Nota PKB 3101 Pengenalan Kepada Masalah Pembelajaran

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PKB 3101 PENGENALAN KEPADA MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK 1 Dif : kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh

pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan dr segi : 1. kebolehan kognitif 2. kemahiran perkembangan tingkah laku (developmental skills) 3. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial 4. penguasaan bahasa lisan/bacaan/tulisan 5. kemahiran matematik CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran: a. Ciri-ciri fizikal tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal ttp lebih kecil bentuk badan jika disbbkan factor gen. b. Ciri-ciri intelek lewatan kematangan. rendah daya ingatan, rendah pengamatan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar rendah, mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. c. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat kurang tumpuan terhadap Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak. Minat sama dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka. Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi: 1. Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak- kanak berumur < 3 tahun) 2. Down' Syndrome dan Autisma 3. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) 4. Terencat Akal (Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun) 5. Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dyspraxia, Hyperlexia,apraxia dll Akta 1. Pendidikan Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lainlain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif. 2. Hak Asasi Menurut Akta Bagi Orang Yang Kurang Upaya 2002, kurang berupaya bererti `penghalangan atau kekurangan upaya untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa.' Golongan kurang berupaya terdiri daripada individu yang mempunyai kecacatan fizikal seperti kehilangan anggota, buta, pekak, bisu dan lumpuh atau kecatatan mental seperti celebral plasy, sindrom down dan autisme. Sebagai anggota masyarakat, golongan kurang upaya mempunyai hak dan kedudukan yang sama seperti golongan yang lain. 3. Kebajikan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S) Geran Pelancaran (GP)- Bantuan kewangan untuk memulaka perniagaan atau perusahaan.RM2700 Elaun Pekerja Cacat (EPC)- RM300 sebulan. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)- RM150 sebulan. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)-RM300 sebulan

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Berlakunya Masalah Pembelajaran. 1. Keturunan- Genetik contohnya 'Downs Syndrome, Muscular Dystrophy 2. Pemakanan- Kekurangan zat makanan semasa hamil seperti kurang 'folic acid' bolehmenyebabkan ~keadaan tertentu contohnya 'spina bifida, microcephaly, anencephaly 3. Persekitaran- tempat tinggal di kws tercemar- Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) 4. Lain-lain Jangkitan kuman Kemalangan semasa mengandung Kecederaan semasa lahir Stress, tekanan Penyalah gunaan ubat Dadah, alcohol, merokok

Implikasi Masalah Pembelajaran 1. Perkhidmatan- Dibawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2. Pendidikan- Hak pendidikan yang sama dengan kanak-kanak normal. Disediakan penidikan khas. 3. Kebajikan Tertubuhnya NGO Aksesibiliti bangunan awam dan persekitaran terbina. Aksesibiliti kepada pengangkutan awam. Pekerjaan OKU Matlamat Pendidikan Utk Murid2 Bermasalah Pembelajaran Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh.. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. 1. Menguasai kemahiran berkomunikasi . 2. Menguasai kemahiran bergaul . 3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling . 4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri . 5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian . 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif . 7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi . 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni . 10. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek .

You might also like