Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

TAJUK KAJIAN : MAJLIS PERBANDARAN KULIM , KEDAH.

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

TAJUK M/S TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN INSTITUSI

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBANTU SAYA MEMBUAT FOLIO INI TERUTAMANYA GURU SEJARAH SAYA , IAITU PUAN FARIDAH BINTI WAHAB.BELIAU TELAH BANYAK MEMBIMBING SAYA SEMASA MEMBUAT FOLIO INI.

SETERUSNYA , SAYA INGIN MENYAMPAIKAN PENGHARGAAN KEPADA IBU BAPA SAYA YANG TERSAYANG KERANA TELAH SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MENCARI BAHAN BAGI MENYIAPKAN FOLIO INI.BUKAN SAHAJA ITU , MEREKA JUGA TIDAK KEBERATAN UNTUK MENGHULURKAN WANG BAGI MEMBELI BAHAN-BAHAN FOLIO INI.

AKHIR SEKALI , SAYA AMAT MENGHARGAI BANTUAN RAKAN-RAKAN SAYA IAITU NAAVISHA , MYTHILI DAN SUBATTRA KERANA TELAH SANGGUP MEMBERI PANDANGAN DAN INFORMASI YANG LANJUT SEPANJANG SAYA MENYIAPKAN KERJA KURSUS INI.

SAYA TELAH MENJALANKAN KERJA KURSUS INI KERANA TERDAPAT BEBERAPA OBJEKTIF , ANTARANYA IALAH MENGETAHUI VISI DAN MISI MAJLIS PERBANDARAN KULIM.DENGAN MENJALANKAN KAJIAN INI ,

SAYA DAPAT MENGETAHUI VISI DAN MISI MEREKA DALAM MEMBERI KHIDMAT KEPADA RAKYAT KULIM TERUTAMANYA.MAJLIS PERBANDARAN KULIM JUGA DALAM VISINYA MENYATAKAN MAHU MENJADI PENERAJU PENGURUSAN PERBANDARAN DINAMIK , BERWAWASAN DAN MAPAN MENJELANG 2015.

SELAIN ITU , SAYA JUGA TELAH MENGENALPASTI PERANAN YANG DIMAINKAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM DALAM MENERAJUI KULIM , KEDAH.SELAMA INI , PERANAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM SANGAT BESAR DAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENTADBIR KAWASAN MAJLIS YANG MERUPAKAN BANDAR-BANDAR DAN KAWASAN SEKITAR YANG DIWARTAKAN DI BAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976.

JUSTERU , OBJEKTIF KAJIAN SETERUSNYA IALAH MENIMBULKAN RASA BANGGA TERHADAP SUMBANGAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM TERHADAP KEBAJIKAN PENDUDUK SETEMPAT.CONTOHNYA , MAJLIS PERBANDARAN KULIM TELAH MEMBERI SUMBANGAN TENAGA KERJA NTUK MENGUTIP SAMPAH DI BELAKANG RUMAH PENDUDUK DI TAMAN-TAMAN SEKITAR KULIM.

AKHIR SEKALI , SAYA MEMPELAJARI KAEDAH MEMBUAT FOLIO INI. HAL INI DEMIKIAN KERANA SEBELUM INI SAYA TIDAK BEGITU

MAHIR DALAM MEMBUAT FOLIO TETAPI APABILA SAYA MULA MEMBUAT KERJA KURSUS INI , SAYA DAPAT MEMPELAJARI PELBAGAI JENIS KAEDAH UNTUK MEMBUAT FOLIO.

BAGI MENYEMPURNAKAN KERJA KURSUS INI , SAYA TELAH MENGGUNAKAN BEBERAPA KAEDAH UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT DAN TEPAT.

1.INSTITUT PENTADBIRAN PETEMPATAN

1.1 NAMA RASMI / NAMA RINGKAS

Majlis Perbandaran Kulim ialah nama rasmi bagi institusi pentadbiran Kulim pada masa kini.Sebelum ini, nama Majlis Perbandaran Kulim ialah Majlis Daerah Kulim dan telah bertukar apabila memorandum kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang bertarikh 10 Julai 1996 telah dihantar kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berikutan persetujuan Mesyuarat Majlis Penuh antara Ketua-ketua Jabatan ( Pegawai Pentadbir Negeri) pada 29 Mac 1995.

