Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TAKLIMAT KEMPEN KITAR SEMULA TELEFON TERPAKAI

OLEH: SEKSYEN PROMOSI KESEDARAN ALAM SEKITAR (AWAM & INDUSTRI) BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK JABATAN ALAM SEKITAR Jabatan Alam Sekitar OHT 1

KEPENTINGAN KITAR SEMULA BUANGAN Memanjangkan tempoh hayat tapak pelupusan sampah. Mengurangkan keperluan (demand) terhadap sumber asli. Memberi peluang untuk pertumbuhan industri baru.

Jabatan Alam Sekitar

OHT 2

KEPERLUAN KITAR SEMULA TELEFON BIMBIT TERPAKAI Latarbelakang Peningkatan pengguna telefon bimbit di Malaysia melebihi 2.5 juta ( tahun 2002 ) dan dijangka terus meningkat. Kajian oleh Nokia Telecommunications mendapati 60% to 70% pengguna memiliki telefon bimbit dan bateri terpakai. Pengguna tidak tahu kaedah pelupusan yang betul.Akhirnya dibuang ke tapak pelupusan sampah.
Jabatan Alam Sekitar OHT 3

KENAPA KITAR SEMULA BATERI DAN TELEFON BIMBIT TERPAKAI Telefon bimbit (cell phone) mengandungi komponen toksik seperti plumbun,mercury dan fire retardents. Bahan toksik ini akan dibebaskan (released) apabila dilupuskan di tapak pelupusan di mana telefon terpakai bersama buangan eletrikal lain dikompakkan dan dipecahkan.
Jabatan Alam Sekitar OHT 4

KENAPA KITAR SEMULA BATERI DAN TELEFON BIMBIT TERPAKAI Buangan ini dikelaskan sebagai e-waste (SW 110) mengikut Jadual 1, PPKAS (Buangan terjadual) 2005. Bateri pula mengandungi bahan kimia dan logam berat seperti lithium, cadmium,nikel dan logam hidrida boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Jabatan Alam Sekitar

OHT 5

KENAPA KITAR SEMULA BATERI DAN TELEFON BIMBIT TERPAKAI Bahan buangan ini dikelaskan sebagai SW 103 mengikut Jadual 1, PPKAS(Buangan Terjadual)2005. Pelupusan yang tidak sempurna mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar terutama tanah-tanih dan air bawah tanah dan menjejaskan kesihatan awam.
Jabatan Alam Sekitar OHT 6

KEMPEN KITAR SEMULA TELEFON BIMBIT TERPAKAI Pelancaran kempen kitar semula bateri terpakai telah diadakan pada 22 oktober 2002 oleh Y.B Dato Seri Law Hieng Ding, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kempen tahun 2007 ini merupakan kesinambungan kepada kempen yang telah dijalankan pada tahun 2002 tersebut.
Jabatan Alam Sekitar OHT 7

OBJEKTIF KEMPEN
Mengkaji strategi-strategi yang berkesan dalam menangani masalah telefon bimbit dan bateri terpakai. Untuk memastikan bateri dan telefon bimbit terpakai diuruskan dengan betul dan tidak dibuang sewenang-wenangnya ke tapak pelupusan sampah. Memberi penjelasan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan kitar semula bateri dan telefon bimbit terpakai.
Jabatan Alam Sekitar OHT 8

KEMPEN KITAR SEMULA TELEFON BIMBIT TERPAKAI TAHUN 2007 Untuk kempen 2007, sebanyak 350 tong kitar semula telah disediakan oleh JAS. Penempatan tong kitar semula di sekitar Lembah Kelang, Putrajaya dan semua pejabat JAS negeri. Premis-premis berkenaan ialah JabatanJabatan Kerajaan, Agensi swasta,Syarikat telekomunikasi, pasaraya pasaraya terpilih dan IPTA/IPTS.
Jabatan Alam Sekitar OHT 9

KEMPEN KITAR SEMULA TELEFON BIMBIT TERPAKAI TAHUN 2007 Promosi akan dibuat melalui stesen stesen radio utama dan melalui poster poster yang akan dipamirkan di lokasi lokasi strategik. Bagi menjayakan kempen ini, kerjasama dan sokongan mantap dari semua pihak adalah sangat diperlukan

Jabatan Alam Sekitar

OHT 10

PROMOSI KEMPEN

Jabatan Alam Sekitar

OHT 11

KERJASAMA IPTA/IPTS DALAM KEMPEN INI ADALAH DIHARAPKAN.


SEKIAN . TERIMA KASIH

Jabatan Alam Sekitar

OHT 12

You might also like