Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Rayuan Pembayar Cukai boleh membuat rayuan jika: a. b. c. d.

Tidak berpuas hati dengan pendapatan yang ditaksir Pelepasan persendirian tidak dibenarkan dengan sewajarnya Terlupa membuat tuntutan perbelanjaan atau pelepasan tertentu Terdapat kesilapan dalam taksiran yang dikeluarkan oleh LHDNM

Bagaimana Membuat Rayuan Sekiranya anda menerima taksiran cukai dan anda tidak berpuashati dengannya : a. Anda boleh membuat rayuan secara bertulis ke pejabat LHDNM yang mengeluarkan taksiran dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran dikeluarkan dan jika rayuan anda perlu dikemukakan kepada pihak Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, anda dikehendaki mengisi Borang Q yang boleh didapati dari semua pejabat LHDNM. b. Sekiranya terdapat alasan yang munasabah yang menyebabkan anda tidak boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari, anda boleh kemukakan permohonan melalui Borang N untuk mendapatkan lanjutan masa untuk rayuan. Permohonan anda akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan untuk keputusan. Dokumen yang diperlukan: a. Surat rayuan yang menyatakan jenis kesilapan taksiran/tuntutan perbelanjaan/potongan/pelepasan dan sebagainya. b. Dokumen sokongan bagi menyokong tuntutan perbelanjaan/potongan/ pelepasan dan sebagainya. c. Pihak LHDNM akan meminta dokumen-dokumen lain yang diperlukan jika maklumat yang diterima masih belum mencukupi bagi membolehkan pindaan taksiran dibuat. Peringatan: Anda perlu membayar cukai walaupun rayuan dibuat. Menyelesaikan Rayuan Rayuan anda boleh diselesaikan : a. Melalui persetujuan di antara anda dengan pihak LHDNM atau b. Melalui keputusan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan/Mahkamah Tinggi/Mahkamah Rayuan.

Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenarkan untuk tujuan pembelajaran sahaja

Jika anda tidak berpuashati dengan keputusan LHDNM berkaitan dengan taksiran cukai, rayuan anda akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan. Sekiranya anda masih tidak berpuashati dengan keputusan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan anda boleh membuat rayuan seterusnya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan merupakan suatu tribunal bebas di mana ahli panelnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk membicarakan kes-kes rayuan cukai sahaja.

Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenarkan untuk tujuan pembelajaran sahaja

You might also like