1.2 LOKASI DAERAH KULIM

Kawasan Majlis Perbandaran Kulim terletak di Selatan Negeri Kedah, bersempadanan Negeri Pulau Pinang di sebelah Baratnya, negeri Perak di sebelah Timurnya, Daerah Kuala Muda di Utara Daerah Bandar Baharu di Selatan dan Daerah Baling di sebelah Timur Lautnya. Di tengahnya terdapat kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-tech Park. Kawasan Majlis Perbandaran Kulim boleh dihubungi dengan mudah melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Timur-Barat.

1.3 MISI DAN VISI MPKK

Visi penubuhan Majlis Perbandaran Kulim ialah menjadi peneraju pengurusan perbandaran yang dinamik, berwawasan dan mapan menjelang 2015. Setakat ini, Majlis Perbandaran Kulim telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Sebarang aduan daripada rakyat dianggap serius dan ini menjadikan pengurusan Majlis Perbandaran Kulim lebih konkrit.

Misi penubuhan Majlis Perbandaran Kulim pula ialah meningkatkan kebersihan, keindahan, kemajuan dan keselamatan bandar melalui perancangan pembangunan yang mapan, pelaksanaan program dan projek strategik, penglibatan masyarakat yang menyeluruh serta tadbir urus yang berkesan demi kejahteraan rakyat. Majlis Perbandaran Kulim amat menekankan isu kebersihan dalam setiap kali penubuhannya. Justeru, Majlis Perbandaran Kulim amat komited dalam menangani kemelut pembuangan sampah di kawasan-kawasan yang sering menjadi tempat pembuangan sampah rakyat. Perancangan pembangunan yang sistematik telah ditanggani dengan baik oleh pihak Majlis Perbandaran Kulim sejak tertubuhnya prasarana baru yang menjadi tumpuan penduduk Kulim iaitu kewujudan Landmark Central dan Tesco.

Pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim telah diketuai oleh Yang Dipertua iaitu Harun Bin Jasin dan telah dibantu oleh Ahli Majlis. Dalam pentadbiran pula, beliau telah dibantu oleh setiausaha iaitu Haji Mohd Zani bin Ramli dan Jabatan Audit Dalam, Mohd Syahrizal Bin Ishak. Jabatan-jabatan telah dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Jabatan Perkhidmatan Korporat yang dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian sumber manusia, ICT, pembangunan korporat, komunikasi korporat dan sekretariat.

Selain itu, Jabatan Perbendaharaan pula dibahagikan kepada bahagian perakaunan dan pelaburan, hasil dan belanjawan, pembayaran, kutipan cukai, asset dan perolehan. Jabatan Perancangan Pembangunan diketuai oleh Hamzah Bin Abd Halim dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu perancangan, pusat setempat, landskap dan data. Jabatan kejuruteraan pula diketuai oleh Ramli Bin Md Noor dan terdapat beberapa bahagian iaitu bahagian kawalan pembangunan, penyelenggaran, projek dan elektronik dan mekanikal.

Justeru, Jabatan Bangunan pula diketuai oleh Nazri Bin Harun dan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pelan dan bangunan, kawalan dan bangunan dan skim pembangunan. Jabatan seterusnya ialah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta diketuai oleh Fauziah Binti Abdul Mutalib dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian cukai taksiran dan semakan cukai. Jabatan Perkhidmatan Bandar pula dibahagikan kepada bahgian kawalan kebersihan, kesihatan persekitaran, premis makanan, perniagaan khas, perniagaan tred dan peniaga kecil. Jabatan terakhir pula ialah Jabatan Undangundang yang diketuai oleh Hjh Siti Fatimah Binti Mohd Akhir telah dibahagikan kepada bahagian penggubalan, pendakwaan dan penguatkuasaan.

