Ujian Akhir Kursus Induksi Modul Umum

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

UJIAN AKHIR KURSUS INDUKSI MODUL UMUM SEKSYEN B BAHAGIAN 1 1.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penubuhan Malaysia dalam satu perjumpaan dengan Foreign Correspondents Association of Southeast Asia di Singapura. Beliau mencadangkan kerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat di antara Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Terangkan sebab-sebab asas mengapa beliau mencadangkan penubuhan Malaysia.

Jawapan : Sebab-Sebab Penubuhan Malaysia 1. Ancaman Komunis i) Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya di Singapura telah membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman khuatir Singapura akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya mengancam keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan Malaysia dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak.

ii) iii)

2.

Keseimbangan Kaum i) ii) iii) iv) Percantuman Singapura sahaja dengan Persekutuan Tanah Melayu akan mengancam kedudukan orang Melayu dari segi bilangan penduduk. Lebih kurang 80 % penduduk Singapura terdiri daripada orang bukan Melayu. Sabah, Sarawak dan Brunei perlu digabungkan dalam Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Jumlah penduduk bumiputera di negeri-negeri Borneo adalah kira-kira tiga kali ganda lebih dari jumlah orang Cina.

3.

Kemerdekaan segera bagi Singapura, Sabah dan Sarawak i) Singapura, Sabah dan Sarawak dapat mencapai kemerdekaan dengan lebih segera lagi menerusi penubuhan Malaysia.

ii)

Kerajaan British tidak begitu berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura dan wilayah-wilayah Borneo secara persendirian memandangkan keselamatan negeri-negeri tersebut mungkin terancam.

4.

Perkembangan Ekonomi i) ii) iii) iv) Singapura mempunyai pertalian ekonomi, geografi dan sejarah yang erat dengan Semenanjung Tanah Melayu. Percantuman akan mendatangkan faedah-faedah ekonomi bagi kedua-dua negara. Ekonomi Sabah dan Sarawak dapat dimajukan melalui penyertaan dalam Malaysia. Sabah dan Sarawak diberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri-negeri tersebut.

5.

Sokongan Kerajaan British i) ii) Sokongan kerajaan British pembentukan Malaysia. juga penting dalam mempengaruhi

Kerajaan British menyokong penubuhan Malaysia memandangkan ia akan menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak serta dapat melindungi pelaburan British di kawasan-kawasan berkenaan.

2.

Seseorang pegawai awam tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam Keterhutangan Kewangan yang serius. a) b) Nyatakan apakah yang dimaksudkan Keterbutangan Kewangan yang serius. Jelaskan tiga (3) keadaan seseorang pegawai dikatakan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

Jawapan a) Bagi maksud peraturan ini, ungkapan keterhutangan kewangan yang serius ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang setelah diambilkira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius kepadanya. Seseorang pegawai disifatkan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika :

b)

i) ii)

Agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10 kali emolument bulanannya. Dia adalah seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu tidak dijelaskan dalam tempoh 1 bulan dari penerimaan perintah bermeterai penghakiman itu, atau Dia ialah seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum dijelaskan atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.

iii)

3.

Buku Vot digunakan untuk mengawal peruntukan supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan. a) b) Bagaimanakah Buku Vot digunakan untuk mengawal peruntukan ? Jelaskan mengapa Buku Vot perlu dibuat penyesuaian ?

Jawapan a) Merekodkan semua waran peruntukan yang diterima dan waran peruntukan yang dikeluarkan supaya kedudukan peruntukan terkini diketahui sebelum meluluskan sesuatu permohonan perbelanjaan. Merekod setiap tanggungan dan perbelanjaan supaya kedudukan kewangan terkini dapat ditentukan. Ia dapat menunjukkan pada bila-bila masa mengenai tiap-tiap program dan aktiviti atau projek berhubung dengan perkara-perkara berikut supaya memudahkan membuat keputusan yang sewajarnya seperti pindah peruntukan, tarik balik peruntukan untuk diagihkan semula atau memohon tambahan peruntukan. i. ii. iii. iv. Amaun yang dikeluarkan bagi tahun berkenaan; Semua debit dan kredit kepada program dan aktiviti dan projek atau kumpulan wang mengikut bila urusniaga dilakukan dan jumlah perbelanjaan bersih; Baki peruntukan pada setiap masa; dan Tanggungan mengikut bila urusniaga dibuat.

