Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BANDAR DAMAI PERDANA,CHERA S, HULU LANGAT,

Perkara Penghargaan

Halaman 3

SELANGOR DARUL EHSAN

Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan SENARAI KANDUNGAN

4 5 6 9 10 15 16 21

PENGHARGAAN
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah membantu saya menyiapkan laporan Kajian Geografi Tempatan saya.Terima kasih kepada
3

Pengetua SMK Bandar Damai Perdana iaitu Puan Norlia Bt Ashaari yang telah membenarkan saya menjalankan kajian ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada guru Geografi saya,Puan Domitilla Ambrose yang telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbing saya dengan begitu dedikasi. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya iaitu Shahrul Anuar Bin Ahmad dan Norhayati Binti Ramli yang terus mendorong dan memberi saya semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dan akhir sekali,tidak lupa juga kepada kawan saya iaitu Muhd Nur Afiq dan Muhd Izzat yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini.Meraka telah memberi maklumat yang amat berguna kepada saya.Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini. Sekian,terima kasih. .. (MUHAMMAD FARHAN) 970305-10-5303

PENDAHULUAN
Tajuk kajian geografi yang telah diberikan kepada kepada kami ialah Pencemaran Alam Sekitar di kawasan Bandar Damai Perdana,yang terletak di Mukim Cheras,Hulu Langat Selangor.

Saya telah memilih kawasan kajian ini kerana ia berhampiran dengan sekolah saya.Ini memudahkan saya menjalankan kajian.Keadaan alam sekitar alam sekitar di sini juga amat bersesuaian dengan kehendak tajuk kajian saya. Kami telah diberikan tempoh 1 bulan untuk melengkapkan kajian geografi ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif menjalankan kajian geografi tempatan ini adalah seperti berikut: i. mengenalpasti konsep pencemaran alam sekitar

ii. iii. iv. v. vi.

mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Damai Perdana mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar menyenaraikan kesan-kesan akibat pencemaran alam sekitar di kawasan kajian mencadangkan langkah atau cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Kawasan Perumahan Bandar Damai sebagai kawasan kajian saya.Bandar Damai Perdana terletak di Mukim Cheras,Hulu Langat di mana ia terletak di bahagian tenggara negeri Selangor Kawasan perumahan ini terletak di kawasan fizikal yang rata dan sedikit beralun.Kawasan ini mempunyai kemudahan pengangkutan jalan raya yang baik di mana boleh menggabungkan kawasan ini dengan kawasan sekitarnya seperti Balakong,Sungai Besi,Putrajaya dan Bandaraya Kuala Lumpur.Kawasan perumahan ini sedang giat membangun di mana terdapat banyak kemudahan seperti perniagaan dan pendidikan terdapat di sini. Jarak Bandar Damai Perdana dengan Kuala Lumpur ialah kira-kira 15 km sahaja.

PETA DAERAH
7

PETUNJUK Sempadan Mukim

PETA KAWASAN KAJIAN


8

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menjalankan tiga kaedah semasa menyiapkanlaporan geografi tempatan ini,seperti

i.

Pemerhatian Saya telah melawat ke kawasan kajian bersama ahli kumpulan saya untuk melihat sendiri pencemaran alam sekitar di kawasan ini Soal selidik Saya telah membuat soal selidik dan temu bual ke atas 20 orang responden di kawasan kajian Rujukan Saya telah membuat banyak rujukan dari internet,buku-buku ilmiah,buku teks geografi dan buku rujukan geografi yang lain

ii.

iii.

DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep pencemaran alam sekitar
10