2.LATAR BELAKANG 2.1 SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bermula apabila memorandum kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim ke majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang bertarikh 10 hb. Julai 1996 telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berikutan persetujuaan Mesyuarat Majlis Penuh antara Ketua-Ketua Jabatan (Pegawai Pentadbir Negeri) pada 29 hb. Mac 1995. pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman 1997 yang mana jawatankuaa telah di mengkaji kenaikan taraf Pihak Berkuasa Tempatan yang bertarikh 22 April 1997 supaya pihak Majlis Daerah Kulim dikehendaki mengemukakan beberapa fakta tambahan seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya ia dapat dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan. Pada 28 hb. Febuari 1998 Majlis Mesyuarat Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan satu mesyuarat yang berkaitan dengan pertimbangan untuk menaikkan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim. Hal ini berikutan permohonan pihak majlis yang lalu melalui Memorandom Majllis Daerah Kulim (PSU(K) 174/1417) menurut Seksyen 3(d) dan 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1997 (Akta 171) mulai 1hb. Januari 1997 dan telah membenarkan pihak majlis menyusun dan memperkemaskan struktur organisasi dan juga jumlah kakitangan yang mencukupi seperti penjawatan yang telah dcadangkan di lampiran T kertas 7(F) 63/98 sejajar dengan pengiktirafan Majlis Perbandaran.

Pada 16hb November 1998 Y.B Dato Tin Chew Peh bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi sokongan keatas kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim (MPPK). Penantian untuk dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran selama tiga tahun tidak membuahkan hasil berikutan terdapat beberapa sebab yang tertentu. Menjelang tahun 2001, selepas tiga tahun berlalu Y.B Menteri Besar Kedah Dato Seri Syed Razak Syed Zain telah mengemukakan rayuan yang bertarikh rayuan 22hb Febuari 2001 kepada Y.B Dato Seri Ong Ka Ting Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Rayuan mempercepatkan Proses Kenaikan Taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim disegerakan. Berikutan dengan itu, maka pada 6hb Jun 2001 satu Mesyuarat Khas Ketua Bahagian dan Unit (Kenaikan Taraf Majlis Perbandaran) telah diadakan untuk membincanngkan persiapan yang berkaitan dengan Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Pada tanggal 30hb. Ogos 2001 telah diadakan Majlis Pengisytiharaan MPKK di Stadium Keladi, Kulim dengan disaksikan oleh ribuan kelompok masyarakat Daerah Kulim. DYMM Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim telah mengisytiharkan Majlis Daerah Kulim ke Majlis Perbandaran Kulim. Maka dengan ini, mulai 1hb Ogos 2001 Majlis Daerah Kulim (MDK) telah dinaikkan taraf ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPPK).

2.2 UNDANG UNDANG KECIL

Pemakaian undang-undang kecil telah digunakan oleh Majlis Perbandaran Kulim agar pentadbiran ini lebih telus apabila dijalankan. Sebenarnya, undang-undang kecil berada di bawah pemakaian undang dan akta. Undang-undang kecil disenaraikan dalam undang tubuh kerana rakyat Kulim mungkin tidak jelas dengan undang-undang yang dimaksudkan. Undang-undang kecil yang dimaksudkan itu dibawah undang-unadang tubuh berikut:-

Seksyen 102, Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan.

Berikut ialah undang-undang kecil: 1. Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1982 2. Enakmen Megawal Lembu/ Kerbau (bil. 10 tahun 1971) seksyen 3 3. Undang-undang Kecil (Taman) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1983. 4. Undang-undang Kecil (Mendenda Kesalahan-kesalahan) PBTNK 1983 Akta 171. 5. Undang-undang kecil Penjaja PBTNK 1983. 6. Undang-undang kecil Mencegah Kekotoran PBTNK 1983. 7. Undang-undang kecil (Pemungutan Pembuangan dan Pelupusan sampah-sarap) PBTNK 1983. 8. Undang-undang Kecil Perlesenan, Perdagangan, Perniagaan Dan Perusahaan PBTNK 1985. 9. Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya)

10. Perintah (Tempat-tempat Letak Kereta) berjentera MDK 1989. 11. Undang-undang kecil Tandas Awam MDK 1990. 12.Undang-undang Kecil Bangunan (bayaran-bayaran) MDK 1991. 13.Undang-undang Kecil Rumah Urut MDK 1991. 14. Perintah Lalu Lintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) MDK 1993. 15. Undang-undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MDK) 1993. 16. Undang-undang Kecil Larangan Panggung (MDK)1993 17. Undang-undang Kecil Pasar (MDK) 1994. 18. Undang-undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (MDK) 1994. 19. Undang-undang Kecil Vandalisme MDK 1994. 20. Undang-undang Kecil Pasar Malam/ Sehari (MDK) 1993. 21. Undang-undang Kecil Dewan Bandaran (MDK) 22. Undang-undang Kecil Kebersihan Awam (Mdk) 1995.

