Professional Documents
Culture Documents
Dpismpsem2muriddanalambelajaredu3103tutorialingatanlupaan 100226022709 Phpapp01
Dpismpsem2muriddanalambelajaredu3103tutorialingatanlupaan 100226022709 Phpapp01
Dpismpsem2muriddanalambelajaredu3103tutorialingatanlupaan 100226022709 Phpapp01
Ahli Kumpulan:
Faiznur Aini bt Fauzi Siti Syazwani bt Kasim @ Hashim Siti Rohaya bt Sidi Ahmad Sharifah bt Saad Ilham bt Abd Rahim
DEFINISI INGATAN
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya. Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.
Sambungan..
Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
DEFINISI LUPAAN
Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah ideadipelajari.
LUPAAN GANGGUAN
yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.
Gangguan
LUPAAN TERDESAK
Lupaan
yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
Aras keyakinan. Kekurangan kejelikitan kpd ingatan. Gangguan proaktif & gangguan retroaktif Terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.
MINAT
Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
PEREDARAN MASA
lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.
Makin
KEUSANGAN
Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya. Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yg baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi/
PENGALAMAN YG PAHIT
mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.
Individu
ARAS KEYAKINAN
Aras
keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses p&p.
Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah konsepdikategorikan secara berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada ingatan.
berlebihan
Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
Sambungan
Pemahaman Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat: 100816449362516941 Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.
Sambungan..
Sambungan
Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh murid.
Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.
Sambungan
Iklim pembelajaran yang kondusif. kondusif. Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.
Sambungan..
Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar. Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.
KESIMPULAN
Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkahlangkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.