Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

b)

Communities Liaison Committee (CLC):

Langkah kedua yang dilakukan oleh kerajaan British ke arah mewujudkan kerjasama antara kaum serta memantapkan strategi politik di Tanah Melayu ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC). Jawatankuasa Hubungan Kaum ini merupakan badan perundingan antara kaum yang tidak rasmi, namun begitu ia mempunyai kepentingan terutamanya dari segi penentuan politi kerajaan (policy making) bagi pemerintahan British di negara ini. Ide bagi membentuk jawatankuasa kerjasama antara kaum ini telah dikemukakan oleh beberapa pemimpin utama masyarakat seperti Dato Onn Jaafar, Tan Cheng Lock dan Roland Bradell, seorang peguam British. Walau bagaimanapun MacDonald memainkan peranan penting bagi merealisasikan ide penubuhan jawatankuasa ini. Kedudukan beliau sebagai Pesuruhjaya Jeneral pada waktu itu serta pengalaman yang diperolehi dalam bidang diplomasi membolehkan beliau mendapat sokongan serta kepercayaan dari pemimpin pelbagai kelompok di Tanah Melayu. Penentangan terhadap prinsip kewarganegaraan dalam Malayan Union seterusnya dalam Persekutuan Tanah Melayu amat membimbangkan MacDonald terhadap perpaduan kaum di negara ini. Oleh yang demikian perjalanan Jawatankuasa Hubungan Kaum ini sentiasa diawasi oleh kerajaan British dari segi panduan serta nasihat mengenai sebarang perundingan yang akan dijalankan. Hal ini sejajar dengan hasrat yang telah disampaikan oleh MacDonald, Pesuruhjaya Jeneral kepada pihak Pejabat Tanah Jajahan di London bahawa: Hakikatnya cadangan yang telah dikemukakan oleh MacDonald ini merupakan suatu helah politik kerajaan British untuk mengeksploitasi ekonomi di Tanah Melayu dengan cara menyatukan masyarakat di negara ini bagi mencapai tujuan tersebut. Oleh itu saya berpendapat cadangan penubuhan jawatankuasa ini lahir dari fikiran politik beliau sendiri tanpa sebarang pengaruh samada pemimpin Melayu atau pemimpin Cina.

Untuk melancarkan perjalanan Jawatankuaa Kerjasama Antara Kaum ini, pihak Pejabat Tanah Jajahan di London telah mengatur beberapa siri perbincangan dengan pemimpin Melayu terutamanya Dato Onn serta Tan Cheng Lock, pemimpin utama masyarakat Cina bagi mencapai tujuan penubuhan jawatankuasa ini. Ternyata MacDonald telah berjaya menarik hati kedua-dua pemimpin tersebut ke arah mencapai kata sepakat mengenai tujuan perbincangan dalam jawatankuasa ini dan seterusnya mempengaruhi kerjasama antara kaum di Tanah Melayu dan Singapura. Pada awal penubuhan jawatankuasa ini ia lebih dikenali sebagai Sino-Malaya Goodwill Committee memandangkan keahliannya terhad kepada pemimpin kaum Melayu dan pemimpin kaum Cina sahaja. Sehinggalah keahlian jawatankuasa ini dibuka kepada para pemimpin masyarakat bukan Melayu yang lain, barulah namanya ditukar kepada Communities Liaison Committee.

Pertemuan CLC yang pertama telah diadakan di rumah Dato Onn Jaafar pada 29hb. Disember 1948 dan telah dihadiri oleh beberapa pemimpin utama masyarakat Cina seperti C.C. Tan, S.Q. Wong, Lim Han Hoe, Thio Chan Bee, Lee Kong Chian, Tan Chin Tuan, Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin dan Khoo Teik Ee. Dalam pertemuan yang seterusnya pula, seramai lima orang pemimpin Melayu dan lima orang

pemimpin Cina telah dilantik dalam jawatankuasa ini bagi memantapkan perbincangan mengenai kerjasama kaum di negara ini. Sehubungan ini Dato Onn telah dilantik untuk mengetuai atau mewakili para pemimpin Melayu.

Masalah utama yang dihadapi pada awal penubuhan jawatankuasa ini ialah dari segi kepimpinan, iaitu siapakah yang paling layak untuk mempengerusikan badan ini. Para pemimpin Melayu dan pemimpin Cina telah mencadangkan agar MacDonald dilantik untuk mempengerusikan majlis ini walau bagaimanapun beliau menolak dengan alasan beliau bukanlah ahli yang sah dari segi komitmen dalam majlis ini, hanyalah sebagai pemerhati sahaja. Kemudiannya ahli-ahli jawatankuasa telah mencadangkan agar Dato Onn dilantik sebagai pengerusi, namun begitu cadangan ini ditolak oleh beliau dengan alasan sekiranya beliau menjadi pengerusi, suaranya hanya terhad kepada mendengar perbincangan, bukannya mengambil bahagian secara serius dalam perbincangan yang dijalankan. Akhirnya ahli-ahli jawatankuasa telah melantik E.E.C. Thuraisingam untuk mempengerusikan majlis ini dan beliau sendiri telah menerima perlantikan tersebut. Sehubungan dengan itu MacDonald mencadangkan agar jawatankuasa ini dibuka kepada pemimpin kaum yang lain selain dari kaum Melayu dan Cina untuk menyertai jawatankuasa ini. Justeru itu nama Sino-Malay Goodwill Committee telah diubah kepada Communities Liaison Committee. Terdapat tiga agenda utama yang dibincangkan dalam beberapa pertemuan CLC, iaitu persoalan mengenai ekonomi orang-orang Melayu, kewarganegaraan bangsa asing, pendidikan serta politik di Tanah Melayu.