Seksyen 102, Akta 171- Akta Kerajaan Tempatan. 1. Undang-undang Kecil Lembu Kerbau Merayau (MDK) 1993. 2. Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut (MDK) 1994. 3. Undang-undang Kecil Bangunan (Tempat Letak Kereta)MDK 1995.

Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Undang-undang Kecil Seksyen 133 Akta 133) 1. Undang-undang Kecil Bangunan Yang Seragam 1984. 2. Undang-undang Kecil Bangunan (bayaran-bayaran) (MDK) 1989. 3. Undang-undang Kecil Jalan, Parit dan Bangunan (Mengkompaun Kesalahankesalahan) MDK 1989. 4. Drainage, Sanitation dan Sanitary Plumbing By-Law 5/4/1972. 5. Undang-undang Kecil Bangunan (caj Pembersihan Tangki Najis dan Tangki Imhoff)

Undang-undang Kecil Yang Sedang Diproses Untuk Diwartakan. 1. Undang-undang Kecil Kawalan Pengawasan Rumah-rumah Tumpangan (MDK) 1989. 2. Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDK) 1992. 3. Undang-undang Kecil Perintah Tetap (Mesyuarat) MDK 1994. 4. Undang-undang Kecil Ternakan Ayam Itik 1994. 5. Undang-undang Kecil Perintah Kenderaan-kenderaan Berat (Sekatan Penggunaan Jalan) MDK 1997.

2.3 TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIR

Fungsi dan Peranan Majlis yang utama ialah memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada penduduk dan sebagai badan pengawalan pembangunan Rancangan Tempatan. Peranan Yang Dipertua dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim bersama 16 orang ahli Majlis yang lain ialah bertanggungjawab ke atas hal-hal yang berkaitan dengan dasar-dasar Majlis serta proses membuat keputusan. Peranan Setiausaha pula ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan arahan dan tugasan yang diberi oleh Yang Dipertua.

Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan pula berfungsi dalam memastikan undang-undang yang diterima pakai lengkap dan kemaskini. Peranan keduanya pula ialah mengurus perkara yang berkaitan perundangan dan pendakwaan dan menerima segala khidmat nasihat perundangan serta aduan atau sungutan rakyat. Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam memantau serta menguatkuasakan undang-undang.

Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan. Jabatan ini amat penting kerana hanya menjalankan segala urusan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim. Jabatan ini juga mengambil kira pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan profesional. Peranan seterusnya ialah mengambil kira tentang perjawatan dan sumber manusia dan menyediakan laporan aktiviti Majlis. Peranan terakhir pula ialah meningkatkan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan Majlis.

Jabatan Perbendaharaan. Jabatan Perbendaharaan hanya menguruskan mengenai kewangan dan perakaunan. Pengurusan Kutipan Hasil dan Belanja juga diuruskan oleh jabatan ini. Justeru, peranan yang dimainkan mereka juga ialah mengemaskini data hasil secara berkomputer dan mengemaskini dan memperbaharui daftar nilaian.Peranan terakhir mereka ialah mengurus dan menyelenggara hal-hal berkaitan dengan bengkel dan sektor.

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Jabatan Penilaian dan pengurusan Harta memainkan peranan mereka dalam mengendali proses pindah milik premis dan bangunan. Proses pindah milik bermaksud sebarang nama pembeli premis yang lama bertukar kepada pembeli premis yang baru. Jabatan in juga memproses bantahan dan rayuan dan menyelengga senarai nilaian yang disiapkan dan mengemaskini serta meminda mengikut peruntukan Akta 171 dari semasa ke semasa bagi memantap atau menjamin pulangan hasil yang positif.

