Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Bab 1: Pengenalan

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

BAB 1 : PENGENALAN DEFINISI Perakaunan didefinisikan sebagai satu seni untuk merekod, meringkas, mengelas, menganaisis dan mengkomunikasikan maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi. Hasil daripada keseluruhan aktiviti yang terlibat dalam definisi di atas, maka wujud sistem maklumat kewangan (SMK). Sebagai SMK, perakaunan melibatkan tiga aktiviti utama, iaitu mengenal pasti, merekod dan mengkomunikasikan transaksi-transaksi kewangan atau perisitiwa ekonomi seperti yang telah disebutkan. a) Mengenal Pasti Ini melibatkan pemilihan peristiwa-peristiwa yang dianggap sebagai bukti-bukti aktiviti ekonomi yang relevan pada satu-satu organisasi. b) Merekod Peristiwa yang telah dikenal pasti seperti di atas akan diberi ukuran wang dalam bentuk ringgit dan sen untuk direkodkan dalam buku-buku tertentu organisasi. Perekodan ini pula adalah mengikut catatan kronologi (diatur mengikut tarikh sesuatu peristiwa ekonomi itu berlaku yang berlaku dahulu, akan didahulukan dan begitulah seterusnya). Dalam masa perekodan yang mesti dibuat mengikut kaedah sistematik yang tertentu, peristiwa-peristiwa atau transaksi-transaksi ekonomi itu dikelas dan diringkaskan. c) Mengkomunikasikan Bagi tujuan menjadikan angka-angka yang telah direkod, dikelas dan diringkaskan itu bermakna dan brguna, maka ia mestilah dikomunikasikan kepada pengguna-pengguna atau pihak-pihak yang berminat dengan maklumat kewangan organisasi berkenaan. Maklumatmaklumat ini biasanya dipersembahkan dalam bentuk penyata.

BIDANG-BIDANG PERAKAUNAN Secara umumya, sehingga ke hari ini, bidang-bidang perakaunan terdiri daripada 5 teras utama iaitu:a) Perakaunan Kewangan Apa yang ditunjukan ialah keputusan perniagaan (sama ada untung atau rugi) dalam sesuatu tempoh perakaunan, kedudukan kewangan dan aliran masuk serta aliran keluar tunai serta sumber-sumber lain tunai yang berkaitan dengan operasi perniagaan itu. Penyediaan penyata kewangan yang merupakan ringkasan daripada operasi itu mestilah mematuhi akta-akta tertentu dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau peraturan yang telah diguna pakai daripada Standard Perakaunan Antrabangsa (International Accounting Standard IAS). Objektif utama dalam perakaunan kewangan adalah untuk menyediakan makumat perakaunan kepada pengguna luaran. Mereka menggunakan maklumat itu untuk membuat keputusan, seperti melabur dalam perniagaan itu, memberi pinjaman kepada perniagaan itu dan sebagainya. 1
Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina

Bab 1: Pengenalan

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

b) Perakaunan Pengurusan Perakauanan dalam bidang ini mengkhusus kepada penyediaan maklumat-maklumat untuk kegunaan dalam perniagaan, iaitu untuk pihak pengurusan dan kakitangan. Mereka menggunakan maklumat-maklumat perakaunan pengurusan bagi perancangan, kawalan, pembuatan keputusan dan pengurusan syaikat untuk keseluruhannya. Di dalam perakaunan pengurusan ini termasukah juga kos dan pengekosan kepada perkhidmatan dan barangan yang menjadi produk kepada operasi sesuatu perniagaan. Contoh laporan daripada perakaunan pengurusan adalah seperti belanjawan dan laporan prestasi. c) Pengauditan Penyata yang disediakan dalam bidang perakaunan kewangan itu diperiksa kesahihannya di peringkat dalaman dan juga luaran. Tujuan untuk memastikan segala peraturan dan prosedur yang dikehendaki oeh akta dan standard dipatuhi. Semua perkara yang diakaunkan disokong oleh bukti-bukti dokumen sumber yang sah. Perniagaan-perniagaan yang berbentuk syarikat yang ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 dan berdaftar dengan Pendaftar Syarikat dimestikan pengauditan atau pemeriksaan akaunnya oleh juruaudit luar yang bertauliah. Juruaudit luar ini terdiri daripada Akauntan Bertauliah yang mesti memberi pendapat mereka selepas mengaudit dengan teliti ke atas akaun-akaun dengan menyatakan kesaksamaan dan kebenaran (true and fair view) laporan kewangan yang diterbitkan kepada umum. d) Percukaian Bidang perakaunan melibatkan penasihatan percukaian, perancangan cukai dan penyediaan penyata cukai atau retan cukai. Mereka terlibat dalam bidang ini mestilah mahir dalam bidang perakaunan, terutama perakaunan kewangan. Kerja-kerja yang dibuat oleh akauntan dalam bidang ini banyak berhubungan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. e) Sistem Maklumat Perakaunan Definasi- satu rangkaian prosedur atau tatacara yang berhubungan antara satu maklumat perkauanan dengan satu maklumat perakaunan atau maklumat yang berkaitan dengannya. Menjalankan fungsi-fungsi pemprosesan data-data perakaunan yang mana kemudiannya dihubungkan dengan sistem maklumat pengurusan yang memproses data-data lain selain data-data perakaunan untuk kegunaan organisasi. Maklumat-maklumat segala keputusan dalam bidang-bidang perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian dan sebagainya itu dihasilkan dengan menggunakan sistem maklumat perakaunan.

Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina

Bab 1: Pengenalan

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

KERJAYA DALAM PERAKAUNAN Secara amnya, terdapat tiga kategori akauntan, iaitu akauntan awam, akauntan persendirian dan akauntan perakaunan bukan untung. Di Malaysia, mengikut Akta Perakaunan 1967 Seksyen 13(1), terdapat tiga jenis akauntan, iaitu akauntan berdaftar, akaunan awam dan akauntan berlesen. Akauntan Berdaftar (RA) Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah akauntan bertauliah, tetapi tidak menjadi pengamal di firma-firma audit/perakaunan. Mereka mungkin bekerja dengan kerajaan atau di sektor industri. Akauntan Awam (PA) Akauntan jenis ini mempunyai kelulusan yang sama dengan akauntan berdaftar, tetapi mereka mempunyai sijil pengamal dan menjalankan tugas mengaudit di firma-firma lain. Saah satu syarat untuk mendapat sijil ialah pengamal telah menjalani atihan articleship di firma-firma juruaudit. Akauntan Berlesen (LA) Mereka tidak mempunyai keluusan profesional atau ijazah dalam perakaunan, tetapi oleh sebab sudah lama bekerja dalam bidang audit dan perakaunan, mereka berjaya menimba ilmu daripada pengalaman kerja. Oleh itu, pihak berkuasa telah membenarkan mereka untuk menjadi pengamal audit/perakaunan. Namun kebenaran yang diberi hanyalah pada satu ketika dahulu. Sekarang tidak ada lagi lesen-lesen baharu dikeluarkan untuk mereka. Oleh itu, bilangan akauntan berlesen menjadi semakin kecil kerana pengamal yang sedia ada akan bersara apabila tiba tempohnya. TUGAS DAN PERANAN AKAUNTAN Seorang akauntan terlibat dengan kerja-kerja pengauditan supaya penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat-syarikat mematuhi keperluan Akta Syarikat 1965 dan standardstandard perakaunan yang telah ditetapkan. Akauntan juga memainkan peranan penting dalam bidang percukaian termasuklah bertindak sebagai penasihat dan perancang percukaian serta menyediakan borang penyata cukai syarikat yang diperlukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Seorang akauntan bertindak sebagai perancang, pengawal dan pengurus kewangan organisasi tempat mereka bekerja. Tugas penting seorang akauntan pengurusan ialah merancang dan melibatkan diri sebagai pengawal atau pengurus dalam penyediaan belanjawan serta sistem pengekosan. Membuat kerja-kerja perakaunan secara umum seperti dalam perekodan urus niaga dan penyediaan penyata pendapatan dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Akauntan juga menjalankan tugas-tugas pengauditan dalaman.

Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina

Bab 1: Pengenalan

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

PRINSIP PERAKAUNAN DITERIMA UMUM Di Malaysia terdapat 3 organisasi yang terlibat secara langsung dalam pembentukan standard-standard dan amalan perakaunan iaitu :1. Institut Akauntan Malaysia ( Malaysian Institute of Accountant MIA ) Ditubuhkan pada 1967 sebaik sahaja akta akauntan 1967 dikuatkuasakan. Institut ini tidak mengendalikan apa-apa peperiksaan tetapi diberi kuasa mutlak dalam pengiktirafan kelulusan untuk 10 buah badan perakaunan luar negara (contohnya ACCA, ICA Australia, CIMA) dan satu badan perakaunan tempatan (MICPA) di samping pengiktirafan ke atas semua ijazah perakaunan dari universiti tempatan (IPTA) Pemegang ijazah dan kelulusan profesional boleh memohon untuk menjadi Akauntan Bertauliah (Public Accountant PA) selepas menjaani artikelship (latihan bekerja di firmafirma Juruaudit) selama tiga tahun. Akauntan Bertauliah yang layak akan menerima Siji Pengamalan dan boleh menggunakan perkataan PA sebagai cap setem di belakang nama mereka. Manakala, mereka yang tidak menjalani latihan tiga tahun yang disyaratkan, tetapi bekerja di sektor kerajaan atau industri-industri lain sebagai akauntan boleh pula memohon menjadi Akauntan Berdaftar (Registered Accountant RA) selepas beberapa tahun pengalaman kerja yang diperakui oleh MIA. MIA menjadi bahan untuk mengawa selia para akauntan supaya mematuhi peraturan dan etika profesion seorang akauntan. 2. Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) MACPA telah ditubuhkan pada tahun 1958. Ahli terdiri daripada pada Akauntan Awam yang bertauliah. MICPA bertanggungjawab melatih akauntan-akauntan bertauliah. Program-program pendidikan untuk membantu CPA meningkatkan taraf dalam pengetahuan dan kemahiran teknikal juga terus diadakan. Ketika MICPA ditubuhkan 45 tahun lalu, belum terdapat standard-standard perakaunan yang boleh dipegang atau diikuti oleh amalan perakaunan kecuai yang dijalankan di Amerika Syarikat. MICPA menerajui usaha membentuk standard-standard dengan menerbitkan Penyata Teknikalnya yang pertama pada tahun 1972 bertajuk Cadangan-candangan Untuk Persembahan Akaun dan Laporan dan Kelulusan Audit. 3. Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) MASB telah dibentuk sebagai sebuah badan autoriti untuk membangun dan menerbitkan standard perakaunan bagi negara Malaysia. Tujuan adalah untuk memastikan kualiti dan penguatkuasaan standard-standard perakaunan. MASB melibatkan ramai pihak yang berkepentingan di dalam proses penetapan standardnya, iaitu seperti pengguna laporan, penyedia laporan, juruaudit dan penguat kuasa undang-undang.

Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina

You might also like