Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

ISI KANDUNGAN

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Senarai kandungan Muka hadapan/tajuk Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian : 8.1-konsep pencemaran alam sekitar 8.2-jenis pencemaran 8.3-punca pencemaran 8.4-kesan pencemaran 8.5-cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran Bahan grafik 9. 10. 11. Rumusan Lampiran Rujukan Muka surat

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus geografi ini.Ribuan terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada pengetua Sek.Raja Perempuan Taayah ,Pn.Aini yang telah memberikan surat untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, tidak lupa juga guru matapelajaran geografi saya yang telah banyak membantu dalam pencarian maklumat.Ibu ,Siti Rohani dan juga ayah,Ahmad Saad yang banyak memberi kata-kata peransang untuk saya dalam meneruskan penyiapan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberi peluang sama-sama dalam berkongsi idea dan kerjasama yang kukuh .

PENDAHULUAN
Saya Nur Asma Binti Ahmad Saad, pelajar tingkatan 3Al-Maawa, di Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh Perak . Tajuk kajian saya ialah Pencemaran Alam Sekitar di Simpang Pulai,Ipoh,Perak . Saya memilih tajuk ini kerana Simpang Pulai merupakan sebuah kawasan yang sedang membangun tetapi terdapat banyak pencemaran yang berlaku di sekitarnya. Simpang Pulai merupakan laluan untuk ke Cameron Higland. Oleh itu,pencemaran yang berlaku sudah tentu dapat dilihat oleh para pelancong. Tempoh masa kajian yang dijalankan mengambil masa selama beberapa minggu. Sebagai rakyat yang cintakan kesejahteraan alam sekitar,saya merasakan menjadi satu tanggungjawab untuk saya menjalankan kajian pencemaran di kawasan tersebut agar kegiatan pencemaran di kawasan tersebut dapat dikurangkan .

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif saya menjalankan kajian ini adalah untuk :

Memahami konsep pencemaran alam sekitar Menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar Menyenaraikan kesan pencemaran alam sekitar Membuat cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar Menerapkan nilai atau unsure patriotisme dalam dapatan kajian

KAWASAN KAJIAN
Mengelembu terkenal hampir keseluruh Malaysia kerana jenama kacang tanahnya. Terletak didalam negeri Perak, Mengelembu merupakan sebahagian daripada bandaraya Ipoh, Ibu negeri Perak. Terletak lebih kurang 10 km dari pusat bandaraya Ipoh, Mengelembu merupakan Bandar satelit yang kini telah bercantum dengan Bandar raya Ipoh, malah diletakkan dibawah satu kerajaan tempatan iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Mengelembu berpusat di kordinat 4 34 0 U, 101 3 0 T atau decimal 4.566667, 101.05. Pemandangan Bandaraya Ipoh dari puncak Kledang Sejarah perkembangan awal Daerah Kinta seperti yang telah disebutkan lebih awal adalah berkait rapat dengan terjumpanya bijih timah aluvium yang banyak disini. Terdapat banyak lombong bijih timah disini dan lombong bijih timah terakhir yang beroperasi disini ditutup tidak sampai 10 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, sebahagian lombong telah ditebusguna dan dibina diatasnya bangunan kediaman, sekolah dan perniagaan. Perlombongan merupakan pemangkin awal yang menarik ramai orang khususnya orang Hakka berhijrah kesini. Ini diikuti dengan perkembangan kemudahan asas serta pertumbuhan kawasan perniagaan dan perindustrian. Hari ini sudah tiada lagi kegiatan melombong bijih timah tetapi Mengelembu terus berkembang. Terdapat banyak taman perumahan sebagai tempat tinggal, kawasan Perniagaan, Kawasan Perindustrian disamping Ladang Getah, ladang Kelapa Sawit dan kuari batu. Bentuk muka bumi rata kecuali dari bahagian utara ke barat terdapat tanah tinggi yang merupakan sebahagian dari banjaran Keledang dengan puncak tertingginya bukit Keledang berketinggian lebih 800m menjadi tempat utama stesyen pemancar radio dan TV bagi bahagian tengah, pantai barat semenanjung Malaysia. Kawasan banjaran Kledang ini dijadikan hutan simpan dan menjadi tumpuan penduduk menjalankan aktiviti rekreasi memanjat bukit khususnya dihujung minggu. Lakaran peta di bawah adalah kawasan kajian iaitu Mengelembu. Sebelah kiri bersempadan dengan pusat bandaraya Ipoh sementara sebelah kanan menghala ke Bandar Air Tawar, Sitiawan dan Lumut.

KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini merangkumi beberapa kaedah dan antaranya:

Pemerhatian
Saya memerhati pencemaran alam sekitar yang berlaku di Simpang Pulai .

Temu bual
Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kepastian tentang punca serta jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian tersebut .

Rujukan
Saya telah membuat sedikit rujukan dari internet tentang pencemaran di Simpang Pulai . Selain itu , rujukan yang saya perolehi daripada keratan-keratan akhbar mengenai pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya .

DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Konsep pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran

8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Sekitar Kawasan Kajian Di dalam kawasan kajian saya, aktiviti perlombongan merupakan kegiatan yang masih lagi aktif. Tapak perlombongan terakhir beroperasi di Mengelembu. Hanya Kuari batu sahaja yang memenuhi segmen perlombongan disini. Kuari yang terletak juga dibahagian tenggara mengeluarkan batu granit dalam pelbagai saiz, bergantung kepada keperluan pengguna, seperti untuk kerja pembinaan bangunan dan penurapan jalan raya.

Kuari Batu Granite

Dalam lawatan ke kuari tersebut, saya mendapati granit dikorek keluar dari bahagian bawah tanih laterit. Batu dipecahkan menggunakan letupan dinamit sebelum boleh dibawa kealat pengisar yang akan memecah batu kepada saiz 1, , , 3/8 dan 9x6 berdasarkan keperluan pasaran. Selain granit, crusher Run, premix dan batu sedia campur dengan tar untuk kerja penurapan jalan juga dihasilkan disini. Menurut En. Abdul Aziz, lombong dengan keluasan hamper 100 hektar ini diselia oleh seorang iaitu pengurus iaitu En Tai. Ia menggunakan seramai 120 orang tenaga kerja. Kuari mengeluarkan anggaran 120,000 tan granit sebulan. Mula beroperasi pada tahun 1986 Kuari ini banyak menyumbang kepada pembangunan mengelembu dan kawasan sekitarnya dari segi membekalkan batu granit disamping peluang pekerjaan kepada penduduknya. Dijangka operasi kuari ini akan berhenti pada tahun 2015 apabila semua granit habis dilombong. Kesan daripada aktiviti ini telah mendatangkan pelbagai pencemaran terhadap alam sekitar antaranya termasuklah pencemaran udara dan bunyi akibat debu dan bunyi dari letupan kuari. Pencemaran Udara Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.

Pencemaran Bunyi ~ Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

Pencemaran Air ~ Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna air tersebut sehingga tidak sesuai digunakan dan akan mendatangkan kesan kepada pengguna sekiranya air tersebut digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologo, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku dimana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. Sebagai contoh, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia dan sebagainya.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri.

Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.

d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

Antara punca-punca pencemaran air ialah: a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air. c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan

banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar . 3. Pencemaran laut Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.

b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.

c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.

d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar -Kilang Perindustrian(Air/Udara)

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ini biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia. Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi.. -Pengeboman kuari (bunyi)

Kuari yang mengeluarkan batu granit dalam pelbagai saiz akan digunakan digunakan sebagai bahan pembinaan bangunan dan penurapan jalan raya. Aktiviti letupan kuari akan menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman penduduk sekeliling. Kegiatan ini akan berjalan pada setiap hari Selasa.

-Kenderaan

Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas .

