Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Lampiran 1 Surat Permohonan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan Dan Kelab Sukan/Permainan Jawatankuasa Penaja Kelab

Catur, SMK Kampung Baru Kerteh, 24300 Kerteh. Terengganu. Pengetua, SMK Kampung Baru Kerteh, 24300 Kerteh. Terengganu. Melalui: Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Kelab Catur, Tuan, Permohonan Menubuhkan Kelab Catur SMK Kampung Baru Kerteh. Saya dengan segala hormatnya dan takzimnya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab Catur SMK Kampung Baru Kerteh telah diujudkan pada 1 Januari 2010 yang lalu dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti kokurikulum dikalangan warga SMK Kampung Baru Kerteh ini. 3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon kebenaran tuan untuk menubuhankan Kelab Catur SMK Kampung Baru Kerteh berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. 4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini. 5. Jasa baik dan keehsanan tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, Ruj.Tuan: Ruj. Kami:SMKKBK/05/02/005(1) Tarikh: 2 Januari 2011

......................................................... ( Muhammad Zhariff bin Mohd Kuri) Setiausaha, Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap, SMK Kampung Baru Kerteh. s.k. 1. GPK Kokurikulum SMKKBK.

You might also like