Pengujian Jan10

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

HBEF3203_SEM JAN10/F_AH

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Senaraikan EMPAT jenis skala ukuran dan berikan SATU contoh ukuran bagi setiap skala yang dinyatakan. (4)

2.

Berikan maksud ujian diagnostik secara ringkas dan nyatakan DUA ciri ujian diagnostik. (4)

3.

Terangkan secara ringkas SATU kelebihan dan SATU kelemahan item objektif dan item subjektif. (4)

4.

Pemarkahan dan penggredan adalah aspek penting dalam konteks pengujian, pengukuran dan penilaian dalam bilik darjah. Nyatakan EMPAT tujuan penggredan dilakukan. (4)

5.

Berikan satu contoh populasi, sampel dan ukurannya. Apakah syarat untuk membolehkan taburan ukuran sampel dianggap menyerupai taburan ukuran populasi? (4)

(Jumlah: 20)

HBEF3203_SEM JAN10/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN 1. (a) Bina satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) bagi Peperiksaan Akhir Semester bagi satu subjek di sekolah anda. Soalan anda terdiri daripada soalan aneka pilihan dan esei pendek. Jumlah masa ujian yang diperuntukkan ialah 2 jam.

Markah

( 10 )

(b)

Huraikan secara ringkas SEMBILAN prinsip dalam penyediaan item beraneka pilihan. ( 10 ) (Jumlah: 20)

2.

(a)

Terangkan perbezaan di antara Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. ( 10 )

(b)

Pengukuran sesuatu konstruk/pembolehubah seperti pencapaian akademik, kemahiran dan personaliti boleh diukur melalui lima kaedah seperti yang diperincikan oleh Salvia dan Ysseldyke (2004). Huraikan LIMA kaedah tersebut secara ringkas. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBEF3203_SEM JAN10/F_AH

3.

Jadual kekerapan berikut menunjukkan keputusan ujian Matematik bagi 30 orang murid. Markah lulus bagi ujian tersebut adalah 50. (a) Markah 80-89 70-79 60-69 50-59 40-49 30-39 20-29 Kekerapan 1 3 7 13 3 1 2

i. Kira peratus murid yang lulus bagi ujian ini. ii. Kira min dan sisihan piawai bagi markah ujian ini. iii. Tafsirkan prestasi pelajar berdasarkan jawapan anda di (i) dan (ii).

(1) (6)

(3) (b) Terdapat sekumpulan murid yang gagal dalam ujian Matematik. Huraikan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil oleh seorang guru untuk membantu murid-murid tersebut. ( 10 ) (Jumlah: 20)

4.

Setelah item dibina dan digubal, analisis item perlu dibuat untuk memastikan soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan.

(a)

Jelaskan maksud indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi item. (4)

(b)

Berikan EMPAT tujuan mendiskriminasikan pelajar dalam ujian.

(6)

(c)

Terangkan secara ringkas EMPAT jenis kesahan ujian yang dijelaskan oleh Mehrens dan Lehmann (1991). ( 10 ) (20 markah)

HBEF3203_SEM JAN10/F_AH

5.

Selepas

sesuatu

kertas

ujian

digubal,

langkah

seterusnya

ialah

mentadbirkan ujian tersebut kepada calon-calon, kemudian melakukan pemeriksaan, penyelarasan markah ujian dan seterusnya melakukan penilaian markah ujian.

(a)

Jelaskan dengan ringkas EMPAT aspek yang perlu diberi perhatian dalam proses mentadbir ujian kepada pelajar? (6)

(b)

Apakah yang dimaksudkan dengan skema pemarkahan holistik dan skema pemarkahan analitik?

(4)

(c)

Seorang guru telah mengadakan satu ujian di dalam bilik darjah. Daripada taburan markah yang diperoleh, beliau memutuskan untuk menaikkan markah 35 kepada markah lulus iaitu 40. Bagi mendapat gred A pula, markah minimum 77 diubah kepada 80. Jelaskan kaedah serta formula yang boleh digunakan oleh guru tersebut dan kira MARKAH BARU bagi dua orang pelajar yang mendapat markah asal masing-masing 45 dan 66. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBEF3203_SEM JAN10/F_AH

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN 1. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam peringkat bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai. Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk membina soalan/item ujian yang berkualiti berpandukan taksonomi yang

Markah

dicadangkan Bloom. Jelaskan secara ringkas setiap aras taksonomi dan huraikan ciri-ciri soalan yang berasaskan kepada setiap aras tersebut. (Jumlah: 20)

2.

Setelah prosedur penilaian dan pengukuran ujian dilaksanakan, adalah penting untuk guru menyediakan laporan yang sewajarnya kepada pihakpihak yang berkepentingan. Bincangkan bentuk-bentuk laporan bersama-sama kebaikan dan

kelemahan masing-masing. (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like