LUGGNU AISUNAMpns

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

MELAHIRKAN PERSONALITI UNGGUL

Utusan Malaysia, Jumaat 27 Mei 2005 >> MUKA 12

Manusia unggul Di persada antarabangsa


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

NSTITUSI pendidikan negara terus-menerus mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam mengetengahkan manusia unggul di pentas antarabangsa. Secara umumnya, sejarah pendidikan negara tidak pernah sunyi dalam mencatatkan nama-nama yang berjaya mencipta pencapaian dalam segenap aspek. Nama tokoh akademik, Prof. Diraja Ungku Aziz pastinya tidak boleh dipisahkan dengan Universiti Malaya (UM). Sumbangan berharga beliau terutamanya dalam bidang ekonomi dan perkembangan intelektual terus menjadi sebutan. Terbaru, beliau menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama Anugerah Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei lalu. Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Negara (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II. Selain itu beliau juga ialah pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa), Akademi Islam UM, Pusat Asasi Sains UM dan Kedai Buku Koperatif UM. Rakyat Malaysia juga pastinya tidak akan melupai nama Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang baru-baru ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1426 peringkat kebangsaan - antara pemikir yang cukup disanjung kerana ketajaman ilmunya. Anak didik UM ini mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 dan rasa kecintaan terhadap ilmu tidak berhenti di situ apabila terus menerokai bidang keilmuan sehingga muncul sebagai antara pemikir Islam yang disegani. Beliau dikenali sebagai tokoh ilmu yang berwibawa dengan pelbagai bentuk sumbangan yang diberikan dari segi pembangunan bidang keilmuan Islam, dakwah dan penulisan agama. Kini, selain menjadi Felow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), beliau juga Felow Kanan Institut Ketamadunan dan Pemikiran Antarabangsa (ISTAC) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tarikh 12 Mei 2004 pastinya masih segar diingatan seluruh rakyat Malaysia apabila dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Reduan dan Muhammad Muqharabbin, kedua-duanya 22 tahun, berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest. Kejayaan itu menjadikan mereka pelajar universiti pertama Asia Tenggara dan kumpulan kedua rakyat Malaysia menjejakkan kaki ke puncak tertinggi dunia itu selepas dua pendaki negara, N. Mohandas dan M. Magendran berjaya melakukannya pada 23 Mei 1997. Walaupun terpaksa melalui perjalanan berliku dan hampir dihampakan dengan kelajuan angin selaju 120 hingga 200 kilometer sejam ketika itu, dua anak muda ini meneruskan azam kuat sehingga berjaya menamatkan misi penuh mencabar itu. Pencapaian bermakna dua anak muda itu disusuli

UNGKU AZIZ

MUHAMMAD UTHMAN

SHARIFAH MAZLINA

NAJMIL FAIZ

Sejarah pendidikan negara tidak pernah sunyi dalam mencatatkan nama-nama yang berjaya mencipta pencapaian dalam segenap aspek
pula dengan kejayaan menakjubkan pensyarah UiTM, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, 39, yang berjaya melalui ekspedisi 1,100 kilometer menawan Antartika, Kutub Selatan. Sharifah yang juga pensyarah Psikologi Sukan, Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM memulakan ekspedisi merentasi Antartika dengan kaedah ski sailing selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet pada 29 Disember tahun lalu. Kecederaan serius pada lututnya pada suatu ketika membuatkan beliau menangis tetapi tidak menghalang beliau menyempurnakan impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kejayaannya. Kejayaan itu lebih manis apabila pihak Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), iaitu badan yang mengurus dan mengendalikan ekspedisi itu, turut mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan rekod 24 hari yang dicatat sebelum ini. Najmil Faiz Mohamed Aris, 26, pula muncul salah seorang anak muda Malaysia yang mencipta nama dalam bidang keilmuan. Seakan tidak percaya, beliau merupakan pelajar pertama Malaysia yang diberi peluang membentangkan kajiannya di Parlimen Britain. Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Batu Pahat itu diberi penghormatan dan pengiktirafan membentang kajian Micro Machine Process kepada anggota Parlimen United Kingdom dan memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect (2005). Malah, Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan nano dan Micro-Machine Process. Hasil daripada pembentangan yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajiannya di House of Common, Westminster di London. WONG SOOK SAN Kejayaan pelajar Malaysia tidak berakhir di situ sahaja. Pada 2 April lalu, sejarah pendidikan negara mencatatkan kejayaan Melati Abdul Hamid yang memenangi anugerah pembahas terbaik dalam debat undang-undang universiti seluruh dunia di Amerika Syarikat. Pertandingan Mahkamah Mut Antarabangsa Philip C. Jessup di Ceremonial Court, Washington itu turut menyaksikan Melati, 23, dan rakan sepasukan terdiri daripada Siti Aliza Alias, Asma Mohd. Yunus, Fadiah Nadwa Fikri dan Ng Boon Ka menjadi naib juara pertandingan itu. Sementarai itu, Wong Sook San yang menjalankan penyelidikan mengenai demam denggi bagi kursus Kedoktoran Falsafah (PhD) beliau di Universiti Melbourne diumumkan sebagai pemenang pertama Program Biasiswa Melbourne Perdana Menteri Malaysia bernilai kira-kira RM520,000. Sook San, pemegang ijazah dalam bidang Sains Bioperubatan dari UM dan menyiapkan kursus sarjananya dalam virologi molekular di universiti yang sama, diumumkan bagi program itu yang dinaungi oleh Perdana Menteri. Nazmizan Mohamed, 24, pula melakar sejarah dalam arena sukan tanah air apabila muncul sebagai raja pecut Asia Tenggara yang baru pada Sukan SEA di Vietnam dua tahun lalu. Malah, pelajar jurusan Sains Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mencatat kejayaan berganda apabila turut memenangi pingat emas acara 200 meter kejohanan dwitahunan itu.

You might also like