Pembantu Keselamatan Gred Kp17

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

MENUJU KEBITARAAN DAN KECEMERLANGAN

Kami mahu anda yang berkelayakan, komited dan pro-aktif bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan
kecemerlangan pendidikan membawa anak watan ke puncak kegemilangan untuk mengisi kekosongan
jawatan-jawatan berikut:

SYARAT LANTIKAN

Syarat Umum lantikan untuk semua jawatan :


a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

1. Jawatan : KURATOR GRED S48

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial

Jadual Gaji Matriks

Gred S48 : P1T1 RM4348.05 – P1T8 RM5770.17


P2T1 RM4779.42 – P2T8 RM6318.44

Syarat Lantikan:

(a) (i) Diploma Seni Lukis dan Seni Reka diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun
dalam bidang berkenaan; ATAU

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang sosiologi, antropologi, sejarah, kaji purba atau zoologi
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(c) berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan, pengalaman kerja selama sekurang-
kurangnya 10 tahun adalah suatu kelebihan;

(d) mempunyai input yang luas dalam bidang ini di samping daya kepimpinan yang tinggi;

(e) dinamik, berinovatif dan berdaya saing;

(f) mencapai tahap prestasi dan lulus semua ujian yang ditetapkan.

2. Jawatan : PEGAWAI PERGIGIAN GRED U44

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan

Gred Jadual Gaji Matriks

Gred U44 : P1T1 RM3028.90 – P1T14 RM5018.81


P2T1 RM3358.68 – P2T14 RM5547.49

Syarat Lantikan:

1
(a) (i) Ijazah dalam ilmu pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar
sementara atau penuh dengan Majlis Pergigian Malaysia ; ATAU

(ii) ijazah dalam ilmu pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan dan telah berdaftar dengan Majlis
Pergigian Malaysia berdasarkan Seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971;

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganny a oleh kerajaan;

(c) mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun
adalah suatu kelebihan;

(d) mencapai tahap prestasi dan lulus semua ujian yang ditetapkan.

3. Jawatan : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41


Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat

Jadual Gaji Matriks

Gred F41 : P1T1 RM1899.01 – P1T25 RM4715.47


P2T1 RM1995.02 – P2T25 RM4988.08
P3T1 RM2095.21 – P3T25 RM5284.57
Syarat Lantikan:

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; ATAU

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisis Sistem
(INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T3); ATAU
(iv) Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T6); ATAU
(v) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Komputer atau Kejuruteraan Komputer
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T9).

(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.

4. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sistem Maklumat

Jadual Gaji Matriks

Gred F29 : P1T1 RM1544.85 – P1T21 RM3034.66


P2T1 RM1615.95 – P2T21 RM3237.37
P3T1 RM1690.06 – P3T21 RM3415.79
Syarat Lantikan:

(a) (i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T1); ATAU

2
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T2).

(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.

5. Jawatan : JURURAWAT GRED U29

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan

Jadual Gaji Matriks

Gred U29 : P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39


P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 – P3T27 RM3476.28

Syarat Lantikan:

(a) Diploma Kejururawatan daripada Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang
diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan
Lembaga Jururawat Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6); DAN

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.

6. Jawatan : AHLI MUZIK GRED B27


Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Bakat dan Seni

Jadual Gaji Matriks

Gred B27 : P1T1 RM1210.60 – P1T26 RM3033.15


P2T1 RM1280.18 – P2T26 RM3219.30
P3T1 RM1352.78 – P3T26 RM3411.31

Syarat Lantikan:

Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik
moden atau tradisional.

7. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP27

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam

Jadual Gaji Matriks

Gred KP27 : P1T1 RM1204.55 – P1T25 RM2928.79


P2T1 RM1274.13 – P2T25 RM3110.40
P3T1 RM1346.73 – P3T25 RM3297.87

Syarat Lantikan:

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; ATAU

(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP27: P1T5); ATAU

3
(iii) bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang
setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik; DAN

(b) semua calon hendaklah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(c) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangny a 79sm dan semasa menarik
nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN

(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; DAN

(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

8. Jawatan :
PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N17
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji Matriks

Gred N17 : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35


P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan :

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan
lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20
p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15
p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T2)

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer); ATAU

(ii) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan


yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9)

(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.

9. Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji Matriks

Gred N17 : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35


P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan :

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T1); ATAU

4
(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6); ATAU

(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8); ATAU

(iv) Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancangan bandar dan wilayah yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9); DAN

(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil
trengkas).

