Is 10 Ecs 3032

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah


INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SESSION : CODE/COURSE : LECTURER : TOPIC : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR JUL - DIS 2011 ECS 3032 EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN 4.0 4.2 SUB-TOPIC : PROJECT PLANNING Gantt Chart 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 Actual Work Done Accumulate Work Done Cash Flow S Curve SEMESTER : SHEET NO : WEEK : 3A & 3B IS 10 10

After completing the unit, students should be able to : LEARNING OUTCOME : 4.1 4.2 4.3 4.4 4.2.3 define the actual work done define the accumulate work done explain the cash flow in construction project describe the S curve in construction work

HASIL KERJA SEBENAR (ACTUAL WORK DONE) Hasil kerja sebenar ialah kerja atau aktiviti sebenar yang dibuat semasa melaksanakan projek di tapakbina. Kerja sebenar ini perlulah dibuat seiring dengan jadual perancangan projek dan pembayarannya (aliran tunai masuk) dibuat mengikut kemajuan kerja. Kerja sebenar ini ada kemungkinannya adalah kerja yang dilaksanakan agak ketinggalan daripada jadual (behind schedule) atau kerja yang dilaksanakan melebihi jadual (ahead of schedule) yang ditetapkan. Hasil kerja sebenar ini boleh dilihat melalui carta Gantt atau melalui graf.

4.2.4

HASIL KERJA DIKUMPULKAN (ACCUMULATE WORK DONE)

Page 1 of 7

DPP B2(b)

Hasil kerja dikumpulkan ialah kerja atau aktiviti sebenar yang dikumpulkan dari mula kerja dilaksanakan hinggalah ke tarikh ia disemak. Kerja dikumpulkan ini perlulah dikira dalam bentuk peratus (%) dari minggu ke minggu. Pengumpulan data dalam bentuk peratus ini membolehkan ianya dibuat dalam bentuk jumlah bayaran penyiapan atau kemajuan kerja terkumpul. Hasil kerja dikumpulkan ini juga boleh dilihat melalui carta Gantt atau melalui graf. 4.2.5 ALIRAN TUNAI (CASH FLOW) Aliran tunai merupakan pergerakan wang tunai yang keluar dan masuk dalam sesuatu projek pembinaan. Wang masuk adalah hasil yang didapati daripada pembayaran kemajuan kerja oleh pihak majikan. Wang keluar merupakan pembayaran yang terpaksa dilakukan oleh semua kos sepanjang pengendalian projek. Wang masuk yang melebihi wang keluar menunjukkan aliran tunai positif dan sebaliknya, wang keluar melebihi wang masuk merupakan aliran tunai negatif kepada kontraktor. Kontraktor memerlukan aliran tunai positif ataupun sekurang-kurangnya wang masuk dan keluar adalah sama, dan tidak boleh dalam keadaan aliran negatif. Aliran tunai negatif menunjukkan kontraktor tidak mempunyai cukup sumber kewangan untuk menjalankan projek, dan terpaksa mencari sumber kewangan lain untuk menampung kos pembinaan. Kegagalan ini akan menyebabkan projek tergendala ataupun gagal untuk disiapkan. Bagi mengendalikan sesuatu projek pembinaan, kontraktor memerlukan modal pusingan ataupun wang dalam jumlah yang tertentu. Modal perlulah dalam bentuk yang cair iaitu mudah digunakan apabila perlu. Kontraktor biasanya memperolehi modal daripada simpanan tunai syarikat, pinjaman bank atau institusi kewangan ataupun daripada sumber-sumber lain. Adalah agak sukar bagi kontraktor untuk menggunakan simpanan tunai syarikat bagi membiayai keseluruhan projek, terutama yang melibatkan projek besar. Untuk mendapatkan pinjaman luar (bank/institusi kewangan), kontraktor perlu membuktikan keuntungan yang akan diperolehi hasil drpd. perlaksanaan projek. Aliran tunai merupakan salah satu kaedah yang boleh menjadi bukti

Page 2 of 7

DPP B2(b) bahawa kekurangan wang oleh kontraktor adalah bersifat sementara, kerana pada penghujung perlaksanaan projek, kontraktor akan mendapat keuntungan. Perbezaan antara aliran tunai positif dan aliran tunai negatif adalah aliran tunai bersih (net cash flow). Kepentingan Aliran Tunai Penyediaan aliran tunai merupakan aspek yang penting terutama bagi kontraktor. Aliran tunai merupakan salah satu kaedah perancangan kewangan, juga dikenali sebagai unjuran aliran tunai. Antara kepentingannya didalam pengendalian sesuatu projek binaan adalah : Mengenalpasti pada peringkat awal lagi jumlah keseluruhan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan projek. Mengenalpasti tahap modal yang sedia ada dan jangkamasa dimana masalah kewangan akan berlaku. Mendapatkan pinjaman sumber kewangan (bank/institusi kewangan) dengan segera bagi menampung perlaksanaan projek semasa jumlah aliran tunai keluar melebihi aliran tunai masuk. Merancang aliran wang masuk dan keluar dengan lebih teratur dan baik. Menggunakan sebaik mungkin bayaran kemajuan/interim kerja bagi perlaksanaan projek dan kos lain yang berkaitan. Sebarang kelewatan menerima bayaran kemajuan kerja akan memberi kesan kepada modal pusingan yang berkemungkinan akan tersekat untuk meneruskan perlaksanaan kerja. Penyediaan Aliran Tunai Penyediaan aliran tunai memerlukan data-data yang lebih tepat bagi tujuan pengiraan atau lakaran supaya hasilnya adalah lebih baik dan munasabah. Aliran tunai boleh dipersembahkan dalam dua bentuk iaitu secara grafik dan jadual. Ianya bergantung kepada keperluan dan penggunaannya. Pengalaman dalam industri pembinaan akan membolehkan penyediaan yang lebih terperinci dan tepat. Antara data-data yang diperlukan dalam penyediaan aliran tunai adalah seperti :

Page 3 of 7

DPP B2(b)

i.

