Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bahagian A(ii) Ringkasan (20 markah) 1) Baca petikan di bawah ini dengan teliti .

Berdasarkan petikan tersebut,tulis satu ringkasan tentang kepentingan internet kepada murid dan guru. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah makna asal petikan.

Masyarakat alaf ini telah menyedari bahawa internet semakin penting dalam kehidupan mereka . Dalam tempoh beberapa tahun ini sahaja, jumlah pengguna internet telah meningkat secara mendadak. Peningkatan ini mengambarkan bahawa semakin banyak orang yang sedar akan kepentingan internet. Bagi guru, penggunaan internet akan meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran.Kepada murid pula,penggunaan internet akan memudahkan mereka menyempu rnakan pelbagai tugasan yang diberikan kepada mereka. Penyedia kemudahan ini seperti MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic System) menyalurkan pelbagai maklumat seperti artikel , majalah,perisian komputer, gambar,video dan sebagainya.Kesemua ini dapat membantu guru dan murid untuk memperoleh maklumat sebanyak yang mungkin. Melalui mel-elektronik atau e-mel,para pengguna internet dapat berhubung antara satu dengan yang lain secara langsung dalam bentuk teks. Mereka dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia sambil mendapatkan pelb agai idea,berkongsi maklumat,dan berbincang tentang sesuatu topik. Oleh sebab internet banyak menggunakan bahasa Inggeris, murid yang sering memanfaatkan internet akan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris da kemahiran n berkomunikasi. Selain itu, mereka akan menjadi lebih peka dengan isu-isu semasa kerana pelbagai isu yang terkini akan disampaikan dengan lebih pantas melalui internet. Satu lagi keistimewaan internet perkhidmatan yang dikenali sebagai usenet. Perkhidmatan ini memungkinkan pengguna internet menyertai kumpulan perbincangan tentang sesuatu topik.Menerusi perbincangan tersebut, guru dan pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan idea tentang sesuatu isu dan masalah.

Bahagian A (ii) ;Pemahaman (10 markah) Berdasarkan petikan Bahagian A (i) , jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Apakah maksud rangkai kata meningkat secara mendadak dalam petikan tersebut? ( 2 markah) 2. Apakah kebaikan e-mel kepada pengguna? (4 markah) 3. Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan yang timbul jika seseorang menyalahgunakan internet. (4 markah) 1.

Bahagian A(ii) Ringkasan (20 markah) 2) Baca petikan di bawah ini dengan teliti .Berdasarkan petikan tersebut,tulis satu ringkasan tentang punca-punca sungai tercemar. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah makna asal petikan.

Sungai merupakan kurniaan Allah yang paling benilai kepada manusia dalam kehidupan . Namun demikian, dalam keghairahan manusia mengejar kemajuan dunia, sungai telah dijadikan korban. Tanggungjawab manusia untuk memelihara sungai sudah tidak lagi mendapat tempat di hati mereka. Kesedaran mereka terhadap kepentingan sungai semakin menipis hingga masalah ini semakin membengkak. Sungai dijadikan sebagai medan pembuangan sampah sarap. Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindak tanduk manusia menyebabkan manusia sungai diperlakukan sedemikian rupa. Ketidakcekapan pengurusan sampah turut menyumbang kepada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat membuang sisa-sisa buangan ke dalam sungai. Natijahnya, berlaku wabak penyakit yang melibatkan sakit atau gatal-gatal kulit bagi mereka yang mandi manda di sungai. Sumber protein juga terjejas kerana kandungan toksik dalam sungai meningkat. Manusia seolah-olah lupa bahawa tindakan mencemarkan sungai seolah -olah mencurahkan racun dalam sumber api mereka. Pelaksanaan kempen kempen seperti Hentikan Pencemaran dan Cintailah Sungai Kita yang sering diuar-uarkan di media massa dianggap tidak berkesan. Malah,ada segelintir masyarakat yang langsung tidak menyedari wujudnya kempen-kempen tersebut. Penguatkuasaan undangundang yang tidak tegas oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyebabkan gejala pencemaran berlaku dengan berleluasa. Pihak kilang semakin berani membuang sisa-sisa kilang ke dalam sungai tanpa segan dan silu. Masyarakat sepatutnya melaporkan kejadian yang mengancam ke sihatan mereka kepada pihak berkuasa.Sehubungan dengan itu, tindakan menyelamatkan harus segera kita ambil untuk menyelamatkan warisan yang amat berharga ini.

