyiapan.

3.2.1

PERMULAAN SYARAT KONTRAK (STARTING TERMS OF CONTRACT) Syarat untuk melaksanakan kontrak, bermula dari tarikh penerimaan tender yang dibuka kepada kontraktor melalui iklan tender dan akan berakhir setelah pihak klien mengeluarkan Perakuan Muktamad dengan menjelaskan semua bayaran yang hak kepada kontraktor.

3.3

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM ATUR CARA KONTRAK (PARTIES INVOLVED IN CONTRACT PROCEDURES) a. KONTRAKTOR UTAMA (MAIN CONTRACTOR)
Page 3 of 6

DPP B2(b)

Kontraktor utama merupakan individu yang mempunyai lesen pendaftaran kelas kontraktor dan memiliki sebuah syarikat pembinaan, para pekerja sendiri, mesin serta loji sendiri. Mereka bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di tapakbina dari kerja-kerja tanah hinggalah bangunan tersebut siap didirikan sepenuhnya. SUB-KONTRAKTOR CONTRACTOR) Sub-kontraktor Dinamakan dipilih dan dilantik oleh kontraktor utama. Kontraktor utama hendaklah membuat subkontrak dengan Subkontraktor Dinamakan. Sub-kontraktor Dinamakan diperlukan bagi memudahkan urusan pembinaan dan kehadiran mereka dapat memberi hasil kerja yang berkualiti. Kerja-kerja Dinamakan ialah : Kerja cerucuk Pemasangan elektrik Sistem penyaman udara Lif dan eskalator Sistem pencegah kebakaran JURUTERA TAPAK (SITE ENGINEER) Jurutera tapak merupakan individu yang pakar dalam menentukan spesifikasi luar dan dalam bangunan serta memastikan segala kerja yang berkaitan dengan struktur di tapakbina berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. JURUTERA MEKANIKAL (MECHANICAL ENGINEER) Jurutera mekanikal merupakan individu yang bertanggungjawab bagi memastikan ke semua peralatan dapat berfungsi dengan baik dan selamat digunakan. Beliau juga memastikan kesemua peralatan dipasang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti lif, penyaman udara, eskalator, sistem rintangan api dan sebagainya.
e.

DINAMAKAN

(NOMINATED

SUB-

biasa

yang

dilaksanakan

oleh

Sub-kontraktor

JURUTERA ELEKTRIKAL (ELECTRICAL ENGINEER) Jurutera Elektrikal merupakan individu yang merekabentuk dan
Page 4 of 6

DPP B2(b)

memastikan sistem pendawaian elektrikal pada bangunan selamat digunakan serta penyambungan kabel bawah tanah selamat dan mengikut piawaian.
f.

JURUTERA AWAM (CIVIL ENGINEER) Jurutera Awam merupakan individu yang merekabentuk dan

memastikan sistem saliran, peparitan, pembetungan, jalanraya, jambatan selamat digunakan dan mengikut piawaian.
g.

JURUTERA STRUKTUR (STRUCTURE ENGINEER) Jurutera Struktur merupakan individu yang merekabentuk dan

memastikan struktur bangunan seperti penapak, tiang, rasuk, tangga dan lantai berada dalam keadaan selamat dan mengikut piawaian.
h.

ARKITEK (ARCHITECT) Arkitek merupakan ketua kumpulan profesional. Beliau

merupakan individu yang merekabentuk sesuatu bangunan melalui lakaran, kemudian lukisan kerja seterusnya memastikan ciri-ciri binaan yang dikehendaki oleh klien.
i.

JURU UKUR BAHAN (QUANTITY SURVEYOR) Juru Ukur Bahan merupakan individu yang bertanggungjawab

dalam menyediakan Dokumen Tender, membuat penilaian atau anggaran awal projek dan bertindak sebagai pengawal kepada pembayaran bagi pihak klien.
j.

JURU UKUR TANAH (LAND SURVEYOR) Juru Ukur Tanah merupakan individu yang membuat penyiasatan

tentang tanah untuk dijadikan tapak bina dan bertanggungjawab dalam membuat pengukuran aras ketinggian dan keluasan tanah.

k.

PENYELIA TAPAK (SITE SUPERVISOR) Penyelia Tapak merupakan individu yang bertugas dalam

membuat lawatan ke tapak bina dari semasa ke semasa, memastikan pembinaan berjalan dengan lancar mengikut jadual dan piawaian yang
Page 5 of 6

DPP B2(b)

telah ditetapkan. EXERCISE 7.0 1. 2. 3. 4. 5. 6. Jelaskan maksud kontrak? Nyatakan tujuan kontrak? Huraikan keperluan kontrak? Nyatakan prinsip-prinsip asas kontrak? Bilakah syarat kontrak bermula dan berakhir? Nyatakan dan huraikan satu persatu pihak-pihak yang terlibat dalam atur cara kontrak?

REFERENCE : 1. Teachers handout 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul Aziz Abu Bakar (DBP) 3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM) 4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS) 5. Nota JKR (IKRAM)

Page 6 of 6

You might also like