Nilai Tunai Masuk/Aliran Tunai Positif Nilai tunai masuk merupakan jumlah wang yang akan diterima hasil

daripada bayaran kemajuan kerja, hasil daripada aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada satu jangkamasa tertentu (cth : sebulan). Nilai bagi semua aktiviti dalam penggunaan masa yang tertentu sama ada dalam mingguan, bulanan dan lainnya kemudian akan dijumlahkan dan dikenali sebagai nilai kerja terkumpul (accumulate work done). Jumlah nilai kerja terkumpul perlu menyamai dengan jumlah harga tender.
ii.

Nilai Tunai Keluar/Aliran Tunai Negatif Nilai tunai keluar merupakan wang yang akan digunakan untuk

membiayai sumber-sumber yang digunakan dalam perlaksanaan projek seperti upah, bahan binaan, buruh, jentera, sub-kontraktor dan kos langsung yang lain. Jumlah kos tunai akan diperolehi apabila nilai tunai ditolak dengan margin yang telah ditetapkan. Setiap aktiviti boleh ditentukan kosnya yang tersendiri. Kos bagi semua aktiviti dalam penggunaan masa tertentu kemudiannya perlu dijumlahkan, adalah dikenali sebagai kos terkumpul terhadap masa. iii. Pecahan Kos Pecahan kos merupakan pecahan yang lebih terperinci daripada kos tunai keluar. Ianya terdiri daripada sumber yang terpaksa ditanggung oleh kontraktor. Biasanya ia boleh dipecahkan kepada empat sumber utama, iaitu : bahan binaan, buruh, jentera dan sub-kontraktor. Pecahan ini boleh dibuat dengan membuat analisis kos terhadap beberapa kontrak lepas yang mempunyai persamaan yang kemudiannya dijumlahkan secara berasingan bagi menyediakan kos terkumpul terhadap masa. iv. Selang Masa Pengukuran Dengan Perakuan Bayaran Kemajuan Selang masa pengukuran terhadap kemajuan kerja dan perakuan bayaran kemajuan kerja akan menentukan jangkaan tunai masuk. Perkara ini biasanya akan dinyatakan secara jelas dalam dokumen kontrak.

Page 4 of 7

DPP B2(b)

Sebarang kelewatan akan menjadikan aliran tunai lebih negatif. v. Selang Masa Menerima Bayaran Dengan Perakuan Bayaran

Kemajuan Selang masa menerima bayaran kemajuan kerja yang telah diperakui dengan perakuan bayaran kemajuan kerja juga telah ditentukan dalam dokumen tender. Contoh Penyediaan Aliran Tunai Rajah 4.2a menunjukkan sebuah perancangan bentuk carta bar bagi cadangan pembinaan sebuah sekolah tiga tingkat. Terdapat dua belas aktiviti yang akan mengambil masa dua belas bulan untuk disiapkan. Nilai bagi setiap aktiviti tidak dinyatakan bagi mengelakkan kekeliruan. Nilai bulanan, nilai terkumpul dan kos terkumpul setelah ditolak margin 8% dinyatakan di bawah carta.

4.2a

4.2.6

LENGKUK S (S CURVE)

Page 5 of 7

DPP B2(b)

Lengkuk S juga dikenali sebagai Keluk S atau Keluk Kawalan kerana bentuknya seakan huruf S, ia amat penting dalam kerja pembinaan. Bentuk ini terjadi kerana biasanya kerja-kerja pembinaan bermula dengan perlahan dan seterusnya meningkat dan perlahan semula apabila projek hampir siap. Fungsi lengkuk atau keluk ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bagaimana kerja-kerja pembinaan akan dijalankan, dan yang lebih penting bagaimana kawalan kewangan dilakukan. Ia penting kepada kontraktor dan majikan/klien bagi menentukan pembahagian kewangan projek. Lengkuk S merupakan keluk yang dihasilkan dalam bentuk graf antara nilai terkumpul pada paksi menegak (Y) lawan masa pada paksi mendatar (X). Rajah 4.2b, menunjukkan keluk S bagi binaan sebuah sekolah tiga tingkat.

4.2b

EXERCISE 10 :

Page 6 of 7

DPP B2(b) Terangkan maksud hasil kerja sebenar? Jelaskan maksud hasil kerja dikumpulkan? Dimanakah hasil kerja sebenar dan hasil kerja dikumpulkan boleh dilihat? Huraikan maksud aliran tunai, wang masuk dan wang keluar? Apakah perbezaan aliran tunai positif dan aliran tunai negatif? Terangkan maksud modal pusingan dan aliran tunai bersih? Nyatakan kepentingan aliran tunai? Huraikan perbezaan nilai tunai masuk dan nilai tunai keluar? Jelaskan maksud pecahan kos? Berikan nama lain lengkuk S dan terangkan fungsi lengkuk tersebut? REFERENCE : 1. Teachers handout 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul Aziz Abu Bakar (DBP) 3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM) 4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS) 5. Nota JKR (IKRAM)

Page 7 of 7

You might also like