Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BIODATA ABDUL SAMAD SAID

Abdul Samad binMuhammad Said atau dikenali sebagai A.Samad Said.Beliau lahir pada 9 April 1935.Merupakan Sasterawan Negara Malaysia 1986.Beliau di anugerahkan sebagai anugerah Sasterawan Negara yang ke -4.Beliau juga pernah di anugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam,Durian Tunggal,Melaka.A.Samad Said mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja,Singapura (1940 -1946) dan Institusi Victoria,Singapura (1956).Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah,beliau telah menulis banyak karya yang terkenal. Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera seperti karya Ajip

Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayers Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak. Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam me mperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999). Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003) Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya -karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan k ecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

PENGLIBATAN MEMPERJUANGKAN BAHASA


Dato A.Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI ( GMP ) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Beberap a siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009.Beliau bersama lebih 8000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk di serahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin.Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai.Beliau turut terkena gas pemedih mata. Pada 15 Mac 2009,beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional atau UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya di Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai.Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24 -28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanah airnya. Dalam perhimpunan UMNO itu,semua peringkat pemimpin yang mengagung agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja.jangan bahasa Melayu.Bahasa Melayu bukan milik mereka,bukan milik UMNO. A Samad Said melancarkan program Kembara Kasih Bahasa ke seluruh negara.Beliau juga antara pemimpin Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih.Pada 5 Julai 2011,beliau bersama pengerusi Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan.

HUJAN PAGI
SENJA itu barulah masyarakat hewan di tasik indah tersebut dapat berhimpun semula. Seperti biasa, setelah enak mandi di tasik, Merjah yang sampai dulu. Entah bagaimana burung merpati yang bertiga itu sempat melakar warna dan kata pada badan Merjah sehingga terbentuklah abjad B hampir di serata badannya. Merjah bangga kerana dia tahu bahawa abjad B berlatar kuning itu bererti Bersih. Merjah tidak risau akan persekitaran tasiknya. Tasik itu sentiasa tenang dan pada waktu senja, sentiasa indah, sentiasa jernih, sentiasa bersih. Dengan tidak membacanya pun Merjah tahu bahawa abjad B itu sangat nyaring dan merdu bersuara. Dan seperti berulang didengarnya: Bers ih, Bersihkasih, kasih! Semua penghuni tasik itu sudah pun pulang melalui daratan dan angkasa dari sejauh sempadan di Selatan dan di Utara . Sejak dua minggu lalu aliran manusia sudah pun mula ditapis oleh para kuasawan yang sangat megah berkuasa. Sat dan Du yang masing-masing baru pulang dari Selatan dan Utara melaporkan bahwa semua aliran manusia dicemburui kelompok kuasawan ini. Aliran manusia itu dihalang, dihadang, dikekang dan dipalang supaya tidak sampai ke Stadium Merdeka. Kelompok kuasawan tertentu itu bersungguh-sungguh menghalang, menghadang, mengekang dan memalang upacara penyampaian Memo Bersih Hanya Tig saja tampaknya tidak henti -henti mendecipkanmenceritakan tentang bagaimana ribuan manusia yang disengkang datang ke tempat perhimpunan itu. Gas pemedih mata dan pancutan air menyeksa menyamput aliran manusia. Kelompok kuasawan terpilih benci mendengar lirik senandung Bersih dinyanyikan seharmoninya. Senja itu masyarakat hewan berkumpul lagi untuk menilai dan menafsir tindakan manusia dalam Peristiwa 9 Julai itu. Merjah tidak faham mengapa

kelompok kuasawan terpilih begitu cemburu terhadap upaya memperbaik iklim demokrasi. Demokrasi rupa-rupanya ingin dikacip kepaknya agar tidak dapat terbang bebas. Sebaik khalayak hewan penuh, Merjah pun be rsyarah: Hari ini kita belajar tentang kemurnian gerakan Bersih. Lalu, masyarakat hewan itupun menyanyikan senandung Bersih, bersihkasih, kasih!.

You might also like