2.4 CARA PELANTIKAN PENTADBIR TEMPATAN

Majlis Perbandaran Kulim diketuai oleh Yang Dipertua dan barisan Ahli Majlis seramai 16 orang yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Barisan Ahli Majlis dan jawatan Yang Dipertua telah disenarai pendekkan oleh Kerajaan Negeri Kedah berdasarkan pengalaman mereka bekerja dan penguasaan bidang pekerjaan tersebut. Setiausaha dan Ketua Bahagian pula dipilih melalui kriteria bidang yang telah mereka lulus semasa bekerja. Kakitangan sokongan juga dipilih melalui lulusan mereka.

3.PERANAN 3.1 PELANCONGAN Majlis Perbandaran Kulim Kedah telah banyak berusaha untuk memajukan industri pelancongan di Daerah Kulim. Antara tempat tempat pelancongan yang disediakan oleh MPKK ialah Rekreasi Air Terjun Junjung, Tree Top Walk dan Taman Tasik Kulim. Rekreasi Air Terjun Kulim berada di kawasan Junjung dan jaraknya dari Bandar kulim adalah 14 kilometer. Semenjak tahun 1980an lagi destinasi ini telah menjadi tarikan pelancong dengan produk utamanya adalah air terjun dan persekitaran ekosistem hutan, kebun getah serta dusun buah-buahan. Pada musim buah-buahan khususnya musim durian,pengunjung boleh membeli buah berkenaan secara lansung dari pekebun. Program aktiviti utama yang boleh di lakukan di sini adalah berkelah,mandi- manda,berenang dan perkhemahan. Selain itu, Tree Top Walk adalah tarikan baru yang menanti pengunjung. Jabatan besi yang di kenali sebagai Tree Top Walk Sungai Sedim telah di bina tinggi sehingga mencecah kemuncak pokok kayu yang merentas Sungai Sedim.Dari jambatan dapat dinikmati pandangan yang mempersonakan. Akhirnya, Taman Tasik Kulim pula terletak di antara terminal pengangkutan awam Bandar Kulim dan Hotel Sri Malaysia. Walaupun Tama tasik ini belum di bangunkan sepenuhnya, namun ia telah berjaya menarik ramai pengunjung. Pengunjung boleh melakukan aktivit berjo gging, dan bersiar dilaluan pejalan kaki yang mengelilingi tasik. Jadi, semua tempat pelancongan ini menarik pelancongan ke Daerah Kulim.

3.2 Perayaan

Majlis Perbandaran Kulim Kedah merupakan salah satu pihak yang sentiasa bekerjasama untuk memeriahkan Daerah Kulim semasa musim perayaan. Semasa musim perayaan seperti Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri, pihak ini akan menghiaskan Daerah Kulim dengan pelbagai hiasan dan antaranya ialah lampu hiasan. Semasa perayaan Hari Deepavali, pihak ini akan menghiaskan jalan raya dengan lampu hiasan yang berbentuk pelita. Selain itu, semasa perayaan Tahun Baru Cina, jalan raya akan dihiaskan dengan lamp hiasan yang berbentuk Tanglung. Waimanya, apabila Hari Raya Aidilfitri tiba lampu hiasan yang berbentuk ketupat akan dihiaskan sepanjang jalan raya.

3.3 KEAGAMAAN Peranan Majlis Perbandaran Kulim jelas kelihatan dalam keagamaan apabila memainkan peranan mereka dalam agama rasmi Persekutuan iaitu agama Islam. Majlis Perbandaran Kulim pernah membeli lembu untuk disembelihkan untuk korban hari raya. Majlis Perbandaran juga membantu dalam meluluskan lesen penubuhan masjid. Ini membuktikkan Majlis Perbandaran Kulim amat mengambil berat dalam bidang keagamaan. Majlis Perbandaran Kulim juga tidak lupa kepada agama yang lain seperti agama Hindu, Buddha, Kristian dan Sikh. Majlis perbandaran Kulim juga meluluskan lesen penubuhan rumah ibadat agama mereka.

3.4 EKONOMI

Dalam bidang ekonomi yang dipegang oleh institusi pentadbiran tempatan Majlis Perbandaran Kulim sebanyak sedikit membangun dari semasa ke semasa. Perubahan yang ketara dapat dilihat apabila Majlis Perbandaran Kulim berperanan dalam menyediakan tapak bazaar ramadhan untuk para peniaga semasa bulan Ramadhan AlMubarak. Tapak ini boleh disewa dari Majlis Perbandaran Kulim semasa bulan Ramadhan sahaja. Laluan kepada para peniaga untuk memasarkan hasil jualan mereka kepada pembeli-pembeli khususnya rakyat Kulim. Tapak Bazar Ramadhan boleh didapati berdekatan dengan Pasar Kulim.