10. Jawatan : PENYELIA ASRAMA GRED N17


Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji Matriks

Gred N17 : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35


P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ATAU

(ii) Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat atau


perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6) DAN

(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan. kecuali calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (ii)
di atas.

11. Jawatan : PEREKA GRAFIK GRED B17

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni

Jadual Gaji Matriks

Gred B17 : P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15


P2T1 RM880.88 – P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 – P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan:

Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; DAN

(a) (i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka
dan/atau seni lukis; DAN

(ii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan; ATAU

(b) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat
peperiksaan tersebut; dan mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan/atau seni
lukis; DAN

5
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; ATAU

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut; DAN

(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

12. Jawatan : PELUKIS PELAN GRED J17

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan

Jadual Gaji Matriks

Gred J17 : P1T1 RM843.06 – P1T26 RM2325.37


P2T1 RM896.00 – P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 – P3T26 RM2583.95
Syarat Lantikan:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta
mendapat kepujian dalam subjek Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan
tersebut.

(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

13. Jawatan : AHLI MUZIK GRED B17

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Bakat dan Seni

Jadual Gaji Matriks

Gred B17 : P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15


P2T1 RM880.88 – P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 – P3T24 RM2423.63
Syarat Lantikan:
Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik
moden atau tradisional.

14. Jawatan :
PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam

Jadual Gaji Matriks

Gred KP17 : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35


P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas
dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang

6
baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan;

(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik
nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan

(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.dan

(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) (i) hendaklah lulus Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

15. Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam

Jadual Gaji Matriks

Gred KP17 : P1T1 RM740.62– P1T21 RM1714.26


P2T1 RM783.09– P2T21 RM1802.40
P3T1 RM827.19– P3T21 RM1892.17

Syarat Lantikan:

(a) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah
disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan;

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik
nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan

(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.dan

(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) (i) hendaklah lulus Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

7
KEMUDAHAN ELAUN:

IMBUHAN IMBUHAN IMBUHAN TETAP


GRED JAWATAN TETAP TETAP KHIDMAT AWAM CATATAN
PERUMAHAN KERAIAN

Pensyarah –
RM1300.00 RM2150.00 -
VK7/VK6/VK5
Pensyarah - DS53/54 RM900.00 RM800.00 -

Pensyarah - DS51/52 RM700.00 RM600.00 -

Pensyarah - DS45 RM700.00 RM500.00* RM300.00 *Imbuhan Tetap Keraian sebanyak


RM500.00 sebulan diberi kepada
48 RM700.00 RM550.00 - anggota pada tahun ke-10 dan ke
43 - 44 RM400.00 RM400.00 - atas dalam gred yang sama atau
setaraf. Tempoh perkhidmatan yang
41 - 42 RM250.00 - RM300.00 diambilkira tidak termasuk tempoh
cuti tanpa gaji. Sebelum itu anggota
27 – 34 RM180.00 - RM160.00
dibayar ITKA.
17 – 24 RM180.00 - RM115.00

1 – 16 RM180.00 - RM95.00

UMUM

A. TARAF JAWATAN : Tetap

B. TEMPOH PERCUBAAN
Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

C. PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI
Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.

D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN


Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim
perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke alamat seperti di laman web kami sebelum atau pada 06
Oktober 2008 (Isnin).

PERHATIAN

Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak lengkap diisi ATAU
lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Jika tuan/puan tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 6 bulan
daripada tarikh permohonan sila anggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

PANDUAN PERMOHONAN

Sila layari laman web Universiti Pendidikan Sultan Idris di http://pendaftar.upsi.edu.my/iklan/iklan.htm mulai 14
September 2008 (Ahad) untuk butiran terperinci mengenai jawatan dan prosedur memohon jawatan berkenaan.

Cara Memohon :
i. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online.
ii. Pastikan anda memperolehi, mencatatkan dan menyimpan nombor ID yang merupakan nombor rujukan
permohonan anda.
iii. Pastikan semua butiran maklumat telah lengkap diisi sebelum menekan butang ’apply’.

8
iv. Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan Curriculum Vitae (CV) pada kertas A4 dan
seterusnya mengambil tindakan berikut :
(a) Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.
(b) Melampirkan salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan dengan kemas dan tersusun.
(c) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan PihakBerkuasa
Tempatan perlu melampirkan perakuan permohonan daripada Ketua Jabatan beserta salinan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.

v. Cetakan ID, CV dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat :

UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap
dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang
pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak
berjaya.

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 / 6338 / 6339 / 6340 atau emel myjob@upsi.edu.my untuk
pertanyaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 06 OKTOBER 2008 (ISNIN)

You might also like