Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FASAL 47 : PEMBAYARAN KEPADA KONTRAKTOR DAN PERAKUAN INTERIM

Peruntukan pembayaran yang perlu dibuat kepada kontraktor ke atas kerja yang dilaksanakan dan ke atas barang atau bahan yang telah dihantar ke tempat kerja kerana kerja pembinaan melibatkan jumlah wang yang besar dan masa yang lama.

SUBFASAL:
SUBFASAL (a) : Penilaian kerja yang dijalankan SUBFASAL (b) : Pengeluaran perakuan interim SUBFASAL (c) : Jumlah wang yang hendak diperakukan dalam

perakuan interim
SUBFASAL (d) : Pembayaran bagi perakuan interim

SUBFASAL (a) : Penilaian kerja yang dijalankan


Penilaian pertama dibuat setelah kontraktor siap kerja antara 10% 15% daripada nilai seperti dalam lampiran syarat kontrak. Penilaian seterusnya dibuat setiap hari atau kerap mengikut budi bicara PP selepas Penilaian Interim Pertama.

SUBFASAL (b) : Pengeluaran perakuan interim


Hendaklah dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas daripada penilaian pada setiap bulan dibuat dan menyatakan jumlah amaun yang perlu dibayar. Syarat mengeluarkan Perakuan Interim Pertama: 1. Nilai bahan dan barang tak pasang ditapak 2. Nilai kerja dan bahan oleh kontraktor dinamakan dan pembekal dinamakan 3. Pelarasan turun naik harga bahan / barang 4. Kerja lebih masa untuk wakil JKR tapak

SUBFASAL (c) : Jumlah wang yang hendak diperakukan dalam perakuan interim
Pembayaran dibuat secara berperingkat dengan jumlah pembayaran bergantung kepada anggaran nilai kerja sebenar yang telah dibuat. Amaun perlu dibayar tertakluk kepada kerja telah dibuat dan 90% nilai bahan dan barang tak pasang semasa penilaian dibuat. Perlu menyatakan nilai perubahan kerja dan kerja lebih masa untuk wakil JKR tapak.

SUBFASAL (d) : Pembayaran bagi perakuan interim


Kerajaan buat pembayaran kepada kontraktor dalam jangka masa yang terdapat dalam syarat kontrak dan jika tidak disebutkan maka dalam 30 hari selepas Perakuan Interim dikeluarkan.

PROSEDUR ASAS UNTUK PENILAIAN INTERIM/ PENYEDIAAN PERAKUAN INTERIM


i. Mendapat persetujuan kedua-dua pihak bagi tetapkan tarikh setiap penilaian yang dibuat. Semua pihak dimaklumkan.

ii. Penilaian pertama dibuat mengikut tempoh yang dihadkan . Jika tidak , perlu dibuat tidak lewat dari 1 bulan slps tarikh milik tapak bina dan penilaian seterusnya sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.

iii. Kaedah penilaian dipersetujui oleh pihak PP dan kontraktor.

iv. Penilaian kerja termasuk kerja awalan yang telah siap.

v. Penilaian termasuk kerja-kerja perubahan.

vi. Kontraktor hendaklah kemukakan senarai bahan/ barang tak pasang yg dilindungi dan 90% dari nilai bahan / barang tak pasang.

vii. Penilaian dibuat oleh wakil PP dan disampaikan kepada PP dan wakil PP (jurukur bahan) pada atau selepas penilaian dibuat.

viii.Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (JHK) dibuat jika terdapat kerjakerja perubahan

ix. Pembayaran kepada kontraktor penama/ pembekal penama dibuat secara terus dan hanya maklumkan kepada Kontraktor Utama.

You might also like