4.PERKEMBANGAN 4.1 SUMBER KEWANGAN

Dari segi kewangan, Majlis Perbandaran Kulim mengumpul sumber kewangannya dari duit saman, duit cukai pintu, sewaan atau denda, tempat parkir dan mendapat peruntukan sumber kewangan daripada kerajaan Negeri Kedah. Duit cukai pintu menjadi hasil atau sumber utama Majlis Perbandaran Kulim. Sebarang kelewatan membayar cukai pintu , rakyat Kulim bakal berdepan dengan denda. Duit denda ini juga termasuklah dalam sumber kewangan pentadbiran Majlis. Duit tempat parkir yang cuba dimaksudkan ialah kupon tempat meletak kereta di tempat awam yang berharga 40 sen sekeping. Sumber pendapatan ini bertambah lagi apabila mendapat bantuan dari kerajaan Negeri Kedah. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Kulim mempunyai sumber kewangan yang banyak terutamanya dalam sewaan dan denda. Rakyat Kulim yang menyewa Dewan Bandaran Kulim ataupun Dewan Putra telah menyumbang duit mereka ke saluran kewangan Majlis Perbandaran Kulim

4.2 PEMBANGUNAN PRASARANA

Majlis perbandaran Kulim Kedah telah banyak berkembang dari segi prasarana. Hal ini kerana, kemudahan prasarana yang boleh didapati di Bandar Kulim bukan sahaja lengkap tetapi sistematik. Selain itu, prasarana di daerah ini memudahkan rakyat untuk hidup dengan senang. Hal ini juga meningkatkan taraf hidup penduduk. Antara prasarana yang disediakan oleh MPKK ialah Giant Landmark Central, Mc Donald dan yang terbaru pusat pasar raya Tesco. Justeru, rakyat Kulim tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke Pulau Pinang untuk membeli-belah. Hanya membelibelah di pusat pasar raya yang terdapat di Kulim sudah pun mencukupi. Kewujudan prasarana baru juga telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Kulim.

4.3 CABARAN YANG DIHADAPI Cabaran yang selalu dihadapi oleh Majlis Perbandaran Kulim ialah cabaran yang besar iaitu tiada kerjasama daripada rakyat Kulim. Segelintir penduduk Kulim lebih banyak bersikap ego dan mementingkan diri sendiri apabila suka membuang sampah di tempat-tempat awam. Tiada kesedaran sivik menyebabkan individu ini hanya memandangnya sebelah mata sahaja. Mereka hanya berfikir yang mereka sudah membayar cukai pintu dan segala-galanya dan Majlis Perbandaran Kulim hanya tinggal mengupah orang untuk mengutip sampah tersebut. Tidak fikirkah mereka wang tersebut itu tidak perlu kita laburkan untuk megutip sampah semata-mata, cuba kita buka pandangan kita dengan lebih luas, kita boleh menggunakan wang tersebut untuk membangunkan lebih banyak prasarana di Bandar Kulim. Mentaliti rakyat kita sangat teruk dan jauh ketinggalan berbanding dengan negara maju seperti Singapura dan Jepun.

4.4 KEMAJUAN YANG DICAPAI

Majlis Perbandaran Kulim telah menempa pelbagai kemajuan. Contohnya seperti pusat Hi-tech yang kini membangun kerana idea mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad yang mahu suatu pusat perindustrian yang membangun selain dari Shah Alam. Pelbagai kemudahan yang boleh dikecapi setelah pusat Hi-Tech wujud di Bandar Kulim. Pelbagai kilang yang boleh didapati dan nama mereka bukan dari calang-calang nama seperti First Solar, Siltera, Celestica dan Intel. Suatu ketika dahulu, Bandar Kulim yang dikenali hanyalah sebuah pekan yang kecil yang dipenuhi dengan ladang getah. Kini, Majlis Perbandaran Kulim telah membuktikkan kita sebuah bandar ketiga yang membangun dalam Negeri Kedah selepas Alor Star dan Sungai Petani. Pelbagai kemajuan yang dikecapi setelah beberapa dekad berusaha.

