Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Daw Myint Myint Htwe, No.

32, Jalan Universiti, Section 12, 46200 Petaling Jaya, Selangor Tarikh : 23 Jun 2011 Yang Berbahagia Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu, Timbalan Naib Canselor JPPHB, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Melalui Ketua Jabatan:

Yang Berbahagia Profesor,

Permohonan mendiami kuaters universiti sehingga tempoh untuk dirobohkan Adalah dimaklumkan iaitu saya seperti nama diatas adalah pegawai perubatan kontrak yang berkhidmat di Klinik Kesihatan Pelajar Universiti Malaya yang telah dibenarkan oleh Yang Berbahagia Profesor untuk menduduki kuaters tersebut sehingga 30 Jun 2011 ini, kerana kelulusan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) terhadap pendaftaran saya belum diputuskan lagi pada masa itu. Pada tiga hari lepas iaitu pada 19 Jun 2011 yang lalu, saya telah diberitahu oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia Universiti Malaya bahawa kelulusan MMC itu telah diberi dan diluluskan dan surat dari MMC telah dihantar ke bahagian tersebut. Memandangkan keadaan yang tidak menentu, saya pun sudah mencari tempat kediaman baru, sudah hampir sebulan belum lagi diperolehi, maka saya pohon kepada Yang Berbahagia Profesor untuk membenarkan saya tinggal di kuaters tersebut yang saya duduki sekarang sehingga saya dapat rumah baru dengan kadar sewa sebanyak RM 550.00 sebulan atau tempoh sebelum kuaters itu dirobohkan. Ini kerana saya diberitahu, saya akan diminta melapor diri dalam kadar yang segera apabila surat MMC itu diterima. Saya sendiri pun dalam keadaan terdesak kerana sukar untuk mendapat rumah dalam kadar segera, malah kontrak saya pun cuma disambung untuk setahun sahaja lagi. Sekian diharap perkara ini dapat dipertimbangkan sewajarnya oleh Yang Berbahagia Profesor jua. Terima kasih.

Yang benar,

(Daw Myint Myint Htwe)

You might also like