Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Stereotaip Gender

Apakah Gender?

Gender
Perbezaan Sosial dan perhubungan antara lelaki dan perempuan

1. peranan (roles), 2. tanggungjawab(responsibilities), 3. kekangan (contraints) 4. keperluan (needs) bagi lelaki dan perempuan di dalam semua perkara.

Apakah Stereotaip? bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yang sering kali kedapatan.

Kajian tentang stereotaip gender menunjukkan bahawa biasanya perempuan dan lelaki mempunyai stereotaip yang sama.

Lelaki:

bersikap logik, dominan, berdikari dan agresif.

Perempuan:
bersifat sensitif, emosional, penyayang, menggunakan intuisi, agak berdikari dan mudah menyerah

Makna Stereotaip Gender:


Merupakan satu anggapan anda harus berkelakuan seperti perempuan atau lelaki dari aspek penampilan, berpakaian, berkelakuan, bercakap, berfikir dan beremosi dalam perkara-perkara tertentu.

Peranan Gender: Lelaki dan Perempuan


Peranan gender ialah peranan dan tanggungjawab yang diberikan kepada lelaki dan wanita ditentukan oleh budaya dan politik, yang disosialisasikan dan dipatuhi. boleh dan memang berubah mengikut :
peredaran masa, di antara masyarakat dan budaya, akibat dari perubahan sosial, ekonomi dan politik.

Punca Kewujudan Peranan Gender


Wujud dari persepsi bagaimana lelaki dan wanita :  harus berfikir,  bertindak  menunjukkan emosi. Istilah khusus peranan gender didefinisikan berbeza dalam setiap budaya.

Ciriciri Umum Tafsir Peranan Gender:


Ciri-ciri umum seperti: Jangkaan perwatakan personaliti tertentu (wanita membelai dan tidak berdikari, lelaki asertif dan berdikari); peranan sosial (lelaki adalah bapa dan pencari rezeki, wanita adalah isteri dan ibu) kedudukan sosial (lelaki ialah askar dan ahli politik, wanita ialah jururawat dan sukarelawan).

Perbezaan Peranan Gender Mengikut Perubahan Zaman dan Masyarakat


Dikaitkan dengan peranan dan kedudukan sosial yang berbeza mengikut zaman dan masyarakat tertentu.
Sekarang Dulu

Wanita dikatakan lebih cekap dalam pekerjaan seperti guru sekolah, atau jururawat, kerana kerja-kerja begini melibatkan belaian dan keprihatinan sebagai ciri-ciri yang dikatakan feminin.

Lelaki mungkin dikatakan boleh menjadi jurutera dan saintis yang lebih baik kerana dilihat sebagai lebih logikal dan rasional.

Stereotaip Gender
Ianya bermula pada usia muda Kanak-kanak belajar sedikit demi sedikit meningkatkan tingkah laku stereotaip yang sesuai untuk jantinanya. Mesej budaya yang memberitahu kanak-kanak tingkah laku bagaimanakah yang sesuai dan sangat kuat mengukuhkan tindakan yang betul .

Perkembangan Stereotaip Gender


Terdapat perkembangan gender mengikut kitaran hidup, bermula dari;  Tidak berbeza semasa kanak-kanak,  Menjadi ketara bezanya di peringkat remaja dan awal dewasa  kembali semula kepada tingkah laku yang tidak berbeza di pertengahan dan peringkat tua.

Ciri-ciri Penekanan Stereotaip Gender Berlaku:


Bermula dari saat kelahiran, keluarga dan masyarakat menekankan peranan stereotaip gender yang sesuai kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki. Ciri-ciri seperti;  berdikari, bercita-cita , agresif, berjaya, membuat keputusan, dan sebagainya dianggap maskulin.  kelembutan, murah hati, keprihatinan, pasif, pengikut, dan sebagainya dianggap feminin. Sosialisasi peranan ini menjadi lebih ketara di peringkat remaja.

Di peringkat remaja:  Lelaki lebih menunjukkan tingkah laku agresif  Perempuan tidak menunjukkannya, dan kerap kali memendamnya sehingga mengakibatkan harga diri yang rendah.  Remaja lelaki biasanya diberikan galakan membina harga diri  Remaja perempuan kurang diberi galakan, sama ada dari ibu bapa, guru atau masyarakat.  Remaja perempuan lebih terdedah kepada lebih banyak bentuk gangguan seksual di rumah, di sekolah dan di tempat awam dan membuatkan mereka merasakan persekitarannya begitu memusuhinya.

Soalan Pemahaman Mengenai Peranan Gender dan Stereotaip Gender


Perhatikan adegan berikut: 1. Siapa menjaga anak-anak apabila mereka sakit? 2. Siapa menjalankan kerja-kerja membaik pulih di rumah? 3. Jika kanak-kanak lelaki menangis di sekolah, adakah dia dilayan sama seperti kanakkanak perempuan yang menangis? 4. Adakah kanak-kanak lelaki dan perempuan melakukan kerjakerja yang berbeza di bilik darjah, contohnya, menyapu lantai, memadam papan hitam, mengelap meja dan membunyikan loceng?

5. Adakah pasukan sukan lelaki dan perempuan dianggap sama penting di sekolah? 6. Adakah lelaki dan perempuan sama-sama digalakkan melakukan kerja-kerja yang mencabar, terutama kerja-kerja yang memerlukan kemahiran teknikal?

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like