Bahagian A (ii) Pemahaman (10 markah) Berdasarkan petikan Bahagian A (i),jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Apakah maksud rangkai kata masalah ini semakin membengkak ? (2 markah) 2. Nyatakan kesan yang mungkin timbul apabila masyarakat membuang pelbagai bahan buangan ke dalam sungai. (4 markah) 3. Pada pendapat anda , apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah pencemaran sungai di negara kita? (4 markah)

Jawapan Bahagian A (i) ringkasan no . 1 : 1) Kepentingan 1-penggunaan internet akan meningkatkan keberjesanan guru dalam pengajaran. 2) Kepentingan 2-penggunaan internet akan memudahkan murid menyempurnakan pelbagai tugasan yang diberikan kepada mereka. 3) Kepentingan 3- internet dapat membantu guru dan murid untuk memperoleh maklumat sebanyak yang mungkin. 4) Kepentingan 4 Melalui e-mel, para pengguna internet dapat berkomunikasi antara satu dengan yang lain secara langsung dalam bentuk teks. 5) Kepentingan 5- murid yang sering memanfaatkan internet akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi. 6) Kepentingan 6- mereka akan menjadi lebih peka dengan isu-isu semasa kerana pelbagai isu yang terkini dapat disampaikan dengan lebih pantas melalui internet. 7) Kepentingan 7- pengguna internet dapat menyertai kumpulan tentang sesuatu topik melalui usenet

Jawapan bahagian A (ii): 1) Maksud rangkai kata meningkat secara mendadak ialah bertambah dengan tiba-tiba. 2) Kebaikan e-mel; - Pengguna dapat berkomunikasi antara satu dengan yang lain. - Pengguna mendapat pelbagai idea - Pengguna dapat berkongsi maklmuat - Pengguna dapat berbincang tentang sesuatu topik. 3) Kesan buruk jika seseorang menyalahgunakan internet: - Akhlak seseorang akan rosak jika mereka melayari laman web lucah - Mereka dapat menyalahgunakan internet untuk menyebarkan fitnah yang dapat menimbulkan kesan negatif kepada seseorang,masyarakat atau negara. - Mereka dapat mengirim virus yang merosakkan program pengguna lain.

Jawapan Bahagian A(i) no. 2 : 1) Punca 1- Keghairahan manusia mengejar kemajuan dunia menyebabkan sungai menjadi korban. 2) Punca 2- kesedaran mereka tentang kebersihan sungai kian menipis kerana sungai dijadikan sebagai medan pembuangan sampah. 3) Punca 3- kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindak -tanduk manusia menyebabkan sungai diperlakukan sebegitu rupa 4) Punca 4- ketidakcekapan pengurusan sampah turut menyumbang kepada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat membuang sisa-sisa buangan ke dalam sungai .

5) Punca 5- pelaksanaan kempen seperti Cintailah Sungai Kita dan Hentikan Pencemaran yang sering diuar-uarkan di media massa dianggap tidak berkesan 6) Punca 6- penguatkuasaan undang-undang yang tidak tegas oleh Jabatan Alam Sekitar menyebabkan gejala pencemaran berlaku dengan berleluasa. 7) Punca 7- masyarakat tidak melaporkan kejadian yang mengancam kesihatan kepada pihak berkuasa.

Jawapan Bahagian A(ii) 1) Maksud rangkai kata tersebut-kesulitan yang semakin bertambah teruk. 2) Kesan yang timbul apabila masyarakat membuang bahan buangan ke dalam sungai - Mereka yang mandi-manda di sungai mengalami masalah kulit - Menjejaskan sumber protein manusia - Mengotorkan sumber air untuk mandi dan minum 3) Langkah yang harus diambil kerajaan untuk menangani masalah pencemaran sungai di negara ini: - Menguatkuasakan peraturan dengan membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa. - Mewartakan kawasan sungai sebagai kawasan bebas daripada medan pembuangan sampah - Menggalakkan pihak swasta atau agensi kerajaan menjadikan sungai sebagai anak angkat

You might also like