Wasiat.. Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Melanau.. Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di pendalaman. Selain ini, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia. [sunting] Budaya

Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan April setiap tahun. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walaubagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.

Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian. [sunting] Contoh perkataan Melanau Makan = Keman Minum = Tuteng Air = Nya'am, Anum

Siapa = Sai, Yai Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan Nama = Ngadan,Radan Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk Apa = Inou, Nau Khabar = Dengah Bagus = Da'au,Dao Bila = Pidan Siapa = Yai, sai Kenapa = Inauhal,Wakno kamu = mo, kan tidur = tudui,Tudoy,Tudoi kentut = petut,pangai jalan = sibal,Makau

Perkataan Melanau (Loghat Matu-Daro) Makan = Keman Minum = Tuteng Air = Anum Siapa = Sai Awak = Mo Nama = Ngadan,Radan Rumah = Lebuk Apa = Waknou,wakno Khabar = Britah

Jalan = Makau Mandi = Temuk duduk = Munguk berdiri = Tiger baring = Beleg kencing = Besinik berak = Betae tandas = Jamben/Jelatong/Jungah badik = Bodoh tak tahu = Mey Tao tahu = Tao tidak = Mey tunggu = Lo menuggu = Lulo besok = Song nah hari = Hari itu = idun,idu buku = bub main = pelik,plik kahwin = nikah bodoh = badik tumbuk = bukut miang = keranau tua = lakey,lakei

cina.. Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Mlixy Hurn atau Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Mlixy Tngrn) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.

Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (, "tetamu baru").

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.Isi kandungan [sorok] 1 Sejarah 2 Suku dialek 2.1 Banci 2000 3 Lihat juga 4 Rujukan

[sunting] Sejarah Rencana utama: penghijrahan orang Cina

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949. [sunting] Suku dialek

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagianbahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempattempat tersebut.

Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.

Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen

Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.

Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.

Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora. [sunting] Banci 2000

Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000,[1] dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah:Dialek Penduduk[2] Hokkien (Minnan) Hakka 1,679,027 Kantonis Teochew Mandarin 1,355,541 974,573 958,467 1,848,211

Hainan 380,781

Min Bei 373,337 Fuzhou (Hokchiu) 249,413

UMNO. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: , Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan]): [1] adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi. Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.Isi kandungan [sorok] 1 Sejarah UMNO 1.1 Zaman Dato Onn 1.2 Zaman Tunku Abdul Rahman 1.3 Zaman Tun Abdul Razak 1.4 Zaman Tun Hussein Onn 1.5 Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad 1.6 Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi 2 Lagu UMNO 3 Presiden UMNO 4 Lihat juga 5 Pautan luar 6 Rujukan

Sejarah UMNO Zaman Dato Onn

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masingmasing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut: Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu; Membantah pertubuhan Malayan Union; dan Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu SeMalaya kelak.

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

Zaman Tunku Abdul Rahman

Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein. Zaman Tun Abdul Razak

Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal. Zaman Tun Hussein Onn

Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas. Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.

Parti perikatan.

Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum Cina dan India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak. Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.

Isi kandungan [sorok] 1 Sejarah 2 Didaftarkan 3 Kerjasama Kaum 4 Pautan luar

[sunting] Sejarah

Setelah menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama. Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.

Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.

Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India SeMalaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan. [sunting] Didaftarkan

Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Pendaftaran secara rasmi Parti Perikatan ini menjadikan parti tersebut sebagai sebuah badan yang sah dan dapat bergerak sebagai sebuah parti pemerintahan schingga membentuk satu asas yang kukuh kepada tampuk pemerintahan negara sehingga sekarang.

Mengikut perlembagaan Parti Perikatan yang didaftarkan ini, keahliannya terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sementara itu, sebuah Majlis Kebangsaan yang mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA dan 6 orang wakil daripada MIC bertanggungjawab untuk mengelolakan parti ini.

Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Parti Perikatan ini seterusnya mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. [sunting] Kerjasama Kaum

Kerjasama pelbagai kaum di bawah perikatan ini amat berkesan dan diterima oleh semua orang sehingga gabungan parti ini merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan demokrasi. Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaum di Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang. Semua pemimpin daripada pelbagai kaum mempunyai matlamat bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat diperolehi tanpa penyatuan kaum bagi tujuan keharmonian dan keamanan.

Rumus Parti Perikatan diperbesarkan di bawah kerjasama orang Melayu dan orang bukan Melayu di seluruh negara. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang didaftarkan pada 1 Julai 1974.

Selamat membaca..{zora}

You might also like