Mengesan prestasi perbelanjaan setiap program/aktiviti/objek sebagai untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil. Memudahkan pemeriksaan kedudukan kewangan dibuat termasuk pemeriksaan mengejut untuk mengawal perbelanjaan. Memudahkan penyediaan Laporan perbelanjaan bulanan yang digunakan untuk mengesan prestasi perbelanjaan dan kedudukan kewangan berakhir setiap bulan.

b)

Buku Vot perlu dibuat penyesuaian Memastikan setiap bayaran yang dibuat adalah tepat dan dibenarkan. Mana-mana bayaran yang tidak tepat dan dibenarkan dikenalpasti dan diambil tindakan pembetulan. Kesilapan mengakaun di peringkat Jabatan Akauntan Negara/Bendahari Negeri dapat dikesan dan pembetulan dapat dilakukan melalui penyata penyesuaian. Mengesahkan ketepatan rekod Buku Vot agensi. Rekod pada Buku Vot agensi adalah tepat dan sama dengan yang diselenggarakan di Jabatan Akauntan Negara supaya tidak berlaku perbezaan akaun. Laporan pengurusan termasuk laporan perbelanjaan bulanan peruntukan, perbelanjaan dan tanggungan yang disediakan daripada Buku Vot adalah tepat dan lengkap untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan. Akaun Awam yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara berpunca dari Buku Vot Agensi Kerajaan memberi gambaran perbelanjaan kerajaan dengan tepat dan lengkap.

4.

Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai. Kenyataan di atas adalah tonggak yang kedua belas iaitu nikmat mencipta dalam Tonggak Dua Belas. a) b) Berikan empat (4) amalan positif dan negative bagi nikmat mencipta. Berikan tiga (3) contoh beserta huraian bagi setiap amalan positif dan negative tersebut.

Jawapan a) Positif Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan. Sentiasa berada dalam cabaran intelektual. Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Over-zealous dengan pekerjaan. Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran. Senang bermain dengan idea dan berani mencuba.

Negatif b) Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada. Takut menemui kegagalan. Memandang remeh usaha orang lain. Pemikiran tidak dinamik. Mempertahankan status quo membuta tuli. Tidak suka pembaharuan. Tidak sabar dalam penciptaan baru.

Contoh Positif i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Apabila wujud pengiktirafan kepada usaha original, maka seseorang yang mengemukakan idea itu akan bangga jika ia dilaksanakan tetapi tidak diremehkan jika tidak sesuai. Apabila seseorang pegawai yang mempunyai idea baru memberitahu atau menyampaikan kepada ketuanya, maka idea itu tidak dibiarkan begitu sahaja, tetapi dibincang dan diambil perhatian. Semua pegawai dianggap berbakat dan digalakkan untuk mengetengahkan bakat masing-masing dalam sebarang bidang. Mengalakkan penubuhan kelab yang bersifat kreatif, misalnya kelab seni dan budaya, kelab senifoto dan lukisan. Memberi hadiah kepada pegawai yang telah melahirkan idea kreatif yang dilaksanakan oleh organisasi. Memberikan penghargaan di majlis perhimpunan kepada pegawai telah menunjukkan bakat serta prestasi yang baik di dalam sesuatu bidang. Memberi peluang kepada pegawai organisasi menikmati kesan yang berkualiti seperti persembahan simfoni dan gemelan.

Contoh negatif i) ii) Sesuatu idea yang baik akan terbiar begitu sahaja apabila terdapat sikap takut untuk mencuba. Pegawai organisasi diminta oleh pengurusan untuk memberi idea, cadangan atau fikiran tetapi kesemua usaha itu tidak diberi perhatian. Amalan begini boleh menyekat daya kreatif pegawai organisasi dan hilang kepercayaan kepada pengurusan. Takutkan perubahan akan menghalang lahirnya idea baru dalam organisasi. Perasaan dengki akan menghalang kreativiti dan pemikiran baru. Pegawai organisasi yang berbakat akan hilang minat dan daya usaha jika bakat mereka tidak dihargai.

iii) iv) v)

5.

Jelaskan proses penggubalan sesuatu Rang Undang-Undang Persekutuan sebelum ianya menjadi undang-undang.

Jawapan Menteri / kementerian merangka dasar-dasar berkaitan Rang Undang-Undang itu setelah berunding dengan Perbendaharaan, lain-lain kementerian dan Peguam Negara. Draf Rang Undang-Undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.

