Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

MOHAMAD FADLI B. MD TAIP 06DKM09F1037 KHAIRATUL AIDI B.

IBRAHIM 06DKM09F1019

Reka bentuk merupakan satu proses bagi penghasilan idea dan kaedah penyelesaian masalah. Hal ini, pada hujung proses ini terdapat satu produk yang boleh digunakan dengan mempunyai bentuk dan ciri-ciri fizikalnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, perkataan rekabentuk adalah lebih mudah difahami dengan memisahkan dua perkataan iaitu reka dan bentuk.Reka berdasarkan faktor psikologi dan sains merujuk kepada proses penciptaan ataupenghasilan sesuatu benda yang diolahkan untuk menghasilkan suatu sifat dan fizikal. Bentukpula boleh didefinisikan sebagai suatu ciri-ciri fizikal yang terhasil daripada proses reka. Dalam kata maksud lain ia terhasil apabila diolah untuk menghasilkan suatu sifat dan fizikal melalui penciptaan atau inovasi. Oleh hal demikian, apabila digabungkan perkataan reka dan bentuk maka boleh difahami sebagai proses menghasilkan sesuatu produk yang mempunyai ciri-ciri sifat dan fizikal

Kreatif Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru&idea-idea asai serta barangan asal. (Mungkin berguna dan mungkin tidak berguna.) Inovatif Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru, cara-cara baru (selalunya berguna)

Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan redesign di mana perubahan-perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi mengatasi masalah pengeluaran dan prestasi. Kerja-kerja rekabentuk seperti ini banyak dilakukan di kilang-kilang terutama di bahagian R&D. Mengguna atau megambil rekabentuk sedia ada dan direka supaya beroperasi dlm keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi dalam bentuk yang lain. Selalunya perbezaan amalah besar dari asal. Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji yang banyak diperlukan pada peringkat ini.

Rekabentuk Kejuruteraan mekanikal terbahagi kepada:


  

Rekabentuk Komponen. Rekabentuk Sistem. Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran

Rekabentuk komponen memerlukan prestasi yang terperinci. Kajiselidik dan analisis perlu dibuat seperti analisis daya, tekanan ricihan, tegasan dsb. Setiap rekabentuk selalunya akan berakhir dengan rekabentuk yang hampir serupa. Contohnya: aci, bol, bush, gear, pemelowap, pemampat

Dalam rekabentuk sistem, ia merupakan sebuah bidang yang luas bagi menentukan prestasi. Ia juga memerlukan analisis dan kajiselidik yang terperinci. Secara keseluruhan rekabentuk sistem yang direka oleh berbagai pereka akan mempunyai bilangan komponen yang sama tetapi setiap komponen yang mempunyai fungsi yang sama akan beroperasi secara berlainan. Cthnya: sistem penyaman udara, sistem pneumatik

Memerlukan prestasi secara kasar Analisis dan kajiselidik adalah bergantung kepada keperluan. Terdapat berbagai rekabentuk dan juga penampilan walaubagaimanapun fungsinya sama / mungkin operasi dan prestasinya berbeza Cthnya: pembuka tin, pemerah jus buahbuahan, kerusi roda dsb.

Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai disiplin. Bidang rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti elektronik, mekanikal, senireka, bahan dan sebagainya. Sebagai cth, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat dalam menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan mekanikal, perisian, elektronik, senireka dan ergonomik. Disiplin-siplin yg disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk menghasilkan satu rekabentuk yg baik. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan seorang pereka yg blh menguasai semua bidang. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yg terhasil secara spontan atau tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yg melibatkan proses-proses tertentu tercetus dari kesedaran mengenai sesuatu masalah yang dihadapi dan memerlukan kepada penyelesaian.

Keperluan kepada rekabentuk

Penakrifan masalah (kajian perlaksanaan

Rekabentuk konsep

Rekabentuk terperinci

Pembuatan

Keperluan kepada rekabentuk

Produk baru dihasilkan akibat:  Dorongan permintaan pengguna memerlukan suatu produk baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah  Perubahan teknologi penghasilan atau penemuan teknologi baru mencetuskan permintaan produk baru. Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya melibatkan produk yang belum ada di pasaran. Perubahan teknologi pula biasanya menghasilkan pembaikan kepada rekabentuk yang sedia ada. Walaubagaimanapun kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan juga pengenalan teknologi baru. Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa dan pengeluar pula memperkenalkan teknologi terbaru untuk memikat hati pengguna

Penakrifan masalah yg mana perekacipta perlu memahami dengan mendalam sebelum memulakan kerja merekabentuk untuk memastikan produk yang dihasilkan benarbenar dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna. Penakrifan masalah merupakan proses kedua dalam rekabentuk.

Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yg kita minati sahaja bukanlah satu pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada kemungkinan idea tersebut bukan yg terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk mendapatkan idea yg kreatif dan terbaik adalah cerah. Oleh itu kaedah penghasilan konsep rekabentuk yang sistematik amat perlu. Cth : Adakah kita pasti bahawa rekabentuk atau idea yg kita pilih merupakan idea terbaik? Sudahkah kita melihat dan menyelidiki idea atau rekabentuk lain yg mungkin lebih baik?

Pada peringkat ini rekabentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci bagi menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan menilai keberkesanan dan kelemahan rekabentuk sebelum proses pembuatan produk dilakukan.

Hasil daripada rekabentuk terperinci maka proses seterusnya ialah pembuatan di mana produk dibina mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pengguna seterusnya dipasarkan kepada mereka.

Produk diedar dan dipasarkan kepada pengguna supaya dapat memenuhi keperluan mereka Pembuatan perlu dihentikan jika produk tidak lagi memenuhi kehendak pengguna. Produk perlu dibuat perubahan atau pembaharuan kerana teknologi sentiasa berubah supaya produk yang dihasilkan dapat bersaing di pasaran.

You might also like