-Perlombongan

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

-Petempatan

Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok. Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran. Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian Hujan asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma. Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

Air tercemar

Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut

Suhu meningkat

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Penerapan unsur patriotisme


Saya sangat berharap walaupun penduduk kawasan perumahan saya berusaha untuk meningkatkan taraf hidup , kemakmuran kawasan perumahan juga perlu dijaga dan dipelihara .penduduk kawasan haruslah bersatu padu ,hormat menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturrahim.penduduk janganlah bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri serta ketua taman perlulah menjaga taman supaya aman dan harmoni .

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Insinerator/ tapak pelupusan

Di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami masalah. Pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik, akan mengakibatkan masalah besar. Kerana penumpukan sampah atau membuangnya sembarangan ke kawasan terbuka akan mengakibatkan pencemaran tanah yang juga akan berdampak ke saluran air tanah. Demikian juga pembakaran sampah akan mengakibatkan pencemaran udara. Atau pembuangan sampah ke sungai akan mengakibatkan pencemaran air, tersumbatnya saliran dan banjir (Sicular 1989). Oleh sebab itu, incineration atau pembakaran menjadi alternatif dalam pembuangan sampah.

Program kitar semula Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru. Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya

Catalytic converter

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan. Kempen Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.Kita sebagai penduduk mestilah menjaga alam sekitar kita denganb sebaik yang mungkin.Wujudnya kerjasama antara satu sama lain dapat memupuk diri masing masing dalam menjaga alam sekitar kita.Semangat gotong- royong yang ada akan mengekekalkan keindahan alam sekitar.

BAHAN GRAFIK

RUMUSAN

Rumusan

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah -langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

LAMPIRAN

Lampiran 1 Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga Ahmad Saad Bin Meor Hamzah, Blok V293, Fasa 3A 32040 ,Seri Manjung Perak ___________________________________________________________________________ Pengetua, Sekolah Raja Perempuan Taayah, 30350 Ipoh, Perak 1 MAY 2011

Tuan,

Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Merujuk perkara di atas, saya Ahmad Saad Bin Meor Hamzah membenarkan anak saya Nur Asma Binti Ahmad Saad, pelajar dari Tingkatan Tiga Al-Maawa untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga. 2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah. Sekian, terima kasih. Yang benar,

........................ (Abdul Aziz Mohd Yusof)

Lampiran 2 Surat Pengenalan Diri Murid

Sekolah Raja Perempuan Taayah, 30350 Ipoh, Perak ___________________________________________________________________________ Telefon : 05 2813240 Rujukan Kami SMKSK/KGT/08(1) Tarikh : 2 MAY 2011 KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Tuan,

Kajian Geografi Tempatan(KGT) Pembawa surat ini Nur AsmaBinti Ahmad Saad No. Kad Pengenalan 960624-08-5128 ialah seorang murid Tingkatan 3 Al-Maawa di Sekolah Raja Perempuan Taayah 30350 Ipoh, Perak. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata Pelajaran Geografi KBSM. 2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

...................................... (Pn. Hajah Noor Aini Bt Zainal Abidin) Pengetua, Sekolah Raja Perempuan Taayah 30350 Ipoh, Ipoh, Perak

Lampiran 3 Surat Kebenaran untuk Melawat / Menemuramah dan Mendapatkan Bahan Sumber Sekolah Raja Perempuan Taayah 30350 Ipoh, Perak ___________________________________________________________________________ Telefon : 05 2813240 Rujukan Kami SMKSK/KGT/09(1) Tarikh : 20 APRIL 2011 Pengurus, Mutual Way Development and construction Sdn. Bhd. / TAIKO Plantations Sdn. Bhd. Ipoh, Perak. Tuan,

Kajian Geografi Tempatan (KGT) Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan. 3. Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah mengumpul dan mendapat maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan. 4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 5. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah, ................................................ (Pn. Hajah Noor Aini Bt Zainal Abidin) Pengetua, Sekolah Raja Perempuan Taayah 30350 Ipoh, Ipoh, Perak.

You might also like