Perkara yang boleh dirumuskan setelah hasil kajian siap ialah saya dapat menanam unsur patriotisme dalam diri saya seperti saya menghargai setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kulim. Segala tindakan institusi pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim sebanyak sedikit menimbulkan perasaan bangga terhadap diri saya kerana pentadbirannya yang sistematik dan pragmatik telah mengutuhkan sistem pentadbirannya sehingga sekarang. Selain itu, unsur patriotisme yang terpahat dalam diri saya ialah saya bersyukur kerana Majlis Perbandaran Kulim sentiasa bersabar dengan tingkah laku rakyat Kulim yang tidak jemu membuang sampah di merata-rata tempat dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat seperti menubuhkan kemudahan fizikal dan prasarana. Justeru, iktibar yang boleh saya dapat setelah membuat kerja kursus ini ialah saya mendapat pengalaman menemu bual dan bersusah payah mencari sumber sehingga saya terpaksa mencari maklumat tambahan dari teman-teman bagi melengkapkan kerja kursus ini. Saya juga dapat mendisiplinkan diri saya apabila saya perlu menghantar folio pada tepat waktunya. Iktibar yang terdapat dalam bangsa ialah saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang berbilang kaum sewaktu mendapatkan sumber. Iktibar kepada negara pula ialah dapat menigkatkan imej negara di persada dunia dan melahirkan rakyat yang berkualiti. Menerusi pendidikan, kita dapat meningkatkan segala-galanya termasuklah dalam bidang ekonomi dan keharmonian. Dengan ini, keharmonian dapat dikekalkan apabila kita tahu asal usul sesuatu pentadbiran itu dengan menyiapkan kerja kursus sejarah.

Soalan : Bagaimanakah institusi tempatan dapat memperkukuh intergrasi nasional di negara kita? Pertama sekali, sektor awam haruslah menghormati raja dan pemimpin negara (UP1) , menghormati lambang-lambang negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara serta menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara. Mereka haruslah dijadikan teladan kepada orang ramai dalam mengikuti jejak mereka yang sangat menghormati raja dan Negara.Hal ini demikian kerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. Waimanya, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara (UP2) dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancah rasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang sangat benci akan korupsi dan pecah amanah. Sekiranya rasuah dihapuskan, maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bertoleransi .Pihak institusi pentadbiran tempatan mestilah mengambil tahu akan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Di samping itu,institusi pentadbiran seperti Majlis Perbandaran memainkan peranan yang sangat penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatu padukan rakyat. Institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita melalui kakitangan-kakitangan sektor awam.Para kakitangan ini haruslah mengamalkan nilai bertolak ansur dan bertoleransi (UP3) dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira kaum ,bangsa

ataupun warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah satu perpaduan nasional yang utuh. Selain itu, nilai bersatu padu dan harmoni (UP3) merupakan aspek yang sangat penting dalam melahirkan rakyat yang yang berjiwa patriotik. Oleh hal yang demikian, kakitangan institusi pentadbiran haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Perkara ini akan menjamin sikap rakyat yang senantiasa bersefahaman , bermuafakat, bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat ditingkatkan lagi.Saya juga mendapati semua kakitangan yang berbilang kaum ini saling bekerjasama.Hal ini akam melahirkan semangat muhibah antara satu sama lain. Dalam institusi pentadbiran tempatan, Majlis Perbandaran Kulim Kedah, kakitangan awam perlu berlaku adil dan bertimbang rasa, bersifat amanah dan jujur serta bertindak wajar (UP4). Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan. Misalnya, tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan bangsa dan negara. Penedk kata, pihak berkuasa haruslah lebih bertanggungjawab dan prihatin akan masalah yang dihadapi oleh orang awam. Apabila tiada masalah antara masyarakat,sudah tentu masyarakat akan dapat hidup dalam keadaan yang aman , damai dan harmoni. Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan hendaklah diterapkan sekiranya kita hendak rakyat hidup bersatu padu.

Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Semoga konsep 1 Malaysia dapat direalisasikan menjelang wawasan 2020.

You might also like