Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar

Oleh

ROZIAH BINTI ABD HAMID

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan,

27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.

ABSTRAK Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua matapelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membacadenganbaik, seseorang itu perlu menguasaikemahiran membaca dengan baik keranakemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang muridbermula dari Tahun 1 lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkanmurid tidak dapat membaca dengan betuldan lancar malah mereka tidak akan dapatmenjawab soalan yang akan dikemukakan. Sehubungan itu, satu kajian telah diadakanbagi mengetahui kebolehan murid dalam membaca ayat dengan lancar. Berdasarkansesi bacaan yang telah dijalankan ke atas 27 orang murid Tahun 1 Murni, didapatiseramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan ini. Bagi membendungmasalah ini, saya telahmengambil langkah menjalankan pengumpulan data melaluipemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Saya telah menjalankan kajian ini bagimengenal pasti masalah dan punca yang menyebabkan merekaamat lemah dalamkemahiran mengeja dan membaca. Melalui kajian ini saya begitu mengharapkanmasalah kemahiran membaca murid dapat diatasi bagi meningkatkan prestasimurid. Selain itu saya begitu mengharapkan pelajar-pelajar ini dapat bersaingdengan rakan-rakan yang lain serta mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas biasa.Dapatan daripada ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang agakmemberangsangkan.

ISU KAJIAN Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu dipelajari sama ada diSekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan Kementerian Pelajaran Malaysiayang mewajibkan para pelajar lulus di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PMR danSPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayubukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita malahan ia merupakan bahasa utama yang sering digunaselain daripada bahasa Inggeris. Sehubungan itu, asas utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan mewajibkanpengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar dengan perkataan-perkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan tahap keupayaan mereka.Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah saya mengambil kesempatan untuk menjalankan kajianmengenai tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dengan menggunakan suku kata dangambar.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas saya, Kelas 1 Murni, didapatikebanyakan pelajar tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak pandai mengeja suku kata,terutamanya suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajarandan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan menimbulkan rasa bosanbagi pelajar yang sudah pandai dan tahu membaca ayat mudah. REFLEKSI ISU KAJIAN Berdasarkan isu ini, saya telah membuat beberapa tinjauan awal. Antaranya ialah menjalankan ujianpra bacaan kepada seramai 27 orang murid-murid di dalam kelas saya. Ujian yang dijalankan adalahseperti membaca cerita pendek. Hasil daripada ujian tersebut, didapati 10 orang daripada mereka tidak pandai membaca cerita pendektersebut. Ini disebabkan mereka tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK atau KV + KVKK yangterdapat di dalam cerita tersebut. Keadaan ini menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiranmembaca dan mengeja adalah sangat lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yangterdapat di dalam petikan dan seterusnya tidakdapat menjawab soalan diberikan. Ini mengakibatkanmereka gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, fokus kajian saya ialah meningkatkan Kemahiran Membaca muridmurid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK danKV + KVKK serta kad gambar.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 menggunakan kad suku kata dan gambar. 2. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca. 3. Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membacadengan lancar. KUMPULAN SASARAN

Responden kajian saya terdiri daripada 10 orang muridiaitu 2 orang murid perempuan dan 8 orangmurid lelaki Tahun 1 Murni dalam lingkungan umur 7 tahun, di mana tahap pencapaian merekaadalah sederhana dan amatlemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca dengan lancar yangtelah diadakan pada9- 10April 2005. Semasa ujian tersebut diadakan terdapatseorang murid yanglangsung tidak boleh membaca. Ini kerana murid tersebutagak buta huruf dan mudah lupa apa yangtelah dipelajari atau perkataaan yang telah disebut. Keadaan ini betul-betul menuntutkesabaran dankomitmen yang tinggi dari pihak saya.INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang saya gunakan dalam kajian ini ialah Ujian pra dan ujian pasca bacaan. Instrumenini dipilih berdasarkan perbincangan dengan rakan sejawat yang lain dan dilakukan pada 9 10April 2005. Bagi menilai instrumen ini, satu markah akan diberikan kepada setiap murid yang bolehmembaca setiap satu perkataan (sila rujuk Lampiran A )

PENUTUP Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, banyak pengalaman yang dapat dikutip. Antaranya ialahkesabaran dan komitmen guru yang tinggi yang bertindak sebagai pengkajisangatlah diharapkan.Selain itu, kerjasama darisemua pihak sangat diperlukan terutamanya daripada pihak sekolah, rakansejawat danyang paling penting dari murid-murid itu sendiri.Perkara yang paling penting sekali ialahdapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar. RUJUKAN Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan. (2004) Jurnal kajian tindakan guru. LAMPIRAN A Bola. Ini bola. Ini bola Abu. Ayam. Ini ayam. Ini ayam jantan. Ini ayam jantan saya.

Nuri. Burung Nuri. Burung Nuri ini cantik. LAMPIRAN B LANGKAH TINDAKAN 1. Ujian mengeja suku kata KV Contoh: 1 suku kata 1. ba 2. ta 3. ma 4. da 5. lo 6. sa 7. ku 8. ti 9. pe 10. ro

2. Ujian mengeja 2 suku kata KV +KV Contoh: 1. bola 2. kaki 3. mata 4. satu 5. beca 6. buku 7. lori 8. roda 9. raga 10. koma 3. Ujian mengeja 3 suku kata KV+ KVK + KVK,KVK+ KV + KV Contoh: 1. menyanyi2.menari3. melompat4. membaca5. menulis 6. membeli 7. basikal 8. selamat 9. pembaris10. pemadam 1. Tunjukkan gambardan minta murid menamakan gambar. Mengedarkan kad huruf dan meminta murid munyusun huruf supaya menjadi perkataan yang bermakna. o b la atam kubu 2. Minta murid membaca perkataan yang telah disusun. Contoh: bola mata buku

LAMPIRAN C Minggu kedua Contoh :1. mama 2. kereta 3. menyapu 4. memasak 5. kasut 6. pensel 7. berenang 8. cahaya 9. jejantas 10. padang

LAMPIRAN D Contoh ayat: Kereta. Ini kereta. Ini kereta papa. Kereta ini berwarna merah dan cantik. Pensel. Ini pensel Abu. Pensel ini baru. Abu beli pensel ini di kedai.

You might also like