Aspek-Aspek Pertuturan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Aspek-aspek Pertuturan

Pembentangan oleh: Mohd Naili Kifayatul Asrar Siti Aida

Jeda
Disebut juga sebagai elemen persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#] Apabila digunakan jeda boleh membawa maksud yang berbeza.

Intonasi
Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap. Kadangkala disebut juga sebagai nada suara. Kita menggunakan pelbagai intonasi yang berbeza untuk menyatakan maksud tertentu kepada pendengar. Kontur intonasi, sama ada meninggikan atau menurunkan ton suara boleh memberikan perbezaan menandakan ujaran tersebut berbentuk pernyataan atau penyoalan.

Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah: a) Intonasi menaik-nada suara dinaikkan mengikut masa b) Intonasi menurun-nada suara diturunkan mengikut masa c) Intonasi puncak-nada suara daripada naik kepada turun d) Intonasi dipping -nada suara daripada turun kepada naik

Tatabahasa
Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

Contoh
Sekumpulan pengembara telah membuat satu ekspedisi di Hutan Lipur Bukit Hijau. Setelah berjalan beberapa kilometer mereka berhenti untuk melepaskan penat. Di sini berlaku dialog antara dua orang pengembara; A: Eh! Eh! Hauslah. B: Kalau haus minumlah. A: Maksud aku bukan haus hendak minum air tetapi kasut aku ini, tapaknya telah haus. B: Oh ! Aku ingatkan kau dahaga.

Aktiviti
Dua orang rakan anda telah ditahan oleh guru disiplin di pintu masuk ke sekolah anda. Dengan menggunakan teknik main peranan, lakonkan situasi tersebut.

Sekian, terima kasih

You might also like