Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA THE GIRL GUIDES ASSOCIATION OF MALAYSIA

MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bngsa dan masyarakat sejagat. OUR MISSION To develop girls and young women of caliber through internalization of Girl Guiding knowledge, skills and values to benefit the society and country.

VISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. OUR VISION Persatuan Pandu Puteri Malaysia aspires to be a dynamic and effective organization for girls and women as well as to promote an image of quality in line with its programme that equips girls and women of today to be responsible leaders of tomorrow.

Matlamat dan Objektif: Januari 2007 hingga Januari 2010 1. Sistem pengurusan yang berkesan selari dengan pertambahan bilangan ahli; 2. Pertambahan bilangan ahli yang berterusan; 3. Pertambahan bilangan ahli di universiti dan kolej diusahakan; 4. Peningkatan penglibatan Ahli Sukarelawan Dewasa disokong dengan pelbagai sistem komunikasi dan sistem pengurusan yang efektif; 5. Kemampuan Kewangan PPPM menampung kepelbagaian sistem, bilangan dan struktur baru; 6. Profil PPPM terus berkembang. Goals and Objectives: January 2007 to January 2010 1. Increased membership growth consolidated with effective management systems. 2. Natural growth of membership continues. 3. Membership grows in universities and colleges. 4. New adult volunteers engaged on a regular basis with effective management and communications systems. 5. The Persatuan Pandu Puteri Malaysia able to sustain financially new systems, numbers and structures. 6. Profile continues to grow.

Tahun 1957: Persatuan Pandu Puteri Malaysia menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)
PPPM :: DI MALAYSIA SEJAK TAHUN 1917 : : MEMBINA JATI DIRI WANITA MUDA

WORLD ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS)


PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI SEDUNIA (PPPPPSD)

OUR MISSION To enable girls and young women to develop their fullest potential as responsible citizens of the world.

OUR VISION FOR 2011 We are a growing worldwide Movement the voice of girls and young women who influence issues they care about and build a better world.

The World Association aims to engage and empower young women, so that they can make a difference in their communities. We want to reach out to more girls and young women and grow the Movement.

We have three main goals for our vision between now and 2011: 1. Leadership Development Capacity Building 2. Strong and Growing Member Organisations Revitalising the Movement 3. The Voice of Girls and Young Women Building a Better World.

WAGGGS CORE VALUES Progressive Recognition of a Spiritual Dimension Open to all Global Commitment Responsibility Equal Opportunities Service Mindedness Sustainability Integrity Voluntary Commitment Environmentally Conscious

PPPM

::

DI MALAYSIA SEJAK TAHUN 1917

: :

MEMBINA JATI DIRI WANITA MUDA

IKRAR PERSETIAAN KEPANDUAN Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan, mematuhi Undang-Undang Kepanduan.

UNDANG-UNDANG KEPANDUAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puterisentiasa sopan santun. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategorikategori Ahli Aktif, Ahli Tidak Aktif dan Ahli Kehormat.

Ahli Aktif : Ahli yang menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Ahli Tidak Aktif: Ahli yang menjelaskan yuran keanggoataan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Ahli Tidak Aktif merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal di dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. Ahli Kehormat: Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Ahli Kehormat adalah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

AHLI AKTIF PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA:


PPPM :: DI MALAYSIA SEJAK TAHUN 1917 : : MEMBINA JATI DIRI WANITA MUDA

Bahagian Kepanduan: Pandu Puteri Pra Tunas {Kelip-Kelip) Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Siswi Pandu Puteri Dewasa Bahagian Dewasa Pemimpin Tidak Berwaran Penolong Pemimpin Pemimpin Jurulatih Pesuruhjaya Ahli Guild Mantan Pesuruhjaya Ahli Guild Pandu Puteri Raja Ahli Guild Trefoil

5 hingga 25 tahun 6 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan) 6 12 tahun 12 15 tahun 15 18 tahun +18 tahun +18 tahun +18 tahun +18 tahun +18 tahun +18 tahun +21 tahun +24 tahun +24 tahun +30 tahun +18 tahun +24 tahun

LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAN Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ia ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di antara mesyuarat-mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan dan kerana itu Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai berikut: Yang Di Pertua Timbalan Yang Di Pertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari kehormat Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan Pandu Puteri Dewasa Pesuruhjaya Guild Kepanduan Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program dan Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Ketua Eksekutif Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Ex-Officio Penasihat Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia Ex-Officio

PPPM

::

DI MALAYSIA SEJAK TAHUN 1917

: :

MEMBINA JATI DIRI WANITA MUDA

You might also like