Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3P PERATURAN FAMA (PENGGREDAN, PEMBUNGKUSAN dan PELABELAN)

Pengenalan Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008 1. Apakah peraturan 3P Program peningkatan kualiti pertanian melalui penggredan, pembungkusan dan pelabelan

Memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum ia di pasarkan (di dalam negeri, dieskport atau diimport

2. Apakah Tujuannya? Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya saing; Berupaya mengekalkan pasaran sedia ada atau meluaskan akses pasaran di dalam dan luar negara sejajar dengan perubahan perdagangan dunia. 3. Siapa dikehendaki mematuhi peraturan

Pengeksport Pengimport Pemborong Peruncit

4. Komoditi yang diwajibkan Sayur-sayuran Buah-buahan Bunga-bungaan Kekacang Kelapa Bijirin


Tebu 5. Kaedah Pelaksanaan a) Penggredan Keluaran pertanian hendaklah digred berpandukan spesifikasi gred Malaysian Standard (MS)

Jika keluaran pertanian tiada spesifikasi MS, hendaklah berpandukan kepada standard gred yang dinyatakan oleh Lembaga dari masa ke semasa b) Pembungkusan

i) Sesuatu bungkusan hendaklah:

Bungkusan mempunyai ukuran bersesuaian dengan kuantiti keluaran pertanian yang dibungkus;

Mengandungi keluaran pertanian daripada jenis dan standard yang sama; Tidak melebihi 30m kilogram; Memenuhi ciri-ciri kualiti kebersihan dan ketahanan supaya memberi perlindungan yang maksimum daripada apa-apa kerosakan kepada keluaran pertanian semasa pengendalian dan pengangkutan; Diperbuat daripada bahan yang tidak boleh memberi kesan buruk kepada keluaran pertanian yang dibungkus di dalamnya; dan

Sesuatu bungkusan yang telah ditanda/dilekat padanya dan hendak digunakan semula mestilah dipadam dan ditinggalkan label sedia ada sebelum digunakan. C. Pelabelan

i) Sesuatu label, samada ditandakan atau dilekatkan hendaklah;


Bersaiz TIDAK kurang dari 11sm X7sm; Ditanda/dilekatkan dengan kemas dan mudah dilihat di permukaan atas atau sisi bungkusan

ii) Label hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

Supaya mudah dibaca dan tahan lama Saiz huruf TIDAK kecil daripada 20 poin Dalam Bahasa Kebangsaan dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain (bagi pasaran tempatan) Dalam Bahasa Inggeris dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain (bagi keluaran pertanian dieksport); dan Dalam Bahasa Kebangsaan (bagi keluaran pertanian diimport)

6. Pematuhan Pengeksportan & Pengimportan Keluaran pertanian hendaklah digred, dibungkus dan dilabel mengikut syarat-syarat yang ditetapkan Mendapat perakuan pemeriksaan sebelum dieksport atau diimport Keluaran yang dieksport hendaklah dibungkus mengikut kehendak ditetapkan oleh pihak berkuasa negara pengimport 7. Pematuhan Jualan secara Borong Keluaran pertanian hendaklah digred,dibungkus dan dilabel mengikut syarat-syarat yang ditetapkan 8. Pematuhan Jualan secara Runcit

Keluaran pertanian hendaklah digred, dibungkus dan label 9. Penggredan a. Ciri-ciri yang menentukan gred

Kematangan seragam Kesegaran Bebas dari kecacatan Bebas dari kerosakan

Saiz yang seragam

b. Faedah menggred

Menjamin kualiti hasil yang dipasarkan Kualiti yang seragam Meningkatkan kecekapan pengguna Memenuhi citarasa pengguna Mengelakkan penipuan Mewujudkan persaingan untuk meningkatkan kualiti Pulangan yang setimpal dengan kuantiti

10. Pembungkusan a. Peranan pembungkusan


Melindungi produk Menarik perhatian pengguna Memudahkan pengendalian Memperkenalkan produk

b. Ciri-ciri pembungkusan yang baik


Kukuh Cukup pengudaraan Tidak merosakkan atau mencacatkan kualiti barangan Memberi perlindungan optimum Sesuai dengan keadaan fizikal barangan Tidak terlalu besar dan mudah dikendalikan Rekabentuk sesuai dan menarik Barangan mudah dilihat Mengandungi gred yang sama Mesra alam sekitar Tidak memudaratkan kesihatan Mempunyai label

11. Pelabelan

Mengenalpasti pengeluar yang mengeluarkan sesuatu hasil Memberi maklumat kepada jabatan atau agensi mengenai sumber, kuantiti dan jumlah pengeluar dan jenis bekalan Pelengkap kepada penguatkuasaan kawalan sisa baki racun dalam Akta Makanan 1983 Meningkatkan daya saing keluaran tempatan di pasaran Memenuhi peraturan antarabangsa

Muaturun

Peraturan FAMA (Penggredan, Pembungkusan & Pelabelan) 3P 2008.pdf [ 1.90 MB ] (Grading, Packing and Labeling of Agricultural Produce) Regulation 2008 Pamphlet [1.45 MB] English Version Explanatory Notes on The Application of the Federal Agricultural Marketing Authority (Grading, Packaging and labelling of Agricultural Produce) Buku Panduan Peraturan-Peraturan FAMA Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan & Pelabelan Keluaran Pertanian 2008) [6.2 MB] - Versi Bahasa Melayu FAMA Regulations Handbook Federal Agricultural Marketing Authority (Grading, Packaging and Labelling of Agricultural Produce) Regulations 2008 [6.2 MB]- English Version

You might also like