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda hasil daripada aktiviti manusia ke dalam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian alam sekitar.Contohnya pelepasan asap dari kenderaan bermotor mencemarkan udara manakala pembuangan sampah di merata-rata tempat akan menyebabkan pencemaran bau dan pembiakan kuman. 8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Terdapat beberapa jenis pencemaran yang saya dapat lihat di kawasan kajian saya.Antaranya ialah pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran tanih dan pencemaran bunyi.Pencemaran udara amat ketara di kawasan ini hasil daripada aktiviti perkilangan yang terletak berdekatan dengan kawasan kajian iaitu kawasan perindustrian Balakong.Asap dari kilang amat jelas kelihatan mencemarkan alam sekitar.Selain daripada pencemaran udara,terdapat juga pencemaran bunyi yang agak ketara.Kawasan kajian saya sedang pesat membanun dan pembinaan perumahan sedang giat dijalankan.Ini menyebabkan kawasan persekitaran mengalami keadaan bising daripada jentera-jentera dan aktiviti pembinaan.Pencemaran air juga berlaku akibat hakisan dari tapak perumahan yang sedang dibangunkan. 8.3 Punca pencemaran alam sekitar Antara punca pencemaran di kawasan Bandar Damai Perdana ialah aktiviti perkilangan yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan di sini.Asapasap yang dilepaskan dari kilang-kilang berkenaan mencemarkan udara menyebabkan udara agak berjerebu. Aktiviti perkilangan juga membawa kepada pencemaran bunyi.Ini kerana banyak kenderaan berat berulang alik ke kawasan perkilangan.Bunyi deruan mesin dari kilang juga agak kuat dan ini mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan sekitar.

Selain perkilangan,masalah pencemaran bunyi juga dihasilkan oleh aktiviti pembinaan perumahan di kawasan kajian.Daripada pemerhatian saya,terdapat banyak projek perumahan sedang dibangunkan dan ini bukan sahaja mencemarkan bunyi tetapi juga udara.
11

Kawasan tapak perumahan adalah gondol dan gersang menyebabkan banyak debu berterbangan di utara bila kenderaan berat berulang alik ke kawasan pembinaan tersebut Kita hendaklah prihatin dengan pencemaran alam sekitar ini. 8.4 Kesan pencemaran alam sekitar Kesan-kesan pencemaran alam sekitar termasuklah kejadian jerebu.Asap dari kilang yang berdekatan menyebabkan udara berjerebu.Selain jerebu,pelepasan asap-asap dari kilang juga menyebabkan hujan asid.Hujan asid terjadi apabila apabila air hujan bersebati dengan asap-asap kilang semasa hari hujan.Jerebu dan hujan tadi boleh menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.Pendedahan kepada jerebu dan hujan asid menyebabkan masalah kulit dan mata pedih.Pembuangan sampah yang kurang terurus di sesetengah rumah menimbulkan bau busuk dan ini boleh menggalakkan pembiakan kuman serta berbagai jenis penyakit Kita hendaklah menjaga alam sekitar kita untuk generasi akan datang

8.5

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Berikut adalah beberapa langkah atau cadangan bagi mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya:

12

i. ii. iii. iv.

Masalah hujan asid-kilang diwajibkan menggunakan penapis asap dan cerobong asap yang dibina dengan ketinggian antara 30-50m Masalah jerebu-boleh dikurangkan dengan petrol tanpa plumbum yang kurang menghasilkan karbon dioksida Masalah bau busuk-penguatkuasaan undang-undang oleh Majlis Pembandaran Kajang Masalah debu berterbangan dari tapak pembinaan-pemaju perlu membasahkan kawasan jalanraya yang kering dengan lebih kerap

Kita haruslah bertanggungjawab dengan pencemaran alam sekitar ini.

JADUAL
JADUAL JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITARDI BANDAR DAMAI PERDANA

13

JENIS Pencemaran Udara Pencemaran Bunyi Pencemaran Air Pencemaran Bau Jumlah
Sumber:Kerja Lapangan

BILANGAN 25 10 5 15 55

GRAF

14

RUMUSAN
Kajian ini telah memberi saya banyak pengetahuan mengenai: i. ii. iii. Mengenalpasti konsep pencemaran alam sekitar Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Damai Perdana Mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar

15

iv. v. vi.

Menyenaraikan kesan-kesan akibat pencemaran alam pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Mencadangkan langkah atau cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Secara umum semua pihak perlu mempunyai kesedaran dan sikap positif dalam memastikan alam sekitar sentiasa bersih dan bebas daripada pencemaran

16

LAMPIRAN

17

18

19

20

RUJUKAN
-Buku teks Tingkatan 2 Geografi Tajuk :Geografi Tingkatan 2 Pengarang :Chong Mui Sen & Azizan bin Haji Abu Samah Penerbit :Percetakan Saufi

21

-Buku rujukan Sasbadi Tajuk :Nexus PMR Geografi Pengarang :Tong Siew Kheng Penerbit :Sasbadi Sdn Bhd -Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran

22

You might also like