Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengenalan golf

Golf adalah satu sukan padang yang dimainkan dengan menggunakan satu set kayu golf (golf club) dan sebiji bola. Anda boleh bermain secara perseorangan ataupun berkumpulan. Dalam sukan golf pemain perlu memukul bola golf sehingga dimasukkan ke dalam lubang di padang golf. Setiap pemain perlu memastikan jumlah pukulan (stroke) kurang daripadaPAR golf untuk skor yang terbaik.

Sukan golf merupakan satu sukan yang tidak memerlukan kawasan bermain yang standard seperti sukan-sukan lain yang

mempunyai kawasan yang terhad dan tetap. Sebaliknya, sukan golf dimainkan di padang golf dan setiap padang mempunyai rekabentuk yang unik masing-masing dan ianya mempunyai 9 lubang atau 18 lubang. Sukan golf juga ada peraturannya seperti sukan-sukan lain yang dipanggil rules of golf. Merujuk buku rules of golf, sukan golf ditakrifkan sebagai memukul bola dengan kayu golf dari tee box sehingga ianya masuk ke dalam lubang dan kiraan berpandukan peraturan golf. Umumnya, sukan golf dikira berdasarkan bilangan pukulan terendah bagi setiap individu atau dikenali sebagai stroke play atau individu/pasukan yang mendapat bilangan pukulan terendah bagi setiap lubang dalam satu pusingan dikenali sebagai matchplay. Selain itu terdapat juga pelbagai jenis format perlawanan yang lain seperti stableford, foursome, four ball,

Patsome, Skins, String, Chapman, Flag tornement dan no official format seperti Scramble dan Greensome. Pasti anda tertanya macam mana nak kira golf stroke ?

Dalam permainan golf kiraan stroke telah ditetapkan kepada 5 pukulan (Par 5), 4 pukulan (Par 4) dan 3 pukulan (Par 3) bagi setiap lubang. Kebiasaannya jumlah pukulan dalam setiap golf course adalah sama ada Par 70, Par 71 dan Par 72. Apa itu Par? Apabila anda bermain golf, jika jumlah pukulan (stroke) anda sehingga bola masuk ke dalam lubang sama dengan bilangan pukulan bagi lubang tersebut anda dapat PAR.

Bagaimana kalau pukulan anda lebih dari PAR? Jika lebih satu pukulan dipanggil Bogey, jika lebih 2 pukulan Double Bogey, jika lebih 3 pukulan- Triple Bogey dan kalau lebih dari 3 kira baik anda berlatih lebih banyak sebelum main golf.hehehe. Bagaimana pula kalau kurang? Itu yang terbaik!!! Kalau pukulan anda kurang satu dipanggil Birdie, jika kurang 2 pukulan Eagle jika kurang 2 pukulan Double Eagle. Nanti dulu camne kalau di lubang Par 3 kalau anda pukul sekali dah masuk dipanggil HOLE IN ONE..

You might also like