Dapatkan kelulusan Jemaah Menteri bagi draf tersebut. Rang Undang-Undang dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara dan diedarkan kepada semua oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bacaan Kali Pertama Menteri kemukakan Rang Undang-Undang. Setiausaha Dewan membaca tajuk ringkas. Menteri memberitahu dewan masa untuk bacaan kedua dan ketiga. Bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang dibahaskan secara mendalam dengan menimbangkan kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruhnya ke atas rakyat. Menteri memberi jawapan dan penjelasan kepada soalan-soalan. Peringkat Jawatankuasa Penelitian secara terperinci ke atas setiap fasal mengikut urutan. Membuat pindaan jika perlu. Bacaan Kali Ketiga Menteri kemukakan semula Rang Undang-Undang untuk mendapatkan kelulusan. Dewan Negara Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat Rang Undang-Undang dibaca kali pertama, kedua, ketiga dan diluluskan oleh Dewan Negara. Yang di Pertuan Agong Rang Undang-Undang dipersembahkan untuk diperkenankan oleh Agong dan seterusnya menjadi undang-undang. Sekiranya ada pindaan maka Rang UndangUndang itu akan dibawa semula ke Dewan Rakyat. Kemudian diwartakan. 6. Proses Kerja yang terdapat di dalam Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.

Jawapan Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat di dalam MPK dan FM ialah : i) Mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas.

ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) 7.

Memperlihatkan tindakan-tindakan menjalankan tugas. Membantu kerja penyeliaan.

lengkap

yang

perlu

diambil

semasa

Memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila mengemaskini diperlukan. Mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang. Memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru. Mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai. Memudah dan melicinkan urusan harian pejabat. Menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan. Terangkan matlamat Dasar Ekonomi Baru dan strategi pelaksanaan yang telah diambil dalam membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Jawapan i. Dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975); merupakan rancangan ekonomi jangka panjang, iaitu sehingga tahun 1990. Matlamat utama ialah mewujudkan perpaduan antara kaum dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan dan penempatan. Matlamat ini cuba dicapai melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Antara langkah membasmi kemiskinan ialah : mewujudkan peluang pekerjaan. menggalakkan mobiliti pekerjaan. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, kawasan dan wilayah. memodenkan kehidupan desa. mewujudkan usahawan bumiputera. memperbaiki taraf hidup rakyat melalui peluang pendidikan dan penyediaan prasarana. Langkah menyusun semula masyarakat ialah : meningkatkan daya pengeluaran. Mengurangkan ketidakseimbangan struktur guna tenaga antara kaum.

ii.

iii.

iv.

v.

Menambah ekuiti saham bumiputera. Mengurangkan kadar pemilikan saham asing. Memajukan negeri-negeri yang mundur.

Matlamat akhir Dasar Ekonomi Baru ialah memberi peluang penglibatan bumiputera sebanyak 30% dalam kegiatan ekonomi negara menjelang akhir tahun 1990. Cik Aini adalah seorang pegawai di Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri. Beliau telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pembelian barangan keperluan Kementerian tersebut secara sebutharga. Dengan itu, beliau adalah bertanggungjawab juga bagi memproses sendiri sebutharga untuk dikemukakan kepada jawatankuasa sebutharga di peringkat Kementerian. a) b) c) Apakah yang anda faham dengan maksud pembelian secara sebutharga ? Terangkan mengenai keahlian jawatankuasa sebutharga. Nyatakan peranan Cik Aini dalam memproses sebutharga tersebut untuk dikemukakan kepada jawatankuasa sebutharga.

8.

Jawapan a) Pembelian Sebutharga. Pembelian tiap-tiap satu jenis item atau kelas item yang berkaitan melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan melebihi RM50,000 tetapi tidak melebihi RM200,000 boleh dibuat dengan mempelawa sebutharga daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal yang mendaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkenaan dengan menggunakan borang di Lampiran Q. Walau bagaimanapun perolehan bekalan yang bernilai melebihi RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah dibuat secara sebutharga di kalangan lima (5) pembekal bertaraf bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Tiap-tiap jenis item atau kelas jenis item yang berkaitan hendaklah menggunakan Lampiran Q yang berasingan. Kelas jenis item bermaksud barangan yang lazimnya digunakan bersama seperti kerusi dan meja, alat tulis, tayar dan tiub. Jika bilangan sebutharga yang dikehendaki tidak boleh didapati, urusetia sebutharga hendaklah berpuas hati bahawa bilangan pembekal yang ada kurang daripada lima (5). b) Jawatankuasa sebutharga terdiri daripada 3 orang dan dipengerusikan oleh Pemegang Waran Peruntukan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sempurnanya oleh Perbendaharaan. Peranan Cik Aini ialah i. ii. iii. iv. mengkaji sebutharga yang diterima. membuat syor mengenainya kepada jawatankuasa sebutharga. mengesyorkan sebutharga yang paling menguntungkan kerajaan. jika perlu nasihat daripada Jabatan Teknikal diperolehi.

c)

9.

Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Jawapan Dasar Pendidikan Negara sebagaimana dalam Akta Pelajaran 1961 menjadikan perpaduan sebagai matlamat akhirnya. Ini dapat dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut; a) i. ii. iii. Kurikulum Yang Sama Kurikulum sekolah diubah supaya berorientasikan Malaysia tanpa mengira bahasa pengantarnya. Semua sekolah rendah menggunakan KBSR dan semua sekolah menengah menggunakan KBSM. Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakan Malaysia telah diserapkan ke dalam semua mata pelajaran. Dengan cara ini, semangat kebangsaan dan sifat taat setia kepada negara dapat dipupuk. Sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur boleh dibentuk bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersepadu. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Utama Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah dan pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai 1970. Mata pelajaran Bahasa Melayu telah juga diwajibkan di semua sekolah rendah aliran bahasa Cina dan Tamil. Penggunaan satu bahasa dapat mengeratkan lagi perhubungan dan persefahaman antara kaum di negara ini. Kegiatan Kokurikulum

iv. b) i. ii.

c)

Aktiviti kokurikulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kegiatan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu aktiviti berpesatuan, unit beruniform dan sukan/olahraga. Dengan cara ini, usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu akan mudah dicapai. d) Satu Sistem Peperiksaan Yang Sama

Peperiksaan yang sama dan seragam telah dimulakan oleh kerajaan seperti Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Dengan adanya peperiksaan yang seragam dan sama ini, maka perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan satu imej dan identiti yang sama dan sepadu dapat dibentuk.

10.

Pendekatan-pendekatan berikut boleh meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Huraikan 3 daripada pendekatan di bawah. Latihan Kepimpinan. Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan. Perubahan sikap dan nilai. Pengalaman dan pusingan kerja.

a) b) c) d)

Jawapan a) Latihan Kepimpinan Setiap individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus orientasi supaya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab masingmasing. Latihan kerohanian perlu diberi penekanan dan diadakan dari semasa ke semasa. b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran. Memberi kesedaran kepada individu tentang pandangan Islam terhadap kepimpinan akan memberi kesan kepada diri individu itu sendiri. c) Perubahan sikap dan nilai Ini boleh dilakukan melalui latihan kederiaan (sensitivity training) di mana seseorang itu diberi peluang untuk mengenal diri sendiri dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai pemimpin. d) Pengalaman dan pusingan kerja Tiap-tiap individu dalam jabatan hendaklah diberi peluang yang meluas untuk menjawat jawatan yang tanggungjawabnya mencabar. Ini boleh dilakukan dengan sistem pusingan kerja dan penglibatan mereka dalam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). 11. a) i. ii. Faktor-faktor yang mendorong Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia Pentadbiran dan Keselamatan membolehkan Sabah dan Sarawak mendapatkan kemerdekaan lebih awal. memperkuat dan memperkukuhkan pertahanan serantau Asia Tenggara menghadapi ancaman daripada kuasa-kuasa luar. Melalui penyertaan dalam Malaysia, satu negara yang lebih kuat dan kukuh akan dapat diwujudkan. Ini akan dapat menyekat pengaruh kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan serantau.

iii.

bekerjasama dan mengurangkan ancaman komunis dalam negeri. Pengalaman dan cara-cara Tanah Melayu menghadapi ancaman komunis dapat digunakan bagi tujuan yang sama di Sabah dan Sarawak. latarbelakang pentadbiran yang sama di bawah British memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu. Ekonomi Sabah dan Sarawak mempunyai sumber-sumber ekonomi yang sama dengan Tanah Melayu seperti hasil pertanian, kayu balak dan galian. Oleh itu, tenaga pakar yang sama dapat digunakan untuk meningkatkan pengeluaran di kedua-dua negeri itu. Dengan itu projek-projek pembangunan dapat dipesatkan. kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung akan lebih berkembang. Eksport dan import akan meningkat. Sosial

iv. b) i.

ii. c)

Pada amnya rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada satu rumpun yang sama dengan orang-orang di Tanah Melayu. Mereka bertutur bahasa dan mengamalkan kebudayaan yang hampir sama dengan penduduk di Tanah Melayu. Ini memudahkan integrasi nasional. 12.

You might also like